Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 30 Januari 2013

Video : Air Mata Nurul Izzah




Lembah Pantai Fundraising Dinner, Kuala Lumpur 29/01/2012

Dun Selangor Bubar Hujung Februari ?

SHAH ALAM 30 Jan: Kerajaan Selangor pertimbang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Perdana Menteri enggan membubarkan Parlimen selepas perayaan Chap Goh Meh pada 24 Februari ini.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat berhubung perkara itu.

“Jika PM belum buat pengumuman berkenaan tarikh PRU 13 selepas Chap Goh Meh, kami akan pertimbangkan pembubaran DUN lebih awal dari Parlimen,” katanya dalam twitter.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini, Khalid berkata, beliau sebelum ini enggan membubarkan DUN serentak dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu, kerana mahu menguruskan belanjawan tahunan kerajaan negeri yang masih belum selesai.

“Tapi kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih belum bubar sebelum Chap Goh Mei. Kita memikirkan untuk pembubaran lebih awal untuk mendapat mandat baru demi  kepentingan rakyat,” jelas Khalid.

Perkembangan ini pasti mencemaskan Najib dan pimpinan BN yang bermati-matian untuk merampas Selangor setelah dimenangi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008.

Khalid sebelum ini menyatakan, sebab utama Selangor membuat keputusan sama ada bubar DUN serentak atau tidak kerana mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar bersih.Oleh sebab itu, kerajaan negeri mewujudkan Program Pengukuhan Demokrasi.

Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.

Kerajaan BN sebelum ini didakwa membuat pelbagai taktik kotor untuk merampas negeri itu termasuk memberi kad pengenalan kepada warga asing yang diarah mengundi BN.KD

Cicit Sulung Tok Guru Nik Aziz

 Nik Aziz bersama Tuan Sabariah Tuan Ishak mencium cicit sulung mereka semalam.

KOTA BHARU - Sambutan hari lahir Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kali ini lebih bermakna apabila beliau menerima kelahiran cicit sulungnya sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya yang ke-82.

Lebih menggembirakan cicit sulung tersebut yang dilahirkan 21 Januari lalu itu adalah pasangan kembar perempuan.

Nik Aziz, melahirkan kegembiraan beliau kerana kelahiran kedua-dua cicit sulungnya itu di saat menyambut ulang tahun kelahirannya dan menganggap ia adalah rezeki.

“Anak serta cucu cicit yang ramai ni merupakan anugerah ALLAH SWT yang tidak ternilai ertinya. Ia cukup membuatkan saya begitu gembira dan amat bersyukur sekali.

“Mudah-mudahan mereka dapat menyambung risalah perjuangan Islam sebaiknya,” katanya ketika ditemui di kediamannya semalam. Nik Aziz mempunyai 57 cucu dan dua cicit kembar.

Nik Isya Zulfa dan Nik Isya Zaheera, selamat dilahirkan Isnin lalu kira-kira jam 7.15 pagi di klinik swasta An-Nur, Kubang Kerian. Bayi kembar itu adalah cucu sulung kepada anak Nik Aziz yang pertama iaitu pasangan Nik Aini, 50 dan Fakhruddin.

Pasangan kembar itu adalah anak sulung kepada Nik Farhana, 27 yang juga anak kedua Nik Aini.SH

Selasa, 29 Januari 2013

Datuk Fauzi Shaari Sahkan Banglo Di Shah Alam Miliknya,Sedia Disiasat

 Kediaman milik Fauzi di Seksyen 10, Shah Alam yang hangat diperkatakan di beberapa blog. Gambar kecil: Fauzi

IPOH – “Ya, memang itu banglo milik saya.” Itu reaksi jujur bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menjawab  kontroversi siapa pemilik sebuah banglo mewah di Seksyen 10, Shah Alam yang dipaparkan di beberapa laman blog.

Katanya, beliau tidak sedikitpun terjejas dengan pendedahan tersebut yang mengaitkannya sebagai pemilik banglo tersebut selain menimbulkan pelbagai persoalan termasuk mempertikaikan kemampuannya memiliki kediaman besar dan mewah seperti itu.

Menurutnya, banglo tersebut dibina di atas tanah seluas 7,000 kaki persegi yang dibelinya pada 2004 berjumlah RM15 setiap kaki dengan harga istimewa sebagai kakitangan awam ketika itu.

Tambahnya, beliau mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan sekiranya ada pihak ragu-ragu terhadapnya.

“Ketika itu nilai tidak sampai RM1juta pun. Malah, pembinaan rumah itu dibuat secara berperingkat-peringkat dengan mengamalkan penjimatan ketika bekerja dalam kerajaan termasuk wang simpanan bersama isteri.

“Saya juga turut menjual dua buah rumah teres di kawasan Gombak dan Shah Alam untuk membina rumah dua tingkat setengah itu,” katanya.

Fauzi mengakui memang ada tunjuk perasaan yang membantah pembinaan banglo itu kerana ia berhampiran Masjid Negeri dan sebuah hotel terkemuka di kawasan berkenaan.

"Nilai hartanah kini yang semakin meningkat menyebabkan orang ramai mempertikaikan kemampuan beliau memiliki rumah di kawasan terbabit," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan gambar banglo mewah itu di  shahalamrebels.blogspot.com.

Blog tersebut menimbulkan beberapa persoalan termasuk bertanyakan dari mana datangnya sumber kekayaan Fauzi hingga mampu membina banglo mewah tersebut.

Antara persoalan yang diketengahkan di blog tersebut adalah: "Mana datangnya duit untuk membina sebuah mahligai mewah yang dikatakan punya kemudahan lif ini?

Kerana Hj Lah Geting Penyokong Tegar Umno Sertai Pas

Sesuatu itu terjadi atas sebab musabab.Seorang wartawan bertanya Ali Lizon yang tinggal di desa Bendang Nyiur, Kemahang, Tanah Merah.“Mengapa anda keluar Umno dan menyertai PAS?”Jawab pria 40-an yang juga mantan Ketua Pemuda Umno desa tersebut, “kerana Haji Lah Geting”.

Sang watawan terkejut, Haji Lah Geting yang juga mudir pondok pesantren terkenal itu adalah seorang pendukung tegar Umno di desa itu, masakan kerana dia Ali Lizon keluar Umno.

Maka terbongkarlah ceritanya. Suatu malam, tahun 2012,  Ali Lizon  hadir ceramah Umno bersebelahan dengan desanya. Di antara penceramah dijemput ialah Haji Lah Geting.

Siapa tak kenal dengan tok guru pondok yang paling lantang mengutuk, mencerca Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat setiap kali diberi peluang naik ke pentas Umno kalau tidak Haji Lah Geting dan seorang lagi Mad Nor Deris.

“Apa Haji Lah Geting  kata kepada Nik Aziz?" tanya wartawan.“Tok Guru Nik Aziz sesat, kerana berkawan dengan DAP dan banyak lagi kata-kata yang tak masuk akal dihemburkan kepada Tuan Guru,” ujar Ali Lizon.

Benar kata orang bijaksana, sesuatu itu terjadi di atas  sebab musabab! Setelah Ali Lizon mendengar cercaan dan maki hamun yang dahsyat oleh sang penceramah Umno itu, hatinya berdetap detup, dadanya berombak dan gelora keinginan untuk mengenali Tuan Guru Nik Aziz dari dekat menerjah datang secara tiba-tiba seperti tsunami melanda Acheh 2004.

Sejak  peristiwa itu Ali Lizon  bersama isterinya tak pernah absen hadir mendengar ceramah Tuan Guru Nik Aziz bila Menteri Besar itu datang berceramah di sekitar daerah tempat tinggalnya. Bahkan kuliah rutin Tuan Guru Nik Aziz setiap pagi Jumaat di Medan Ilmu, Kota Bharu, juga beliau hadir sekali sekala walaupun jauh dari desanya.

Dengan sifat Tuan Guru Nik Aziz yang lemah lembut, tidak pernah meninggi diri berserta ilmu yang diajar dan difahaminya sangat kontradiktif dengan apa yang disampaikan Haji Lah Geting, baru Ali Lizon  faham, tuduhan mengatakan Tuang Guru sesat, munafik adalah karut dan fitnah kubro semata-mata.

