Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 14 Ogos 2014

Krisis Selangor : Biarlah Kita Mati Dalam Jemaah ~ Adun Pas Meru

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru daripada PAS Dr Abdul Rani meminta semua rakannya terus kekal dalam jemaah atau parti dan tidak membuat tindakan bersendirian.

"Apa terjadi pun biarlah kita mati dalam jemaah," kata Dr Rani ketika dua Adun PAS membuat keputusan lari daripada kelompok PAS dan menyertai PKR dan DAP menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Tindakan mereka diambil ketika PAS Pusat dijadualkan bermesyuarat Ahad ini bagi memutuskan pendiriannya berkenaan isu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hendak disingkirkan.

Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) bertindak menyertai sidang media Dr Wan Azizah hari ini, memberikan beliau sokongan majoriti dalam DUN Selangor iaitu 30 daripada 56 ahli.

Hasnul, Saari dan Dr Rani antara pemimpin PAS yang tidak menyertai mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang diadakan di Shah Alam semalam.Dr Rani yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor sesi lalu berkata, ntara perkara pokok kenapa Rasulullah diutuskan ialah untuk melengkapkan akhlak manusia.

"Selain akhlak ketika makan dan bergurau senda, termasuk juga akhlak berjemaah dan bermesyuarat."Segala keputusan majoriti dalam mesyuarat hendaklah dituruti dan dipatuhi walaupun bercanggah dengan pendapat kita atau walau kita tidak hadir," katanya dalam satu kenyataan hari ini seperti menjawab spekulasi Dr Rani juga akan menyertai mereka kerana dia tidak hadir mesyuarat.

"Saya doakan setiap dari ahli jemaah PAS di semua peringkat muhasabah setiap tindakan kita," katanya.TMI

Video : Kenyataan 2 Adun Pas Yang Menyokong Wan Azizah


Berikut video kenyataan 2 Adun Pas Saari Sungib ( Hulu Kelang ) dan Hasnul Baharuddin ( Morib ) yang menyatakan sokongan terhadap  Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Khalid.Artikel berkaitan DISINI...



Wan Azizah Dapat Sokongan 30 Adun Termasuk 2 Dari Pas


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan mempunyai sokongan 30 Adun Selangor dan menggesa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan.

Selain sokongan daripada 15 Adun DAP dan 13 PKR, dua Adun PAS Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) hadir memberikan sokongan kepada presiden PKR itu.

Jumlah Jumlah itu menjadikan Pakatan Rakyat (PR) kini mempunyai 30 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang Adun PR termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar," katanya pada sidang media di Hotel Empire, Subang Jaya hari ini.

"Mereka juga menyatakan sokongan kepada saya untuk mengambil alih sebagai menteri besar baru," katanya.Ini bermakna menteri besar dua penggal itu kehilangan sokongan majoriti di DUN yang mempunyai 56 kerusi itu.

"Dengan perkembangan terbaru ini, kami mengesahkan kami mempunyai majoriti di DUN dengan sekurang-kurangnya empat orang," kata Dr Wan Azizah pada sidang media yang turut dihadiri pemimpin tertinggi PR serta Adun Selangor yang menyokongnya.

Khalid kini mendapat sokongan 12 Adun Umno dan merupakan Adun bebas di Pelabuhan Klang selepas PKR memecatnya.

PAS mempunyai 15 Adun akan tetapi 13 lagi masih belum menyatakan pendirian mereka sama ada menyokong atau menolak Khalid.

Cubaan Kedua Wan Azizah Mohon Menghadap Sultan Selangor

Ditolak menghadap dengan surat tulisan suaminya, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat cubaan kedua menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, dengan menghantar surat permohonan yang ditandatanganinya sendiri, lapor The Star.

Surat itu dihantar Azizah ke istana pada Selasa lalu, dikatakan mahu memberi penjelasan berhubung krisis PKR sehingga menjejaskan pentadbiran negeri Selangor, kata akhbar itu hari ini.

Laporan akhbar itu mengatakan Sultan Sharafuddin tahu tentang permohonan kedua Wan Azizah tetapi hanya akan pulang ke tanah air pada 23 Ogos ini selepas berangkat ke luar negara semalam.

Wan Azizah dalam surat pertama pada Ahad lalu mahu menghadap Sultan untuk menjelaskan isu pemecatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti, tetapi surat itu ditandatangani suaminya yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Sulit Sultan, Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan pada Selasa berkata baginda enggan melayan permintaan Anwar dan Wan Azizah kerana sudah pun berjumpa Khalid dan mendapat penjelasan mengenai isu menteri besar.

"Sultan Selangor berpendapat pemecatan Khalid dari menjadi ahli PKR merupakan isu dalaman parti yang tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Negeri (Adun) Selangor."Baginda tidak mahu campur tangan dalam isu dalaman PKR," katanya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....