Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 5 Ogos 2009

Zamri lawan Nizar:Tafsiran pergi jahanam UMNO

Oleh Abu Firdaus
Dalam bahasa Melayu, ada dua makna perkataan jahanam, iaitu pertama, neraka. Kedua, rosak. Jadi apabila disebut 'pergi jahanam', ia bermaksud 'go to hell', maksudnya 'pergi ke neraka'.
Tetapi bukanlah bermaksud pergi ke neraka sebenar. Ini kerana bukan manusia yang menentukan siapa yang pergi ke neraka atau syurga. Tetapi maksudnya, 'kamu akan terseksa dan menderita akibat perbuatan kamu'.
Sementara satu lagi, iaitu apabila disebut umpamanya, kereta itu jahana, maka apa yang dimaksudkan ialah kereta berkenaan telah rosak. Justeru, jika disebut Umno pergi jahanam.
Maka ia boleh membawa kepada dua makna. Pertama, Umno akan terseksa dan menderita akibat perbuatan mereka selama ini. Selain itu, ia juga bermakna Umno sudah rosak.
Adakah Umno terseksa dan menderita sekarang? Jawapannya, ya. Banyak perkara yang dilakukannya menjadi serba salah, tidak menentu dan tidak mendatangkan hasil seperti diharapkan. Itulah penderitaan yang ditanggung sekarang. Mereka amat berharap dapat kerjasama daripada PAS, malah diusahakan dengan sungguh-sungguh, walaupun dimalukan di depan rakyat. Semua ini merupakan penyeksaan.
Sementara pernyataan bahawa Umno rosak, mudah difaham. Parti itu sememangnya telah rosak dan pemimpinnya sedang berusaha emperbaikinya. Mereka mencari jalan bagaimana hendak memperbaikinya.
Antaranya, dengan turut mengajak PAS bekerjasama. Tetapi usaha-usaha ini tidak semestinya berjaya. Tetapi mnereka sedang berusaha memperbaikinya.
Apa yang menyebabkan Umno rosak? Paling utama, wang. Politik wang, korupsi dan penyelewengan, sama ada betul atau tidak, tetapi rakyat berjaya diyakinkan bahawa Umno telah rosak akibat wang. Maka kalau hendak memperbaiki Umno, apa yang perlu dilakukan ialah mengatasi masalah yang berkaitan dengan wang ini.
Tetapi hakikatnya, bukan wang yang mendatangkan penyakit itu. Apa yang berlaku ialah sikap sebahagian ahli Umno, pemimpin dan penyokong yang menyebabkan wang itu merupakan punca kerosakan parti mereka. Maka di sinilah pula boleh dikaitkan dengan perkataan jahanam itu sendiri.
Namun begitu, apabila disebut perkara ini, ahli-ahli PAS dan penyokongnya janganlah pula rasa tinggi diri daripada Umno. Ini kerana penyakit yang terkena pada Umno ini boleh juga dijangkiti kepada PAS. Apa-apa peringatan yang ingin diberikan kepada Umno ini hendaklah dijadikan contoh teladan kepada ahli PAS.
Maka sikap buruk mengenai wang ini termasuklah dalam bentuk ketidakjujuran, tamak haloba, pecah amanah dan pelbagai perbuatan buruk dan tidak beretika.
Sedangkan sikap inilah yang merupakan dosa dan apabila terhimpun sebegitu rupa, boleh membawa seseorang ke dalam neraka. Jahanam adalah nama neraka yang paling dalam. Neraka jahanam itu bermaksud neraka yang terletak pada tahap paling rendah.
Sememangnya untuk mempercayai neraka dan syurga secara sepenuhnya adaah sukar kecuali dengan Keimanan yang tinggi. Jika kekuatan kepercayaan seseorang itu terhadap syurga dan neraka, maka ia menerapkan pegangannya tentang konsep dasa dan pahala.
Perhatian besar terhadap pahala dan dosa itu boleh membawa kepada pembentukan sikap bersih dan benar. Kebersihan sikap ini membawa kepada amalan dan perbuatran yang terpuji dan selanjutnya membolehkan seseorang menambahkan pahala, dan memberi peluang kepada mereka yang bertuah ini memasuki syurga.
Apalah lagi makna kewujudan bagi manusia jika tidak menginginkan hidup abadi dalam syurga? Memang tidak banyak orang lebih-lebih lagi pada zaman ini untuk menghayati apa itu syurga dan neraka. Justeru apabila disebut 'pergi jahanam', maka maksudnya ialah ingatan bagi semua tentang bahaya neraka.
Inilah yang sepatutnya berlaku apabila keluar kenyataan 'Umno pergi jahanam'. Ia sepatutnya menjadi iktibar kepada semua orang Islam, tidak kira sama ada Umno atau PAS. Semua mereka yang terlibat dengan politik wajar bertaubat dalam soal-soal yang membabitkan amanah. Jika tidak, bukan saja parti mereka rosak, tetapi juga masyarakat dan negara. Tidak kiralah Umno atau PAS.
Cuma, Umno yang memerintah negara ini lebih 50 tahun tentunya menanggung banyak beban yang merosakkan parti itu sendiri, di samping kesannya turut mengenai masyarakat dan negara. Kalau perkataan neraka itu ditafsirkan sebagai suasana penderitaan, apa yang Malaysia mungkin terpaksa melalui adalah suatu yang patut ditakuti.
Bayangkan rasuah dan perbuatan tidak amanah begitu berleluasa, maka negara akan rosak dan selanjutnya rakyat yang menanggung penderitaan. Impian supaya negara ini makmur akan musnah dan sebaliknya suatu keadaan neraka boleh muncul jika tidak ada usaha bagi mengatasinya.
Selain itu, keadaan jahanam kepada parti, masyarakat dan negara ini berpunca daripada rosaknya hati. Bukanlah hati organ manusia, tetapi hati dari sudut agama. Hati dari sudut agama ini sebenarnya terletak di otak dan bukannya hati sebagai organ. Apabila hati ini jahanam maka ia tidak dapat membuat pertimbangan antara kebaikan dan keburukan.
Untuk memahaminya, wajar kembali kepada bab tasauf dalam pengajian agama. Bayangkan kalau ahli-ahli parti diajak mengaji semula mengenai tasauf, khususnya apa yang diajar Imam Ghazali.
Kalaulah semua ahli parti politik yang beragama Islam, baik dalam Umno, PAS atau KeADILan mengaji balik mengenai tasauf, mungkin dunia akan berubah dan berbeza. Sememangnya tulisan lebih mudah daripada mengamalnya.detikdaily

