Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 15 Februari 2010

Protes di Facebook desak Zahrain kosongkan kerusi Bayan Baru

KUALA LUMPUR, Feb 15 — Rasa tidak puas hati terhadap keputusan Datuk Seri Zahrain Hashim yang keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi bertindak sebagai Ahli Parlimen Bebas melangkah ke ruang siber dengan ada pihak yang memprotesnya menerusi rangkaian sosial Facebook.
Kumpulan itu mendesak Zahrain (gambar), bekas pengerusi PKR Pulau Pinang agar melepaskan kedudukannya sebagai wakil rakyat bagi kawasan Bayan Baru.

SPRM Perlu Siasat S/U Politik RM2 juta Sehingga Akar Umbi.



Artikel Berkaitan Boleh Di Baca DI SINI

Setiausaha Politik Nor Mohamed Letak Jawatan





KUALA LUMPUR, Feb 15 — Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan berkuatkuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu. — Bernama

Kursus Guru Guru Pasti Besut/Setiu





Kursus di kendalikan pengasas Module Selam Osini,Cikgu Nik Roslan Nik Mat
Guru Pasti sedang mempraktikkan Kursus yang di ajar
Sebahagian Guru Pasti Besut/Setiu yang hadir
Demi pendidikan anak bangsa,anak kecil pun sanggup di bawa.Syabas Cik Kak

Pada hari ini,15/02/2010 Pasti Kawasan Besut telah menganjurkan satu Kursus yang di namakan " Kursus Kaedah Cepat Membaca Dan Menulis " kepada guru2 Pastinya.Selain guru dari Besut turut terlibat guru guru Pasti dari Setiu.Program yang berjaya menghimpunkan 60 orang guru Pasti Besut/Setiu ini di kendalikan pengasas Module Selam Osini,Cikgu Nik Roslan Nik Mat dari Rompin Pahang.
Beliau merupakan Pemenang Anugerah Guru Inovasi Kebangsaan 2002.Program yang bermula jam 9.00 pagi dan berakhir kira kira jam 5.00 ptg ini antara lain bertujuan memantapkan lagi proses mengajar para guru guru Pasti terutama dalam aspek pembacaan dan penulisan pelajar.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Majlis Jamuan Laksa UPU Bukit Puteri




UPU Bukit Puteri telah mengadakan Majlis Jamuan Laksa Sambil Menderma bagi mengisi tabung kewangannya.Majlis di adakan pada 15/02/2010 bertempat di Madrasah Kg Dengir dengan mendapat kerjasama penuh Pas Cawangan Kg Dengir.Sambutan yang agak baik oleh penduduk setempat memeriahkan lagi majlis yang bermula jam 10.00 pagi dan berakhir kira kira jam 5.00 ptg.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Pesuruhjaya Pas Wilayah Hilang Sejak 4 Hari Lalu


KUALA LUMPUR, 15 Feb: Ahli dan  Penyokong PAS di Wilayah Persekutuan di pohon supaya berdoa agar pesuruhjaya mereka, Haji Mohamad Nor berada dalam keadaan selamat selepas tidak dapat dihubungi sejak Jumaat 12 Februari lepas.

Kali terakhir beliau dilihat adalah dalam mesyuarat Koperasi Muslimin Berhad dan beliau dilihat keluar dengan Unser merahnya, WJD 4469.

Demikian beritahu anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali kepada Harakahdaily.

Menurut Lo' Lo', salah seorang ahli mesyuarat itu memberitahu, Haji Mohamad memberitahu, dia mahu berjumpa dengan kawan pada tengah malam itu.

Namun, sehingga kini beliau tidak pulang dan tidak juga dapat dihubungi, kata Lo' Lo'.

Dr Asri saran kaji semula enakmen larangan guna kalimah


KUALA LUMPUR, Feb 15 — Dr Asri Zainul Abidin mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS Khalid Samad sambil berpendapat bahawa kerajaan-kerajaan negeri selain Selangor juga wajar mengkaji semula enakmen melarang bukan Islam menggunakan sejumlah perkataan dan ungkapan tertentu.
Bekas mufti Perlis moderat itu berpendapat langkah meminda Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 perlu dilihat dari sudut keperluan dan perkembangan semasa.
“Ya, saya juga rasa cadangan itu perlu dilihat (oleh kesemua 10 kerajaan negeri) dari segi perkembangan semasa... kehendak dahulu dan sekarang yang tidak sama sekali.
“Kalau Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh dikaji, tak akan perkara ini tidak boleh dikaji,” kata beliau sambil menambah, ada banyak perkataan dan ungkapan yang dilarang daripada digunakan oleh bukan Islam dalam konteks seharian.
“Macam mana kita hendak mengembangkan agama kita jika dari awal-awal lagi kita juga menyekat mereka (bukan Islam) daripada menggunakan perkataan-perkataan tertentu.

