Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 26 Oktober 2011

Zul Noordin dipilih naib presiden Perkasa

Salah seorang “Datuk T”, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, berbual dengan bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor (kiri) sambil diperhatikan oleh Zulkifli Noordin (tengah) yang menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Kedua Perkasa hari ini. — Foto Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 26 Okt — Perkasa memilih Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin sebagai salah seorang naib presidennya pada perhimpunan agung tahunan kedua pertubuhan bukan kerajaan membela orang Melayu itu yang berlangsung di sini, hari ini.

Wakil rakyat kontroversi itu dipilih ke jawatan itu selepas anggota majlis tertinggi Perkasa Muhammad Zahid Mohd Arip membawa usul tergempar.Usul itu kemudian diluluskan sebulat suara oleh perwakilan.

Zulkifli merupakan antara wakil rakyat penggal pertama, yang memenangi kerusi Parlimen atas tiket PKR pada Mac 2008, tetapi telah keluar atau dipecat oleh parti itu sejak awal tahun lalu.

Zulkifli dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali merupakan antara Ahli Parlimen bebas.

Zulkifli menggantikan Datuk Mokhtar Samad, yang mengosongkan kerusinya awal tahun ini untuk memberi tumpuan sebagai Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM).

Kerusi naib presiden Perkasa turut disandang oleh Dr Ashraf Wajidi Dasuki, Dr Zubir Harun, Abang Naseer Abang Hadari dan Musli Oli.TMI

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Bagai sireh pulang ke gagang,
Bagai pinang dibelah dua,
Bagai aur dengan Tebing,

Ikan di laut asam di darat dalam periuk bertemu jua,
Kalau dah jodoh tidak ke mana,
Begitulah yang dapat dinukil menjadi madah,
Madah pujangga warisan melayu..

Memang cantik dan sepadan. presiden dan naib presiden dari golongan yg sama,baru ngam. Satu persamaan yang nyata,mereka berdua bakal dikuburkan pada PRU 13 nanti.Dan akhirnya wakakakaka....

Mahasiswa sedia himpun macam Bersih 2.0

GOMBAK, 26 Okt: Sekumpulan mahasiswa yang berhimpun di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak malam tadi membayangkan akan menggerakkan himpunan seperti Bersih 2.0 jika tuntutan mereka diabaikan kerajaan.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Ab Razab berkata mahasiswa akan terus menerus bangkit untuk membuat bantahan sehinggalah kebebasan suara diberikan kepada pengamal akademik dan juga kepada mahasiswa.

"Sekiranya kerajaan gagal untuk menjawab memorandum bantahan ini, insya-allah kita akan buat himpunan bersama rakyat, badan-badan NGO yang terdiri daripada BERSIH.20 yang dijangkakan akan diadakan di Stadium Merdeka dan Putrajaya," katanya pada himpunan tersebut.

Himpunan yang diserta hampir 100 mahasiswa malam tadi itu diadakan bagi menuntut kebebasan akademik ekoran tindakan universiti itu terhadap pensyarahnya Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Walaupun hasrat awal untuk mengadakan demonstrasi, akhirnya mereka menukar rancangan dengan mengadakan protes secara senyap selepas berhadapan larangan daripada pihak keselamatan universiti.

Mereka mula berhimpun pada jam 8.35 malam, di perkarangan masjid kampus berkenaan, dengan menyalakan lilin dan mengangkat beberapa poster antaranya tertulis "Mahasiswa tuntut kebebasan akademik" dan "Bebaskan universiti dari cengkaman politik".

Perhimpunan tersebut pada asalnya bagi menyerahakn memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadual hadir merasmikan satu program di kampus tersebut malam tadi.

Bagaimanapun beliau diganti Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Sebelum itu, Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIA Mohd Iqbal Abdul Wahab berjaya menyerahkan memorandum kepada Hishammuddin di dewan berkenaan.

Mohd Iqbal pula berkata pihaknya bercadang akan buat satu program bersama perdana menteri ekoran Najib tidak hadir ke UIA malm tadi.

"Tujuannya agar PM mendengar pendapat mahasiswa yang merupakan generasi penentu masa depan negara," katanya.

Sementara itu, jurucakap SMM Mohd Zaky Sukery memberitahu pemberita terdapat dua tuntutan utama dalam memorandum tersebut, iaitu mendesak kebebasan akademik diberikan kepada ahli akademik dan mendesak agar siasatan terhadap Abdul dihentikan tanpa syarat.

Beliau berkata, walaupun pergantungan tugas terhadap Prof. Aziz Bari telah ditarik balik tetapi semua mahasiwa masih tidak berpuas hati kerana kerana masih ada siasatan di kenakan kepada beliau.

