Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 18 Mac 2010

Gempar : Zahrain Dedah Nama 8 Ahli Parlimen BN Yang Sepatutnya Lompat Parti

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim hari ini terus menggemparkan persidangan Dewan Rakyat apabila beliau menamakan lapan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang didakwa oleh Pakatan Rakyat (PR) akan melompat parti dalam percubaan mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.
Mereka ialah wakil rakyat Kalabakan (Datuk Abdul Ghapur Sallehs), Kimanis (Datuk Anifah Aman), Kinabatangan (Datuk Bung Moktar Radin), Tawau (Dr Chua Soon Bui), Sepanggar (Eric Majimbun), Batu Pahat (Datuk Dr Puad Zakarshi), Jerantut (Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar) dan Gua Musang (Tengku Razaleigh Hamzah).
Zahrain memberitahu dewan, beliau mula berasa kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila ketamakan kuasa dan keutamaan diri menjadi keutamaan dalam percubaan merampas kuasa itu.
Dan apabila Timbalan Yang Dipertua, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bertanya siapakah timbalan yang dipertua dewan yang dimaksudkan oleh Zahrain sebagai sebahagian daripada mereka yang akan melompat parti menyertai pembangkang pada 16 September 2008, Zahrain dalam nada menyindir berkata; “YB Timbalan Yang Dipertua pun tahu siapa dan saya pun tahu siapa.”

Zahrain dicabar dedah Timbalan Speaker berpakat dengan Anwar



KUALA LUMPUR, 18 Mac: Pakatan Rakyat hari ini mencabar Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bebas-Bayan Baru) membuktikan dakwaannya bahawa Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pakatan dengan Timbalan Speaker untuk mempengerusikan undi tidak percaya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) berkata, Zahrain mesti berani menamakan Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu.

"Saya cabar Zahrain namakan siapa Timbalan Speaker yang dimaksudkan itu. Cuma ada dua Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Datuk Ronald Kiandee. Zahrain boleh tanya kedua-duanya, siapa yang telah berpakat dengan Anwar," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen pagi ini.

Turut bersama pada sidang media berkenaan ialah Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Jeff Ooi (DAP-Jelutong) dan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera).

Zahrain yang merupakan bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang dalam ucapannya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong petang semalam 'mendedahkan' punca beliau keluar parti dan mengaitkan Anwar dengan kegagalan PR untuk mengambil alih kerajaan Persekutuan melalui perancangan ‘16 September’.

Menjawab tuduhan Zahrain kononnya Pakatan memberitahu Yang di-Pertuan Agong sedang menunggu di Istana Negara untuk memberi perkenan kepada PR untuk membentuk kerajaan, Saifuddin menjelaskan, PR tidak pernah memilih untuk berarak di jalan raya untuk proses peralihan kuasa sebaliknya konsisten untuk menggunakan saluran Parlimen.

"Berkenaan perkenan Yang di-Pertuan Agong dan sokongan daripada angkatan tentera, ini satu lagi perkara salah. Memang pada 16 September kita menulis surat kepada Perdana Menteri minta diadakan sidang khas parlimen.

"Negara kita cuma dua orang sahaja yang boleh panggil sidang parlimen. Yang di-Pertuan Agong atau Perdana Menteri. Faktanya ialah Pakatan Rakyat menulis kepada PM dan serahan tangan dihantar oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul di pejabat Perdana Menteri.

"Kalau proses peralihan kuasa nak berlaku, kita tidak pilih jalan raya. Kita memilih saluran Parlimen. Hakikat bahawa kita menulis surat minta sidang khas Parlimen membuktikan bahawa kita nak gunakan saluran Parlimen," jelasnya.

Beliau juga menyifatkan Zahrain sebagai 'tentera upahan' Umno/Barisan Nasional yang digunakan untuk menjatuhkan PR.