Zamri lawan Nizar: Gugur Ronnie-Pemimpin PKR


Zulkifli: Ronnie Liu liabiliti bagi Pakatan Selangor
Oleh G. MANIMARAN
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin mendesak agar Ronnie Liu dari DAP meletakkan jawatan Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan ekoran desakan pelbagai pihak termasuk yang terbaru komponen Pakatan Rakyat PAS semalam.
Wakil rakyat PKR itu yang lazimnya lantang mengkritik menyifatkan Ronnie Liu sebagai "satu liabiliti" kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
"Melihat kepada keadaan ini, saya mengambil pendirian bersetuju dengan desakan Datuk Dr. Hasan Ali (Pesuruhjaya PAS Selangor) supaya Ronnie Liu segera meletakkan jawatan.
"Kehadiran beliau kini adalah satu liabiliti kepada Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor," kata beliau dalam blognya.
Zulkifli menambah, sekiranya Ronnie Liu enggan meletakkan jawatan beliau mahu Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil langkah segera menggugurkannya daripada barisan Exco Kerajaan Selangor sebelum rakyat mengambil tindakan menggugurkan Kerajaan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.
Semalam, PAS Selangor mendesak kerajaan negeri menukar Exco Kerajaan Tempatan sekarang iaitu Ronnie Liu ekoran campur tangan ahli-ahli politik dalam isu jual arak di negeri itu.
Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu Menteri Besar Selangor sendiri memegang jawatan itu ataupun diberikan kepada mana-mana pemimpin lain.
"PAS Selangor menggesa agar pemegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan dikaji semula atau ditukar berikutan dengan rentetan beberapa peristiwa sebelum ini.
"PAS rasakan bahawa pemegang yang sekarang ini ada sedikit masalah, insiden terdahulu timbul sedikit permasalahan," kata Dr. Hasan lagi.
Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor berkata, beliau belum memaklumkan pendirian PAS itu kepada Menteri Besar dan Ronnie Liu sendiri.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengadakan mesyuarat mingguan hari ini.
Dalam pada itu, menurut Hasan, PAS Selangor mendesak kerajaan negeri supaya serius membanteras penjualan arak di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam.
Katanya, kerajaan negeri perlu segera mengeluarkan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 untuk diguna pakai di seluruh negeri supaya kontroversi berkaitan isu arak tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam.
Minggu lalu, Ronnie Liu mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya memulangkan bir yang dirampas di sebuah kedai serbaneka dekat sini.
Kata beliau, ia perlu dipulangkan semula kerana salah faham.
Perkara itu juga telah dikecam oleh Umno Selangor.
Rampasan oleh Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA itu dibuat selepas menerima aduan daripada penduduk setempat sejak beberapa bulan lalu yang tidak berpuas hati kerana mendakwa premis berkenaan menjual minuman keras kepada umat Islam.
Bagi memastikan enakmen berhubung arak tersebut dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin, PAS Selangor juga akan mengeluarkan satu deraf peraturan kecil mengenai penggunaan arak di kalangan masyarakat Islam untuk dikuatkuasa di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Draf berkenaan bukan satu undang-undang baru, sebaliknya hanya sebagai peraturan yang boleh digunakan oleh kesemua 12 PBT yang ada di Selangor.
"Sekarang ini hanya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang boleh ambil tindakan, jadi sekarang ini kita nak bagi kuasa itu kepada penguatkuasa PBT juga," katanya.
Dalam tulisannya, Zulkifli menambah, belum pun reda isu Azmin Ali, Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa yang mendesak supaya barisan Exco Kerajaan Selangor dirombak, kini meletus pula isu baru.
"Desakan Azmin dipercayai kerana terdapat persepsi di kalangan masyarakat umum khususnya di kalangan ahli perniagaan di Selangor bahawa kalau mahu mendapat sesuatu perkara bergerak di Selangor, "jumpalah dua tiga Exco ni, sure lulus punya!!
"Hari ini (semalam) Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga ADUN Gombak Setia dalam kenyataannya secara terbuka mendesak supaya Ronnie Liu digugurkan daripada barisan Exco kerana banyak tindakan beliau menimbulkan masalah kepada masyarakat umum," katanya.
Beliau menambah, Hasan secara khusus merujuk kepada tindakan Ronnie Liu yang sering campur tangan dalam urusan pihak berkuasa tempatan. "Kenyataan terbuka Hasan Ali itu berpunca daripada tindakan Ronnie mengarahkan penguatkuasa MBSA dan Majlis Perbandaran Subang Jaya memulangkan minuman keras yang telah dirampas daripada peniaga-peniaga yang melanggar peraturan.
"Baru-baru ini Wee Choo Keong (Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju) mendedahkan bagaimana terdapat ahli Exco yang dikaitkan dengan kumpulan samseng hingga ada yang mendakwa pejabat Exco tersebut turut dijadikan tempat pertemuan dengan kumpulan-kumpulan samseng tertentu.
"Akibat kenyataan itu, Ronnie Liu telah membidas Wee walaupun Wee langsung tidak menyebut nama beliau atau mana-mana ahli Exco," kata beliau sambil menambah, "Ronnie Liu juga mempunyai kes pertuduhan jenayah di mahkamah kerana didakwa menghalang penjawat awam dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Subang Jaya pada tahun 2007."mstar

