Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 12 September 2009

Zamri lawan Nizar:Warisan UMNO pada penduduk Tanjung Tokong

















Penduduk Kampung Tanjong Tokong menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pemaju, UDA Holdings Berhad yang telah mengistiharkan rumah-rumah penduduk kampung sebagai setinggan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Tanjong Tokong, Mohd Salleh Yahya berkata, persatuan penduduk kampung nekad untuk mendapatkan semula hak-hak sebagai pemilik tanah.

“Masalah yang belum selesai selama penglibatan UDA 35 tahun di kampung ini yang pertama pihak UDA tidak dapat menyempurnakan projek pembangunan semula Tanjung Tokong dalam jangka masa tiga dekad.

“Keduanya sepanjang penglibatan UDA di dalam kampung telah mengistiharkan dan mengklasifikasikan semua penempatan penduduk termasuk yang bernombor adalah penempatan setinggan,” katanya.

Jelas Salleh, UDA yang merupakan salah satu agensi penempatan semula bagi kaum Melayu di bandar terutamanya Pulau Pinang tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik apabila menghentikan projek pembangunan kampung selama hampir dua dekad bermula dari tahun 1990 sehingga 2008.

Beliau mengingatkan semua pihak bahawa pembangunan di perkampungan ini harus dibuat atas dasar sosial dan kemasyarakatan dan bukan keuntungan komersil semata-mata.

Ini kerana perkampungan ini dibangunkan menerusi peruntukan langsung dari kerajaan pusat dan bukannya menerusi UDA Holdings yang lebih menjurus ke arah komersial.

Salleh menjelaskan status setinggan yang diklasifikasikan oleh UDA itu telah menyebabkan penduduk di kawasan tersebut tidak mempunyai apa-apa hak lagi.

Walhal, kata Salleh, tanah yang seluas 54 ekar itu diperolehi atas nama pembangunan semula Tanjung Tokong.

Daripada 300 buah rumah, 270 daripadanya mempunyai nombor rumah sendiri manakala 30 buah rumah lagi tidak mempunyai nombor.

“Sebagai setinggan kami tidak mempunyai apa-apa hak lagi ke atas rumah yang kami duduki. Oleh itu, kami merayu kepada pemilik rumah bernombor untuk mempertahankan hak mereka dengan cara menjadikan Tanjung Tokong sebagai zon warisan Melayu di Pulau Pinang.

“Jadi kita merayu kepada menteri yang bertanggungjawab tentang UDA Holdings dapat membuat keputusan yang jelas tentang pembangunan kerana rekod 35 tahun pihak UDA tidak dapat menyelesaikannya, kampung ini terbiar dan bilangan yang tidak mempunyai rumah mencecah hampir 1000 kali kerana tidak ada penyelesaian masalah dan tidak ada projek sepanjang 20 tahun,” katanya.

Kampung Tanjong Tokong telah wujud di Tanjung Tokong selama lebih daripada 200 tahun di Pulau Pinang sebelum kedatangan Francis Light.

Penduduk kampung tersebut pernah memohon bagi mendapatkan bantuan daripada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat untuk mendapat balik tanah ini daripada UDA Holdings.

Surat aduan telah dihantar berulang kali sejak tahun 2006 kepada Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi tiada sebarang jawapan.

Bagi Salleh, projek segera bagi menyelesaikan masalah penduduk juga harus dibuat di kawasan baru dan bukannya di kampung asal iaitu Kampung Tanjong Tokong.

Beliau mendakwa UDA Holdings pernah berjanji dengan penduduk untuk memberikan surat pampasan sah dan mempamerkan pelan pembangunan keseluruhan Tanjung Tokong di pejabat cawangannya di Prima Tanjung.

“Tanpa sebarang perjanjian yang diikat antara pemaju dan penduduk, pihak UDA Holdings tidak mempunyai apa-apa ganti rugi dan pampasan sama ada berbentuk kewangan atau pun rumah ganti ke atas rumah-rumah penduduk.

“Persis seperti skandal tanah Kampung Buah Pala, tawaran yang dijanjikan kepada penduduk sememangnya lumayan tetapi tiada perjanjian secara hitam putih dibuat melalui kedua-dua pihak,” katanya.TVA

Zamri lawan Nizar:Pemuda Pas sedia kertas cadangan kawal jual arak di negeri PAKATAN

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Pusat akan menyediakan kertas cadangan mengenai kawalan dan garis panduan penjualan arak di negeri-negeri yang ditadbir pakatan pembangkang, kata Timbalan Ketuanya Azman Shapawi Abd Rani pada Sabtu.

