Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 22 Jun 2011

Video : DS Anwar Mengulas Pendakwaan Keatas ' Datuk T '




KUALA LUMPUR, 22 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan “Datuk T” yang akan didakwa Jumaat ini berhubung tuduhan penyebaran rakaman video seks tiga bulan lalu mungkin akan bebas dengan “hukuman ringan.”

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu (gambar) berkata, beliau tidak terkejut apabila diberitahu ketiga-tiga individu yang menggelarkan diri mereka sebagai “Datuk T” akan didakwa di mahkamah, Jumaat ini.

“Mengetahui Peguam Negara dan rekod prestasinya, saya pasti ia akan didakwa dengan hukuman yang paling minimum, seperti semua hukuman yang melibatkan politik kecuali ia melibatkan pemimpin pembangkang,” katanya pada sidang media di Parlimen.

Anwar menambah beliau “tidak yakin” Putrajaya serius untuk mengambil tindakan terhadap “Datuk T” dan beliau percaya ia hanya untuk mengembalikan kepercayaan rakyat.

The Malaysian Insider tengah hari tadi melaporkan, ketiga-tiga “Datuk T” – ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim akan didakwa di Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Jumaat ini.

“Shazryl ... dia nampak macam Umno punya orang... membantu kepimpinan Umno. Dan, siapa penjenayah lain yang terlibat? Rahim dan Shuib Lazim.Seorang pemimpin moral terbaik dan seorang pemimpin Perkasa.

“Anda mahu kata Umno serius mahu mengambil tindakan terhadap mereka? Saya tidak yakin,” kata Anwar.

Beliau menegaskan satu alasan mengapa rakaman video seks berdurasi 21 minit itu boleh diedarkan dengan meluas kerana ia disokong parti pemerintah.

“Kes yang mudah macam ini ditangguhkan terlalu lama dan ia tetap diedarkan secara meluas.

“Dengan galakan kerajaan, tolak ansur Kementerian Dalam Negeri dan polis. Dengan berdasarkan ini, agak mustahil untuk sebabkan bahan lucah jika tidak dilindungi pihak berkuasa,” katanya.

Anwar juga tidak menolak kemungkinan bahawa dakwaan terhadap “Datuk T” di mahkamah akan digunakan untuk membuktikan beliau adalah pelaku dalam rakaman video seks itu.

“Mereka boleh ... walau apa jua yang mereka ingin lakukan, ia tiada masalah. Saya akan berdepan dengannya apabila ia tiba,” katanya.TMI

Bersih 2.0 : Pemuda Pas Kelantan kerah 30,000 peserta



KOTA BHARU, 22 Jun: Biar pun hampir 800 laporan polis dibuat terhadap penganjuran perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil (Bersih) 9 Julai ini, namun ia tidak mematah semangat anak muda yang prihatin.
Mereka tetap bersemangat meneruskan agenda memastikan pilihan raya umum akan datang lebih telus dan benar-benar bersih.
Sehubungan itu pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) akan menghantar kira-kira 30,000 peserta pada program berkenaan.
Ketua Pemuda PAS negeri, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, setiap kawasan di Kelantan dijangka menghantar 1,000 peserta pada perhimpunan tersebut.
”Ini bermakna Pemuda PAS Kelantan menyumbang seramai 14,000 peserta bagi mencapai matlamat menghimpunkan ratusan ribu rakyat pada perhimpunan aman tersebut.
”Perhimpunan itu diyakini tidak berlaku masalah sekiranya tidak ada sebarang provoksi dibuat pihak lain.
”Pemuda kita lebih berdisiplin kerana Islam melarang sebarang tindakan kekerasan. Jadi pihak kerajaan tidak perlu bimbang dengan perhimpunan aman itu,” katanya di sini.
Sehingga kini dilaporkan sebanyak 790 laporan polis dibuat terhadap penganjuran Bersih 2.0 dilakukan badan bukan kerajaan yang baru muncul.
Dipercayai NGO berkenaan ada kaitan dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) memandangkan sebelum ini mereka langsung tidak dikenali.
Abdul Latif berkata, NGO-NGO terbabit tidak lebih sebagai nyamuk kerana wujud semata-mata untuk membuat laporan polis terhadap Bersih 2.0.
”Kita percaya mereka membuat laporan polis atas arahan politik kerana kerajaan BN begitu bimbang kebangkitan menyeluruh rakyat sekarang,” ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan pemuda PAS Tumpat dan Kuala Krai pula masing-masing akan menghantar peserta menggunakan perkhidmatan kereta api. Sebahagian mereka dijangka memenuhi sehingga lapan gerabak.