Zamri lawan Nizar:Royalti Minyak Kelantan-Selesai sebelum Aidilfitri





TUMPAT - Kerajaan Kelantan yakin tuntutannya mendapatkan bayaran royalti minyak daripada Kerajaan Pusat akan dapat diselesaikan sebelum Aidilfitri pada September ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa. Beliau yakin Kerajaan Pusat tidak perlu masa yang lama untuk menyemak rekod yang ada kerana kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebelum ini jelas bahawa Kelantan berhak untuk mendapatkan royalti bagi pengeluaran minyak di kawasan pelantar yang bertindih antara tiga negara. “Kita yakin Kerajaan Pusat dapat membayar tuntutan Kerajaan Negeri selewat-lewatnya hujung September ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat pelepasan rombongan kerajaan negeri untuk membuat tinjauan ke pelantar minyak Cakerawala di Geting, dekat sini, semalam. Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. Menurut Husam, ekspedisi yang dibuat itu merupakan misi moral, untuk menunjukkan adalah kesalahan kerana melengah-lengahkan pembayaran royalti. Rombongan itu disertai anggota-anggota Exco Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen termasuk dari luar Kelantan. “Kita akan serahkan wang bayaran itu kepada rakyat mengikut kehendak dan kemahuan mereka,” katanya. Sabtu lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat Kelantan dilaporkan sebagai berkata isu pembayaran minyak kepada kerajaan negeri Kelantan yang membuat tuntutan RM1 bilion masih di peringkat kajian. Ekspedisi ke pelantar Minyak Cakrawala untuk meninjau kawasan pengeluaran petroleum di Laut China Selatan itu berlepas jam 10 pagi dari Jeti Pengkalan Kubor dengan dua bot, manakala sebuah bot lagi berlepas dari Pelabuhan Tok Bali yang turut mendapat kerjasama Agensi Penguatkuasa Maritime yang berpengkalan di situ. Perjalanan ekspedisi sejauh 120 kilometer memakan masa kira-kira 12 jam dan akan bertolak pulang hari ini.sinarharian


