Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 19 November 2009

Tok Guru Nik Aziz Tersenarai Top 50 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia



The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku "The 500 Most Influential Muslims In The World" tahun 2009.

Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

"500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia" sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.

Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 "Honourable Mention" di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia. Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Dato Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.

Dua orang pemimpin SIS yang kerap menimbulkan kontroversi dan pendokong Islam liberal di kalangan feminis, Sharifah Aljeffri dan Zaynah Anwar juga disenaraikan.

Dalam pengantar buku yang diterbitkan bersama lembaga Prince Alwaleed Bin Talal Center for Christian-Muslim Understanding ini disebutkan, tujuan diterbitkannya buku ini untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.
Sumber:greenboc.blogspot.com

Isu Linggam:Karpal Sahut Cabaran Nazri Aziz


Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh hari ini menyahut cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz untuk mendakwa Datuk V.K Lingam sekiranya Peguam Negara memberikan kuasa kepadanya untuk bertindak.Tindakan ini dibuat bagi menyahut cabaran Nazri semalam yang mengatakan Karpal boleh mewakili Peguam Negara dan mendakwa Lingam.Karpal berkata di England ia menjadi perkara biasa apabila kerajaan membenarkan pengamal undang-undang untuk mendakwa sesuatu pihak bagi mewakili Queen’s counsel.“Di negera ini terdapat peruntukan undang-undang untuk Peguam Negara mengeluarkan sijil iaitu perintah untuk memanggil Datuk Seri Nazri Aziz untuk menasihati Peguam Negara supaya mengeluarkan surat perintah untuk mendakwa V. K. Lingam,” katanya.Beliau berkata demikian pada siding mediannya ketika mengulas mengenai cabaran yang dibuat Nazri semalam bahawa Karpal boleh mewakili Peguam Negara untuk mendakwa Lingam.Nazri berkata, sekiranya Karpal mahu, beliau akan menasihati Peguam Negara untuk melantik Karpal mendakwa Lingam bagi pihak kerajaan.Semalam Nazri berkata, kerajaan tidak mempunyai sebab untuk melindungi Lingam dan Karpal selaku pengamal undang-undang boleh mendakwanya.Sehubungan itu, Karpla menyahut cabaran berkenaan dan bersedia untuk mendakwa V. k. lingam terhadap tuduhan di bawah Seksyen 4,Akta Hasutan.“Saya terima cabaran berkenaan. Saya telah bersedia untuk mendakwa Lingam dibawah Seksyen 4,Akta Hasutan.Berdasarkan klip video, apa juga yang dikata dikira sebagai cubaan menghasut.“Dalam perkataan lain, ia berada di bawah seksyen 3(1) (c) Akta Hasutan yang mana ia adalah cubaan menghasut sebagai cubaan membawa rasa benci terhadap pentadbiran keadilan Negara,” katanya.Karpal menegaskan bahawa Peguam Negara adalah penasihat kepada kerajaan dan kerajaan mempunyai kuasa untuk mengarahkan penasihat.“Saya rasa Nazri mencabar profesyen undang-undang. Apa yang saya perlu adalah fail berkaitan siasatan video klip berkenaan . Bila saya mendapat arahan daripada Peguam Negara untuk mendakwa, saya akan lakukan apa yang perlu,”katanya.Karpal percaya Lingam bersalah dari segi hasutan dan harus dihukum.“Telah sampai masa untuk mengambil tindakan. Kisah V. K. lingam ini telah berlanjutan lama lebih dari setahun. Cadangan yang dibuat Suruhanjaya DiRaja telah di abaikan oleh kerajaan,”katanya.TVS

Presiden Pas gesa SPR tambah kerusi Parlimen kawasan majoriti Melayu

KUALA LUMPUR, Nov 19 — Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat gesaan agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah kerusi Parlimen di kawasan-kawasan majoriti masyarakat Melayu seperti di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Hadi menegaskan beliau kecewa kerana sudah lama keadaan di ketiga-tiga tidak mengalami perubahan, malah tiada penambahan kerusi Parlimen.

