Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 14 Januari 2011

Cadang Pulau Sidang DUN Selangor, Sikap ADUN BN Dibidas



SHAH ALAM 14 JAN : Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor, Haniza Talha(gambar) menolak pemulauan Barisan Nasional terhadap sidang DUN yang akan diadakan pada 24 Januari ini kerana peraturan mengadakan sidang tersebut sudah dipatuhi dalam peruntukan Peraturan Tetap Dewan.
Beliau juga berkata sidang DUN yang dicadangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim bukanlah sidang tergempar tetapi sambungan daripada sidang DUN yang ditangguhkan pada 15 November lepas dan tidak memerlukan perkenan Sultan.
"Sidang dewan yang ada sekarang tak perlu (perkenan sultan). Dalam peruntukan Peraturan Tetap Dewan, kalau dewan yang ditangguhkan untuk disambungkan sidangnya, tidak memerlukan perkenan sultan. kalau sidang dewan yang baru memang perlu. ini ialah sidang lepas yang bersambung. Bukan sidang yang baru," katanya.
Beliau menjelaskan, keperluan untuk mengadakan sidang DUN pada 24 Januari nanti adalah bagi memastikan pentadbiran negeri jelas dan tidak ada campur tangan pihak persekutuan terutama dalam hal-hal urusan negeri.
Beliau berkata, seandainya Adun Barisan Nasional di negeri ini tidak memberi kerjasama dalam persidangan itu nanti ianya mencerminkan diri sebenar mereka.
"Ini pentadbiran negeri, mandat dan kuasa kerajaan negeri ini dipilih oleh rakyat. Jadi kalau mereka nak menentang atau boikot sidang ini nampak mereka kebudak-budakkan dan tindakan itu tidak matang.
Sekarang kalau mereka bertindak demikian (menghalang sidang dun) terbukti itu niat sebenar, mereka yang tak hormat Sultan dan mereka yang menghina Sultan kerana bawa Sultan dalam kancah politik mereka," katanya.
Barisan Nasional (BN) Selangor menolak usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang mahu meminda perlembagaan negeri berikutan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas.
Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar sebelum ini berkata, Undang-undang Tubuh Negeri Selangor tidak perlu dipinda kerana ia telah diamalkan sekian lama dan tidak timbul sebarang masalah kepada kerajaan terdahulu terhadap pelantikan pegawai tertinggi kerajaan negeri yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan mengadakan sidang tergempar DUN untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor bagi mengembalikan kuasa pelantikan tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri kepada Sultan Selangor dan Menteri Besar.

Isu Azan : Suara Diperlahan Atas Arahan JPM Dan JAWI ?

Tunjuk perasaan di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat tadi, yang diadakan berhubung isu azan. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 14 Jan — Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendakwa Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) telah tunduk kepada permintaan seorang ahli MCA yang mahukan suara azan Masjid Al-Ikhlasiah, Pantai Dalam, diperlahankan, yang membawa kepada protes dan demonstrasi hari ini.
Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS berkata pihaknya kecewa dengan perkembangan tersebut, seolah-olah terpaksa “tunduk” disebabkan individu yang membantah azan masjid tersebut adalah seorang ahli MCA seumur hidup.
“Dalam hal ini, Dewan Pemuda PAS mempersoalkan apakah Perdana Menteri dan Jawi tunduk kepada tekanan ini hanya kerana beliau seorang ahli parti komponen BN?” kata Naib Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, dalam satu kenyataan hari ini.
Kata beliau, isu terbaru ini membuktikan Umno bukanlah parti yang mampu membela dan mempertahankan Islam kerana mereka sendiri terpaksa akur dengan tuntutan ahli-ahli parti komponennya.
Sekumpulan 100 penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di pekarangan masjid itu hari ini selepas solat Jumaat.
Sehingga kini masih belum jelas sama ada keputusan itu dibuat atas arahan Jawi ataupun pertimbangan pengurusan masjid sendiri.
Ahli jawatankuasa masjid juga enggan mengulas mengenai perkara itu.
Mengambil kira Lembah Pantai adalah kawasan yang dihuni ramai orang Melayu beragama Islam, menurut beliau, saban tahun penghuni sekitar tidak menghadapi masalah dengan laungan azan dari masjid tersebut.
“Tetapi mengapa hanya dengan satu aduan daripada seorang ahli MCA tiba-tiba pihak Jawi dengan serta-merta mengarahkan azan diperlahankan?
“Apakah malang bagi sebuah negara Malaysia yang majoritinya beragama Islam apabila Perdana Menterinya tidak mempunyai wibawa dan ketegasan bagi membela syiar dan syariat Islam,” kata beliau.
Suhaimi berkata umat Islam seluruhnya juga merasa terpukul dengan ‘arahan ini’, yang menganggap ia adalah satu penghinaan terhadap agama Islam yang menjadi agama rasmi negara ini.
“Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan umat Islam tidak boleh menerima hakikat arahan ini kerana azan adalah kaedah dakwah Islam kepada masyarakat bukan Islam bagi mengajak mereka terhadap keindahan Islam,” katanya.

