Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 19 Januari 2010

Anwar, NGO Islam bertemu bincang kalimah Allah




Kalimah Allah: Nasharudin ulangi pendirian PAS
Seronok dengar Wacana Isu Penggunaan Nama Allah
Akhirnya ‘Allah’ dimuzakarahkan…

Isu Allah | Liwat Anwar:PKR Beri Taklimat Pada Diplomat Asing


KUALA LUMPUR, Jan 19 — Parti Keadilan Rakyat (PKR) pagi tadi memberi taklimat kepada para diplomat asing di negara ini tentang perkembangan kes liwat kedua penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dijadual bermula minggu depan.

Turut diberi taklimat ialah isu kontroversi penggunaan kalimah “Allah”.

Wakil-wakil media asing juga hadir pada majlis taklimat ini. Bagaimanapun Anwar tidak menghadiri taklimat itu yang diadakan di sebuah hotel di Ampang dekat sini.

Sebaliknya taklimat diberikan oleh timbalan presiden Dr Syed Husin Ali dan naib-naib presiden Sivarasa Rasiah dan Mustafa Kamil Ayub. Mustafa juga merupakan pengerusi biro antarabangsa PKR.

Turut hadir pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Taklimat itu diberikan dua hari selepas Anwar kembali dari luar negara.

CATATAN SETERUSNYA BACA DI SINI

Kontroversi !! Black Cium Mas Idayu,TV3 Juga Patut Tegur Bini PM


Kontroversi !! Black Cium Mas Idayu


Seorang artis dikenali sebagai Black ditegur TV3 kerana aksinya mencium pipi artis perempuan lain, kononnya dianggap ibu sendiri. Isu ini kelihatan kecil dan remeh. Mungkin ada yang berkata itu hal peribadi. Ia tidak pula menjejaskan keselamatan negara atau kedatangan pelabur asing. Tetapi sebenarnya jika dibiarkan ia menjadi suatu fenomena biasa dan kemudiannya menjadi budaya yang asalnya asing dalam masyarakat Melayu Islam, maka ia boleh merebak lebih dari itu. Lepas cium pipi menjadi kebiasaan, cium bibir pula. Lepas itu berpelukan. Aksi yang lebih jauh dari itu secara terang-terang akan menjadi biasa.

Dalam filem Barat, aksi ranjang, telanjang tidak pelik. Filem Melayu masih dipotong. Tidak mustahil jika mungkar yang kecil tidak ditegah, ia akan menjadi mungkar lebih besar. Benarlah Allah yang berfirman ‘Dan janganlah kamu menghampiri zina.’ Allah tidak menyebut ‘jangan berzina’. Bahasa al-Quran sangat tinggi. Mendalam ertinya.

Orang fasiq memang menganggap dosa kecil itu perkara remeh sahaja. Mereka memang jahil hukum, tak reti agama. Lihat sahaja jawapan Black tentang ciumannya itu kepada perempuan bukan mahram yang dianggap ibu sendiri itu. Cara menjawab macam tak pernah masuk KAFA langsung. (Bagi yang jahil, KAFA tu bukannya Kedah Football Association tapi kelas fardhu ain, tau!)

Islam mengajar kita supaya bencikan kufur, fasiq dan dosa. Cium pipi itu ialah perkara fasiq dan dosa. Bukan soal jaga tepi kain orang, tetapi mencegah mungkar mesti dilakukan.

Apa yang dibuat oleh Black pun bukan baru. Rosmah Mansur, wanita pertama Malaysia sendiri pernah melagakan pipinya kepada pipi artis Bollywood. Contoh inilah yang diambil, sedangkan pemimpin dan isteri pemimpin mesti menjadi teladan yang baik kepada anggota masyarakat lain. Apabila mereka buat, disiarkan di media, tiada yang tegur, atau tak berani tegur. Anak muda akan kata: ‘Lihat! Isteri PM pun buat. Tak ada ulama yang tegur. Jamil Khir tak tegur. Masyitah tak tegur. Hamid Othman tak tegur.’

Saya pernah menegur tentang isu tarian 1Malaysia. Teguran demi teguran bermaksud membetulkan. Islam mengajarkan demikian. Soal anda mahu ikut atau tidak, terpulanglah tetapi tugas menyampaikan sudah dilakukan. Saya berlepas diri dari mungkar yang dibuat oleh pemimpin dan anggota masyarakat yang fasiq. Menteri jaga tv dan media kawallah aksi-aksi, lagak, penampilan dalam apa jua program agensi di bawah anda.

ustnik (sini)

Sanggupkah Najib Bubar DUN Perak?

