Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 23 Oktober 2011

Aziz Bari Akan Saman Mahathir,Zul Nordin Dan Utusan

KUALA LUMPUR, 23 Okt: Pensyarah Undang-Undang yang sedang digantung Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengarahkan peguamnya menghantar notis tuntutan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Nordin dan Utusan Malaysia.

Notis yang akan mula dihantar esok itu, menuntut ketiga-tiga mereka membuat permohonan maaf dan membayar pampasan berikutan pernyataan atau penerbitan mereka yang telah mencemarkan nama baik Abdul Aziz.

"Kami menerima arahan untuk menghantar notis tuntutan daripada Abdul Aziz dan kami akan menghantarnya mulai esok," katanya dipetik Malaysiakini.

Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, peguam Mohd Hanipa Maidin berkata profesor itu akan memfailkan saman fitnah ke atas mereka.

Dr Mahathir selepas menyempurnakan pasa satu majlis 16 Oktober lalu, dilaporkan oleh Utusan sebagai berkata tindakan Abdul Aziz mempertikaikan titah Sultan Selangor adalah perlakuan kurang ajar.

Tindakan ke atas Zulkifli pula, dipercayai berkaitan kenyataan yang dikeluarkannya dalam beberapa media termasuk Utusan. Ini termasuk kerana melabelkan pensyarah itu bersifat biadab dan kurang ajar berhubung ulasannya terhadap titah Sultan Selangor.

Hanipa berkata profesor itu juga sedang mempertimbangakan mengambil tindakan undang-undang ke atas Senator Ezam Mohd Nor berikutan kenyataan beliau kepada media yang berasaskan laporan Utusan sehingga menyebabkan dirinya disoal-siasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan pihak polis. TMI

7 perangai ganjil Muammar Gaddafi

TRIPOLI: Muammar Gaddafi yang memerintah Libya selama 42 tahun kini menjadi sejarah dan bakal dikenang sebagai diktator yang didakwa menaja keganasan di negara luar.

Namun, di sebalik legasi itu, Gaddafi juga akan diingat sebagai tokoh yang suka melakukan perkara pelik.Laman sesawang ABCNews.com menyenaraikan tujuh keanehan utama yang dilakukan Gaddafi.

1. Khemah kalis peluru:

Ketika berada di Tripoli, Gaddafi tinggal dalam kubu dilengkapi dengan rangkaian sistem terowong untuk menyelamatkan diri. Apabila berkunjung ke luar negara, tokoh berdarah Badwi itu membawa bersamanya khemah untuk dipasang di tempat difikirkan sesuai. Disebabkan set khemah kalis peluru itu terlalu berat, ia terpaksa diangkut menggunakan pesawat berasingan yang mengiringi ke mana saja Gaddafi pergi. Untuk menghidupkan suasana padang pasir, dia juga menambat seekor dua unta di luar khemahnya.

2. Pengawal anak dara:

Nampaknya pengawal ini tiada ketika mereka sangat diperlukan apabila Gaddafi ditangkap kelmarin, tetapi biasanya tokoh itu dikelilingi 40 anggota terlatih sepanjang masa.

Digelar sebagai Amazon, pengawal wanita itu dilaporkan semuanya masih dara dan mereka berikrar mempertahankannya sebelum menyertai pasukan berkenaan.Dilatih di sebuah pusat latihan wanita, pengawal terbabit dipilih sendiri oleh Gaddafi dan mengenakan mekap, kasut but bertumit tinggi.

3. Jururawat seksi:

Selama sedekad, seorang jururawat Ukraine, Galyna Kolotnytska, sering dilihat berada di sisi Gaddafi.

Digambarkan sebagai mempunyai bentuk badan mengghairahkan, Galyna didakwa seorang daripada pembantu paling dipercayai Gaddafi dan dipercayai menjalin hubungan romantik dengan diktator terbabit. Sejumlah jururawat Ukraine turut berkhidmat untuk Gaddafi dan mereka memanggilnya dengan gelaran “papa” atau “daddy”.

4. Jatuh hati kepada Condoleezza Rice:
Pada 2007, Gaddafi menggelar bekas Setiausaha Negara AS itu sebagai “wanita kulit hitam Afrika yang dikasihi.” Ketika Condoleezza melawat Tripoli pada 2008, Gaddafi memberikan pelbagai hadiah bernilai AS$200,000 (RM629,880), termasuk cincin.