Permohonan V. Sivakumar Cabar SPR Ditolak

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, menolak permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dan lima lain untuk semakan kehakiman berhubung keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga DUN di negeri tersebut.
Hakim (Bahagian Rayuan Dan Kuasa-Kuasa Khas) Datuk Aziah Ali menolak permohonan itu dengan kos, yang akan ditafsirkan kemudian. Tiada alasan diberikan dalam membuat keputusan tersebut.
Keputusan itu dibuat dalam kamar, dan media dimaklumkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Datuk Kamaluddin Md Said dan juga peguam yang mewakili pemohon-pemohon, Datuk S. Ambiga.
Kronologi permohonan ini bermula pada 3 Februari 2009 apabila Sivikumar mengeluarkan notis kepada SPR bahawa berlaku kekosongan kerusi selepas menerima surat peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) dan Datuk Hee Yit Foong (Jelapang).
Bagaimanapun, SPR enggan mengadakan pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi itu kerana meragui surat perletakan jawatan mereka.
Sivakumar memfailkan semakan kehakiman tersebut pada 10 Mac 2009 bagi mencabar keputusan SPR yang membuat keputusan tidak mengisytiharkan kekosongan ketiga-tiga kerusi DUN itu ekoran wakil kerusi berkenaan menjadi ADUN Bebas yang berikrar memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
Permohonan tersebut juga difailkan secara berasingan oleh bekas EXCO Perak, A. Sivanesan yang juga merupakan ADUN Sungkai - DAP, Chen Fook Chye (Keranji – DAP), Tai Sing Ng (Kuala Sepetang – Parti Keadilan Rakyat), Ahmad Sabry Wahab (Behrang) dan Foo Hon Wai (Jelapang).
Semua pemohon menamakan SPR sebagai responden dan memohon agar mahkamah mengeluarkan perintah SPR mengisytiharkan kerusi itu kosong berikutan berikutan peletakan jawatan wakil rakyat itu dan satu perintah injunksi untuk menghalang ketiga-tiga mereka bertindak, menjalankan dan melaksanakan tanggungjawab, fungsi dan tugas-tugas sebagai ADUN.

Pendidikan Seks : Ibubapa Jangan Bimbang ???


Para ibu-bapa jangan bimbang kerana kerajaan pimpinan UMNO-BN tidak akan terpengaruh dengan gerakan pendidikan seks yang didesak barat keatas negara-negara dunia kini. Hihihi boleh percaya ke? Kerajaan telah membuat persiapan… kalau beranak pun sudah ada sekolah peranakan di Melaka. Kalau kat sekolah diajar dengan pendidikan seks dan di PLKN pun diajar… insyaAllah bertambah alim le anak-anak kita.

Kalaulah batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan tidak mengikut syara'.. macamana nak kita yakini fitnah yang diperintahkan untuk dijauhi syara' pastikan merebak. Mereka bukan kira dosa-pahala. sama seperti slogan " jangan memandu ketika mabuk". Nak minum arak takpe cuma jangan memandu. Sama jugak dengan pendidikan seks. Nak ngeseks takpe cuma pastikan selamat. Tak kena penyakit dan tak mengandung. Pakai le condom. habis macamana ibu-bapa tak bimbang??? Macamana nak selesaikan permasalahan sosial yang membarah ini?

Rasanya, di zaman dunia moden dan alam siber ini, kerajaan dibawah Kementerian Pendidikan yang diterajui oleh Tan Sri Muhyidin Yasin akan berkerjasama dengan Datuk Seri Utama Rais Yatim untuk mewujudkan kaedah khas bagi menyelamatkan remaja daripada seks bebas. Yelah... takkan gaji berpuluh ribu, mereka tak fikir apa yang membimbangkan masyarakat. Kalau dahulu bekas Naib Presiden UMNO, Isa Samad yang mencadangkan cawat besi dianggap tidak relevan… sekarang para ibu-bapa boleh menarik nafas lega kerana dengan mengikuti kelas pendidikan seks yang bermula tahun ini akan membekalkan kaedah moden untuk mengelak anak-anak anda khususnya perempuan daripada terjebak dengan seks luar nikah.

Anak-anak akan dibekalkan underware khas dengan password dan username. Para ibu-bapa dinasihatkan hafal betul-betul.. nantikan terlupa.. naye pulak!!!

Pakatan Rakyat Tetap Mahu Anwar-Najib Berdebat

Gambar fail

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Khamis sebulat suara bersetuju meneruskan cabaran debat terbuka Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengenai dasar 100 hari jika mereka menang pilihan raya umum akan datang.

Keputusan tersebut diputuskan majlis berkenaan yang bermesyuarat hari ini.

Anwar menegaskan beliau tidak akan menerima cabaran untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

"Khairy hanya cuba untuk menyelamatkan Perdana Menteri.

"Cabarannya adalah kepada Perdana Menteri dan tuduhan yang mengatakan Malaysia akan muflis sekiranya melaksanakan dasar 100 hari PR itu dibuat oleh Perdana Menteri. Kita hanya mahu respons Perdana Menteri," katanya selepas menghadiri mesyuarat bulanan majlis itu di sini pada Khamis.

Pagi tadi, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menghantar surat rasmi mempelawa Anwar berdebat dengannya berhubung dasar 100 hari Pakatan Rakyat memerintah.

Sementara itu, mengenai pilihan raya kecil Tenang, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub tidak menafikan seorang calon wanita tersenarai dalam senarai calon yang akan diputuskan oleh Majlis Syura.

"Kita ada tiga nama calon akhir termasuk seorang wanita," katanya yang juga Pengarah Jentera Pilihan Raya PAS kawasan Tenang.Mstar

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....