Oleh itu, kata beliau, sudah sampai masanya SPR membuat kajian mendalam di ketiga-tiga negeri tersebut supaya kerusi Dewan Rakyat dapat ditambah dengan mengambil kira perubahan keadaan semasa dan penduduk.

Jika penambahan kerusi Parlimen di negeri-negeri itu tidak dilakukan segera, Hadi memberitahu Dewan Rakyat bahawa beliau khuatir keadaan berkenaan akan menyebabkan ahli-ahli Parlimen mengalami kesukaran melakasanakan tugas mereka dengan lebih berkesan.

“Oleh kerana itu, sangat wajar Suruhanjaya Pilihan Raya di bawah Jabatan Perdana Menteri membuat kajian untuk membuat perubahan kawasan-kawasan (Parlimen) di negeri tersebut," kata beliau dipetik portal berita alternatif.

Lazimnya SPR akan mengkaji semula persempadanan bahagian pilihan raya setiap 10 tahun.

Difahamkan SPR akan berbuat demikian mulai tahun depan.

Kerusi Parlimen semasa sebanyak 222 digunakan pada pilihan raya umum 2004 selepas persempadanan semula tahun 2002.

Kedah, Kelantan dan Terengganu kini mempunyai 15, 14 dan lapan kerusi Dewam Rakyat.

Jumlah kerusi itu tidak berubah berbanding ketika pilihan raya umum 1995 dan 1999. Kali terakhir pilihan raya umum diadakan ialah Mac 2008.TMI

SPRM tiada hak soal saksi selepas waktu pejabat, kata mahkamah




Dalam satu keputusan bersejarah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak lagi dibenarkan menyoal siasat saksi pada waktu malam.

Hakim Mohd Ariff Md Yusof memutuskan SPRM hanya berhak menyoal siasat saksi dari pukul 8.30 pagi hingga 5 petang.

Keputusan itu dibuat berikutan pendedahan mendiang Teoh Beng Hock disoal siasat sepanjang malam sehingga awal pagi sebelum di jumpai mati di perkarangan ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam 16 Julai lalu.

Seorang lagi saksi yang turut disoal siasat ketika itu, Tan Boon Wah, telah memohon Mahkamah Tinggi untuk menyemak sama ada SPRM berhak menyoal siasat saksi pada bila-bila waktu.

Boon Wah turut mendakwa beliau di kasari oleh pegawai penyiasat SPRM ketika beliau di soal siasat.

Beng Hock mati dalam keadaan mencurigakan, malah seorang pakar bedah dari Thailand tidak menolak kemungkinan mendiang mangsa jenayah.

Berikutan keterangan pakar itu pada inkues Beng Hock bulan lalu, arahan diberi untuk menggali semula mayat mendiang Sabtu ini bagi membolehkan bedah siasat yang lebih terperinchi dijalankan.

Dalam keputusannya hari ini, Hakim Mohd Ariff menolak tafsiran SPRM bahawa
Seksyen 30(3)(a) Akta SPRM kononnya memberi kuasa kepada badan itu untuk menyoal siasat saksi sepanjang masa.

“Ungkapan dari hari ke hari (untuk jalankan siasatan) dalam seksyen itu tidak bermaksud 24 jam tetapi waktu kerja pejabat yang biasa,” kata beliau.

“Justeru, saya bersetuju bahawa pemohon (Boon Wah) dalam kes ini telah ditahan secara tidak sah untuk disoal siasat. TVS

Ketuai Pakatan: Apa Kata Tok Guru Nik Aziz

KOTA BARU, Nov 19 — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kelihatan belum bersedia untuk memberi reaksi berhubung cadangan agar beliau dilantik menerajui Pakatan Rakyat (PR) sambil menyifatkannya sebagai isu yang "belum masak lagi."

Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan masih terlalu awal dan belum sampai masa untuk beliau mengulas cadangan itu yang dilontarkan oleh Datuk Zaid Ibrahim.

"Belum masak lagi, biar periuk menggelegak, lama-lama boleh masak dan makan nasi," kata beliau semalam.

Minggu lalu, Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan kini bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesyorkan agar Nik Aziz mengetuai PR apabila ia didaftarkan sebagai entiti formal.

Zaid merupakan bekas Ahli Parlimen Kota Baru.

Kini Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan Ketua Umum PR yang dibentuk selepas pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Bagaimanapun syor Zaid itu mencetuskan pelbagai pandangan positif dan negatif, malah kebimbangan di kalangan penyokong Anwar.

Oleh itu jelas Zaid, "saya tegaskan di sini bahawa buat masa ini memang tak ada mana-mana wakil rakyat yang lebih sesuai dan berupaya daripada Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Perdana Menteri apabila Pakatan memperolehi undi majoriti rakyat nanti."

"Bila saya mencadangkan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dilantik ketua Pakatan Rakyat, riuh-rendah kedengaran suara menyokong dan menentang.

"Ramai yang memberi pendapat mereka. Ada pula yang menuduh kononnya ini strategi saya nak jadi ketua Pakatan.

"Kata mereka saya tak hormat Anwar Ibrahim apabila membuat cadangan ini. Nampaknya masih ada yang tak faham atau pura-pura tak faham," ujar Zaid.

PR dijadual mengadakan konvensyen khas 19 Disember ini.TMI

Ketua Pemuda Dan Wanita MCA Dipecat



Video Oleh: Pas Kemaman


KUALA LUMPUR, 19 Nov -- Mesyuarat ahli Jawatankuasa Pusat (CC) MCA Rabu menolak mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang akan diadakan pada 28 Nov ini kerana terdapat kecacatan dan ia melanggari perlembagaan parti, kata Presiden parti Datuk Seri Ong Tee Keat.

Selain itu, Ong berkata notis pemberitahuan yang dikeluarkan oleh pihak kumpulan 16 anggota CC yang berpendirian untuk mengadakan EGM yang disokong Datuk Seri Liow Tiong Lai itu juga dipertikaikan.

"Dalam mesyuarat CC hari ini, terdapat 23 ahli jawatankuasa pusat menolak resolusi dan membantah untuk mengadakan EGM kerana mendapati terdapat kecacatan dan melanggari perlembagaan parti, manakala 10 ahli menyokong dan dua ahli berkecuali," kata Ong dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyurat CC yang berlangsung lebih tiga jam di sini Rabu.

Ini bermakna EGM tidak seharusnya diadakan, kata Ong yang menambah kata, surat rasmi dan logo parti juga disalahgunakan bagi mengedarkan notis pemberitahuan kepada para perwakilan pusat.

Ong mengumumkan pelantikan sembilan daripada 10 orang CC untuk menganggotai Majlis Presiden iaitu Datuk Lee Chee Leong, Senator Heng Seai Kie, Tan Cheng Liang, Datuk Ti Lian Ker, Datuk Loke Yuen Yow, Datuk Seri Tan Chai Ho, Gan Peng Sieu, Datuk Dr Mah Hang Soon dan Wong Hock Aun.

Bendahari Agung MCA Tan Sri Tee Hock Seng akan mengetuai jawatankuasa khas untuk memperhalusi mekanisme dan kaedah pengagihan sumber dana parti kepada bahagian-bahagian di peringkat akar umbi.

Selain itu, Ong berkata cadangan sistem pemilihan parti sedia ada dirombak kepada kaedah pemilihan langsung yang melibatkan semua anggota turut dibincangkan.

"Model (pemilihan) UMNO dibawa dalam perbincangan. Terdapat beberapa pilihan kaedah yang akan dihalusi oleh satu jawatankuasa khas yang dipimpin oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan sekretariat yang dianggotai oleh setiausaha agung dan biro perundangan parti," kata Ong.

