Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 28 Disember 2011

PRU 13 : PAS kurangkan kerusi di Johor

JOHOR BAHARU: PAS negeri Johor memutuskan untuk mengurangkan bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dan Parlimen yang akan ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Dzulkefly Ahmad berkata, mereka “menyerahkan” lebihan kerusi yang pernah ditandingi pada PRU 2008 kepada DAP dan PKR.

“Kesemua kerusi Dun dan Parlimen di Johor yang diserahkan PAS kepada DAP dan PKR itu merupakan kawasan campuran berdasarkan kedua-dua parti itu mempunyai kekuatan di kawasan terbabit,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Katanya, PAS Johor membuat keputusan untuk bertanding di lapan kawasan Parlimen dan 28 kawasan Dun pada PRU-13, berbanding sembilan Parlimen dan 33 Dun pada PRU 2008.

Menurut Dzulkefly, pada 2008 PAS Johor bertanding di banyak kawasan kerana menyedari PKR Johor pada ketika itu tidak mempunyai kekuatan dan disebabkan kerana enggan memberi kemenangan percuma kepada Barisan Nasional (BN).

Pada PRU 2008, PAS Johor memenangi dua kerusi Dun iaitu di Maharani dan Sungai Abong.

Mengenai peluang PAS Johor pada PRU-13, Dzulkefly meramalkan dengan suasana politik negara pada ketika ini yang memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat, ia mampu membuat kejutan dengan “memecah kubu BN” di Johor.

“Kita berkeyakinan jika ‘gelanggang pertandingan adalah sama rata,’ Pakatan Rakyat Johor mampu memenangi sekurang-kurangnya 29 kerusi Dun untuk memperolehi majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri,” katanya.

Johor yang merupakan kubu kuat BN mempunyai 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dun.

Kata beliau, senarai calon-calon PAS Johor yang akan bertanding pada PRU-13 telah pun siap, tetapi ia perlu diperakui oleh kepimpinan parti pada peringkat pusat.

- Bernama

Dr Hasan Ali Jumpa Dan Minta Maaf Dengan Tok Guru Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 28 Dis — Bekas Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali telah berjumpa dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat semalam untuk meminta maaf dan menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti yang sebelum ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Nik Aziz, dan menurutnya, Hasan turut memohon maaf daripada pimpinan PAS mengenai perkara itu.

“Saya melahirkan kesyukuran di atas rasa rendah diri Datuk Hasan Ali (gambar) yang bersedia membuat permohonan maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

“Bukan mudah orang nak mengaku salah selepas melakukannya, jadi tindakan beliau itu mengharukan saya.

“Saya juga berharap orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Hasan,” kata Nik Aziz selepas melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama Bachok hari in.

Menurutnya, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hasan dan Nasharuddin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS yang lain di Kota Bharu.

Antara pemimpin yang ditemuinya adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din.

Tambah Nik Aziz, pertemuan tersebut dianjurkan oleh PAS Pusat dan menurutnya, “sekiranya PAS Pusat tidak mengatur pertemuan itu sekalipun, saya akan panggil dia.”

Sehubungan itu, menurut Nik Aziz, pihaknya sendiri akan mengadakan kenduri kesyukuran kecil-kecilan di JKR 10 hari ini sebagai tanda syukur terhadap penyelesaian kes berkenaan.

“Saya berharap PAS Pusat dapat menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan rancangan berkenaan,” katanya lagi.

Beliau yakin, perkara itu tidak lagi akan dijadikan isu oleh Umno ekoran ruang mereka untuk tujuan itu sudah tertutup rapat.TMI

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Syabas PAS kerana menunjukkan contoh bagaimana Pas berhikmah dalam menyelesaikan konflik dalaman dgn kaedah yg berakhlak. Moga cara ini diteruskan semua peringkat pimpinan parti.

Buang yang keruh,ambil yang jernih.Semoga ianya dapat dijadikan contoh oleh kawan dan juga lawan.

Aziz Bari Dialu Alukan Jika Berhasrat Sertai Pas

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Para pimpinan kanan PAS mengalu-alukan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Profesor Dr Abdul Aziz Bari (gambar) jika beliau berhasrat menyertai dan aktif dalam PAS.

Dua Naib Presiden PAS yang dihubungi, Salahudin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar berkata, PAS mengalu-alukan Aziz Bari dan menganggap beliau bakal menjadi satu nilai tambah untuk PAS.

Pemuda PAS dalam kenyataannya sebelum ini mempelawa Dr Aziz menyertai PAS selepas menamatkan kerjayanya di kampus itu hujung bulan ini.

Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Raja Ahmad Al-Hiss, melalui PAS, Abdul Aziz boleh mempraktikkan ilmunya sebagai Pakar Undang-Undang dan Perlembagaan Negara di dalam membetulkan sistem negara dengan landasan yang betul dan tepat mengikut permahaman yang sebenar.

"Kami mengalu-alukan penyertaannya sebagai ahli politik bagi sama-sama membentuk sistem negara kita yang amat memerlukan ilmunya selama ini.

"Kami yakin penyertaan beliau kelak akan dapat memberikan manafaat yang baik kerana ilmu yang telah ajar selama ini akan diterjemahkan di dalam membentuk sebuah negara mengikut lunas Undang-Undang yang sebenar," katanya.

Malah ujarnya, ilmu dan kepakaran Abdul Aziz amat diperlukan bagi sama-sama memilihara Perlembagaan Negara yang acap kali menjadi satu pertikaian.

"Kami yakin dengan displin ilmu yang selama ini diamalkan oleh beliau akan terus terpelihara kerana beliau bukan sahaja mengajar tetapi bertindak menggumbal perundangan itu sendiri.

"Kami yakin dengan pilihan beliau di dalam memilih pentas politiknya selepas tidak lagi berkhidmat sebagai pensyarah ketika ini. Dan kami yakin penyertaan beliau kelak akan memantapkan lagi cita-cita PAS untuk melaksanakan Islam di tanahair kelak," katanya.

PAS ujarnya menunggu apa sahaja pendirian beliau untuk sama-sama berkhidmat kepada seluruh rakyat kelak malah sangat menghormati beliau sebagai seorang amat amat berpegang teguh dengan pendiriannya di dalam isu-isu negara selama berkhidmat dengan UIAM sebelum ini.

Mahfuz Omar berkata, pintu untuk sesiapa menyertai PAS sentiasa terbuka, apatah lagi untuk orang seperti Aziz Bari untuk terlibat secara langsung ke arah membantu membangnkan negara bersama PAS.

"Kalau itu menjadi hasrat beliau, saya sangat-sangat mengalu-alukan beliau bersama PAS," kata Mahfuz.

Salahuddin Ayub pula berkata, beliau yakin Aziz Bari seorang tokoh yang boleh menilai sendiri parti mana yang beliau nak.

"Kalau dia menyertai PAS, itu suatu nilai tambah yang sangat besar kepada PAS," katanya.Hrkh

Bekas Adun Umno Sertai DAP ???

KUALA LUMPUR, 28 Dis — DAP telah menarik beberapa pemimpin Melayu termasuk sekurang-kurangnya dua veteran Umno sebagai satu langkah untuk menghakis sokongan dari komuniti dominan selepas dituduh anti Melayu dari parti pemerintah.

The Malaysian Insider difahamkan penulis blog terkenal Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang juga bekas wakil rakyat Pulau Manis dan Aspan Alias, veteran Umno Negeri Sembilan, telah dijemput untuk menyertai DAP, yang berkemungkinan besar akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda DAP Anthony Loke (gambar), yang ditugaskan untuk menambah sokongan Melayu bersama anggota strategi Liew Chin Tong dan Zairil Khir Johari, mengesahkan penyertaan dua individu itu.“Kami mendekati mereka tetapi tiada keputusan dibuat. Tetapi bukan penentu mereka akan bertanding dalam pilihan raya. Ia kebimbangan kedua kami,” kata Ahli Parlimen Rasah ini.

Loke menambah bahawa buat masa ini, parti gembira apabila kedua-dua veteran Umno itu membuat kritikan secara terbuka terhadap parti Melayu terbesar dan Barisan Nasional (BN) dalam blog mereka.Kedua-dua veteran itu menghadiri Konvensyen Media Sosial yang dipanggil “Rakan Pulau Pinang” yang dianjurkan Zairil dua minggu lalu.

“Kami mahu mendekati orang yang berpengaruh di media sosial. Tetapi kami bukan mewujudkan tentera siber. Tidak seperti Umno, kami tidak membayar dan rakan tidak boleh dibeli,” katanya namun enggan mengulas sama ada kedua-dua veteran itu akan menyertai DAP.

Zairil, anak kepada bekas menteri pendidikan dan bekas pemimpin Umno , Tan Sri Khir Johari, telah dilantik sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng awal tahun ini dilihat sebagai satu langkah untuk untuk mewujudkan parti berbilang bangsa.

Tetapi pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat mengakui dalam laporan The Malaysian Insider sebelum ini bahawa Umno melemparkan pelbagai tuduhan kepada pembangkang semata-mata mahu mendapatkan kembali sokongan orang Melayu.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....