Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 29 Julai 2010

Kuasa Melayu Tidak Hilang Malah Bertambah Kuat,Sekiranya PR Memerintah Malaysia




KUALA TERENGGANU - Umno dan Barisan Nasional mendakwa, sekiranya Pakatan Rakyat yang terdiri dari muafakat parti PAS, PKR dan DAP memerintah negara, orang Melayu akan hilang kuasa terutamanya kuasa politik di parlimen.

Sebenarnya, ia adalah tidak benar sama sekali, bahkan kuasa Melayu terbukti lebih kuat dengan kawasan-kawasan parlimen yang dulunya milik MIC dan MCA telah doimenanangi oleh calon-calon Melayu dari PAS dan Pakatan Rakyat.

Dalam mengemukakan hujah berdasarkan fakta, Buletinonline telah menemuramah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian membentangkan fakta kerusi di parlimen.

Berikut kenyataan penuh YB Salahuddin;

Perlu saya jelaskan, dalam parlimen kita ada 222 kerusi. Ini yang saya letak dalam simpanan. Jelas setakat ini. Asas hujah bahawa dakwaan melayu akan hilang atau melayu akan lemah ataupun kuasa melayu akan terhakis kalau PAS terus bersama DAP. Ini suatu dawaan yang mereka lancarkan.

Saya ingin menyatakan secara fakta. Dalam parlimen ada 222 kerusi dan kalau mengikut tahun 2008, DAP hanya bertanding 35 kerusi daripada 222 kerusi dan hari ini dia menang, pada waktu itu dia menang 28 kerusi. Sekarang dia ada 29 kerusi kerana dia menang bru-baru ini di Sibu.

Jadi oleh itu, di sinilah saya ingin menyatakan kalaulah dap, andainya DAP dalam tahun 2008, bertanding 35 kerusi, andailah dia menang semua, dia masih tidak boleh perntah negara ini dengan hanya 35 kerusi.

Ini bermakna bahawa hujah Umno yang mengatakan bahawa DAP ni menjadi ancaman besar kepada melayu tidak benar. Sebab DAP pun faham teras negara ini, bahawa teras kepelbagaian mestilah dipegang oleh orang melayu. Ini DAP faham.

Dan dengan jumlah kerusi yang mereka bertanding pun, tidak memungkinkan mereka akan menjadi ancaman kepada melayu dalam parlimen.

Dan saya ingin melanjutkan lagi pas mempunyai 23 kerusi. PKR, 31 kerusi. Ada 5 kerusi yang melompat sekarang dia tinggal 26 kerusi. Tetapi kerusi melayu dalam PKR masih ada 17 dan kerusi pas kita ada 23 kerusi, maknanya sekarang kita ada 40 kerusi melayu dalam parlimen. Umno Cuma ada 78 kerusi dalam parlimen pada hari ini.


Oleh itu, kalau PAS dan PKR, kita bertanding di atas premis yang sama, dan kalau sekarang ini pun kita mendapat 40 kerusi, jadi kalau umno 78, kita hanya lebih kurang, majoriti lebih kurang 30 saja lagi. Jadi kalau 30 kerusi, kalau kita dapat esok, kalau kita rayu besok kerusi-kerusi melayu yang lain dalam parlimen di negara kita ini, beri kepada pas, bermakna kuasa Melayu itu akan terjamin dalam parlimen.

Terengganu menang, Hulu Terengganu menang esok (nanti), Dungun menang, Besut menang, Setiu menang, Johor boleh beri sikit, kita menang di Pahang kerusi-kerusi Melayu ini, kita mengalahkan Umno, bermakna bila bertambahnya kerusi Melayu ini, maka akan menjadi kukuh kerusi-kerusi melayu dalam parlimen.

Maka tidak benar sekali bahawa bila PAS berkawan dengan DAP ini, akan terhakisnya kuasa melayu dalam parlimen, sedangkan dap hanya bertanding tidak lebih daripada 35 kerusi dalam pilihanraya yang akan datang. Kalau dia menang pun semua 35 kerusi ini, maka dia tidak akan menyebabkan berlakunya sebarang penghakisan kuasa melayu dalam parlimen.

Oleh itu, orang Melayu, kalau hendakkan Pakatan Rakyat kuasa Melayunya terjamin, maka saya rayu undilah kepada calon-calon PAS dan PKR besok (PRU-13) dan bila kita dapat menambahkan kerusi Melayu ini yang hanya setakat ini saya rasa kita hanya perlukan 30 kerusi sahaja lagi maka takde masalah untuk kita memperkukuhkan kuasa melayu dalam parlimen.