Ong turut mengumumkan usaha masyarakat yang dikenali sebagai Perkhidmatan Bergerak Masyarakat Penyayang 1Malaysia diketuai oleh Tan Cheng Liang dan naib-presiden Datuk Seri Dr Ng Yen Yen sebagai penasihat.

"Ia merupakan satu khidmat bergerak yang berteraskan kepada keprihatinan kita terhadap masyarakat, ini dijangka akan melibatkan perkhidmatan seperti khidmat guaman, khidmat perubatan atau kesihatan dan khidmat saban hari yang melibatkan agensi kerajaan, dan akan menjejak kaki di seluruh negara," katanya.

Pada sidang media berasingan, Naib Presiden Liow berkata kemelut dalaman parti itu semakin kritikal dan EGM itu akan tetap diadakan.

"Kami ingin memberitahu para perwakilan di seluruh negara ini bahawa inilah masanya untuk melindungi demokrasi parti, maka saya menyeru para perwakilan untuk hadir EGM kedua ini demi amalan demokrasi diperkukuhkan semula dalam parti," tegas Liow.

Turut hadir sidang berita itu ialah Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun, Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong dan beberapa ahli CC termasuk Lee Wei Kiat, Dr Hou Kok Chung dan Datuk Wee Jeck Seng.

Mengenai pelucutan keanggotaan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita daripada Majlis Presiden, Liow menyifatkan ia sebagai operasi 'pancung' yang dilakukan Ong sejak mesyuarat CC pada 3 Nov lalu.

"Mesyuarat CC MCA hari ini melukakan hati kami, kami berasa sangat sedih. MCA kini sebuah keluarga yang bertelagah, MCA kini mengamalkan cantas dan hapuskan. Presiden tidak mahu Ketua Pemuda dan Wanita dalam Majlis Presiden, ini perkara serius.

"Ini dilihat suatu tindakan penamat, Presiden melantik orangnya tersendiri dan membuang mereka yang tidak bersetuju dengannya supaya beliau mempunyai kuasa mutlak dalam Majlis Presiden," katanya.

Liow berkata MCA mesti kembali kepada politik nilai dan menegakkan prinsip-prinsip asas demokratik dan menjadi pemangkin perubahan serta harapan rakyat.Bernama

Kad Pengenalan Palsu dan Penipuan Pilihanraya



– Sampai Bila Polis, SPR dan Pendaftaran Negara Nak Tutup Lubang UMNO dan BN?

KUALA TERENGGANU - Parti Bersatu Sabah (PBS) mendakwa kira-kira 700,000 pendatang tanpa izin di Sabah memiliki MyKad dan Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) asli menggunakan data palsu.

Dengan itu, ia menjadikan Sabah sebagai negeri yang ‘paling menipu’ dalam pilihan raya di Malaysia sejak awal lagi.

Hal tersebut bukanlah perkara baru, kerana pendatang tanpa izin dari Filipina dan Indonesia sebelum ini digunakan sebagai pengundi di Sabah dan ini sebagai ‘pengundi hantu’

Pendedahan berkenaan 700,000 My Kad Kad Pengenalan Bermutu Tinggi (KPT) asli menggunakan data palsu telah dibuat oleh Setiausaha Agung PBS Dato’ Radin Malleh pada Februari, 2008 kira-kira sebulan sebelum pilihanraya umum ke 12.

Di Kuala Terengganu, sebulan selepas itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu ketika itu Dato’ Mustafa Ali mendedahkan, bekas Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Idris Jusoh berkata Umno/BN akan menang dengan kad pengenalan palsu dan ‘Pengundi Hantu’.

"Jangan bimbang saya boleh tidur lena kerana ada dua projek besar untuk mempertahankan negeri ini, pertama kad pengenalan palsu dan kedua pengundi hantu" kata Dato' Mustafa Ali menutur apa yang dicakapkan oleh Pengerusi BN Terengganu itu.

