Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 20 Jun 2010

Dr. Mohd. Asri Dijangka Sertai Umno


PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin disebut-sebut akan menyertai Umno bersama 100 ulama muda lain Jumaat ini.
Mengulas mengenai perkara berkenaan, Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abd. Rauf Yusof ketika dihubungi mStar Online di sini hari ini berkata: "Ya, tunggulah Jumaat ini."
Sebelum itu, beliau berkata, barisan ulama berkenaan akan menyertai parti menerusi Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
"Perkembangan itu akan menyemarakkan keyakinan Melayu kepada Umno. Kita akan menuju Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan Umno yang lebih cemerlang,” katanya ketika berucap pada mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang semalam.

Parlimen tidak perlu putuskan kedudukan Tian Chua, kata Nazri Aziz

PADANG RENGAS, 20 Jun — Parlimen tidak perlu memutuskan sama ada Tian Chua hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen berikutan denda RM2,000 yang dikenakan ke atasnya oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini.

Beliau sebaliknya berkata semua pihak perlu berpegang kepada keputusan Hakim Ghazali Cha bahawa keputusannya mengurangkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 kepada denda RM2,000 adalah bagi mengelak berlakunya pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Batu yang diwakili Tian Chua.

“Dalam soal Tian Chua, yang berhak untuk mengintepretasi undang-undang ialah hakim. Jadi kepada saya tidak perlu Parlimen memutuskan. Hakim telah memutuskan bahawa dia mendenda Tian Chua RM2,000 kerana dia tidak mahu Tian Chua hilang kelayakan. Kita kena ikut dia (hakim) punya intepretasilah,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Umno Bahagian Padang Rengas di sini hari ini.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu mengulas laporan akhbar The Star hari ini bahawa Parlimen perlu membuat keputusan berhubung status Tian Chua dan keputusan Parlimen itu kelak adalah muktamad.

Di bawah Artikel 48 (1)(e) Perlembagaan, seorang ahli Parlimen hilang kelayakan jika dikenakan hukuman penjara bagi tempoh tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000, dan tidak mendapat pengampunan.

Sementara itu Mohamed Nazri berkata cadangan untuk membina bangunan Parlimen baru seperti yang dinyatakan beliau sebelum ini masih dalam peringkat pertimbangan dan semua pihak khususnya Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) boleh mengemukakan pandangan masing-masing berhubung perkara itu.

“Bagilah pandangan...yang sahihnya sememangnya kita tak akan buat bangunan baru yang makan belanja RM800 juta.

“Itu saya rasa ramai di kalangan ahli jemaah menteri tidak bersetuju, Cuma kita bersetuju kalau nak pindah ke PICC (Putrajaya International Convention Centre)... sama ada sementara ataupun terus jadikannya sebagai bangunan Parlimen,” katanya. — Bernama

Khairy Terlibat Dalam Penawaran Lompat Parti?


SHAH ALAM 20 Jun - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar)mendakwa keghairahan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang memberikan tempoh 48 jam kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendedahkan bukti video RM2 juta untuk lompat parti menimbulkan kesangsian samada beliau turut terlibat dalam penawaran kepada bekas ahli parlimen KEADILAN.
"Kita yakin respons Khairy menunjukkan bahawa kemungkinan beliau terlibat dalam penawaran dalam usaha lompat parti sebelum ini.
"Apa yang menghairankan adalah kenapa beliau bertindak seperti 'lebih sudu daripada kuah', sedangkan tidak ada seorang pun ahli parlimen Umno-Barisan Nasional yang bersuara.
"Daripada 'track record' Ketua Pembangkang, Anwar tidak pernah berbohong contohnya dalam isu video VK Lingam yang sebelum ini didedahkan," kata Shamsul Iskandar kepada Suara Keadilan ketika dihubungi.
Katanya lagi, daripada 4 ahli parlimen KEADILAN yang melompat itu, tidak ada seorang pun yang menafikan perkara tersebut.

Bahaya Zionis; Mengasaskan Komunisme, Kapitalisme dan Sekularisme bagi Menakluki Dunia.


MARANG - Umat Islam seluruh dunia berdepan dengan bahaya yang sangat besar kerana kumpulan Zionis bukan sahaja sedang menakluk bumi Palestin tetapi juga merancang untuk menakluk dunia

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata Zionis yang sedang berusaha untuk merobohkan Masjid al-Aqsa untuk medirikan atas tapaknya sebuah kuil ‘haikal sulaiman’.
(Gambar - Dr Syeikh Abu Ubadah, (kiri) wakil Hamas Palestine, memperkatakan sesuatu kepada Dato' Seri Tuan Guru)

Menurutnya, Zionis Israel juga percaya, di bawah al-Aqsa terdapat keranda ‘Tabut’ yang boleh mereka gunakan untuk menakluk dunia.

“Mereka (Zionis) berjuang mendirikan negara Israel Raya (Greater Israel), bukan sekadar palestin bahkan ditulis di pintu parlimen, sempadannya dari Mesir, hingga ke Furat, termasuk Madinah al-Munawarah,

“mereka mahu mengembalikan kerajaan yang memerintah dunia sebagaimana ‘Sulaiman’ mengikut fahaman mereka,

Tok Guru Nik Aziz Kongsi Pengalaman 20 Tahun Pimpin Kelantan

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika berkongsi kepimpinannya sebagai Menteri Besar Kelantan yang genap dua dekad tahun ini. - Gambar Choo Choy May
“Tiada masa saya tidak susah, cuma suka (hari gembira) saya lebih daripada susah.” Demikian rumusan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulas dua dekad kepimpinan beliau sebagai Menteri Besar Kelantan.
Mengulas lanjut mengenai perjalanan kepimpinannya sejak akhir 1990, Nik Aziz berkata, “susah senang memang hidup saya.”
“Hidup seorang pejuang mesti ada senang, ada susah... tiada masa saya susah, senang campur susah susah campur senang, saya boleh bertahan,” kata beliau dalam satu pertemuan dengan The Malaysian Insider di Kota Baru baru-baru ini.
Mursyidul Am PAS ini menambah, sebagai seorang Islam beliau yakin bahawa apa yang dibuatnya adalah betul.
“Allah akan bagi restu kepada saya, dunia akhirat, ini kelebihan Islam,” kata pemimpin berusia 79 tahun ini yang sejak dua tahun kebelakangan ini berhadapan siri kritikan termasuk berhubung isu pelantikan anak dan menantunya dalam jawatan agensi kerajaan negeri.Mereka termasuk Nik Abduh dan menantu Ariffahmi Abdul Rahman.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....