Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 8 Jun 2010

Perdagangan Rahsia Malaysia-Israel

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Najib Razak dicabar menafikan dua pendedahan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar atau menghentikan sikap hipokrit dalam isu keganasan Israel dalam menghalang bantuan kemunusiaan sedunia ke Gaza yang sedang dikecam oleh dunia dan rakyat Malaysia.
Mahfuz yang juga Ketua Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS berkata, kerajaan dilaporkan masih meluluskan perdagangan sejenis bahan kimia dengan rejim berkenaan secara rahsia sekitar Mac hingga April lalu.

Tidak cukup dengan itu, katanya pentadbiran Najib juga secara rahsia dilaporkan masih bersetuju memperdagangkan minyak sawit kepada negara Israel pada Mei lalu.
Menurutnya, perdagangan komersil dengan Israel masih terjalin sehingga kini sebagaimana diperkenalkan sejak Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi perdana menteri dahulu.

“Sia-sia usul kecaman zionis Israel kerana bagi saya bahawa Najib masih meneruskan polisi yang ditinggalkan oleh Tun iaitu sesiapa pun boleh memohon daripada kabinet Malaysia secara rahsia untuk apa jua komoditi yang mahu diperdagangkan dengan kerajaan Zionis ini,” kata beliau seperti dipetik media.

Judi Sukan, BERJAYA atau Najib yang Berbohong?


KUALA LUMPUR : Sekiranya Perdana Menteri, Najib Razak tidak memberi gambaran yang sebenar berhubung pemberian lesen judi sukan, beliau boleh diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Menurut Ahli Parlimen (AP) Petaling Jaya Utara, Tony Pua, kenyataan bercanggah antara Kementerian Kewangan dan BERJAYA Corporation Bhd menimbulkan kontroversi mengenai siapa yang sebenarnya berbohong.

Dalam satu notis BERJAYA kepada Bursa Malaysia 12 Mei lalu, padanya menyebut,'Kementerian Kewangan telah memberikan kelulusan berhubung pemberian semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.'

Salinan notis itu kemudiannya diedarkan oleh Pua kepada wartawan pada sidang medianya di lobi parlimen, pagi ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan dalam jawapan bertulisnya di parlimen semalam berkata lesen berkenaan belum dikeluarkan kerana masih menunggu maklum balas orang ramai dan beberapa syarat masih dirangka.

Gambar : Bung Mokhtar Dan Zizie Di Mahkamah

Bung Mokhtar Radin (kiri) bersama isteri, Zizie Izette A.Samad berjalan keluar bersama peguambela mereka Zulkifli Yong Azmi (tengah) selepas keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur bagi menandatangani fail pengesahan dan pendaftaran pernikahan mereka di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur hari ini. - Foto UTUSAN
Zizie Izette dan Bung Mokhtar berjalan keluar dari mahkamah, turut kelihatan adiknya Saheizy Sam (kanan) dan abangnya Samzy Frizette (dua dari kanan) yang hadir di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur bagi menandatangani fail pengesahan dan pendaftaran pernikahan mereka di Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN BACA DISINI

Konsensus Bebas Wakili Suara Siapa Di Parlimen?


KUALA LUMPUR : Lima bekas Ahli Parlimen PKR semalam mengumumkan penubuhan 'Konsensus Bebas' yang tidak memihak mana-mana parti, berkecuali dan kononya efektif.

Mereka terdiri dari Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Datuk Zahrain Mohamad Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Zulkifli Nordin (Kulim Bandar Baru). Layakkah mereka gelar diri mereka sebagai kuasa ketiga?

"Menjadi persoalan dikalangan rakyat, 5 orang ini mewakili siapa. Kini mereka bukan mewakili mana-mana parti, tapi mereka menang atas tiket parti.

"Rakyat yang mengundi mereka kerana tiket parti. Saya tak nafikan bahawa ada juga pengundi mereka yang sokong kerana faktor mereka secara individu. Tapi 5 orang ini tak berani nak kata bahawa mereka menang pada 2008 adalah hasil dari faktor peribadi mereka 100 peratus," kata Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS, Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen dalam kenyataannya.

Beliau berkata, jika terdapat di kalangan mereka berkata begitu, beliau mencabar untuk buktikan dengan mengumpulkan tanda tangan sokongan dari pengundi mereka yang jumlahnya sama banyak dengan undi yang mereka dapat pada 2008.

Isu APCO: Anwar menghadap panel ‘disiplin’ Parlimen


KUALA LUMPUR, 8 Jun — Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi menjawab dakwaan beliau bahawa firma khidmat runding yang dilantik pentadbiran Najib ada hubungan dengan rejim Yahudi.
Firma itu didakwa merupakan nadi kepada konsep 1 Malaysia, gagasan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, dan 1 Israel.
Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dianggotai wakil Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat boleh mengesyorkan tindakan ‘disiplin’ ke atas Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).Jika didapati bersalah beliau boleh digantung dari menghadiri sesi Dewan Rakyat.
Semalam, Anwar meminta agar panel itu mengadakan sesi pendengaran secara terbuka berbanding amalan semasa secara tertutup.

Video : Parlimen Israel Kecoh !!




Ahli Parlimen Israel(Knesset) Haneen Zoabi mempersoalkan kewajaran Tentera Israel bertindak menyerang Konvoi BantuanGaza.Beliau menuduh tindakan tentera umpama lanun dan bertentangan dengan undang2 antarabangsa.Beliau turut mempersoalkan tindakan kerajaan memaparkan imej tentera Israel yang tercedera tetapi menyembunyikan imej sukarelawan yang terbunuh...saksikan Video diatas untuk maklumat selanjutnya.Tahniah para sukarelawan Misi Bantuan Gaza,tindakan anda bukan sekadar menarik perhatian dunia tapi telah menghuru harakan Parlimen Israel sehingga berlaku pertentangan pendapat antara mereka...

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....