Idris dilaporkan telah berkata demikian dalam satu taklimat bersama pemimpin utama mereka, berikutan perkembangan yang menunjukkan bahawa rakyat mahu kepada PAS dan KeADILan memerintah negeri Terengganu.

Menurut Mustafa, sebab itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekali lagi mengarahkan pembatalan penggunaan dakwat kepada jari pengundi.

Pengundi hantu ini bukanlah ‘fantasi’ pemimpin PAS atau ‘mimpi’ pemimpin PBS yang mendedahkan tentang 700,000 kad pengenalan palsu, yang digunapakai oleh ‘hantu-hantu’ untuk mengundi.

Pada hari membuang undi 8 Mac, 2008, Harakahdaily melaporkan keadaan pengundian di negeri Kelantan.

Pengundian di tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) yang terdapat dalam Parlimen Bachok iaitu Perupok, Tawang dan Jelawat berjalan lancar, walaupun terdapat insiden yang tidak diingini seperti pengundi yang telah 'mati' (hantu lah) diambil peluang oleh pengundi lain.

Selain itu juga terdapat pembawa kad pengenalan palsu tanpa gambar, yang dibawa oleh seorang pemuda berusia lingkungan 30-an.

Bagaimanapun pengundi tanpa identiti itu tidak berjaya mengundi kerana dihalang oleh seorang ‘counting agent’.

Kad pengenalan palsu atau klon atau apa-apa sahaja yang digunakan untuk memenangkan Umno/BN dalam pilihanraya jelas terbukti kebenarannya dengan penemuan dan pengakuan, sebagaimana insiden diatas.

Selain itu, ia turut ditemui di Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan, apabila orang yang ditugaskan mengundi 'berulang-ulang kali' dengan menggunakan ‘banyak kad pengenalan’ palsu.

Beliau dilaporkan datang menyerah diri kepada petugas PAS di kawasan tersebut. Setiausaha PAS Tanah Merah, Wan Yusof Wan Mustafa berkata, orang berkenaan yang berasal dari Bukit Panau Tanah Merah menunjukkan 28 kad pengenalan yang tertera namanya.

- Orang itu datang menyerah diri dan mengaku diberi kad pengenalan begitu banyak bagi mencapai misi Barisan Nasional (BN) menawan Kelantan pada pilihan raya kali tersebut.

- Orang terbabit datang membuat pengakuan kepada peguam kita dan tindakan selanjut akan diambil, katannya..

Beliau yang juga calon PAS Dun Gual Ipoh ketika itu, turut melahirkan rasa hairan rumah-rumah penginapan dan asrama sekolah di sekitar Tanah Merah menjadi tempat penginapan pengundi yang tidak dikenali.

Malangnya, semua pengakuan dan kenyataan akhbar diatas tidak diambil peduli oleh mana-mana pihak samada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM- ketika itu BPR) Jabatan Pendaftaran Negara, SPR atau pihak polis


Malah, SPR beratus-ratus kali (kalu tak beribu) menafikan adanya ‘pengundi hantu’ yang dimaksudkan dan ‘memperlekehkan’ dakwaan-dakwaan rakyat tanpa menjalankan sedikit pun siasatan.

Bahkan, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi, menafikan dakwaan berlaku penggunaan kad pengenalan klon (palsu) tersebut.

Dalam kenyataannya kepada media, beliau berkata, polis percaya ia adalah khabar angin yang sengaja disebarkan pihak tidak bertanggungjawab bagi mencetuskan kekecohan pada hari pengundian.

Ditambah lagi dengan kenyataan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan, Ab Rahim Md Salleh, berkata pihaknya juga tidak menerima laporan mengenai dakwaan sedemikian.

Menurutnya, mungkin ada individu sengaja mengada-adakan cerita itu bagi memburukkan pihak tertentu.