Namun ujarnya, tindakan Zahrain itu hanyalah 'halangan kecil' dan tidak akan menjadi penghalang kepada PR untuk membentuk sebuah kerajaan.

"Sekarang ada satu pasukan tentera upahan untuk menyekat laluan kita. Tapi fokus kita tak akan terkalih. Kita akan hadapi tentera upahan ini satu persatu tapi saya anggap ini satu ancaman kecil. Bayan Baru (Zahrain) sebagai watak baru yang ditonjolkan sebagai berbeza daripada dahulu dan satu gergasi kecil yang mendedahkan pelbagai kelemahan Pakatan Rakyat.

"Pakatan Rakyat tidak akan terkalih daripada berdepan dengan Barisan Nasional sebagai musuh politik nombor satu kita," katanya.

Beliau berkata, pencapaian Zahrain yang amat berbeza daripada sewaktu menjadi wakil PKR dulu membuktikan belaiu telah digunakan dalam rancangan Umno/BN menjatuhkan PR.

"Menilai ucapan Bayan Baru semalam, kita dapati pencapaiannya memuncak secara mendadak dan tiba-tiba. Sepanjang dua tahun menjadi wakil PKR, beliau tidak pernah berbahas dalam royal debate ataupun bajet di peringkat polisi atau pun komiti.

"Bila beberapa orang keluar parti, kumpulan ini dijadikan 'attack dog'. Apabila mereka bercakap, semua menteri diminta hadir. Kita boleh tengok bagaimana ianya dibuat dengan menyediakan teks dan membawa isu yang mereka anggap besar," katanya.Hrkh

Zambry Tidak Boleh Hadir Sidang DUN 30 Mac-Sivakumar


IPOH, 18 Mac — Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar hari ini berkata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak boleh menghadiri sidang DUN pada 30 Mac ini kerana tempoh penggantungannya daripada menghadiri mesyuarat masih belum berakhir.
“Dr Zambry telah digantung selama 18 bulan manakala enam anggota exco selama 12 bulan...tempoh penggantungan enam anggota exco telah berakhir bulan ini,” katanya pada sidang akhbar di pejabat DAP Perak di sini.
Sivakumar yang juga Adun Tronoh berkata penggantungan Dr Zambry yang berkuatkuasa sejak 3 Mac 2009 masih berjalan tetapi enam lagi exco yang digantung selama 12 bulan itu sudah tamat tempoh penggantungan dan akan dibenarkan hadir.
Sivakumar mendakwa beliau masih Speaker yang sah dan telah menghantar notis menghadiri Sidang DUN pada 30 Mac ini kepada semua Adun Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang kecuali Dr Zambry dan tiga Adun Bebas.

Tahanan Reman Pelakon Edar Dadah Dilanjutkan


PELAKON lelaki yang disyaki mengedar dadah jenis syabu dan kokain akan dilanjutkan tahanan remannya setelah direman selama tujuh hari mulai 12 Mac lalu di Balai Polis Bukit Jalil.
Pada 12 Mac lalu, pelakon yang juga anak kepada aktres veteran terkenal itu ditahan bersama teman wanitanya kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penemuan sebuah makmal mini memproses dadah di Kepong.
Semasa ditahan, polis juga menemui 850 gram kokain bernilai RM650,000 dan 140 gram syabu bernilai RM2,000 di kondominium tersebut.
Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Kang Chez Chiang, polis akan memohon lanjutan reman semaksimum yang boleh mengikut undang-undang.
“Kami akan memohon mahkamah untuk melanjutkan tempoh reman yang diberikan sebelum ini mulai hari ini. Mungkin kita akan melanjutkan sehingga tujuh hari lagi,” katanya kepada mStar Online semalam.
Ditanya berhubung perkembangan siasatan setakat ini, Kang bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
“Saya tidak boleh memberitahu semua maklumat. Setakat ini, pelakon itu memberikan kerjasama dan adakalanya tidak,” ujarnya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....