Jadi tidak benar sama sekali dakyah Umno ini yang mengatakan bahawa bila PAS berkawan dengan DAP ini, akan hilangnya kuasa Melayu di dalam parlimen.BO

Bekas Menteri Didakwa Di Mahkamah Kerana Menipu

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pengangkutan dan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek 'Mega Distribution Hub' di Pelabuhan Klang.
Dr Ling, 67, yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Januari, 1986 hingga Mei, 2000, didakwa atas satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 418 dan Seksyen 417 Kanun Keseksaan.
Hakim Suzana Hussin membenarkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin.Mahkamah juga menetapkan 3 September untuk sebutan kes.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengetuai pendakwaan dan dibantu oleh Ketua Bahagian Pendakwaan Datuk Tun Majid Tun Hamzah, Dzulkifli Ahmad dan Manoj Kurup manakala Dr Ling diwakili peguam Datuk R.R. Sethu.
Para wartawan dan jurugambar yang menanti sejak pagi selepas tersebarnya berita seorang kenamaan akan didakwa, hanya mengetahui identitinya apabila Dr Ling tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 4.36 bersama isterinya Toh Puan Ena Ling.
Beliau yang berbaju biru belang, masuk ke dalam mahkamah pada pukul 4.43 petang dan terus duduk di kandang tertuduh.
Mengikut kertas pertuduhan, Dr Ling didakwa telah menipu Kerajaan Malaysia antara 25 September, 2002 dan 6 November, 2002 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu dengan memperdayakan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek mega 'distribution hub' di Pelabuhan Klang mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dengan Lembaga Pelabuhan Klang yang antara lainnya ialah:
a) luas tanah ialah 999.5 ekar atau 43,538,200 kaki persegi;
b) kadar pembelian tanah adalah sebanyak RM25 satu kaki persegi menjadikan jumlah pembelian sebanyak RM1,088,456.
c) tempoh pembayaran balik berdasarkan kaedah "bayaran tertangguh" selama 15 tahun dengan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun (jumlah RM720,014,600), dengan curangnya menyembunyikan fakta bahawa penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah tersebut pada kadar RM25 satu kaki persegi bagi tempoh bayaran balik 10 tahun atau RM25.82 satu kaki persegi bagi tempoh bayaran balik 15 tahun, adalah termasuk kupon/ faedah yang boleh dikenakan untuk tempoh bayaran balik tersebut.

Harussani Hanya Orang Kecil

Hadi (kanan) menyifatkan Harussani sebagai “orang kecil” yang ingin “mengusik PAS”. — gambar fail

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebagai “orang kecil” yang mahu “mengusik” parti Islam itu supaya menerima idea kerjasama perpaduan dengan Umno.“Biarlah (Harussani) hendak cakap apa pun, beliau hanya nak usik PAS sahaja.“Lagipun beliau hanya orang kecil, saya tidak mahu layan beliau,” kata Hadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang membayangkan PAS tetap dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat, sebagaimana telah pun diputuskan pada muktmar-muktamar lalu.“PAS tetap tiada apa-apa, jadi biarkan sahaja.

“Saya tidak mahu komen lagi pasal perkara ini,” kata beliau kepada The Malaysian Insider mengulas pendedahan terbaru Harussani bahawa adanya pemimpin-pemimpin PAS selain Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menemuinya bagi membincangkan soal perpaduan orang Melayu dan Islam.

Harussani bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemimpin tersebut bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menegaskan PAS tetap tidak akan bekerjasama dengan Umno sampai bila-bila masa.

“Kita tetap tidak akan mengadakan sebarang perbincangan mengenai kerjasama dengan Umno. Jadi Umno perlu faham, tidak perlu nak terus ajak PAS.

“Selain itu, kita juga tidak pernah memberikan mandat kepada sesiapa pun untuk bincang soal kerjasama itu dengan Harussani.

“Mungkin pemimpin PAS yang dikatakan Harussani berjumpa dengannya atas tiket diri sendiri bukan parti,” tegas Pesuruhjaya PAS Selangor ini.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.

Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.Pendirian Nik Aziz itu turut ditekankan menerusi satu kenyataan semalam.

Selain itu, dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....