Oleh: mohdnoorawang


Isu menteri besar negeri Perak bergema kembali dilaman maya. Umno mencipta sejarah kerana keputusan paling sukar diumumkan oleh hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersidang 5.Nov. 2009 mengesakan Datuk Zamri Kadir menteri besar haram menjadi menteri halal. Serah pada pada perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membuat keputusan bubar DUN Perak atau mengekalkan Zamri Kadir menteri besar Perak dengan gunakuasa mahkamah.


Sanggupkah umno dan Najib Razak membubarkan DUN Perak jika keputusan hakim bicara menyebelahi Datuk Seri Nizar?. Yang anihnya seluruh rakyat Malaysia melihat isu menteri besar haram dan menteri besar halal menjadi topik hangat. Rakyat membayangkan kes yang dibicara di Mahkamah Persekutuan memihak kepda Nizar. Sebab itu keputusan tidak diumumkan oleh hakim bicara mahkamah persekituan.

VIDEO:BILAKAH BERAKHIRNYA ISU KHALIMAH ALLAH


VIDEO EHSAN TVSELANGOR

Kenapa Saya Saman Hudud-Zaid Ibrahim

*Ikuti penjelasan lanjut Zaid dalam wawancara khas dengan beliauImbang Penuh
Semasa Datuk dalam Umno dahulu, melalui firma guaman Datuk, Zaid Ibrahim & Co, Datuk telah menyaman undang-undang hudud yang dibawa oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Ketika itu, kenapa Datuk bertindak sedemikian. Dan ketika ini, bagaimana hubungan Datuk dengan para pemimpin PAS pula khasnya Tok Guru Nik Aziz sendiri berdasarkan sejarah itu?

Zaid: Saya sudah pun jelaskan banyak kali mengenai perkara ini dan saya pecaya Tok Guru Nik Aziz pun faham mengenainya. Walaupun saya saman PAS, saya bertanding di Kota Bharu, saya masih menang. Kalaulah PAS marah sangat pada saya, tak mungkin saya boleh menang kerusi yang kita kalah 15 tahun. Saya percaya penjelasan saya diterima.

Sebabnya begini...dalam sistem undang-undang negara kita, kita kena ikut perlembagaan. Kalau kita lari daripada perlembagaan seperti Tun Mahathir buat, maka samalah kita dengan Mahathir, buat apa yang dia suka. Soalnya undang-undang jenayah. Undang-undang yang disebut hudud ini sebenarnya undang-undang enakmen jenayah Kelantan tahun 1993.

Masalahnya undang-undang jenayah dalam perlembagaan kita hanya boleh digubal dalam parlimen, tidak boleh digubal dalam Dewan Undangan Negeri walaupun Kerajaan BN sendiri kadang-kadang menggubal undang-undang di peringkat negeri yang bercanggah dengan perlembagaan, itu saya akui.

Saya cuma hendak kemukakan kepada mahkamah bahawa hak persekutuan mesti kekal dengan persekutuan. Hak negeri kekal dengan negeri. Kalau kita tidak jelaskan perkara ini maka kita akan menghadapi masalah kerana setiap Dewan Undangan Negeri mesti menggubal undang-undang jenayah sendiri. Jadi akan bercelaru dalam sistem perundangan.

Jadi tindakan saya itu hanyalah sebagai seorang peguam untuk menjelaskan peruntukan perlembagaan. Memanglah kalau kita fikir, orang politik tidak patut buat macam itu. Boleh mati politik dia. Tapi saya berpegang kepada sesuatu prinsip. Kalau saya rasa hal ini mustahak untuk dijelaskan kepada rakyat, saya perlu jelaskan. Kalau saya tidak maju dalam politik sebab ini tidak mengapalah.

Macam saya dalam BN dulu, kalau saya nak kekal sebagai Menteri pun boleh tapi apabila Kerajaan buat sesuatu yang melampau sangat, saya rasa ini tidak betul. Itu cara sayalah. Saya bukan nak hina PAS atau nak provok PAS atau hina agama. Itu tidak timbul. Cuma soal bidang kuasa siapa yang boleh ubah undang-undang sebegini.

Jambatan Besi Binaan PAS Lebih Tahan Dari Jambatan Konkrit Umno.




Haji Ismail Harun Yang DiPertua PAS Kemaman mendedahkan penyelewengan Umno Barisan Nasional di daerah Kemaman sejak zaman PAS memerintah negeri Terengganu

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....