Video Seks : ' Datuk T ' Akan Didakwa Jumaat Ini ??


KUALA LUMPUR, 22 Jun — Tiga individu yang menggelarkan diri mereka sebagai “Datuk T” — yang telah menggemparkan negara apabila menayangkan rakaman video seks yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didakwa di Kompleks Mahkamah Tinggi, Jalan Duta Jumaat ini.

“Datuk T”, terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim bertindak mempertontokan rakaman video seks itu kepada wakil media terpilih di hotel Carcosa Seri Negara, 21 Mac lalu

“Datuk T akan didakwa di Mahkamah Jalan Duta pada pukul 8 pagi, 24 Jun 2011, harap maklum,” kata Shazryl (gambar) dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada The Malaysian Insider.

Ditanya sama ada perkara itu benar, Shazryl mengesahkan perkara itu.“Confirm (sah),” jawannya ringkas.

Ketiga-tiga “Datuk T” ini kemungkinan akan didakwa dibawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah,

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat telah menafikan bahawa beliau adalah si pelaku dalam rakaman video seks itu selain telah membuat laporan polis.

Selain itu, Shazryl juga telah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan dakwaan yang dibuat itu adalah benar dan Anwar adalah pelaku dalam rakaman video sesk itu.Polis juga telah mengesahkan rakaman video seks itu adalah tulen dan sahih.

Tindakan “Datuk T” yang bertindak menayangkan rakaman video seks itu kepada umum mendapat bantahan dan kecaman dari banyak pihak terutamanya pemimpin Pakatan Rakyat.Rakaman video seks itu juga telah disebarkan secara meluas di Internet.TMI

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Betul ke mereka akan didakwa.Setakat ini belum ada apa2 kenyataan yang keluar sama ada dari pihak Polis atau Peguam Negara.Kenyataan kononnya mereka akan didakwa hanya keluar dari Eskay sorang je.Itupun melalui SMS.

Boleh pakai ke ni !! bukan ke Eskay ni suka berbohong.Kenyataan beliau dulu banyak pembohongan dan percanggahan fakta telah dikesan. Ambo pernah dedahkan DISINI .

Atau beliau sekadar mencari publisiti murahan setelah isu video seks ini semakin tidak diendahkan rakyat.Kalau benar Datuk T ini akan didakwa,eloklah tapi biar perbicaraan yang adil.Kalau tidak,apa nak di hairankan kerana kita tahu siapa dibelakang Trio ini.

Kita tunggu dan lihat apa kesudahan permainan jahat mereka ini...

Bersih 2.0 : Pemuda Umno Dan Perkasa Bercakaran

Serang menyerang antara Ketua Pemuda umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali memberi situasi yang menyebelahi Bersih dan Pakatan Rakyat, kata Ketua Penerangan Pas Johor, Riduan Mohd Nor.

Beliau mengulas pertelagahan dua pemimpin tersebut yang disifatkannya menghiburkan rakyat Imbang Penuhyang sebelum ini diasak oleh pelbagai ugutan dari mereka.

“Bersih terus mara walaupun pada mulanya ada pihak yang cuba membuat kacau dan mengugut mahu melakukan huru hara. Mereka mahu memecah belahkan sokongan rakyat pada Bersih. Akhirnya mereka sendiri yang berpecah dan bercakaran,” katanya dalam satu kenyataan media.

Khairy kelmarin meminta Presiden Perkasa itu disiasat di bawah Akta Hasutan 1949 kerana mengeluarkan kenyataan perkauman, menghasut dan berbahaya.

Manakala Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris pula mahu Khairy disiasat di bawah ISA kerana turut melibatkan diri dalam perhimpunan membantah Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Menurut Riduan, paling menarik, sejumlah 99 peratus daripada lebih sejuta responden dalam bancian Star Online menyokong perhimpunan Bersih pada 9 Julai ini- sebelum tinjauan itu turunkan.