Tiga bulan sepelas itu Ali Lizon Isa, isteri, emaknya Che Som Mamat, 11 adik beradiknya bersama 100 pengikut menyerahkan borang sertai PAS kepada Speaker Dun Kelantan, Dato’ Nasuruddin Daud di sebuah pentas ceramah yang diadakan di desa itu tanggal 27 Januari 2013.Hrkh

Isnin, 28 Januari 2013

Tok Guru Nik Aziz Sahkan Ust Nasha Tak Tersenarai Sebagai Calon Pas

KOTA BHARU - Anggota Parlimen Bachok, Nasharuddin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13, kata Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun tidak menjelaskan sebab bekas Timbalan Presiden Pas itu tidak dicalonkan lagi.

"Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz diminta mengulas laporan mengenai pengguguran Nasharuddin dalam Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari lalu.

Menyifatkannya sebagai bukan satu tindakan yang pelik, Nik Abdul Aziz menyamakan pemecatan itu sebagai perceraian suami isteri dan persatuan sukan.

"Pelik apanya? Suami isteri lagikan bercerai. Persatuan bola sepak pun ada orang pecat. Jurulatih pun kena pecat," katanya, sambil menambah bahawa Nasharuddin masih kekal sebagai anggota parti itu.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun enggan mengulas sama ada pengguguran Nasharuddin itu disebabkan masalah dalaman lain.

"Itu saya tak mahu sebut pasal keburukan orang dan setiap apa yang berlaku itu ada kaedahnya," katanya.SH

Umno guna sentimen agama untuk api-apikan rakyat

KUALA LUMPUR 28 Jan: Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Seri Chua Jui Meng berkata, setelah taktik murahan dan jahat, Umno memilih pula sentimen agama untuk menghasut dan mengapi-apikan rakyat.

Beliau mengulas insiden khianat di Batu Pahat Johor apabila bendera KEADILAN dan PAS dicalitkan dengan lambang salib, Jumaat lalu.Bendera tersebut juga ditulis dengan perkataan-perkataan buruk menghina kedua-dua parti.

“Strategi jijik Umno menggunakan sentimen agama untuk mengapi-apikan orang Melayu supaya marah kepada Pakatan Rakyat,” kata Jui Meng ketika dihubungi.

Menurutnya, Umno mencuri bendera-bendera yang dipasang penyokong Pakatan, kemudian menconteng dan kibarkan semula untuk menimbulkan isu agama dan perkauman.

“Itu cara Umno untuk hasut masyarakat luar bandar. Orang Kristian sendiri marah dengan perbuatan jijik itu tetapi mereka tidak marah Pakatan. Mereka tahu hanya Umno yang ada motif nak buat begitu,” jelasnya.

“Kita harap orang Melayu tidak termakan taktik dan politik murah Umno itu,” katanya.Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13, sentimen perkauman dan agama semakin kuat dimainkan Umno BN.

Dalam isu berkaitan, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dalam satu program di Permatang Pauh menggesa umat Islam membakar kitab Bible berbahasa Melayu, kononnya untuk menjaga sensitiviti umat Islam di Malaysia.

Justeru itu, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyeru rakyat Malaysia agar tidak termakan cubaan mengapi-apikan sentimen agama untuk menyekat kebangkitan rakyat.KD

Sabtu, 26 Januari 2013

Calon bukan Islam guna lambang PAS

KUALA LUMPUR: PAS akan mencatat sejarah apabila buat pertama kali membenarkan calon bukan Islam bertanding di atas tiket PAS dan menggunakan lambang parti dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Majlis Syura telah membenarkan perkara tersebut dan PAS akan memilih calon yang sesuai untuk bertanding dari kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

"Ini kali pertama dalam sejarah kita calonkan DHPP. Kerusi itu (yang mereka tandingi) memang kerusi PAS maka mereka akan bertanding atas lambang parti," katanya dipetik BuletinOnline.

Beliau menyatakan pada sidang media selepas merasmikan program Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden di Markas PAS Kawasan Kuala Terengganu, Kuala Ibai semalam.

Beliau berkata, DHPP sebagai sayap parti PAS yang baru, mempunyai keahlian seramai 35,000 orang di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.

Dalam PRU12 pada 2008, PAS Johor meletakkan calon wanita bukan Islam, Kumutha Raman, pemegang ijazah undang-undang dari Britain, bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Tiram dalam kawasan Parlimen Johor Baharu.Hrkh

Khamis, 24 Januari 2013

Banner Fitnah Pas Dan Tok Guru Nik Aziz Tersebar


Banner hijau putih dan disertakan gambar Tok Guru Nik Aziz yang seolah olah dikeluarkan oleh Pas tersebar.Banner tersebut ditulis kononnya undi PAS,DAP dan PKR masuk syurga sementara undi Umno dan BN masuk neraka.

Aku takdelah nak tuduh sape2 yang gantung banner ni.Tapi kepada ahli dan penyokong Pas yang terjumpa banner ini sila buang,kerana sah banner ini bukan dikeluarkan oleh Pas

Mengulas perkara ini di Facebooknya Tok Guru Nik Aziz berharap Semoga orang yang mengupah, membuat, menggantung dan menyebarkan banner fitnah ini diberi hidayah dan kesempatan untuk bertaubat oleh Allah SWT ~ Tinta Hijau DKB

Marahkan MB,Jentera Umno Tutup Bilik Gerakan


PASIR GUDANG - Sebahagian besar bilik gerakan Umno cawangan di sembilan kampung setinggan, dekat sini ditutup tanpa sebarang aktiviti persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), meskipun tarikh yang ditunggu itu semakin hampir.

Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pasir Gudang, Abu Bakar Alibi berkata, pihaknya tidak akan menjalankan sebarang kerja-kerja persediaan PRU13 kerana terlalu kecewa dengan tindakan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang masih gagal menunaikan janji pemberian hak milik tanah kepada penduduk setinggan.

Menurutnya, pihaknya juga tidak akan bertanggungjawab dengan tindakan pengundi yang boleh menjejaskan calon Barisan Nasional (BN) pada PRU13, sekiranya janji yang ditaburkan sejak lebih 10 tahun lepas belum dilunaskan.

“Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN pada PRU13 nanti, kami selaku Ketua Umno Cawangan tidak akan bertanggungjawab.

“Sekarang sudah lima bilik gerakan ditutup, kami difahamkan empat lagi bilik gerakan di kampung setinggan akan menyusul tanpa sebarang persiapan berdepan PRU13,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Umno Cawangan Kampung Senibong, Yacob Sahadan, 68, berkata, isu pemilikan tanah itu diperjuangkan sejak 1999 bersama lebih 400 penduduk, namun masih gagal menemui jalan penyelesaian.

Tok Guru Nik Aziz Dan Tukang Guntingnya

 Tok Guru Nik Aziz sedang menggunting rambut di kedai guntingnya sejak puluhan tahun lalu

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengakui setiap dua minggu sekali beliau akan menggunting rambut.

Menurutnya, jika tidak berbuat demikian beliau menjadi tidak selesa kerana akan terasa pening atau sakit kepala.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, ketika ditemui selepas menggunting rambut di sebuah kedai gunting rambut bernama Gedai Gunting Rambut Kota Bharu Indah.

Kedai gunting ini yang telah beroperasi sejak tahun 1967 terletak di bawah Bangunan PAS Negeri Kelantan, di Jalan Dato’ Pati.

Tuan Guru memberitahu, selepas pulang dari Mesir tahun 60-an, beliau terus menggunting rambut di kedai berkenaan sehingga sekarang.

“Sejak saya pulang dari Mesir dulu sampai sekarang inilah tempat saya menggunting rambut.“Setiap dua minggu sekali saya akan datang ke sini untuk menggunting rambut,”ujarnya.

Hari ini Tuan Guru diguntingkan rambutnya oleh Abdul Hamid Sheikh Mubarak.Hrkh

Rabu, 23 Januari 2013

Fenomena Listen! Versi Ust Azhar Idrus

Sumber VIDEO


Dataran Surau An-nur Bandar Uda Utama Johor ~ Tinta Hijau DKB

Isu IC Sabah: Anwar sedia dipanggil RCI

PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau bersedia untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Diraja (RCI) berkenaan dengan pendatang asing di Sabah.

Sambil menegaskan bahawa beliau tidak terlibat langsung dalam "projek IC" yang dilemparkan tuduhan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad, tegasnya, beliau tidak ada kaitan malah tidak tahu-menahu mengenai perkara itu.