Bagaimanapun, katanya, kertas cadangan itu, yang dijangka siap penghujung tahun ini, tidak akan mengharamkan penjualan arak secara menyeluruh di negeri-negeri itu .

"Kertas cadangan itu (lebih kepada) bentuk kawalan kerana orang bukan Islam ada hak untuk minum. Tetapi mungkin ada tempat yang diharamkan penjualannya...Mungkin di negeri yang majoriti orang Islam terlalu ramai," katanya pada sidang berita di sini, pada Sabtu.

Ketika ditanya kenapa Perak turut menjadi senarai negeri yang akan menerima kertas cadangan itu selain Kedah, Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang, Azman Shapawi berkata PAS masih menganggap negeri itu ditadbir oleh pakatan pembangkang.

Sementara itu, beliau berkata Pemuda PAS akan mengemukakan beberapa tuntutan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) termasuk mengenai keinginan mereka untuk bertemu kira-kira 5,000 pengundi pos untuk berkempen.

"Kita rasa dalam pilihan raya kecil ini, benda (kempen) itu boleh dilakukan kalau SPR beri kebenaran kepada kita. Kalau orang lain boleh masuk, tak kanlah calon nak bertemu dengan pengundi dan cerita manifesto pun tak boleh," katanya. BERNAMA

Zamri lawan Nizar: BN akan di tolak seperti LDP-Mahathir

Apakah BN yang memerintah negara ini sejak merdeka akan di tolak rakyat pada PRU ke 13 nanti?


KUALA LUMPUR, 12 Sept: Umno dan Barisan Nasional (BN) mungkin akan mengalami nasib yang sama seperti Parti Liberal Demokratik (LDP) Jepun yang ditolak rakyat negara itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
akan menyaksikan fenomena yang sama seperti di Jepun? Ia tidak mustahil sama sekali," kata bekas Presiden Umno dan Pengerusi BN itu.

Para pengundi muda, katanya, dikatakan kecewa dengan "parti yang mendapatkan kemerdekaan" kerana perkara itu telah menjadi sejarah dan tidak begitu bermakna kepada mereka.

Menurut beliau, di beberapa negara lain, parti-parti yang "berjuang dan mencapai kemerdekaan" telah hilang lenyap seolah-olah rakyat tidak tahu berterima kasih dan tidak peduli "pejuangan dan pengorbanan" parti-parti tersebut dan para pemimpinnya.

"Adakah mereka tidak tahu berterima kasih? Ada kebenarannya tetapi jika kita mahu mengkaji, kita akan dapati sikap para pejuang kemerdekaan itu dan mereka yang mengggantikan para pejuang tersebut telah berubah hampir sepenuhnya," kata beliau dalam blognya.

Mereka, kata Dr Mahathir, menjadi tamak dan angkuh serta tidak lagi mempedulikan negara dan rakyat.

Walaupun menyatakan bahawa para pengundi Melayu begitu setia kepada BN, tetapi Dr Mahathir mengingatkan wujudnya bukti di dalam pilihan raya umum tahun lalu bahawa para pengundi setia itu telah memberikan undi kepada pembangkang.

Menyentuh keadaan Umno kini, Dr Mahathir berkata, gejala yang melanda parti itu tidak boleh dinafikan lagi.

"Rasuah menjadi-jadi di dalam Umno dan parti-parti komponen (BN) yang lain. Perebutan kuasa telah melemahkan mereka. Para pemimpin begitu ghairah untuk terus berkuasa walaupun tidak lagi mampu berperanan.

"Dengan para pemimpin sedemikian, negara dan rakyat diabaikan. Pada dekad yang lepas, walaupun berdegar-degar dengan cakap-cakap bahawa berbilion ringgit diperuntukkan kepada koridor dan sebagainya, tidak ada bukti yang ketara dan boleh dilihat.

"Tidak ada apa-apa pun yang boleh ditunjukkan walaupun Petronas membayar RM250 bilion lebihan kepada kerajaan," katanya.

Adalah menghairankan, kata Dr Mahathir, apabila didapati Malaysia ketinggalan di belakang jiran-jirannya.

Negara ini, kata beliau, "bukan lagi negara yang terkehadapan di rantau ini. Tentunya tidak lagi boleh disifatkan sebagai negara contoh".

Beliau berpendapat, BN hanya boleh diselamatkan oleh prestasi lemah pembangkang.

