Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 11 Ogos 2010

Keretakan hubungan Najib-Muhyiddin bukan satu rahsia


KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hari ini menegaskan dakwaan wujudnya keretakan dalam hubungan antara Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah “benar dan memang wujud”, dan bukan satu rahsia besar.
Sehubungan itu, kata pemimpin-pemimpin yang dihubungi, suasana itu menggambarkan ketidaktentuan Umno sama ada Barisan Nasional (BN) benar-benar boleh kekal berkuasa dengan pembaharuan dibawa oleh perdana menteri.
Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Zaid Ibrahim berkata, walaupun Muhyiddin menjelaskan panjang lebar bahawa kedua-dua mereka mempunyai hubungan baik sehingga kini, memang wujud keretakan dalam gandingan Najib dan Muhyiddin.
Malah kata beliau, keadaan itu sudah tentu akan memberi kesan besar kepada BN untuk mendapatkan balik sokongan dan memulihkan kedudukannya selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-13.
“Memang wujud keretakan. Sesiapa sahaja boleh melihat,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Semalam, Tan Sri Muhyiddin yang juga timbalan kepada Najib di Umno menolak khabar angin kononnya beliau mengalami krisis hubungan dengan bosnya Najib.
Katanya, hubungannya dengan Perdana Menteri adalah baik dan sokongannya kepada Najib tidak perlu dipertikai dan diragui semua pihak.
“Saya nak sebutkan kerana saya rasa terpanggil bila Datuk Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan) kata kepada saya, dalam muka akhir itu (buku Najib Tun Razak-Melakar Transformasi Malaysia) gandingan mantap “Najib-Muhyiddin” dan itu sudah disahkan.
“Cuma saya nak maklumkan memang tidak ada pihak yang harus meragui sokongan padu yang saya berikan kepada Perdana Menteri sejak awal lagi sampai sekarang ini,” katanya ketika majlis pelancaran buku “Najib Tun Razak-Melakar Transformasi Malaysia”.
Muhyiddin berkata khabar angin yang mengatakan bahawa hubungannya tidak baik dengan Najib itu sengaja ditimbulkan “pihak sebelah sana”.
Zaid berkata, selepas pilihan raya umum 2008 ramai beranggapan bahawa Umno akan kembali kukuh setelah memaksa bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan pucuk kepimpinan.
“Ia (keretakan) memang benar, ia bukan satu perkembangan baru dalam Umno,” katanya.
“Pada masa yang sama mereka menyalahkan Pak Lah. Muhyiddin sudah tentu akan menyalahkan Najib,” katanya.
Bekas menteri kerajaan persekutuan yang menyertai PKR tahun lalu memberitahu The Malaysian Insider bahawa tindakan-tindakan Muhyiddin yang bercanggah dengan dasar 1 Malaysia adalah manifestasi ketidaktentuan Umno ke aras polisi-polisi Najib.

Kamera, monitor ditemui dalam bilik MB Selangor

SHAH ALAM, 11 Ogos: Pejabat Menteri Besar akan menjalankan siasatan dalaman berhubung penemuan kamera dan beberapa peralatan lain termasuk monitor yang disembunyikan dalam bilik Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di tingkat 21, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS).

Kamera mikro yang disembunyikan di belakang langsir tempat duduk Menteri Besar itu dijumpai Khalid sendiri pada jam 6 petang semalam.

Khalid berkata, beliau secara tidak sengaja terjumpa kamera mikro dan peralatan lain yang disembunyikan itu apabila ia berbunyi kerana kehabisan bateri.

“Setelah disiasat, saya menemui kamera dan monitor yang disembunyikan di belakang langsir.

“Kita akan meneliti semula rakaman dan juga melihat video rakaman kamera litar tertutup (CCTV),” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), hari ini.

Susulan kejadian itu, Abdul Khalid akan meminta Jabatan Keselamatan meningkatkan sistem kawalan kerana Bangunan SSAS menempatkan ibu pejabat jabatan kerajaan negeri dan pejabat-pejabat Exco serta ketua jabatan.