"Kalau ditanya saya akan jelaskan. Saya tidak ada masalah. Bagaimana peraturan RCI ini? Saya tahu lama berjalan, ia di bawah Perdana Menteri dan dua orang yang dipertanggungjawabkan itu (bekas Setiausaha Politik Dr Mahathir, Tan Sri) Aziz Shamsuddin dan (bekas anggota Kabinet) Allahyarham Tan Sri) Megat Junid (Megat Ayub)

"Masa saya memangku (jawatan Perdana Menteri) dalam masa dua bulan itu, pun tidak dilapor kepada saya soal ini. Tapi kalau mahu penjelasan kerana sekarang ini saya lihat PBS, orang-orang Umno dia tidak berani kritik Mahathir, dia tanya ini Anwar bagaimana. Tanyalah, saya tidak ada masalah," kata Anwar.

Menurut Anwar, isu RCI ini bukan semata-mata kerana memberi kewarganegaraan tetapi adalah isu penipuan yang berlaku di sebaliknya.

"Isunya bukan isu orang dapat warganegara. Kalau orang itu melalui proses yang betul dan betul, telus dan memenuhi syarat, tidak wajar kita pertikai. Isunya sekarang ialah isu penipuan, isu rasuah, isu rencana politik untuk minta mengundi langsung Umno," kata beliau yang juga bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Beliau dipecat oleh Dr Mahathir pada September 1998.

Bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Abdul Rauf Sani dalam RCI minggu lalu mengakui bahawa beliau  mengetuai satu pasukan yang memproses kad pengenalan untuk pendatang tanpa izin yang tidak layak.

Bagaimanapun katanya, beliau bertindak sendirian dan tidak menerima arahan daripada pemimpin politik.

Meskipun mengesahkan bahawa beliau dan kakitangannya beroperasi daripada kediaman Aziz, namun menegaskan, Aziz tidak berperanan dalam hal tersebut.

"Penjawat awam tidak terima arahan dari setiausaha politik," katanya.

Semalam badan bukan kerajaan, Bersih 2.0 cawangan Sabah menggesa RCI turut memanggil Dr Mahathir untuk memberi keterangan.

Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri paling lama berkhidmat dari 1981 hingga 2003, dituduh menerajui "projek IC", dengan dakwaan memberikan kewarganegaraan kepada pendatang asing sebagai ganti undi mereka.SH

Utusan Malaysia : Bukan salah ibu mengandung


Kata empunya cerita, Utusan Melayu tidak dilahirkan di atas dulang emas. Salah seorang pengasasnya Almarhum Yusuff Ishak menitis air mata apabila ia dapat mencukupkan modal dari beberapa orang Melayu bagi menerbitkan Utusan Melayu di Singapura tanggal 29 Mei 1939.

Ketika Utusan Melayu (jawi) edisi pertama terbit dan dipasarkan untuk orangramai, orang Melayu sujud syukur. Penyair Usman Awang pun menulis sajak memuji akhbar itu:

Utusan Melayu
Ketika tanahair menjadi bisu
Engkaulah penyambung lidah bangsamu
Orang-orang yang takutkan kata merdeka
Engkau jeritkannya selantang suara

Kini 70 tahun berlalu, akhbar tertua itu mula dibenci bangsanya sendiri. Bukan salah ibu mengandung, tapi salah akhbar itu sendiri kerana mengikut telunjuk pihak tertentu dengan menepikan kehendak dan inspirasi umat Melayu yang lain.

Kredibiliti akhbar itu mutakhir ini jatuh merudum sehingga sebahagian orang Melayu menggelarnya sebagai akhbar pencetus fitnah nombor satu di Malaysia. Setiap berita dan laporan yang ditulis dan disiarkan tanpa asas yang kukuh, malah sebahagiannya menjurus kepada fitnah yang dirancang, mangsa fitnah kemudiannya membawa ke pengadilan dan mahkamah menjatuhkan hukuman bersalah ke atas akhbar itu dan bayar ganti rugi.

Antaranya; menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menyokong pergerakan lesbian, guy, biseksual dan tran seksual (LBGT) – Anwar menang. Menuduh Ahli Parlimen Bukit Gantang, Mohamad Nizar berhubung pembelian nombor plat WWW1 oleh Sultan Johor sebagai penderhaka sultan, anti Sultan Johor dan cuba menghasut rakyat membenci Sultan- Nizar menang.

Selasa, 22 Januari 2013

Foto Terbaik Di Majlis Bantuan Dana Persekolahan


Tahniah !! aku betul kagum kat pakcik ni.Tanpa segan silu hadir menerima dana bantuan persekolahan di Sekolah Kg Nyor Paka Terengganu yang disampaikan oleh Adun Paka dengan memakai baju PGU,yess !! Pas Ganti Umno ~ Tinta Hijau DKB

Senarai Kekalahan Utusan Akibat Saman Fitnah

Akhbar yang paling banyak disaman akibat fitnah dan kalah.Saksikan senarai dibawah :


Fikir dan nilaikan sendiri.Untuk besarkan KLIK imej ~ Tinta Hijau DKB

70 tahun solat salah kiblat

MELAKA - Sebuah masjid berusia lebih 70 tahun di Melaka Tengah dekat sini dikesan telah silap dalam penetapan arah kiblat.Imam I Masjid Al-Ehsan, Bukit Baru, Sabtu Kina berkata, kedudukan arah lebih kurang 10 sentimeter terpesong dari arah kiblat sebenar, yang sepatutnya mencondong ke kiri, wujud sejak masjid tersebut didirikan.

Menurutnya, perkara itu dikesan semasa bermulanya projek penambahan bangunan masjid penghujung tahun lalu oleh pelukis pelan.Ia turut mendapat perhatian Majlis Agama Islam Melaka (Maim).“Kita segera atasi keadaan itu dengan memasang pita pelekat penanda arah kiblat sebenar bagi mengelak kekeliruan jemaah,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Paya Ikan, semalam.

Sabtu yang menjadi imam sejak 17 tahun lalu bagaimanapun berkata, ia kesilapan tidak disengajakan berdasarkan faktor usia masjid itu yang dibina pada tahun 1940-an.Terdahulu, masjid warisan itu tidak dirobohkan, sebaliknya akan dinaik taraf sebahagian bangunan bagi keselesaan lebih 1,000 jemaah.

Sementara itu, salah seorang jemaah masjid tersebut, Abdul Wahab Baba, 55, berkata, dia berharap pihak bertanggungjawab dapat melakukan pemeriksaan di semua masjid lama di negeri ini.“Semak semula arah kiblat di masjid lama kerana kita tak mahu sembahyang dengan kiblat tidak betul,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Maim, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau sudah maklum berkaitan perkara itu dan kesalahan terbabit adalah tidak disengajakan.“Mungkin ada silap sedikit dan boleh dibaiki kecuali kita sengajakan, itu satu kesalahan. Sama juga seperti kita sembahyang di hotel luar negara yang mungkin boleh tersilap arah kiblat,” katanya yang juga Ketua Menteri Melaka.

Sementara itu, umat Islam yang pernah menunaikan solat di Masjid Al Ehsan, Bukit Baru dinasihatkan tidak perlu risau dengan solat mereka.Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Datuk Yaakub Md Amin berkata, biarpun kesalahan arah kiblat berlaku, namun hukum sembahyangnya adalah sah.

Menurutnya, ia tidak menyalahi apa-apa kesalahan kerana yang penting niat untuk menunaikan solat.
“Zaman dahulu, kita tiada teknologi canggih untuk menentukan arah kiblat tepat dan hasilnya mendapat arah yang tidak terlalu tepat.“Berbeza sekarang, kita ada alat canggih dengan pelbagai penggunaan sistem yang baru,” katanya.SH

Anwar Mungkin Saman Hasan Ali

Datuk Seri Anwar Ibrahim pertimbang mengambil tindakan lanjut terhadap Presiden Jati, Datuk Dr Hassan Ali ekoran kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN itu dalam Utusan Melayu.

“Kita akan fikir apa tindakan wajar perlu diambil terhadap Hassan Ali. Saya akan bincang dengan peguam,” kata Anwar ketika ditemui selepas penghakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Beliau mengulas kemenangannya dalam kes saman fitnah terhadap Utusan Melayu dan Ketua Pengarang, Datuk Abdul Aziz Ishak pagi tadi.