Justeru itu, DPPM menggesa jentera penerangan Pas mempertingkatkan promosi Bersih melalui ceramah, roadshow, edaran risalah serta kempen siber supaya rakyat mendapat maklumat tentang perhimpunan itu.

“Kepada Pemuda Umno dan Perkasa, mari sertai Bersih atau duduk sahaja di rumah menjadi suri rumah kalau tidak berani berdepan dengan tuntutan rakyat,” ujarnya.Keadilandaily

Mat Sabu jawab isu Syiah ...

SEPATUTNYA wawancara dengan Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS berjalan secara santai dan selesa. Banyak isu menarik yang boleh menjadi topik perbincangan. Bagaimanapun, jadualnya hari Khamis, 16 Jun lalu cukup padat. Sebelah pagi terpaksa mengikuti kes mahkamah di Jalan Duta, dan pada petangnya ada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Taman Melewar.
Justeru, dalam tempoh 20 minit, tidak banyak dapat diperincikan. Namun, yang pasti semangatnya cukup tinggi untuk terus menabur bakti, membantu Presiden PAS, selain menjayakan agenda perubahan menjelang PRU13. Paling jelas, komitmennya terhadap himpunan Bersih, 9 Julai tidak dapat diusik. Masa terbatas menghalang beliau menjawab banyak persoalan sekitar demonstrasi berkenaan.
Ikuti pandangannya yang diluahkan kepada wartawan AHMAD LUTFI OTHMAN, SAADON AKSHAH dan SALMIYYAH HARUN, di Pejabat Harakah, Kuala Lumpur.

HARAKAH: Perwakilan PAS telah memilih sdr sebagai Timbalan Presiden dalam muktamar lalu, bagaimana pula dengan sambutan pada peringkat akar umbi?
MOHAMAD SABU: Kehadiran wartawan pada muktamar kali ini luar biasa sekali. Khususnya liputan akhbar akhbar Cina begitu menggalakkan. Apabila keputusan pemilihan diumumkan, saya nampak sambutannya begitu ghairah terutama orang bawah, misalnya yang berada di khemah, Unit Amal, pemerhati, ahli PAS dan penyokong, yang meletakkan harapan cukup tinggi kepada PAS. Mereka berharap perubahan pimpinan akan mencetuskan satu ledakan.
Ini satu pengharapan tinggi yang amat saya bimbang kalau tidak berlaku apa-apa perubahan yang boleh membawa kebaikan dan penambahbaikan kepada parti. Nanti, kita akan hadapi kritikan hebat ahli dan para penyokong jika mengabaikan harapan mereka.

Boleh jelaskan secara umum visi dan misi sdr sebagai Timbalan Presiden?
Saya sudah bercakap banyak kali, secara umumnya tugas timbalan ialah membantu Presiden. Saya bukanlah yang terbaik, tetapi insya-Allah akan berusaha ke arah itu ... iaitu melebarkan pengaruh Parti Islam kepada orang bukan Melayu khasnya India, Cina dan lain-lain. Saya dianggap agak senang dan biasa bergaul dengan mereka.
Saya juga akan terus berusaha melalui parti untuk memahamkan rakyat tentang demokrasi, hak asasi dan sebagainya. Seperti saya timbulkan dalam muktamar, orang Melayu amat lemah dan rendah dalam memahami hak asasi. Misalnya, apabila seorang wanita Cina kononnya dibogelkan dalam lokap, yang mendominasi isu ini ialah DAP dan akhbar Cina tetapi bila Nora menceritakan bagaimana dibogelkan dan ketuk ketampi ekoran tangkapan demonstrasi, sikap orang Melayu begitu dingin.
Begitu juga kematian Beng Hock. Orang Cina dan akhbar Cina cukup mengambil berat isu ini. Tetapi apabila berlaku kepada pegawai kastam Sarbani, terbukti orang Melayu begitu dingin dalam masalah hak asasi. Saya akan cuba melalui parti bagaimana berusaha memartabatkan isu hak asasi, demokrasi serta hak dan kepentingan rakyat. Saya akan membantu Presiden dan parti dalam mengetengahkan isu-isu seperti ini.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....