Zamri lawan Nizar:Majlis Ceramah Datuk Sri Nizar di Besut

Adun Melor,YB W.Ismail W.Jusoh Penceramah pertama menggantikan MP Machang YB Saifuddin Nasution yang tidak dapat hadir
MB Perak yang sah YAB Datuk Sri Ir Mohd Nizar Jamaluddin sedang menyampaikan ucapan
Penghormatan untuk tahanan demo mansuh ISA dari Pemuda Besut.Di pakaikan baju Mansuh ISA oleh Datuk Sri Nizar sebagai mengenang pengorbanan mereka.Kiri sekali saudara Sarbani,
AJK Pemuda Besut yang gambarnya ditahan banyak tersebar dalam internet
Para tahanan mansuh ISA dari kalangan Pemuda Besut di bawa keatas pentas untuk di perkenalkan kepada hadirin.Turut kelihatan Ketua Penerangan Pas Kawasan Besut Ust W.Ahmad Shukri W.Isa,kanan sekali dan Ketua Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut Ust Zulkifli Kadir,kiri sekali.
Kenangan Ambo dan rakan rakan bersama Datuk Sri Ir Mohd Nizar Jamaliddin,MB Perak yang sah


Padang Luas Dalam 4.ogos.2009: Hari ini Datuk Sri Ir Mohd Nizar Jamaluddin hadir di Besut untuk berceramah.Ceramah anjuran bersama Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut dan Pas Cawangan Padang Luas Dalam itu diadakan di Madrasah Padang Luas yang juga Markas Pas cawangan itu.Dalam ucapannya antara lain Nizar banyak menyentuh isu di Perak di samping isu isu terkini yang berlaku dalam negara. Beliau menyampaikan ucapannya dalam loghat Kelantan (yang sememangnya menjadi bahasa pertuturan penduduk Besut) sepenuhnya.He.he.kelah jugok datuk nih kecek Klate,peklak la sikit tapi bulih doh.Di samping itu para tahanan Demo Mansuh ISA dari Pemuda Besut turut dibawa ke atas pentas untuk di perkenalkan pada hadirin.Mereka turut di pakaikan baju Mansuh ISA oleh Nizar sebagai simbolik mengenang pengorbanan mereka.
Sebelum itu Adun Melor YB Ust W.Ismail W.Jusoh menjadi penceramah pertama menggantikan MP Machang YB Saifuddin Nasution yang tidak dapat hadir.Majlis turut di hadiri Tim. Ketua Pas Kaw. Besut Hj Hassan Salleh dan beberapa pimpinan yang lain.
SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Zamri lawan Nizar:SPRM nafi Teo di pukul teruk

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan artikel dan klip video yang disiarkan dalam sebuah laman web menunjukkan seorang lelaki dipukul teruk oleh sekumpulan lelaki dalam satu proses yang didakwa sebagai soal siasat.
SPRM dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, tindakan penulis artikel itu yang turut mengaitkan insiden kematian melibatkan mendiang Setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock seolah-olah mendakwa SPRM telah bertindak kejam dan tidak mematuhi standard penyiasatan sehingga menyebabkan kematian Teoh.
Kenyatan itu berkata perbuatan menyiarkan artikel dan klip video itu merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab yang disengajakan oleh penulis blog terbabit bagi menggambarkan suruhanjaya itu sebagai sebuah agensi penguatkuasaan yang kejam dan tidak boleh dipercayai.
"Ia juga bertujuan untuk menimbulkan kebencian masyarakat ke atas SPRM dan meraih simpati orang ramai demi kepentingan agenda pihakpihak tertentu.
"Sehubungan itu, SPRM telah membuat laporan polis berhubung penyiaran dan penyebaran artikel dan video klip tersebut bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)," kata kenyataan itu.
SPRM BUKAN ALAT BN
Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, dakwaan parti pembangkang bahawa SPRM merupakan alat kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah tidak benar sama sekali.
Beliau berkata, SPRM adalah sebuah badan bebas dan boleh menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan terhadap sesiapa saja yang didapati bersalah.
"SPRM adalah satu badan bebas dan mereka tidak pilih bulu, jadi parti pembangkang telah dakwa SPRM sebagai alat kerajaan BN, (dakwaan itu) adalah tidak benar dan kalau mereka (SPRM) dapat laporan yang dilakukan oleh sesiapa pun, mereka akan ambil tindakan," kata Najib.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Terengganu bersama dua lagi ditahan oleh SPRM kelmarin setelah dipercayai menerima sogokan berjumlah lebih RM20,000 daripada sebuah syarikat pemaju.
Ketiga0tiga mereka yang ditahan di sebuah bilik hotel di Kemaman, Terengganu pada pukul 9.20 kelmarin itu direman selama lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
Najib berkata, SPRM menahan ADUN terbabit adalah untuk siasatan terhadap kes yang dihadapi selain terus menguatkuasakan undangundang mencegah jenayah rasuah.
"Jadi itu satu buktilah bahawa dakwaan parti pembangkang adalah tidak betul," katanya.
Terdahulu, Najib melancarkan Inisiatif MSC Malaysia Pahang di Putra Square di sini. BERNAMA

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....