“Alhamdulilah, saya bersyukur atas keputusan itu yang membuktikan ada fitnah jahat terus menerus oleh Utusan,” katanya.

“Yang penting, keterangan terperinci oleh hakim yang mempertahankan kebebasan badan kehakiman. Dia (hakim) tahu kes ini melibatkan Umno. Dia juga tahu wakil Presiden Umno duduk dalam pengurusan Utusan,” jelas Anwar.

Anwar menyokong ketegasan Hakim Datuk VT Singham yang mempertahan kebebasan media tetapi perlu mengikut etika kewartawanan dan profesionalisme.

“Kebebasan media itu perlu tetapi bukan kebebasan menyebarkan fitnah. Dalam kes ini Utusan berulang kali dan paling tidak bertanggunjawab memfitnah saya kononnya saya menyokong homoseksualiti, mengikut pandangan Hassan Ali yang bertopengkan agama tapi bila ditanya tidak ada asas,” tegasnya.

“Sekali lagi saya bersyukur, berlaku satu lagi episod penegasan bahawa media Umno di bawah pengurusan Datuk Seri Najib Razak terus meningkat fitnah menjelang pilihan raya,” kata Anwar lagi.
Dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar – Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu membidas Anwar kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysia memfitnah Anwar semasa temubual bersama BBC, mengatakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempertikai undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Peguam mewakili Anwar, N Surendran turut memuji ketegasan hakim yang menyatakan dua elemen penting dalam kes tersebut.

“Kebebasan media dan badan kehakiman yang dinyatakan hakim dalam kes ini adalah satu penghakiman yang sangat penting, ‘rare’ dan mudah sebenarnya. Itulah perkara asas dalam menjayakan sesebuah demokrasi,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.
Utusan diarah membayar gantirugi kos sebanyak RM45,000 kepada Anwar. Pampasan pula akan ditentukan 15 Februari ini ekoran penyiaraan artikel bersifat fitnah pada 17 Januari 2012 itu bertujuan menjatuhkan reputasi Anwar.KD

Isnin, 21 Januari 2013

LISTEN !! Tok Guru Nik Aziz Tunjukkan Terjemahan Al Quran Pada Bawani


Tok Guru Nik Aziz menunjukkan terjemahan al-Quran kepada Saudari Bawani KS, siswi Universiti Utara Malaysia yang mencetuskan fenomena LISTEN di ruang maya.

Bawani mengunjungi Tok Guru di Pejabat Menteri Besar pagi tadi.Sumber gambar FB Tok Guru.

Najib bertaubat atau bersandiwara?

 Antara kain rentang menyambut lawatan Najib ke Kelantan, semalam

KUALA LUMPUR: Nampaknya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bertaubat sepenuhnya daripada kesilapan lampaunya dan hanya bersandiwara terhadap rakyat.

“Belum sampai beberapa hari dan air matanya belum kering lagi apabila beliau meminta maaf kepada rakyat, kini beliau menipu pula rakyat Kelantan.

“Dalam keadaan pilihan raya umum ke 13 sudah dekat, beliau mudah menabur janji. Janjinya melangit tinggi dan lumayan harganya,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Riduan Mohd Nor.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada tindakan Najib yang telah menabur janji baharu yang lebih menarik kepada rakyat Kelantan iaitu untuk membina lebuhraya bagi menghubungkan kawasan Kuala Krai dan Kota Bharu di negeri itu.

Turut diumumkan Najib adalah enam lagi projek mega khusus untuk menambat hati pengundi Kelantan supaya menyokong beliau.

Selain lebuh raya, beliau menjanjikan membina Sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang memuatkan 5,000 pelajar, membina  stadium baharu,  masjid terbesar serta projek menyelesaikan masalah air.

Namun demikian, kata Riduan semua itu diyakini hanya tinggal harapan jika BN ranap di Kelantan.

Baginya, Najib mahu menjadi seperti Santa Claus yang akan memberi apa sahaja yang diingini oleh rakyat, namun pemberiannya semua itu bersyarat iaitu mengundi BN pada PRU13.

“Rakyat beliau ibaratkan barang yang tidak berharga, boleh dijual beli, diugut dan diumpan sesuka hati,” ujarnya.

Beliau berkata, sebenarnya tawaran yang beliau jual kepada rakyat Kelantan sebagai sikap paling kejam dan keji bagi pemimpin negara.

Anwar menang saman terhadap Utusan

KUALA LUMPUR 21 Jan: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah terhadap Utusan Malaysia.Keputusan penghakiman itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk VT Singham di sini pagi ini.

Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).Singham memutuskan artikel itu bersifat fitnah dan bertujuan menjatuhkan reputasi Anwar sebagai pemimpin politik.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat kerana mengambil kira fakta dan bukti yang dibentangkan sepanjang perbicaraan, menunjukkan Utusan dipunyai oleh Umno.“Artikel tersebut adalah terpesong, tidak tepat dan di luar maksud yang diperkatakan,” kata Singham dalam penghakimannya.

Keputusan itu merujuk artikel bertajuk ‘Tolak Anwar-Hassan’ yang disiarkan muka depan akhbar kawalan Umno itu pada 17 Januari 2012.“Mahkamah berpuas hati (dalam artikel tersebut) bahawa ini adalah fitnah kepada plaintif,” kata beliau.Menurutnya, Utusan tidak mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab.

Sedangkan katanya, defendan mempunyai peluang untuk membetulkan fakta selepas Anwar menghantar notis peguam untuk keterangan.

“Wartawan dan editor mempunyai hak untuk menyiarkan berita, tapi bukan fitnah, atau berita palsu,” tempelak Singham dalam penghakimannya.Katanya, hakim memainkan peranan penting dalam memastikan kebebasan badan kehakiman.

“Keadilan perlu dilaksanakan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak mahupun parti politik, semua keputusan perlulah selari dengan fakta yang dibentangkan,” jelas Singham.Beliau menetapkan gantirugi kos sebanyak RM45,000 manakala pampasan damage (teruk) ditetapkan ke satu tarikh kemudian.KD

Anak Samy Vellu Kritik Mahathir

KUALA LUMPUR, 20 Jan — Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihatkan agar tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur perkauman kerana ia bakal memusnahkan imej Barisan Nasional (BN) yang cuba dipulihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Pengarah Strategik MIC S Vell Paari.

Anak kepada bekas menteri Kabinet Datuk Seri S Samy Vellu itu menegaskan, tindakan bekas perdana menteri itu mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman hanya akan memberikan kesan negatif kepada pentadbiran Najib kerana kenataan-kenyataan Dr Mahathir akan menjadi “back-fire” kepada BN.

“Kenyataan Dr Mahathir yang bersifat perkauman akan hanya menjadi ‘back-fire’ buat BN, beliau langsung tidak membantu (BN),” kata Vell Pari (gambar) apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.

“Beliau cuba memusnahkan imej BN yang cuba dibangunkan Najib yang baru menjadi perdana menteri lebih kurang dua, tiga tahun ini ...  ianya bukan perkara yang mudah,” tegasnya lagi.

Beliau turut berkata adalah lebih baik untuk perdana menteri yang telah berkhidmat selama 22 tahun itu “bersara” seperti mana mantan perdana menteri sebelum beliau.

“Beliau patut sedar rakyat Malaysia sudah semakin matang, kenapa perlu gunakan isu perkauman untuk memecah belahkan rakyat?” katanya.

“Saya generasi ketiga, ini negara kita, adakah satu hari nanti bila kita selisih di tengah jalan kamu mahu satu keluar parang, dan satu lagi keluar keris?” soalnya, sebagai respon kenyataan perkauman yang dikeluarkan Dr Mahathir dikhuatiri akan memecahbelahkan rakyat negara ini.

Menurutnya lagi setiap individu rakyat Malaysia jelasnya adalah penyumbang kepada negara ini, dan tidak seharusnya isu perkauman itu dimainkan.“Dr Mahathir langsung tidak membantu,” katanya lagi.

Bekas perdana menteri yang masih berpengaruh di negara ini seringkali mengeluarkan kenyataan membidas pembangkang, dan sesetengah pihak menganggap Dr Mahathir seringkali mengeluarkan kenyataan yang bersifat perkauman.