Tok Guru Nik Aziz kunjungi rumah pemimpin Tionghua

Sempena Tahun Baru Cina semalam, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, turut mengunjungi beberapa orang pemimpin masyarakat Tionghua.
Bagi menzahirkan seorang pemimpin Islam yang memimpin pelbagai lapisan masyarakat dan lapisan kaum, pagi tadi beliau mengunjungi beberapa buah pemimpin masyarakat itu di negeri ini.
Kira-kira pukul 10.00 pagi, beliau meluangkan masa ke rumah pemilik Syarikat SBJ, Datuk Tan.
Kemudian beliau ke rumah Kenny Chia pula.
Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob dan lain-lain pemimpin kerajaan.
Para tamu dihidangkan dengan pelbagai juadah seperti sate dan roti jala.
Kenny mengucapkan terima kasih di atas kesudian Tuan Guru serta timbalannya yang sudi mengunjungi rumah beliau sempena Tahun Baru Cina, tahun ini.
“Moga dengan semangat muhibah yang ditunjukkan oleh kedua orang pemimpin berkenaan akan menambahkan lagi keharmonian dalam negeri ini,” ujarnya

Program Ziarah Pemuda Pas Besut

Sumbangan hamper di sampaikan Ketua Pemuda,Ust Zulkifli Kadir
Sumbangan beras di sampaikan Tim. Ketua Pemuda,Ust Kaspi Ismail
Sumbangan dari Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut sebagai tanda prihatin pihak kami


Dewan Pemuda Pas Kawasan Besut telah melakukan Aktiviti Ziarah mangsa kemalangan motosikal dan kemalangan di tempat kerja membabitkan Kg Gong Bayor dan Kg Gong Bayor Dalam.Aktiviti yang di jalankan secara berkala dan mengikut keperluan ini di ketuai Ketua Pemuda sundiri Ust Zulkifli.Turut serta,Tim Ketua Pemuda Ust Kaspi,S/U Pemuda Syazani Razak,Bendahari Tuan Bakar,Ketua Pemuda Dun Kota Putera merangkap AJK Pemuda Besut Salizan Sulaiman dan AJK Pemuda Besut Aris Muhammad.Turut mengiringi kami Ketua Pemuda Cawangan terbabit.
Lawatan pertama kami membabitkan mangsa kemalangan langggar lari(rujuk gambar 1&2).Kami difahamkan mangsa di langgar ketika beliau menunggang motosikal pulang dari sekolah.Akibat kemalangan mangsa patah kaki kanan.Sementara dalam lawatan seterusnya kami menziarahi mangsa kemalangan di tempat kerja(rujuk gambar 3).Mangsa yang patah peha kanan ,terlibat kemalangan apabila di timpa kayu ketika cuba mengeluarkan bahan itu dari lori.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Karikatur Hina Nabi Muhammad : Umat Islam Oslo Bangun Membantah


Sebahagian besar penunjuk perasaan dalam kalangan umat Islam di Oslo Jumaat lalu berteriak marah gara-gara tindakan akhbar harian Dagbladet menyiarkan gambar karikatur Nabi Muhammad s.a.w yang menggambarkan baginda sebagai haiwan ternakan khinzir.

Perarakan bantahan untuk menyelar tindakan biadap kumpulan pengamal media akhbar tersebut dilakukan selepas menunaikan solat Jumaat di Dataran Universiti, Oslo sebelum menyambung bantahan penerbitan karikatur baginda itu.

Agensi berita The Associated Press (AP) melaporkan kira-kira 2,500 rakyat Norway beragama Islam, berarak di jalan-jalan sekitar pusat bandar Oslo untuk membantah sikap akhbar Norway tersebut.

Penunjuk perasaan turut melaungkan kalimah 'Allahuakbar' selain mengibarkan sepanduk yang mendesak masyarakat awam supaya segera memulaukan akhbar harian Dagbladet tersebut.

Zul Noordin, Ibrahim Ali Kecam Guan Eng Batalkan Perarakan Maulidur Rasul

PETALING JAYA: Ahli Parlimen kontroversi dari PKR, Zulkifli Noordin malam ini menyertai senarai pemimpin politik yang mengutuk dan mengecam apa yang mereka labelkan sebagai percubaan Kerajaan pimpinan Lim Guan Eng untuk membatalkan perarakan maulidur rasul bagi tahun 1431 Hijriah / 2010 ini.
"Ini jelas pada saya membuktikan apa yang telah saya sebutkan sebelum ini bahawa kepimpinan YAB Lim Guan Eng adalah bersikap chauvinis, ekstremis, rasis dan mempunyai agenda sempit perkauman yang jelas.
"Cubaan mereka untuk menutup kebenaran yang terbongkar sangatlah mengaibkan. Apakah ini yang dikatakan kerajaan yang telus dan ikhlas. Ternyata slogan mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz adalah retorik politik murahan yang kosong dan mengelirukan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....