Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 8 April 2012

Full Video : Ucapan DS Anwar Di Program Munajat Perdana Pertahankan Selangor



SHAH ALAM 8 APRIL : Khazanah hasil bumi adalah amanah yang seharusnya diuruskan sebaiknya oleh pemerintah dan bukannya disalah guna untuk kepentingan politik sempit serta pemborosan melampau.

Apabila segala khazanah ini jatuh ketangan pemimpin-pemimpin yang sewenang-wenangnya menyalah guna kuasa serta para kroni yang tamak haloba. Akhirnya akan menjuruskan negara ke arah muflis dan berhutang.
Perkara tersebut ditegaskan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai memperingati kepimpinan kerajaan hari ini yang dilihat telah jauh menyimpang daripada tanggungjawabnya kepada rakyat dan negara.

Anwar menambah, Umno-BN sewajarnya menamatkan politik kotor yang diwarisi mereka sejak sekian lama dengan melihat kepada negara jiran Indonesia yang berjaya keluar dari kepompong pemerintah yang menindas rakyatnya.

152 Ahli Dan Penyokong Umno Kelantan Sertai Pas

RANTAU PANJANG, 8 April: Impian Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu merampas Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 tergugat apabila semakin ramai ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti itu.

Minggu lepas 69 bekas ahli dan penyokong Umno di Dun Gual Periuk menyertai PAS beramai-ramai membabitkan cawangan Umno Kampung Dangar dan Kampung Kedap.

Dan malam tadi pula seramai 152 lagi ahli Umno iaitu di Kampung Rengas, Chicha Tinggi Dun Bukit Tuku menyertai PAS beramai-ramai selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan Umno Kelantan dan Rantau Panjang.

Pengasas Umno cawangan itu Awang Ismail, 55 atau lebih dikenali sebagai Che Seman berkata, beliau bersama rakan-rakan tidak mahu lagi bersekongkol dengan masalah yang melanda Umno sekarang.

“Ketua Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yassin dan pimpinan peringkat bahagian tidak lagi menjenguk dan melawat kami di peringkat akar umbi.

“Ini menyebabkan kami susah hendak mengadu sesuatu masalah. Selain itu banyak masalah lain yang membelit Umno sekarang. Ini menyebabkan kami berpakat meninggalkan Umno beramai-ramai,” katanya ketika ditemui selepas program ceramah dan penyerahan borang menyertai PAS.

Turut mengisytihar menyertai PAS, Umno Ketua Cawangan Umno Kampung Rengas, Zakaria Ismail, 45. Che Seman mewakili rakan-rakan menyerah borang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun, Adun Gual Periok, Ustaz Mohamad Awang dan Presiden Persatuan Boksing Kelantan, Ramli Awang.

Sementara itu dalam majlis berasingan malam Jumaat lalu Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa meraikan ahli-ahli dan penyokong Umno Kubang Kerian pada satu program di tapak pasar minggu Kampung Binjal.

Program yang bermula jam 3 petang itu ahli-ahli Umno terbabit diraikan dengan jamuan bakar ayam dan minum petang. Manakala pada sebelah malam pula diadakan program Pemimpin Bersama Rakyat.Hrkh

Full Video : Ucapan Mat Sabu Di Program Munajat Perdana Pertahankan Selangor




SHAH ALAM, 8 April: Kemampuan PAS melebarkan sayapnya dari kawasan kampung ke Imbang Penuhbandar-bandar besar membuktikan parti itu kini berupaya menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 bersama Pakatan Rakyat.

Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berkata, PAS yang pada mulanya bertapak di Pulau Pinang dan merebak ke kawasan yang mempunyai sekolah pondok akhirnya menembusi kawasan bandar, sehingga Shah Alam berjaya menyambut Jubli Peraknya.

"Apabila PAS mula merebak ke kawasan-kawasan yang ada pesantren, ia menjadi tapak kekuatan PAS khasnya di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak Utara. Selangor kalau ada pun sebelah Tanjung Karang dan Sabak Bernam.

"Kita mula merebak masuk ke kota-kota pada tahun 80-an dan 90-an. Di Shah Alam ini pun kita mula bertapak di sekitar kampung iaitu di Meru, Jalan Kebun.

"Sekarang PAS sudah berada di bandar, di taman-taman, Shah Alam, Bangi, Petaling Jaya. Bila kita berada di tempat-tempat ini bermakna kita akan ambil alih pemerintahan Putrajaya," kata beliau dalam ceramahnya di program Munajat Perdana Pertahankan Selangor sempena 25 tahun PAS Shah Alam di Stadium Melawati, dekat sini malam tadi.

Namun Mohamad berkata, hasrat PAS dan Pakatan Rakyat mara ke Putrajaya hanya akan tercapai jika pilihan raya berjalan secara bersih dan adil.

"Kita yakin mampu mara ke Putrajaya dengan gagah dan bergaya, dengan syarat pilihan raya bersih dan adil," katanya.

Justeru beliau berkata, perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini adalah suatu medan untuk menuntut pilihan raya yang bersih.Hrkh

Bersih 3.0 : Anwar Seru Rakyat Malaysia Turun Beramai Ramai

SHAH ALAM 8 April: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia yang cintakan kebenaran dan keadilan untuk turun beramai-ramai ke Dataran Merdeka bagi menyatakan bantahan terhadap penipuan sistem pilihan raya, 28 April ini.

“Saya ulang, kali ini himpunan Bersih pada 28 haribulan, biar ada kekuatan raksasa di kalangan rakyat. Hentikan penipuan ini. Cukuplah!,” kata Anwar pada program ‘Rapat Rakyat Sempena 25 Tahun Pas Shah Alam’, di Stadium Melawati, semalam.

Dalam ucapan di hadapan kira-kira 1500 penyokong Pakatan Rakyat itu, Anwar berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga kini gagal membersihkan daftar pemilih, termasuk pengundi meragukan.

Ia termasuk pertindihan nombor kad pengenalan, kewujudan lebih 100 pengundi pada satu alamat dan pengundi yang telah mati tidak dikeluarkan dalam daftar pemilih.

Perkara itu katanya menunjukkan kerajaan tidak berniat untuk menjalankan pilihan raya secara telus dan adil.“Termasuk di Permatang Pauh pun, ada 123 nama (pengundi meragukan). Sampai begitu sekali. Inilah penipunya mereka,” kata Anwar.

Malah katanya, laporan minoriti yang dikemukakan wakil Pakatan Rakyat dalam Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi menambahbaik pilihan raya, juga ditolak.

Aksi Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Yang Baru


Ini dia aksi Menteri Pembangunan Wanita yang baru,hebat tak?Najib Razak mengumumkan bahawa beliau akan mengambil alih (memangku) jawatan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat baca sini.

Siapalah agaknya yang akan membantu dan menasihati Najib dalam mengurus Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat ni ye !!!.Cuba korang teka kih..kih..kih..

Dalam Umno sekarang ni dah tak ada ke calon wanita yang sesuai untuk jawatan ni.Agaknya mungkin Najib sendiri pun dah hilang kepercayaan pada pimpinan wanita Umno yang ada kah kah kah...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....