Sedangkan, dalam kes terbaru, lain pula ceritanya. Berkait dengan penajaan pemergian Haji keatas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, SPRM berkata, mereka boleh menyiasat atas laporan yang dikeluarkan oleh akhbar , tanpa perlu satu laporan dibuat oleh sesiapa pun ???

Justeru, cukuplah usaha polis, SPR dan Jabatan Pendaftaran, menutup telinga dan mengunci mulut, selidiklah dan siasatlah kebenaran !

Sejak bulan Jun, Pemuda PAS Johor telah membuat semua prosedur bagi membolehkan pihak-pihak polis, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara, membuka fail dan menyiasat kes berkaitan penemuan 14 keping kad pengenalan.

Namun tiada apa-apa tindakan yang dibuat oleh pihak polis, lalu semalam, mereka berarak membawa kes tersebut dari Johor Bharu ke bangunan Parlimen.

Ketuanya, Khairul Faizi dalam sidang media semalam telah memberitahu, siasatan berhubung penemuan itu sangat penting kerana ianya membabitkan keselamatan negara.

"Empat belas kad penganalan ini saya dapati tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan...setidak-tidaknya kad pengenalan yang tidak lagi dimiliki akan dipotong."

Beliau juga tidak menolak kemungkinan, ianya ada kaitan dengan penyelewengan pilihan raya berikutan kad perwakilan Umno turut ditemui bersama.

"Yang lebih mencurigakan kami, kad pengenalan masih elok dijumpai bersama dengan beberapa dokumen yang mengejutkan...termasuk kad perwakilan jentera (Umno) pilihanraya tahun 1995."

turut dijumpai, bersama (adalah) kad perwakilan Umno yang tertera nama Norhashimah Abu Samah (iaitu) Naib Ketua Wanita (Umno) Cawangan Kampung Baru (Johor Bharu)," katanya lagi.

Kesemua barangan tersebut didakwa dijumpai pada 6 Jun lalu di satu kawasan tapak pelupusan sampah di Johor Bharu.

Ekoran penemuan itu, beliau memberitahu pihaknya telah membuat laporan polis (dengan segera) pada hari yang sama.

Namun melihat tiada sebarang perkembangan, mereka (pemuda PAS Johor) mula mengatur tindakan susulan termasuk menghantar memorandum kepada balai polis negeri dan kepada pihak lain yang bertanggungjawab.

Oleh itu, sebelum rakyat menjadi begitu bosan dengan pihak-pihak polis, SPR dan jabatan Pendaftaran, lebih baik mereka mengambil tindakan mencari kebenaran, dan jalankanlah sewajarnya.

Lupakanlah Umno/BN seketika !

Sampai Bila Polis, SPR dan Pendaftaran Negara Nak Tutup Lubang ‘najis’ UMNO dan BN, yang kini semakin lama semakin dihidu kebusukkannya !BO

Kota Siputeh Kedah : Rayuan BN Kemungkinan Besar Ditolak


Oleh MayLin

" Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Kuala Lumpur telah memutuskan kerusi DUN Siputeh, Kedah dimenangi Abu Hassan Sharif telah kosong. Serentak itu Hakim Azizatul Khair Osman mengarahkan supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya kecil di kerusi berkenaan.
Spekaer DUN Kedah telah mengistyharkan kerusi itu menjadi kosong apabila Abu Hassan tidak hadir persidangan sebanyak dua kali tanpa memaklumkan sebab-sebab ketidakhadirannya.

Walaupun Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) itu telah memutuskan demikian namun ramai yang kurang yakin pilihan raya kecil akan diadakan. Ini kerana Adun, Abu Hassan dan partinya (UBN) telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa) Kuala Lumpur.

Sekiranya Mahkamah Persekutuan menerima rayuan, UBN terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu ini bermakna kerusi itu tidak menjadi kosong dan kekal kepada penyandangnya sebelum ini, Abu Hassan.

Apa menyebabkan ada yang membayangkan pilihan raya tidak akan diadakan kerana berpandukan kepada apa yang berlaku di Perak terhadap kerusi Behrang dan Changkat Jering tidak lama dulu.