“Kita akan melihat dahulu rakaman supaya menyenangkan kerja polis. Jika kita dapati ada keperluan, barulah kita akan membuat laporan polis,” katanya.Hrkh

Wan Azizah nafi tohmahan jahat Ezam

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan tegas menafikan tohmahan jahat Ezam Mohd Nor.
“Pada pagi 10 Ogos 2010, di perkarangan mahkamah, pemberita Berita Harian menyatakan beliau diarahkan menanyakan soalan mengenai tuduhan Ezam Mohd Nor mendakwa kononnya saya telah menelefon beliau mengarahkan supaya menghalang lelaki mendekati Saudara Anwar.
Sehubungan itu, beliau dengan tegas menafikan tohmahan jahat Ezam yang sengaja mereka cerita setelah bersama Umno dan tidak sebelumnya.
“Saya tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Saudara Anwar seperti tohmahan tersebut. Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas; sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu. Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurutnya, beliau telah enggan melayan sebarang kenyataan Ezam yang dibuat hasil menerima upah pimpinan Umno.
Walaubagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama beliau secara peribadi, beliau mengingatkan Ezam supaya menghentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.
“Sekira beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke mahkamah dan Mahkamah Syariah,” ujarnya. Hrkh

Poligami : Bung Moktar terlepas hukuman penjara

Bung Moktar dan Zizie (kanan) meninggalkan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. — gambar fail
SHAH ALAM, 11 Ogos — Hukuman penjara sebulan yang dikenakan ke atas Ahli Parlimen Kinabatangan BN Datuk Bung Moktar Radin kerana berpoligami tanpa kebenaran dibatalkan dan digantikan dengan denda RM1,000.
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengumumkan keputusan itu pagi ini selepas mendengar rayuan Bung Moktar yang juga Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC).
Bung Moktar, 51, yang bernikah dengan pelakon Zizie Izette A. Samad, 31, sebagai isteri kedua, memfailkan rayuan itu 25 Mei lepas bagi memohon supaya hukuman terhadapnya diringankan kepada hukuman denda.
Pada 19 Mei lepas, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjatuhkan hukuman tersebut selepas beliau mengaku berpoligami tanpa kebenaran mahkamah, dengan Zizie Izette di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Disember lalu.
Bung Moktar turut didenda RM1,000 kerana bersubahat dengan Zizie Izette berkahwin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk.Beliau membayar denda itu.Rayuan beliau didengar oleh Ketua Hakim Syarie Selangor Mukhyuddin Ibrahim.

Guna RM 873.4 Juta Wang Royalti,Pusat Mengaku Silap


- Namun Tidak mahu Bayar Sepenuhnya
KUALA TERENGGANU - Kerajaan dan rakyat Terengganu akan kerugian sebanyak RM173.4 juta wang royalti Petroleum kerana kerajaan Persekutuan hanya bersetuju membayar semula RM700juta daripada RM873.4juta yang telah digunakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

Walaupun yang memerintah negeri Terengganu adalah Umno/BN sama seperti yang menguasai kerajaan Pusat, namun Timbalan Pengerusi Umno Terengganu Dato' Seri Ahmad Said tidak mampu menuntut semula wang yang telah diguna pakai oleh kerajaan Pusat itu.

Ahmad yang juga Menteri Besar Terengganu, berkata kerajaan Persekutuan akur serta berjanji namun tidak akan membayar jumlah yang telah dibelanjakan bagi membina rumah diluar Terengganu itu.

“Mengenai isu wang royalti (Terengganu) yang digunakan oleh Syarikat Perumahan Negera Berhad (SPNB) adalah sebanyak RM873.4 juta.

“Pada peringkat awalnya (bincang) kerajaan pusat bersetuju membayar RM700 juta sahaja kepada kerajaan negeri yang digunakan oleh SPNB di negeri-negeri lain,” ujarnya ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Adun PAS Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut pada Persidangan Yang Kedua Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu ke-12, di Wisma Darul Iman, Isnin, 9 Ogos.

Selain itu, sebanyak RM120 juta wang royalti hak rakyat Terengganu telah turut dibelanjakan SPN dalam melaksanakan projek perumahan mesra rakyat di negeri Terengganu sendiri.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....