“Dr Mahathir sudah bersara, sepatutnya jangan ganggu pemerintahan negara dengan kenyataan-kenyataan perkauman yang tidak membantu kerajaan.“Jika Dr Mahathir tidak boleh menolong, janganlah bising-bising,” tegasnya lagi.TMI

Ahad, 20 Januari 2013

Video : "Listen Listen Listen" Versi Kelantan


Kalimah Allah : Pas tidak akan tarik balik keputusan Majlis Syura

SHAH ALAM – Pas tidak akan menarik balik keputusan Majlis Syura berhubung kalimah ALLAH walaupun Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh meminta untuk kaji semula.

Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, pendirian itu tidak akan berubah seperti yang dijelaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas bermesyuarat dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, Majlis Syura telah menetapkan bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu, dan tidak akan mengkaji semula pendirian tersebut.

“Terdapat dua situasi yang membabitkan isu ini, pertama adalah terjemahan kitab Bible dalam Bahasa Melayu tidak dibenarkan menggunakan kalimah ALLAH menggantikan God atau Lord.

“Kedua, masyarakat bukan Islam yang menghadiri majlis keramaian dan ceramah Pas tidak dihalang untuk menyebut Allahuakbar (contoh), kerana itu adalah hak mereka,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Nik Zawawi turut melahirkan kebimbangan kerana sekiranya kontroversi tersebut tidak dihentikan akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Katanya, ketetapan yang diputuskan Majlis Syura itu terdapat dalam Islam dan tidak bercanggah dengan agama lain, khususnya Kristian.

“DAP perlu menerima dengan baik keputusan yang telah dipersetujui ini. Kenapa isu ini dibangkitkan pada hari ini sedangkan ia tidak menimbulkan masalah sejak beratus tahun dulu," katanya.SH

Pakar ekonomi Bank Islam yang digantung jawatan pertahan analisis ‘kemenangan’ Pakatan

 Ketua Ekonomis Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin yang digantung jawatan, mempertahan analisis melibatkan tiga senario keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 termasuk prospek kemenangan Pakatan Rakyat.

Pada kenyataan media lewat petang semalam, beliau berkata analisis yang dibentang dalam satu forum di Singapura pada 10 Januari lalu, dibuat secara profesional, jujur dan adil .

Azrul menolak keras andaian kononnya analisis yang meletakkan kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 13,  bersifat bias dan tidak profesional semata-mata kerana beliau seorang ahli KEADILAN.

“Keputusan analisis itu dibuat selepas mempertimbang pelbagai faktor relevan yang memperngaruhi situasi ekonomi pada 2013. Mustahil untuk menafikan keputusan PRU 13 tidak akan memberi kesan kritikal terhadap ekonomi negara.

“Tiada sebab saya perlu dikenakan tindakan disiplin kerana analisis itu dibuat secara jujur dan profesional,” katanya.

Azrul pada pembentangan bertajuk “Malaysia: Economic and Political Outlook 2013″  pada 10 Januari lalu menyatakan tiga kemungkinan senario yang berlaku pada PRU 13 berdasarkan analisis faktor terpilih.

Senario terbaik BN ialah mempertahan 112 hingga 122 kerusi Parlimen berbanding Pakatan Rakyat yang memperoleh 100 hingga 110 kerusi manakala senario kedua yang ‘besar kemungkinan’ ialah BN kalah dengan mendapat 97 hingga 107 kerusi Parlimen berbanding Pakatan yang menguasai 115 hingga 125 kerusi.

Senario ketiga yang ‘kurang kemungkinan’ ialah BN gagal dan hanya mendapat 82 hingga 92 kerusi berbanding kejayaan besar Pakatan dengan mendapat 130 hingga 140 kerusi Parlimen.

Beliau kemudian dikenakan penggantungan untuk tempoh yang tidak dinyatakan atas alasan ‘melanggar polisi bank.’

Pada kenyataan itu, Azrul juga memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap blogger, ahli politik atau mana-mana pihak yang merosakkan reputasi, integriti dan kewibawaan atau memfitnahnya.

“Ia menjadi tragedi kepada sistem demokrasi di Malaysia apabila pendapat yang tidak menyebelahi sesebuah parti menjadi alasan kepada sesetengah pihak untuk mengambil tindakan displin sekali gus memberi lesen untuk pemusnahan karektor.

“Bagaimanapun, saya yakin, kebenaran dan keadilan akan terserlah jua akhirnya,” katanya.KD

Sabtu, 19 Januari 2013

Video : Fenomena listen! di Maharaja Lawak Mega




Fenomena listen! listen! listen! bukan sahaja tamat di alam internet bahkan juga merebak ke pentas Maharaja Lawak Mega 2012.

Ia digunakan oleh Afdlin Shauki dalam pertandingan akhir Maharaja Lawak Mega semalam dalam persembahan pertama beliau bersama kumpulan Boboi.

Tahun lepas, Afdlin memperagakan watak yang disifatkan oleh ramai penonton sebagai isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dengan gaya poco-poconya.

Namun sebagaimana tahun lepas, Boboi tidak juga menang tahun ini.

Bekas Ketua Daerah Kinabatangan dan 360 yang lain sertai PAS


KINABATANGAN: PAS Sabah sekali lagi mencatat kejayaan besar sebelum bertempur di ‘medan perang’ Pilihanraya Umum ke-13 akan datang apabila mantan Ketua Daerah Kinabatangan menyerahkan borang menyertai PAS dalam satu Himpunan Selamat Tinggal BN di Kg. Batu Putih dekat sini, petang tadi.

Ahdah Sulaiman yang juga bekas calon Bebas dalam PRU 2008 turut mewakili 360 orang lagi menyerahkan borang menyertai PAS kepada Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Dalam ucapan ringkasnya, beliau memberikan kata semangat dengan mengajak seluruh rakyat Kinabatangan bersama meninggalkan Barisan Nasional yang sudah lama bertapak di Sabah.“Kita menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran selama 18 tahun Umno BN di Sabah ini.“Umno BN telah gagal membawa pembangunan ekonomi kepada rakyat Sabah terutama di kawasan ini,” ujar beliau.

Dalam PRU12, Ahdah bersama lapan calon lain termasuk seorang calon PAS, Imran Ibrahim dan Datuk Saddi Abdul Rahman (BN) merebut kerusi DUN Sukau. Beliau memperoleh undi tertinggi dengan mendapat 1,171 undi berbanding calon PAS, hanya sebanyak 76 undi sahaja. Manakala calon BN pula mendapat 3,278 undi dengan kemenangan majoriti sebanyak 2,107 undi.

Himpunan ini turut dihadiri Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin, Dr. Mohd Hatta Ramli, Aminuddin Aling (Pesuruhjaya PAS Sabah), Lahirul Latigu (Ketua Pemuda PAS Sabah), ahli jawatankuasa PAS Sabah dan rakan-rakan Pakatan Rakyat Sabah yang terdiri Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) dan masyarakat setempat.Hrkh

Video : Sumpah Rosmah Mansor

Rosmah mengakui beliau pernah melihat cincin tersebut. – Gambar fail


Datin Seri Rosmah Mansor mengatakan beliau boleh bersumpah dengan nama Allah beliau tidak pernah memiliki cincin bernilai RM24 juta seperti didakwa pembangkang dua tahun lalu.

Akan tetapi, isteri kepada perdana menteri itu mengakui beliau pernah melihat cincin tersebut dalam majlis ucapan makan malam untuk veteran tentera di Kementerian Pertahanan disini malam tadi.

“Saya berani bersumpah, saya berani bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak pernah mempunyai cincin tersebut ditangan saya.

“Sebaliknya, cincin tersebut dipamerkan kepada mereka yang mempunyai wang. Saya tidak mempunyai wang, jadi saya hanya meliahat (dan merasakan) ianya benar-benar cantik, itu saja,” katanya dalam ucapan yang disiarkan di laman Youtube oleh portal berita KLPos.

Rosmah tidak memberitahu secara spesifik cincin mana yang beliau maksudkan akan tetapi dipercayai beliau merujuj kepada bekas ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin pada 2011.

Badrul Hisham membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu beliau menerima maklumat cincin beharga RM24,458,400 diterbangkan ke Kuala Lumpur dan Rosmah adalah penerimanya.

