Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 1 Julai 2010

Jumpa pemimpin Yahudi,penjelasan dari Anwar


KUALA LUMPUR, 1 Julai: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno menggunakan isu APCO Worldwide untuk menyerangnya semasa berada di luar negara.
“Masalahnya, Umno menggunakan APCO, yang diketahui mempunyai hubungan dengan Israel, untuk menyerang saya di luar negara,” ujarnya kepada media di Parlimen petang ini.
Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan akhbar hari ini berhubung perjumpaannya dengan beberapa pemimpin Yahudi di Washington sebagaimana laporan akhbar Washington Post, Isnin lalu.
Berita muka depan Utusan Malaysia hari ini melaporkan Anwar yangh dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan beberapa tokoh Yahudi disahkan mengunjungi Amerika Syarikat (AS) pada 23 hingga 26 Jun lalu bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok tersebut selepas dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau anti Yahudi dalam isu APCO Worldwide, baru-baru ini.
Kunjungan Anwar itu didedahkan oleh kolumnis terkenal berbangsa Yahudi, Jackson Diehl dalam tulisannya di akhbar The Washington Post.
Berkenaan dengan zionis, Anwar menjelaskan, beliau ditanya kenapa menggunakan perkataan itu.
Jelasnya, mengikut fahamannya, zionis adalah berhubung kait dengan pencerobohan dan dasar imperial Israel yang terus memperluaskan wilayah Israel yang asal sehingga dalam keadaan sekarang.

Tiada tindakan disiplin terhadap Khalid Samad

SHAH ALAM – Pas tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung kenyataannya bahawa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkuasa di Selangor dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hanyalah ‘jeneral’ beliau sahaja.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan Khalid adalah pandangan peribadi dan tidak menjejaskan mana-mana pihak termasuk hubungan Pas dengan parti komponen PR.

“Saya tidak fikir (kenyataan) itu ganggu hubungan PR, itu hanya pandangan peribadi sahaja, tiada masalah dalam kenyataan tersebut.

“Mungkin beliau anggap Anwar sebagai penasihat PKR, oleh yang demikian kenyataan seperti ini dikeluarkan dan ia tidak bermaksud untuk menyakiti sesiapa,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Beliau mengulas kenyataan Khalid di sebuah akhbar berhubung isu pelantikan Naib Presiden PKR Azmin Ali menggantikan Abdul Khalid sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor. SH

Timbalan Ketua Cabang Kuala Selangor Digantung Keanggotaan

PETALING JAYA 1 Julai - KEADILAN memaklumkan bahawa Jawatankuasa Displin parti telah mengambil tindakan menghantar surat tunjuk sebab bertarikh 29 Jun 2010 serta menggantung keanggotaan Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Kuala Selangor, Arshad Abu Bakar, sehingga selesai satu pendengaran dan keputusan aduan disiplin terhadap beliau.

Aduan adalah mengenai kenyataan ahkbar Arshad yang tersiar di dalam Utusan Malaysia yang menyerang kepimpinan parti secara terbuka dan melanggari displin parti terutamanya Fasal 27.7 Perlembagaan parti.

"Beliau dilarang menjalankan apa-apa aktiviti parti atau membuat kenyataan sebagai anggota parti mahupun memegang apa-apa jawatan dalam parti sehingga selesai pendengaran dan keputusan muktamad oleh Jawatankuasa Displin," kata Ketua Penerangan, Latheefa Koya dalam kenyataan ringkas yang dikeluarkan hari ini.

Sementara itu Arshad dalam kenyataan medianya mengatakan laporan Utusan Malaysia bertarikh 29 Jun 2010 yang mendakwa beliau mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan adalah tidak tepat dan mengelirukan.

"Dengan ini saya ingin menegaskan pendirian saya bahawa keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti yang telah memutuskan perlantikan Azmin Ali, Naib Presiden KEADILAN sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor dan mengekal Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar adalah tepat dan bersesuaian dengan keadaan semasa dan perlu disokong oleh semua pihak," kata Arshad.Abdul Khalid adalah Ketua Cabang Kuala Selangor.SK

Empat ADUN PKR Selangor letak jawatan?

Oleh Haniza bt. Mohamed Talha

Saya dengan ini melahirkan rasa terkilan kerana nama saya telah disenaraikan sebagai salah seorang daripada empat ADUN KEADILAN Selangor yang akan mengosongkan kerusi, kononnya kerana membantah kepimpinan Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.

Selain saya (gambar kiri), Nik Nazmi Nik Ahmad (ADUN Seri Setia), Amirudin Shari (ADUN Batu Caves), dan Shuhaimi Hj Shafiei (ADUN Sri Muda) juga turut dikaitkan dengan isu ini.

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Pandangan ini turut dikongsi tiga rakan YB saya yang turut dikaitkan dengan isu ini. Penyebaran berita palsu ini menggambarkan begitu terdesaknya pihak musuh yang cuba menimbulkan kekacauan dan keraguan dalam kerajaan Pakatan Rakyat.

Saya meyokong penuh kepimpinan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Negeri Selangor. Beliau merupakan seorang yang banyak berjasa kepada negeri Selangor dari segi ekonomi, pembangunan dan kebajikan rakyat negeri Selangor. Peralihan Majlis Pimpinan Negeri Selangor merupakan satu langkah yang baik bagi membolehkan Khalid Ibrahim memberi tumpuan yang penuh kepada pentadbiran negeri.

Saya ingin melafazkan taat setia dan tidak akan mengkhianati perjuangan rakyat yang saya dokong. Saya minta seluruh pendokong perjuangan rakyat supaya tidak mempercayai berita palsu ini.

*Kenyataan media oleh Haniza bt. Mohamed Talha selaku ADUN Taman Medan Negeri Selangor.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....