Kedua kerusi itu telah disityharkan kosong oleh speaker tetapi Mahkamah Tinggi telah mememutuskan sebaliknya. Keadaan itu menyebabkanb tidak ada pilihan raya kecil di kedua Dun berkenaan.

Berpandukan kepada apa yang berlaku di kedua kerusi itulah menyebabkan ada sesetengah pihak tidak yakin pilihan raya kecil bakal diadakan di DUN Kota Siputeh.

Dalam hal ini perlu diingat apa yang berlaku di Kedah itu berbeza dengan apa yang terjadi di Perak. Adun, Changkat Jering, Mohd Othman Jailu, dan Adun Behrang, Jamaluddin Md Radzi disiytharkan kekal sebagai Adun di kedua kerusi itu kerana mahkamah mendapati pengistyharan dibuat speaker Dun Perak tidak sah.

Perlu diingat kes di Kedah ini berlainan dengan kes di Perak itu di mana ia berhubung ketidakhadiran tanpa memaklumkan kepada speaker. Sebalinya apa yang berlaku di Perak dulu ialah mengenai kesahihan surat perletakan jawatan oleh kedua Adun itu yang dibuat tanpa tarikh.

Mahkamah mendapati surat kedua Adun itu tidak terpakai kerana ia menghalang hak asasi dan kebebasan bersuara di negara ini. Keputusan itu juga dibuat berpandukan terhadap apa yang berlaku di Sabah sebelum ini.

Memandangkan perbezaan yang jelas itu menurut seorang pengamal undang-undang di Kuala Lumpur, besar kemungkinan pilihan raya di DUN Kota Siputeh akan diadakan kerana kemungkinan Mahkamah Persekutuan akan menolak rayuan dikemukakan Abu Sharif dan UBN. Mahkamah akan mendengar rayuan Abu Hassan itu Jumaat ini.UO

MB Selangor Dedah Laporan Kejadian Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa





MenteriBesar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini sekali lagi menggunakan peruntukan sekysen 2C mendedahkan satu lagi dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 berkenaan laporan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Mewah, Bukit Antarabangsa Disember tahun lalu.Menurut Khalid, faktor utama yang dikenalpasti penyebab runtuhan tanah itu berpunca dari kebocoran paip air dari saluran paip air yang aktif di rumah terbengakalai yang meningkatkan kandungan air dalam tanah di kawasan kegagalan cerun.Ini merupakan pendedahan keempat Pakatan Rakyat untuk memberi gambaran sepenuhnya mengenai kejadian yang mengakibatkan 14 buah rumah banglo musnah dan lima kematian pada hari kejadian.Menurut laporan Jawatankuasa Teknikal Kajian Runtuh, terdapat tiga gelinciran yang berlaku pada hari kejadian yang setiap satunya hanya berselang tiga ke lima minit.Beliau bersedia untuk bertemu dengan penduduk di Bukit Antarabangsa bagi mengkaji serta menyelesaikan permasalahan mereka."Saya harap masyarakat di Bukit Antarabangsa akan mengetahui keadaan sebenar kejadian tanah runtuh tersebut dan kerajaan negeri akan membuat perjumpaan dengan mesyarakat disana pada awal Januari ini,bagi mengkaji semula apakah pengajaran yang kita dapati dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah dicerun itu dan bagaimana cara untuk membantu mereka serba sedikit yang mengalami tragedi Bukit Antarabangsa,"katanya.Tan Sri Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di bangunan Setiausaha Kerajaan negeri Selangor, hari ini.Menurut Khalid lagi, kajian siasatan kejadian tanah runtuh adalah untuk mengenalpasti punca-punca kejadian tanah runtuh, faktor-faktor penyumbang kejadian tanah runtuh dan cadangan yang disyorkan untuk mengatasi.Salinan buku laporan tersebut boleh diperolehi daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya, mulai Isnin ini.TVS

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....