Jumaat, 18 Januari 2013

Rupanya ini punca Bawani soal Sharifah Zohra

 Gambar dari rakaman video menunjukkan Bawani (kiri) berdiri mempersoalkan pembentangan oleh Sharifah Zohra. – Gambar diambil dari Youtube

KUALA LUMPUR 18 Jan — Bawani KS mengakui persembahan slaid semasa forum “Seiringkah mahasiswa dan politik?” yang memaparkan kritikan ke atas pemimpin pembangkang dan beberapa aktivis menyebabkan beliau bangun untuk bersuara dan mempersoalkan pembentangan panel forum Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin.

Menurut Bawani, persembahan slaid tersebut yang memaparkan gambar seperti ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, aktivis Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan dan demonstrasi menentang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tidak munasabah dan tidak selari dengan tajuk forum tersebut.

“Gambar yang mereka paparkan dalam forum tersebut adalah tidak munasabah,” kata Bawani dalam satu sidang media hari ini.

“Ianya tidak langsung berkaitan dengan forum yang bertajuk ‘Seiringkah mahasiswa dan politik?’. Oleh sebab saya tidak berpuas hati, saya bangkit dan memberikan hujah sebelum Sharifah Zohra kemudiannya menarik mikrofon saya.”

Bawani juga berkata tidak berpuas hati dengan penganjur forum tersebut yang hanya membenarkan dua soalan diambil daripada mahasiswa untuk dijawab, serta mengesyaki sesuatu yang pelik berlaku kerana mahasiswa terpaksa berikrar selepas tamat forum.

“Sepanjang saya menghadiri forum, inilah kali pertama saya melihat orang ramai diarah mengangkat ikrar.

“Oleh yang sedemikian, saya berpendapat forum tersebut bukan bagi mendengar suara mahasiwa tetapi sebaliknya adalah untuk membodohkan mahasiswa,” kata beliau lagi.

Apabila ditanya sama ada bimbang atas tindakan yang diambilnya semasa dalam forum tersebut, Bawani berkata beliau tidak melakukan sesuatu yang salah disisi undang-undang.

Himpunan #KL112 : Polis Ambil Keterangan Mat Sabu

 Himpunan #KL112

SHAH ALAM - Polis mengambil keterangan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu hari ini berhubung Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di ibu negara Sabtu lalu.

Mohammad diambil keterangan di sebuah restoran di di sini, kira-kira jam 9 pagi.

"Ini merupakan prosedur biasa buat polis. Saya memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Beliau berkata, keterangannya diambil selama 15 minit oleh dua pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Ketika ditanya mengapa keterangan itu diambil di restoran berkenaan, Mohammad menjelaskan, beliau mempunyai tugas penting di sini.

"Saya yang meminta pegawai tersebut datang ke sini," katanya.SH

Mesti Lihat !! Tarikh Dun Dun Dan Parlimen Terbubar Secara Automatik


21 Mac : Johor
26 Mac : N.sembilan
7 April : Pahang
22 April : Selangor
24 April : Perak
26 April : Melaka
28 April : Perlis & Kelantan
29 April : Sabah
2 Mei : Penang & Kedah
5 Mei : Terengganu

28 April Parlimen Malaysia Automatik terbubar.

Khamis, 17 Januari 2013

Fitnah Khalid Samad : 5 Hakim Mahkamah Persekutuan tolak rayuan Utusan


PUTRAJAYA: Lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang memihak kepada anggota Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad.

Dalam keputusannya hari ini Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak memberikan kebenaran kepada pihak Utusan untuk merayu sekaligus keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi sebelum ini dikekalkan.
Mahkamah juga memerintahkan Utusan membayar kos sebanyak RM10,000-00.

Lima orang Hakim yang bersidang di dalam rayuan hari ini adaalah Hakim Tan Sri Richard Malanjun, Hakim Datuk Bentara Luar Datuk Haji Hashim Bin Datuk Hj. Yusoff, Hakim Datuk Ahmad Bin Hj Maarof, Hakim Datuk Hasan bin Lah dan Hakim Datuk Jeffery Tan Kok Wha.

Mahkamah Rayuan pada 24 Mei 2012 telah menolak dengan kos rayuan Utusan Malaysia ke atas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Utusan membayar gantirugi RM60,000-00 kepada Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Pada 21 November 2011 Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Tuan Prasad Sandhosham Abraham telah memutuskan bahawa artikel di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 10/9/2009 bertajuk ““ZULKIFLI BIDAS ‘PAK JANGGUT’ ” adalah memfitnah ke atas YB Khalid Samad.

Antara lain artikel tersebut menulis:

“Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin membidas individu yang digelarnya ‘Pak Janggut’ yang sanggup memutar belit ayat-ayat al-Quran untuk mempertahankan pembinaan kuil Hindu di Seskyen 23, Shah Alam yang menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di kawasan itu.

Menurutnya, ‘Pak Janggut’ turut menyalahkan umat Islam di Seksyen 23 kerana tidak bersikap adil dalam membantah pembinaan kuil di kawasan kediaman mereka.

Blog Umno Tarik Balik Fitnah Terhadap Tok Guru Nik Aziz


Sebelum ini diheboh-hebohkan kononnya Tok Guru Nik Aziz memberikan rasuah berupa tanah kepada pemimpin DAP Perak untuk ditukar dengan jawatan Menteri Besar Perak. Fitnah ini berasal dari blog pisau.net.Akhbar Umno menjadi isu ini di muka depannya.

Dalam masa yang sama, Tok Guru Nik Aziz menghantar surat saman kepada blog berkenaan. Kenapa apabila pisau.net menarik balik fitnahnya, media massa milik UMNO/BN senyap seribu bahasa???

Penggantungan pegawai ekonomi bawa imej buruk negara

KUALA LUMPUR 17 Jan: Penggantungan Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwa Ahmad Tajuddin memberi kesan buruk kepada imej negara, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Menyifatkan ia bermotif politik, katanya, tindakan itu sangat memalukan dan menghantar mesej buruk kepada pelabur, seterusnya ekonomi negara.

“Saya tidak fikir pengurusan Bank Islam akan ambil tindakan sebodoh itu. Ia (penggantungan) adalah arahan dari kerajaan berikutan ramalannya tentang keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Azrul Azwa minggu lalu dilaporkan oleh The Straits Times di Singapura dengan menjangkakan kekalahan BN dalam PRU 13.

Mahfuz berkata, pemegang saham terbesar Bank Islam adalah Lembaga Tabung Haji, yang menguruskan penghantaran umat Islam menunaikan haji.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, sebagai pakar ekonomi, Azrul Azwa wajar memberi pandangan berhubung keadaan negara selepas pilihan raya, demi kepentingan pelabur dan pasaran.

Beliau turut menyindir kerajaan Umno BN yang mahukan hanya pegawai ‘penglipur lara’ dan ‘bersyair’ kepada mereka, bukannya kritis, berani dan mempunyai pandangan berbeza.

“(Malah) saya fikir tidak ada satu pun pendapat beliau yang kritik kerajaan, cuma beri pendapat (berasaskan) angka ekonomi, unjuran dan suasana politik negara,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, semalam.

Kerajaan dan pengurusan Bank Islam perlu menarik semula penggantungan Azrul demi kepentingan ekonomi negara dan supaya pengguna bank itu tidak lari, sinis Mahfuz.KD

Video Khas Untuk Sharifah Zohra Jabeen Yang Mesti Anda Lihat

 Berikut adalah video khas buat Presiden Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen yang tiba-tiba melonjak namanya di alam cyber ini kerana keangkuhannya dalam mempengerusikan satu majlis yang dihadiri Mahasiswa di UUM.

Sharifah Zohra Jabeen juga adalah bekas  Timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan, sebuah parti pro UMNO/BN.Artikel berkaitan DISINI,SINI dan DISINI ~ Tinta Hijau DKB






Tee Keat Kini Pengerusi Majlis Pendekar Malaysia


Dimana pejuang pejuang MELAYU TOTOK UMNO? Mana PEKIDA? MANA PERKASA? Mana pakcik makcik yg duk menangis mengenangkan nasib maruah melayu?
Dah takde MELAYU ke yg boleh lead Persatuan Pendekar Melayu? Kan korang hari hari sebut HIDUP MELAYU!!!.. Hidup je ke? 

La ni kaum lain gak yg depa angkat julang bagai nak gila! Lepas ni nampaknya kalau nak bukak gelanggang kene ada tarian singa la ye? .Sumber FB

Rabu, 16 Januari 2013

Panas !!! Melayu Kelantan Lebih Kaya Dari Melayu Johor ??

