Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 10 November 2011

Video : Kepincangan Daftar Pemilih Parlimen Lembah Pantai Didedah




KUALA LUMPUR, 10 Nov: "Pameran awam daftar pemilih yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) di kawasan Parlimen seluruh Malaysia bagi sesi 2011/2012 menimbulkan banyak keraguan," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Tambah Nurul Izzah lagi pameran daftar tersebut dilakukan bagi mendapatkan maklum balas dan juga bantahan orang ramai dan juga setiap parti yang akan bertanding pilihan raya akan datang.

Namum jelasnya tindakan SPR ini bagaimana pun dilihat penuh kemusykilan apabila pemberitahuan tentang pameran tidak dibuat kepada Ahli Parlimen termasuk tempoh pameran dan maklumbalas yang begitu suntuk.

"Saya melihat selain tidak dimaklumkan tentang tempoh pameran tersebut, prosedur yang menyulitkan ini mengambil masa seperti mana yang diketahui setiap individu hanya boleh membantah secara maksima sepuluh nama dengan yuran sepuluh ringgit untuk setiap nama yang dicurigai.

"Walaupun terpaksa berkejar menyiapkan bantahan, saya ingin menyatakan tentang wujudnya kepincangan dalam daftar pemilih SPR bagi kawasan Parlimen Lembah Pantai.

"Melalui pemeriksaan yang dilakukan, saya dapati seramai 457 nama pemilih yang bukan sahaja tidak bermastautin di Lembah Pantai tetapi merupakan kakitangan di Pusat Tahanan Polis Bukit Jalil yang malangnya mereka telah disenaraikan di dalam daftar pemilih Parlimen Lembah Pantai bagi suku ketiga sesi 2011/2012," jelasnya yang juga Naib Presiden PKR.

Nurul Izzah memberitahu senarai nama yang meragukan itu melibatkan empat pusat pengundian polis iaitu Balai Polis Pantai dengan 469 nama pemilih dengan penambahan sebanyak 75 nama pemilih.

Manakala Balai Polis Petaling dengan 497 nama penambahan sebanyak 63 nama pemilih, Balai Polis Bangsar/Travers penambahan sebanyak 121 nama dengan daftar pemilih seramai 478 orang, Balai Polis Kerinci pula seramai 41 nama pemilih dengan penambahan sebanyak 25 nama pemilih.

Dalam pada itu terdapat dua pusat pengundian baru polis yang dibuat di Parlimen Lembah Pantai iaitu Ibu Pejabat Polis dan Polis Pantai Dalam yang membabitkan tiga nama pemilih baru.

"Selain itu juga kita menemui senarai pengundi di lokaliti kosong iaitu pendaftaran nama pemilih di Kampung Haji Abdullah Hukum di mana kampung tersebut tidak lagi wujud setelah penduduk asal dipindahkan atau diusir dengan pembayaran pampasan di bawah projek KL ECO CITY usahasama SP SETIA-DBKL.

"Bagaimana mungkin wujud pengundi di kampung yang sudah lagi tidak wujud. Apa yang lebih mengejutkan ialah pada masa yang sama berlakunya penambahan nama pemilih daripada 3,204 nama pemilih kepada 3,300 pemilih, penambahan sebanyak 96 nama pemilih walaupun Kampung Haji Abdullah Hukum tidak lagi wujud di dalam peta Lembah Pantai," sambung Nurul Izzah lagi.

Pada masa yang sama Nurul Izzah juga memberitahu penemuan-penemuan itu membuktikan wujudnya kecacatan di dalam senarai pemilih yang dipamerkan oleh SPR.

"Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera atas penyelewengan yang wujud dalam daftar pemilih tersebut.

"Sebaliknya sistem sedia ada dan keengganan SPR bersikap dengan lebih terbuka membantutkan sebarang usaha untuk membersihkan daftar pemilih yang akan digunapakai di dalam pilihanraya umum yang akan datang.

"Ini bukti jelas bahawa daftar pemilih belum bersih sepenuhnya dan saya berharap pihak berkuasa bertindak dan bukan bersekongkol dengan SPR," jelasnya lagi pada sidang media di lobi Parlimen.Hrkh

Kisah Tiga Perdana Menteri Malaysia

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad adalah seorang pemimpin yang berwawasan yang telah berusaha membangunkan Malaysia berdasarkan 'nasionalisme korporat' dengan cara bertentangan dan paksaan demi mencapai status negara perindustrian yang berkeinginan untuk masuk dalam senarai negara-negara maju OECD menjelang tahun 2020.