"Prof. Aziz Bari disiasat seolah seperti seorang jenayah sedangkan beliau bersuara atas kajian, bukti dan fakta yang kukuh melalui buku yang ditulis. Tindakan UIA adalah tidak wajar dan sangat terdesak," katanya.Hrkh

Laporan Audit:Kelemahan pengurusan kerajaan BN aibkan Negara

KUALA LUMPUR, 26 Okt ― Pendedahan kelemahan dan pengurusan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010 kelmarin, adalah satu perkembangan mengaibkan negara, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Sungguhpun (Perdana Menteri Datuk Seri Najib (Razak) mengumumkan pelbagai janji untuk menangani kepincangan kelemahan dan ketirisan, namun ternyata janji-janji tersebut masih belum terpenuhi,” kata Anwar (gambar).
Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan dan menjadi bukti kegagalan dasar transformasi yang dirangka Perdana Menteri, kata beliau dalam satu kenyataan.
Anwar berkata Pakatan Rakyat tuntas menyatakan segala perubahan dan setiap reformasi sistem yang menyeluruh memerlukan iltizam politik yang jitu serta ikhlas demi manfaat rakyat Malaysia.
Justeru, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menambah, tanpa iltizam serta kegigihan dan tiadanya penyertaan rakyat untuk bersama-sama membangunkan negara ini, segala kebijakan mahupun dasar yang dirangka pastinya menemui kegagalan.
Laporan Ketua Audit Negara meneruskan tradisi dengan mengetengahkan pelbagai kelemahan ― lebihan perbelanjaan, projek gagal dilaksanakan, pengurniaan projek tanpa melalui tender dan ketiadaan penyenggaraan sewajarnya termasuk ke atas Stadium Nasional dan Stadium Putra di Bukit Jalil.
Anwar, bekas menteri kewangan berkata, Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang gagal dikemukakan dalam Dewan Rakyat bersekali dengan Laporan Ekonomi dan dokumentasi belanjawan negara sejajar dengan amalan Parlimen Malaysia sekian lama, akhirnya diedarkan sebagai Kertas Perintah 40 Tahun 2011 kepada Ahli-Ahli Dewan Rakyat kelmarin.
Pengedarannya lewat 17 hari dari tarikh pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu.
Anwar juga berkata kegagalan pengedarannya dibangkitkan berulang kali oleh ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat meskipun sebenarnya Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan telah siap ditandatangani oleh Ketua Audit Negara pada 8 Julai dan Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Pengurusan Kewangan Dan Aktiviti Serta Pengurusan Syarikat Subsidiari Badan Berkanun Persekutuan ditandatangani pada 16 Jun.
“Sewajarnya tidak timbul masalah lewat mengedarkan laporan tersebut kecuali lah ada muslihat untuk menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan rakyat,” katanya.
Di sebalik kelewatan itu kata beliau, hasil penelitian prestasi terhadap pelaksanaan aktiviti di bawah 32 kementerian dan jabatan-jabatan persekutuan dan pengurusan tuju syarikat kerajaan, Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa dari segi pelaksanan aktiviti dan projek yang dijalankan terdapat beberapa kelemahan yang berpunca daripada penyeliaan yang kurang rapi, ketiadaan pemantauan yang berkesan, kekurangan peruntukan kewangan dan kekurangan kakitangan serta kepakaran. Laporan Ketua Audit Negara juga mendedahkan kelemahan, kepincangan dan penyelewengan yang berlaku dalam 45 aktiviti dan projek.
“Mengaibkan adalah pendedahan terhadap kepincangan beberapa aktiviti atau projek yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah dan rakyat termiskin,” katanya.
Menurut Anwar, antara projek dan aktiviti tersebut adalah:
― Kelemahan pengurusan Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM691.52 juta pada 2010 dan didapati mengalami kegagalan 54.4 peratus daripada pencapaian objektifnya.
― Kelemahan pengurusan Skim Insentif Peningkatan Hasil Padi di bawah Kementerian Pertanian yang mendedahkan kegagalan Kerajaan Persekutuan membayar insentif berjumlah RM110.67 juta kepada 73,291 pesawah kerana peruntukan tidak mencukupi. Insentif Peningkatan Hasil Padi (IPH) adalah untuk memberi galakan kepada petani untuk meningkatkan hasil padi semasa dan meningkatkan tahap sara diri.
― Kelemahan pengurusan penyenggaraan jalan persekutuan yang diswastakan di Sarawak setelah sejumlah RM462.46 juta telah dibelanjakan. Program penswastaan penyenggaraan jalan persekutuan di negeri Sarawak dilaksanakan oleh tiga syarikat konsesi iaitu PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd, Endayan Construction Sdn Bhd dan HCW Engineering Sdn Bhd.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....