Pendedahan dibuat oleh Presiden Dewan Peniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Syed Ali Alattas bahawa orang Melayu di Johor paling miskin mungkin tidak menjadi kudis gatal kepada pemimpin Umno Johor. Baik Abdul Ghani Othman, Muhyiddin Yassin apa lagi Ahmad Maslan, fakta itu tidak penting buat mereka asalkan saja mereka senang dan kaya raya.

Peduli apa dengan nasib orang Melayu Johor. Lagi pun orang Melayu Johor versi lama cukup berpuas hati asalkan Umno memerintah negeri berkenaan. Bagi mereka sudah cukup Umno terus mentadbir Johor, jangan peduli apakah nasib mereka dan masa depan mereka, janji Umno masih terus hidup maka mereka juga akan hidup. Umno persis nyawa kepada orang Johor.

Kenapa saya kata begitu, sebab masalah kemiskinan dan keterhimpitan orang Melayu Johor ini bukan perkara baru, ia bukan berlaku sehari dua ini. Ia mulai merebak sejak zaman Muhyiddin Yassin menjadi MB Johor lagi. Ketika itu kerajaan Johor meluluskan dasar orang luar boleh memiliki tanah di Johor seberapa banyak yang mereka ingin. Dasar tanah Johor sangat rapuh berbanding dengan dasar tanah Kelantan yang ketat dan istimewa.

Muhyiddin sendiri menjadi dalang dalam membenarkan tanah-tanah rezab Melayu sekitar Johor dibangunkan kemudian dijual kepad orang asing, Singapura. Perpindahan beliau ke pusat menjadi menteri dan meninggalkan tampuk Johor salah satu faktornya ialah kelemahan dasar pentadbiran di bawahnya yang menyebabkan Johor banyak hilang tanah.

Pembangunan yang dikemukakan Muhyiddin memang untuk membantu mengembangkan ekonomi orang Johor. Tetapi matlamat itu tidak tercapai dan ia semacam ia tergadai apabila projek baik perumahan, gedung perniagaan yang dibangunkan nilai pasarannya tinggi menyebabkan orang Melayu tidak mampu memilikinya.

Akhirnya kesan dari itu bagi mengelakkan lambakan dan kebekuan aset, maka hartanah itu dibuka untuk dibeli oleh warga asing khasnya rakyat Singapura. Hari ini sudah lebih dari lima gedung perniagaan besar di Johor Bahru sudah bertukar tangan daripada "Mahmood Iskandar" kepada "Mah Hong Kong."

Demikin juga dengan rumah kediaman yang kononnya dibangunkan untuk orang Melayu atau rakyat Johor sudah menjadi milik orang asing. Salah satu ialah pembangunan di sekitar Danga Bay.

Khairy tarik balik fitnah ke atas Anwar

KUALA LUMPUR 16 Jan: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.

Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

Semalam, Khairy menarik balik kenyataan tersebut dan mengambil pendirian beliau tidak pernah berkata demikian.

“Sekarang Khairy mengatakan beliau tidak pernah mengucapkan kata-kata tersebut. Ini bertentangan dengan pendiriannya sebelum ini. Pihaknya tarik balik dan kita berpuas hati,” kata Anwar mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Khairy kata saya pengkhianat Melayu, dah tarik balik maksudnya saya ni pahlawan Melayulah…,” seloroh Anwar yang berpuas hati dengan keputusan tersebut.Beliau ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama mendengar keputusan yang dibacakan oleh Hakim Datuk Su Geok Yiam adalah Khairy dan seorang lagi peguam Anwar, Gobind Singh Deo.

Ekoran tindakan Khairy itu, Anwar mengingatkan pemimpin Umno agar berhenti menggunakan saluran media sesuka hati untuk memburukkan imej beliau.Peguam mewakili Anwar, Haijan Omar turut berpuas hati dengan penarikan tersebut.

“Dia (Khairy) menarik balik sebab bertentangan dengan pendirian beliau sebelum ini. Kita berpuas hati dan setuju untuk selesaikan,” kata Haijan kepada pemberita.“Lagipun ia menjimatkan masa dan kos semua pihak,” tambahnya.

Anwar memfailkan saman tersebut pada 7 September 2007 dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Umno menfitnah beliau semasa menghadiri satu majlis politik di Kuala Kangsar, Perak, pada Ogos 2007.

Bawani Mengulas Isu Forum UUM

GEORGE TOWN, 16 Jan — Video pelajar universiti dicaci kerana menyatakan pandangannya di laman Youtube yang tersebar luas mendedahkan kepada umum bagaimana institut pengajian tinggi awam menggunakan forum untuk “mencuci otak” mahasiswa.

Pelajar undang-undang tahun dua Bawani K.S. menyatakan rasa terkejut sekarang kerana dirinya bertukar menjadi wira dalam masa satu malam kerana mempersoalkan ahli panel Sharifah Zohra Jabeen dalam forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 8 Disember.

“Sekarang orang ramai akan tahu apa yang berlaku di universiti awam dan bagaimana mereka boleh menganjurkan forum ‘Mahasiswa dalam politik’ dan menggunakannya untuk ‘brainwash’ pelajar dengan memberitahu mereka perhimpunan jalanan adalah salah sambil menunjukkan gambar-gambar pemimpin pembangkang seperti Nurul Izzah dan memberitahu kita agar tidak mencontohi mereka,” kata Bawani kepada The Malaysian Insider.

Aktivis sosial berumur 27 tahun lega insiden tersebut tersebar luas kerana beliau berpeluang mendapatkan lebih ramai orang menyertainya untuk memperjuangkan pendidikan percuma bagi semua rakyat Malaysia.

Apabila diberitahu beliau digelar sebagai “Ambiga Kecil”, Bawani tertawa dan mengatakan betapa pentingnya rakyat mengetahui keperluan meneruskan perjuangan menuntut hak mereka.

Beliau juga berkata Sharifah Zohra tidak perlu meminta maaf kepada dirinya tetapi berhutang maaf kepada semua pelajar dalam forum tersebut.

“Beliau telah perkecilkan semua pelajar dan memperkecilkan kita semua,” kata pelajar tersebut yang juga merupakan seorang ahli Parti Sosialis Malaysia dan organisasi Jaringan Rakyat Tertindas.

Walaupun tidak kecewa kerana dicaci secara terbuka, Bawani masih kesal tentang bagaimana keseluruhan forum dianjurkan untuk menjadikan pelajar universiti menentang perhimpunan Bersih dan perhimpunan jalanan untuk memperjuangkan hak rakyat.

“Dalam kebanyakan forum, mereka menunjukkan klip video perhimpunan dan gambar-gambar wanita yang terlibat dalam perhimpunan dan kemudian memberitahu pelajar-pelajar ini bagaimana wanita perlu bertindak atau berkelakuan dan tindakan tersebut adalah salah,” katanya menceritakan ketika dihubungi.

Selasa, 15 Januari 2013

Malukan pelajar, Persatuan Hal Ehwal A’bangsa UUM kutuk Sharifah Zohra

Kami dari Persatuan Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa UUM ingin menyuarakan sedikit pandangan mengenai isu Forum Mahasiswa di UUM apabila pelajar Jurusan Undang-undang di UUM Sdri Bawani KS dimalukan di depan khalayak ramai.

1. Kami mengutuk sekerasnya tindakan Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin selaku Presiden Suara Wanita 1 Malaysia yang memperlekehkan dan memperkotak-katikkan soalan yang dikemukakan oleh saudari Bawani.

2. Dalam mana-mana forum, para panel dan juga audien sendiri mempunyai hak dan pendapat masing-masing untuk disuarakan, malahan ia juga perlu ditangani secara professional, bukan dengan memberi analogi “haiwan bermasalah” yang semua sedia maklum, tiada kaitan dengan fakta yang dikemukakan oleh Saudari Bawani.

3. Kami merasakan Puan Sharifah agak keterlaluan dan tidak menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang pemimpin NGO dalam menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu, kami juga memohon Puan Sharifah untuk memohon maaf secara terbuka kepada pihak Bawani seperti mana beliau memalukan saudari Bawani secara terbuka.