Sekarang diusia 85 tahun, Mahathir telah memperolehi pencapaian yang besar dan telah menetapkan tanda aras yang tinggi. Walaubagaimanapun, beliau juga gagalan dalam beberapa aspek. Secara keseluruhannya, sewaktu beliau bersara, keadaan masih baik walaupun pelan sosial yang beliau bina melalui Dasar Ekonomi Baru adalah telah berjaya mengasingkan orang Melayu hampir sepenuhnya daripada kaum-kaum lain.

Kisah kejayaan Mahathir berhenti pada tahun 2003 apabila beliau secara tiba-tiba menyerahkan tampuk kepimpinan kepada timbalannya Abdullah Badawi. Ia kemudiannya membawa kepada permulaan masalah.

Badawi menyelit masuk dan keluar, tiada pencapaian konkrit

Badawi tidak dapat masuk ke dalam acuan yang ditinggalkan oleh Mahathir dan dia juga telah mengabaikan semua amaran awal. Badawi telah hilang dalam dunianya sendiri tanpa memahami apa sebenarnya yang berlaku dalam negara ini sama ada dari segi ekonomi, kewangan, sosial atau politik. Beliau menyerah semuanya kepada "orang-orang bodoh di tingkat empat" yang diketuai oleh menantunya Khairy Jamaluddin yang lebih dikenali sebagai Perdana Menteri de-facto termuda di negara ini.

Badawi hanyalah alat bersuara dan apabila ditinggalkan sendirian, beliau akan meraba-raba dan tergagap-gagap menjawab soalan mudah yang diajukan kepadanya oleh wartawan. Satu contoh klasik adalah jawapan beliau mengenai hutang RM150 juta Ketua Menteri Sabah Osu Sukam di sebuah kasino di UK. Walaupun berkemungkinan jumlah itu adalah tidak logik, Abdullah Badawi terus bergegas mengutuk Osu tanpa memeriksa fakta sebenar. Beliau mengatakan bahawa jika akhbar berkata demikian, maka ia pasti benar.

Walaupun sebagai seorang pemimpin veteran, Abdullah Badawi bukanlah seorang ahli politik dalam erti kata sebenar dan tidak mampu memimpin negara melalui zaman kegelapan. Pengkritik beliau yang ramai yang membenci beliau disebabkan Khairy, mendakwa bahawa Badawi bukan seorang pentadbir yang baik - dia hanyalah seorang penjaga yang teruk!

Mahathir marah apabila Badawi memansuhkan projek jambatan bengkok yang menghubungkan Johor dengan Singapura, menyebabkan kerajaan BN terpaksa membayar kira-kira RM115 juta pampasan kepada pemegang konsesi. Ini merupakan episod terakhir pemerintahan beliau yang teruk itu. Mahathir membuat kesimpulan bahawa Abdullah bukan sahaja tidak layak untuk jawatan itu tetapi menjadikan misinya untuk menendang keluar Abdullah Badawi.

Najib juga tidak melakukan apa-apa yang konkrit-dibawa masuk dan menunggu masa untuk dibuang
 
Dalam masa yang sama, tiada peningkatan dalam ekonomi, namun kos untuk segala-galanya meningkat dan kerajaan tidak dapat memenuhi keperluan itu. Apabila Najib Tun Razak mengambil alih daripada Abdullah Badawi pada tahun 2009, beliau tidak mempunyai pilihan tetapi untuk terus meminjam. Kerajaan telah meminjam sebelum ini tetapi kini, ia benar-benar dalam keadaan terdesak. Oleh itu, hutang negara telah meningkat kepada RM407 bilion (angka 2010).

Video & Gambar : Kreatif,Kapal Selam Buatan Sendiri Yang Boleh Menyelam








Satu masa dahulu menjadi isuhangat kapal selam yang dibeli tak boleh menyelam.Tapi berlainan pula dengan seorang pemuda di China yang hanya bersekolah secara asas.

Tao Xiangli, yang sangat kreatif dalam merancang dengan design sendiri membina Kapal Selam buatan tangannya sendiri yang dengan menggunakan bahan tong-tong drum dengan berat sehingga 1.6 tan demikian dikutip dari Zhong’an Online.


Kapal selam buatan sendiri ini juga memiliki beberapa kelengkapan diantaranya memiliki periskop, mengawal kedalaman tank, motor elektrik, manometer dan sebagainya.

Waktu yang dihabiskan oleh Tao untuk menyiapkan kapal selam ini lebih kurang 2 tahun dan kapal selam ini boleh menyelam sehingga sedalam 10 meter dibawah permukaan air.
<:~Dragon7

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....