"Tetapi, jika prestasi kerajaan BN dan parti-parti di dalamnya gagal meyakinkan, pera pengundi yang kecewa mungkin akan melakukan apa yang telah dilakukan para pengundi Jepun - menyingkirkan parti yang mereka sokong sejak lebih dari separuh abad," kata Dr Mahathir.

Tsunami revolusi pilihan raya di Jepun 30 Ogos lalu menyaksikan kemenangan Parti Demokratik Jepun (DPJ) menyingkirkan pemerintahan Parti Liberal Demokratik (LDP) di negara itu sejak Perang Dunia Kedua.

Kehancuran kuasa LDP itu menyaksikan DPJ memenangi 308 dari 480 kerusi parlimen negara itu. _harakahdaily

Zamri lawan Nizar:Keadilan terhadap rumah ibadat agama lain


Perarakan kepala lembu yang mencetuskan kontroversi dan menyentuh sentiviti perkauman


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka ituKisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’, tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.

"Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut." Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, "Saya ingin mengerjakan solat." Jawab Patriach, "Solat sahajalah di sini."

Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds:

"Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya."

Kisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.

Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh kuil, gereja dan synagogue seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya. Maka amatlah malang sekiranya ummat Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap orang bukan Islam sendiri.

Khalifah-Khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan supaya tidak dibunuh kanak-kanak, orang tua, orang yang berlindung ditempat-tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan mereka. Begitu juga, tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa alasan.

Keadilan yang sebeginilah yang melonjakkan ummat Islam ke kedudukan istimewa satu ketika dahulu! Bukan kekejaman dan bukan kezaliman.

Menurut kisah ini juga, maka adalah jelas bahawa Saidina Umar memasuki gereja dan berbincang dengan Patriach di dalamnya. Dengan itu, adalah diharapkan tiada pula dari golongan jahil yang akan menggelar Saidina Umar dengan gelaran 'Umar Gereja' di atas sebab ini.

Saya sememangnya cukup hairan dengan sikap sebahagian dari ummat Islam dewasa ini. Mereka berhajat besar untuk memimpin dunia, tetapi tidak menzahirkan sikap yang memungkin cita-cita ini tercapai. Terlalu banyak yang disensitifkan sehinggakan tidak mungkin berbincang dan berunding dengan yang bukan Islam sama sekali. Manakan mungkin menjadi pemimpin dunia yang majoritinya bukan Islam, sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk berinteraksi bersama mereka bagi membuktikan keadilan Islam itu sememangnya untuk semua.

WaLlahu ‛Alam
KHALID SAMAD

*Tulisan ini dipetik dari blog Khalid Samad, ahli Parlimen Shah Alam, Selangor.

Zamri lawan Nizar: SPRM lambat siasat Khir Toyo

Tindakan Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan ingin menyiasat bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo mendedahkan ketidakcekapan badan itu sendiri.

Exco Hal Ehwal Wanita, Kebajikan, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, siasatan sepatutnya telah dilakukan sejak awal lagi berikutan aduan rasmi daripada beberapa pihak berhubung isu Balkis dan Rumah Agamnya itu.

“ Ini lah sebenarnya perkara terbaik yang sepatutnya SPRM buat sejak dulu lagi, Saya kesal kerana baru sekarang siasatan ini dibuat sedangkan kes itu telah pon dibuatkan atau didedahkan seawal kami masuk pada buln Mac lepas,

“Kalau kita tengok pada kes beliau yang lain seperti kes rumah beliau telah didedahkan pada beberapa bulan lepas, Walaupun SPRM nampaknya macam ingin seimbang dalam siasatan beliau tetapi bagi saya ketidak kecekapan beliau mengambil semua aduan itu secara cepat itu dibuat,” katanya.

Rodziah berkata, tindakan SPRM itu adalah lewat dan tidak berkesan untuk meleraikan persepsi bahawa badan itu bingkas mensasarkan wakil rakyat pembangkang tetapi pemimpin Umno-Barisan Nasional diberi layanan sebaliknya. .

“Sebab kalau kita tgok apa yang berlaku kepada diri saya sendiri, atau pihak pakatan jika sedikit sahaja cerita itu ditulis didalam blog maka pihak SPRM secara cepat masuk buat siasatan sedangkan bagi pihak Khir Toyo kes ini dilambat-lambatkan seolah ingin menunggu arahan dari seseorang baru siasatan itu dibuat,” katanya.TVA

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....