4. Sewajarnya, sebagai seorang pemimpin tertinggi NGO, Puan Sharifah patut memperkaya diri dengan ILMU dan NILAI-NILAI MURNI kerana kedua-dua elemen ini adalah sangat penting dalam diri seorang pemimpin agar pemimpin tersebut layak dihormati oleh pengikut. Bukan ego dan tinggi diri yang menjadi teruhan.

5. Kejadian yang berlaku, bagi kami, tidak perlu pelajar di dalam dewan itu turut disalahkan. Kebiasaannya sesi penghujahan dan sesi soalan dibuka selepas habis forum. Ini bererti mereka ini sudah diberikan pendedahan mengenai segala keburukan yang cuba diketengahkan. Sesungguhnya pelajar-pelajar di dalam dewan itu masih dalam proses belajar.KD

Video Dan Artikel Berkaitan DISINI

Tok Guru Nik Aziz minta 'R' teruskan perjuangan

PENGKALAN CHEPA: Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan aktivis R dan rakyat Kelantan meneruskan perjuangan menuntut hak royalti walaupun sering berhadapan dengan perkara di luar jangkaan.

Menurutnya, orang yang sering berhadapan dengan serangan akan mendapat ganjaran pahala yang besar kerana kesabarannya berbanding mereka yang sering mengancam orang lain.Tegasnya, golongan ini akan mendapat balasan yang pedih di akhirat nanti.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung kejadian cermin kereta Setiausaha R dipecahkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, di kediamannya di Pulau Melaka petang semalam.

Cermin kereta milik Setiausaha Gabungan Profesional Menuntut Royalti Pendaratan Minyak dan Gas ke Kelantan (R), Hishamuddin Ghazali dipecahkan di Greenwood, Gombak, baru-baru ini.Beberapa dokumen penting berkaitan R, plak R dan beberapa beg aktivis R dicuri.

“Sekiranya sabar, kita akan mendapat ganjarannya, kerana itu bersabar ni payah kita nak lakukan, seperti juga berjihad, bukan mudah untuk kita laksanakan,”ujarnya.
 
Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Cyling 4 R, Jeming Hassan, yang patah bahu sebelah kanannya akibat terjatuh sewaktu menunggang motosikal bermula dari Kota Bharu ke KLCC baru-baru ini.

Tuan Guru bagaimanapun terharu di atas usaha anak muda Kelantan yang berjuang untuk menuntut hak rakyat melalui royalti.     

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Kelantan turut bangkit menuntut hak berkenaan kerana ianya harta kerajaan negeri Kelantan dan bukannya hak individu.Hadir sama Presiden R, Nazri Deraman.Hrkh

Video : Forum Di UUM Cetuskan Kritikan Hebat

Video sesi forum di UUM di mana jurucakap pro-Bn telah menyerang seorang mahasiswa.



KUALA LUMPUR: Rakaman video forum suara mahasiswa yang dimuat naik ke Youtube sejak beberapa hari lalu, menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia apabila salah seorang ahli panel enggan memberi ruang kepada seorang mahasiswa untuk memberi pandangan.

Video selama 24 minit yang dirakam dalam forum untuk pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) bulan lepas memamparkan seorang ahli panel Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menyekat pelajar KS Bawani dari menghabiskan soalannya berhubung pendidikan percuma.

Ekoran kelantangan Bawani memberi pandangan, Sharifah turun dari pentas dan berdiri dihadapan pelajar itu.

Sharifah dengan nada tegas berkata 'Listen' sebanyak 10 kali sebelum mengambil pembesar suara dari Bawani, kemudian Bawani berhenti bercakap.

Difahamkan bahawa Syarifah Zohrah adalah Presiden Suaran Wanita 1 Malaysia (SW1M) dan Timbalan Ketua Wanita KIMMA dan semua tahu KIMMA adalah komponen baru dalam BN.

HKR112: Raba punggung, blogger Umno kantoi

SALAH seorang blogger obesiti United Malays No Otak, Umno mendedahkan bukti bergambar kononnya seorang muslimah telah diraba punggungnya di Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 tempoh hari.

Gambar tersebut turut disebar oleh blogger-blogger Umno yang lain. Di bawah ini printscreen daripada blog milik blogger obesiti tersebut atau nama sebenarnya Salim Iskandar.


Kita sedia maklum isu lucah memang menjadi senjata United Malays No Otak, Umno untuk meraih sokongan rakyat. Maka ada sahaja isu lucah dimainkan, namun seperti biasa mereka kantoi.

Gambar tersebut sebenarnya langsung tiada kena mengena dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 yang berlangsung di ibu negara tempoh hari. Sebaliknya gambar yang dicedok dari salah sebuah website luar negara.

Gua rasa dah berpuluh kali gua kantoikan isu lucah bodoh guna gambar macam ni dimainkan oleh blogger United Malays No Otak, Umno tapi kalau dah namanya dajal mana pernah nak serik.MiloSuam

Isnin, 14 Januari 2013

Ketua Ekonomi Bank Islam digantung tugas kerana ramal BN kalah

KUALA LUMPUR: Kerana meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam pilihan raya umum nanti, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Azrul Azwar Ahmad Tajuddin, digantung kerja.

Ekoran itu, pelbagai pihak menyifatkan tindakan itu sebagai zalim, "kerana betindak ke atas mereka yang berkata benar."Namun begitu, banyak pihak yakin, jiwa anak muda tidak goyah dengannya.

"Pasti ada ganjaran untuk si pemberani dan bercakap benar," komen Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution Ismail.

Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah dalam PRU 13 nanti.Beliau berkata, BN akan kalah tipis dalam pilihan raya yang dijangka sengit itu.

Azrul berkata, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu.

Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.

Bank Islam Malaysia dalam kenyataannya 11 Januari lepas, menjarakkan diri dari ramalan ketua penganalisis ekonominya  itu, dengan mengatakan  “kami tidak terlibat dengan forum tersebut”.

Dalam satu kenyataannya, pengarah urusan BIMB Datuk Seri Zukri Samat memberi komen tentang laporan The Straits Times Singapura itu berkata“Kami kesal dengan laporan yang mengaitkan Bank Islam dengan pandangannya dan ramalannya, dan kami mahu laporan yang silap tersebut dibetulkan.

“Untuk pengetahuan anda, Bank Islam tidak terlibat dan tidak berkaitan dalam forum tersebut,” kata Zukri dalam sebuah kenyataan dihantar ke The Straits Times.

Namun hari ini, Azrul Azwar digantung dari tugasnya sebagai Ketua Ekonomi BIMB.Hrkh

Kutipan Derma Himpunan KL112 Cecah Suku Juta Ringgit

KUALA LUMPUR 14 Jan: Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), Mohammad Sabu mengesahkan derma yang berjaya dikutip pada himpunan Sabtu lalu mencecah RM289,000.

Jumlah tersebut dikumpul sejurus beliau mengumum dan melancarkan kutipan derma di Stadium Merdeka.

“Alhamdulillah, kita berjaya peroleh suku juta ringgit hasil kerjasama dan keprihatinan orang ramai,” kata Timbalan Presiden PAS itu ketika dihubungi.Kutipan derma tersebut meliputi peserta yang berada dalam stadium dan juga di luar stadium

Menurutnya, wang itu akan disalurkan khas untuk membiayai sewa Stadium Merdeka sebanyak RM100,000 dan penyelenggaraan lain.

“Bakinya kita akan masukkan ke dalam Tabung Pakatan Rakyat untuk menampung kegiatan parti,” jelas Mat Sabu.

Beliau berterima kasih kepada semua anggota parti Pakatan, termasuk Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Pemuda Sosialis DAP (Dapsy), Unit Amal serta Pemuda PAS dan NGO yang membantu perjalanan program pada 12 Januari lalu.

“Paling penting kepada rakyat yang begitu semangat hadir dan sudi hulurkan sumbangan, tak lupa juga pihak polis yang beri kerjasama,” katanya.

Dalam himpunan yang mengumpulkan kira-kira 500,000 rakyat itu, Mat Sabu mendedahkan SMS palsu oleh blogger Umno mengatakan semua peserta HKR dibayar RM150 seorang.

Sedangkan katanya, pihak penganjur bukan sahaja tidak membayar mereka, sebaliknya mahu meminta sumbangan daripada para peserta.“Kini terbukti, rakyat yang beri kita wang, bukan kami,” tambahnya.KD

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....