Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 2 November 2011

Video : TNB Berhutang Dengan Kelantan RM 93 Juta




Belanjawan 2012 Kerajaan Negeri Kelantan yang dianggarkan mengalami defisit RM83.23 Juta akan bertukar menjadi Belanjawan 'Surplus' sebanyak RM10 Juta jika TNB membayar tunggakan hutang sebanyak RM93 Juta terhadap Negeri Kelantan.

Hutang ini adalah kos tertunggak yang perlu dibayar kepada Kerajaan Negeri Kelantan kerana kos melepas kerajaan negeri apabila seluas 73 Hektar kawasan hutan dijadikan kawasan simpan untuk kegunaan Empangan Pergau.

Koleksi Gambar : Gaya Tidur Ala Pemimpin Umno

apa yang dipikirkan agakya oleh najib kita ni,,,Altantuya?
.
yang ni memang dah stail dia camni..tak leh nak kata pa dahhh
wuish...tenganga mulut aih tiduqqq..
tumpang tidur bang???.
wawawaw..Bestnya tiduq niehhh!!

Video : Keadilan Dalam Islam Dari Kacamata DS Anwar Ibrahim




Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beberapa konsep keadilan di dalam Islam ketika beliau berucap dalam satu ceramah perdana berkaitan isu-isu semasa di Ipoh baharu-baharu ini...

NGO India Pertikai Perlantikan Nalla Sebagai Senator

KUALA LUMPUR, 2 Nov - Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas), salah satu pertubuhan bukan kerajaan komuniti India, hari ini mempersoalkan pelantikan Datuk K S Nallakaruppan sebagai senator.

Nallakaruppan( gambar ), pengasas dan presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) akan mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara hari ini.

MIUP yang ditubuhkan selepas Nallakaruppan, bekas rakan sukan tenis Datuk Seri Anwar Ibrahim, keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR), menyokong Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2008.

“Mipas ingin mempersoalkan adakah ia satu majlis (detik) yang harus di banggakan? Datuk Nalla menubuhkan Parti Bersatu India Malaysia setelah keluar PKR, malangannya MIUP tidak menyertai pilihan raya umum ke-12, ia hanya menumpukan kepada kerja-kerja dalaman parti sahaja,” kata Setiausaha Agung Mipas S Barathidasan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, kata beliau, MIUP juga bukan sebuah parti majoriti yang mewakili masyarakat India.

“Mipas ingin bertanya apakah sumbangan Datuk Nalla untuk masyarakat India dan negara? Pernahkah beliau membawa apa-apa perubahan dari segi ekonomi, sosial dan politik?” katanya lagi.

“Bagi Mipas, Datuk Nallakaruppan hanyalah merupakan bekas ‘rakan tenis’ Datuk Seri Anwar Ibrahim, adakah untuk itu beliau di lantik sebagai senator?” kata beliau.

Nallakaruppan, 65, merupakan antara bekas pemimpin PKR dilantik dan ketua parti yang menyokong BN dari luar dilantik sebagai senator.

Sebelum ini, bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Nor dilantik sebagai anggota Dewan Negara.

Kedua-duanya pernah dilabel sebagai antara orang kuat Anwar.TMI

Bob Lokman rela ke penjara jika Jais buktikan dia bersalah

KUALA LUMPUR, 2 Nov — Pelakon dan pelawak terkenal, Bob Lokman tetap dengan pendirian tidak bersalah walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilaporkan telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya minggu lalu berhubung dakwaan mengadakan ceramah agama tanpa tauliah.

Bagaimanapun, Bob Lokman yang dihubungi The Malaysian Insider lewat malam tadi memberitahu, beliau masih belum dimaklumkan atau dihubungi Jais mengenai perkembangan itu.

Katanya, dia bersedia untuk memberi kerjasama sekiranya Jais tetap dengan pendirian mahu menangkapnya kerana jabatan agama itu berkuasa untuk berbuat demikian.

“Jais ada kuasa, mereka boleh ambil tindakan undang-undang, walaupun merasakan saya tidak bersalah. Tapi saya tidak akan membantah sekiranya mereka datang menangkap saya,” katanya.

“Saya masih belum tahu bagaimana proses tangkapan itu akan dibuat, tapi saya akan memberi kerjasama. Sekiranya melibatkan pihak polis, saya akan ikut prosedur mereka (polis),” kata beliau yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman.

Sehubungan itu tambah Bob Lokman, beliau juga rela dipenjarakan sekiranya dia didapati bersalah di mahkamah.

“Kalau mahkamah memutuskan saya bersalah, saya rela dipenjarakan, saya tidak mampu untuk membayar denda, nak penjara, saya terima,” katanya yang tidak bercadang untuk menggunakan khidmat peguam bagi membela diri jika kes itu dibawa ke mahkamah.

Jelasnya, beliau juga akan memberi keterangan di mahkamah untuk mempertahankan diri berhubung insiden penangkapannya di Hulu Langat tempoh hari.

“Saya tetap akan mempertahankan diri dengan memberikan keterangan yang benar (di mahkamah jika didakwa), saya tetap tidak akan mengaku bersalah,” tegas beliau yang menyertai PAS pada 19 Februari lalu.

Ujar Bob Lokman, beliau percaya tindakan Jais mahu menangkapannya sebagai satu usaha agensi itu mahu menjatuhkan golongan pendakwah sepertinya, seolah-olah mereka mendatangkan ancaman.

“Sepatutnya Jais memberi bantuan dan sokongan kepada golongan yang menyampaikan dakwah, bukannya menjatuhkan mereka,” katanya.

Namun begitu, pendakwah bebas ini juga yakin kebenaran untuk dirinya akan terbongkar dan percaya isu ini mempunyai hikmah tersendiri.

Laporan semalam menyebut Jais telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Bob Lokman berikutan kegagalannya hadir di pejabat agensi agama itu untuk memberi keterangan berhubung tindakannya menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata waran tangkap itu telah dikeluarkan Jumaat lalu.

“Pihak kami sedang menjejakinya supaya dia boleh ditahan untuk disoal siasat bagi membantu siasatan kes yang melibatkan dirinya,” katanya.

Jabatan itu kini dalam proses melaksanakan tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob Lokman hadir di mahkamah dan kemudian dilepaskan dengan jaminan serta membolehkan proses mengambil keterangan dibuat.

Beliau berkata demikian mengenai Bob Lokman yang ditahan Jais bulan lepas di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat ketika sedang menyampaikan ceramah agama kepada kira-kira 70 jemaah di masjid itu.

Bob Lokman disiasat mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah dan boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....