Bagaimanapun, minatnya kepada wanita itu hanya terbongkar selepas pemberontak menawan Tripoli. Antara barangan yang ditemui di situ, satu album mengandungi puluhan gambar Condoleezza.

5. Takut menaiki pesawat dan lif:
Antara alasan Gaddafi gemar membawa bersamanya khemah jika ke tempat lain adalah kerana bimbang terpaksa menggunakan lif untuk menginap di hotel. Melalui kabel diplomatik yang bocor, Gaddafi juga tidak suka berada di tempat tinggi dan enggan terbang lebih dari lapan jam. Jika perlu menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Gaddafi akan singgah bermalam di Portugal. Had maksimum anak tangga yang mahu dinaikinya hanyalah 35 langkah.

6. Bunga Bunga: Pada 2010,
satu daripada aktiviti masa lapang Gaddafi didedahkan melalui laporan pendakwa Itali yang menyiasat salah laku Perdana Menteri Silvio Berlusconi. Menurut laporan, pelacur berusia 17 tahun yang dilanggan Berlusconi, Karima el-Magroug, mendakwa Perdana Menteri Itali itu mengaku “menggunakan formula Gaddafi” ketika mereka berfoya-foya.

7. Pakaian aneh:
Ketika pemimpin negara berbaris untuk bergambar bersama, amat mudah mengenali Gaddafi kerana pemilihan pakaiannya yang berbeza daripada yang lain. Biasanya, Gaddafi mengenakan pakaian khas yang direka hasil gabungan di antara seragam tentera yang diubah suai dengan tradisi Badwi Afrika. - ABC

Manifesto Pas Semarakkan Kemarahan Rakyat Kepada Umno/BN


KUALA TERENGGANU - Tawaran Menifesto Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) PAS Terengganu yang bertema 'Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan' menyebabkan rakyat setempat semakin marah dan 'meluat' melihat papan tanda besar (billboard) Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di bandar Chukai, disini.

Lima tawaran 'awal' PAS Terengganu diumumkan Pesuruhjayanya Haji Mohd AbdulWahid Endut termasuk komitmen PAS untuk menghapuskan cukai pintu rumah kediaman, sekiranya diberi mandat oleh rakyat pada PRU13 akan datang.

Menurut Penolong Setiausaha PAS Trengganu, Haji Hanafiah Mat, orang ramai yang berjumpa dan menghubungi menyifatkan billboard MPK adalah merupakan 'ugutan' terhadap rakyat.

"Ramai yang berjumpa saya dan menghubungi saya, selepas manifesto PAS dilancarkan, mereka marah dan meluat melihat signboard MPK,

"mereka berkata kerajaan Umno/BN tidak berhak ugut rakyat tentang masalah cukai pintu,"ujarnya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Makan Malam Dana PRU13 di sini, Jumaat 21 Oktober.

Katanya, tawaran dalam manifesto PAS menunjukan keperihatinan kerajaan yang bakal dipimpin PAS untuk melaksanakan kebajikan yang berterusan kepada rakyat negeri Terengganu.

Beliau menolak dakwaan bahawa 'janji PAS' itu adalah janji-janji kosong kerana PAS sudah melaksanakannya ketika memerintah pada tahun 1999 hingga 2004.

"Tawaran PAS mengecualikan cukai pintu kepada rumah kediaman adalah hak rakyat untuk mendapat kebajikan kerana negeri Terengganu mendapat hasil yang banyak melalui royalti minyak,

"ia bukan janji kosong kerana kita telah laksanakannya pada tahun 1999 hingga 2004, sekiranya diberi mandat kita cuma menyambungnya,"jelasnya.

Menurutnya, walaupun kerajaan akan kehilangan hasil sekitar RM24 juta, ia akan dapat ditampung melalui pengurusan cukai premis perniagaan, industri dan perkilangan secara efektif.

Katanya, dengan pengecualian cukai pintu rumah kediaman tersebut, rakyat tidak perlu gusar lagi kediaman mereka akan disita atau dilelong sebagaimana 'ugutan' di paparkan pada biiboard MPK

Beliau menganggap kerajaan Umno/BN angkuh dan sombong apabila bertindak mengugut rakyat.

Justeru beliau saya yakin keangkuhan Umno dan BN akan diajar oleh rakyat melalui peti undi pada PRU13.BO

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....