Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 21 Februari 2012

Artis Bob Kuman Kunjungi Tok Guru Nik Aziz


YAB Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat sedang menerima kunjungan oleh artis Bob Kuman,bertukar-tukar pandangan tentang dunia dakwah dan hiburan.

PAS ajaran sesat: Pemuda Kelantan buat laporan polis

Pemimpin Pemuda PAS Kelantan bergambar selepas membuat laporan polis

PENGKALAN CHEPA, 21 Feb: Dewan Pemuda PAS Kelantan membuat laporan polis berhubung kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat, kerana ia boleh mengundang kekeliruan masyarakat.

Laporan berkenaan dibuat Pengerusi Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS negeri Kelantan, Ustaz Nor Azariza Mohd Alawi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di sini.

Turut hadir memberi sokongan laporan polis itu wakil-wakil pemuda PAS kawasan antaranya dari Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas dan Kubang Kerian.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan diketuai oleh timbalannya, Nik Mohamad Abdul Nik Abdul Aziz telah membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi berkaitan kenyataan yang berbau fitnah oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri, Mohd Nuri Mat Yaacob, ketika memberitahu media berkata kenyataan tersebut merupakan suatu fitnah dan tidak berasas untuk mengundang provokasi dan perpecahan dikalangan masyarakat.

Katanya, PAS sebuah parti yang sah dan berdaftar sejak lebih 50 tahun di negara ini malah telah memerintah beberapa buah negeri termasuk Terengganu.

“Kenyataan itu juga menolak pengiktirafan rakyat terhadap kerajaan yang ditadbir PAS khususnya Kelantan.

“Justeru laporan ini dibuat supaya pihak polis membuat siasatan dan tindakan undang-undang terhadap Datuk Seri Ahmad Said, akhbar Berita Harian serta pihak lain yang terlibat menyiarkan laporan tersebut,”ujarnya.

Laporan polis itu dibuat berikutan laporan sebuah akhbar harian pada 9 Febuari lalu yang menyiarkan kenyataan Menteri Besar Terengganu itu yang mendakwa PAS sebuah parti ajaran sesat.Hrkh

Video : Kenyataan Anwar selepas jumpa Tok Guru Nik Aziz perjelas isu Israel



KUALA LUMPUR, 21 Feb: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berasa lega kerana dapat memberikan penjelasan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataan kontroversinya tentang Israel.

Beliau juga berkata dengan penjelasan itu, beliau mengaggap salah faham yang timbul sebelum ini selesai.

"Tok Guru Nik Aziz dengar dan faham pendirian saya, dan saya pun faham pertimbangan PAS yang cukup tegas dan keras dalam soal Israel. Bagi saya, kita dah jelaskan dan perkara ini tidak berbangkit dan kita akan terus dengan program bersama seperti biasa.

"Saya rasa baik kerana telah beri penjelasan terhadap sedikit sebanyak keraguan dalam hal ini," katanya yang juga ketua pembangkang kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Pertemuan kira-kira 45 minit itu berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pagi ini.Turut serta pada pertemuan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Anwar, beliau menjelaskan kepada Nik Aziz bahawa salah faham isu itu timbul ekoran media Umno yang hanya menggunakan sebahagian sahaja daripada kenyataannya yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal bulan lalu.

Ianya sekaligus memberi salah tafsiran terhadap pengiktirafan Israel sedangkan ia bukan bermaksud sedemikian.

"Masalahnya saya sebut, media Umno hanya guna bahagian pertama sahaja, bahawa ada kesediaan mengiktiraf dan mengawal keselamatan tetapi tidak ditekankan 'tertakluk kepada syarat-syarat, contingent'," katanya lagi.

Antara syarat tersebut katanya termasuk pengunduran tentera Israel dari Palestin dan negara arab lain, menghentikan kepungan terhadap Gaza dan mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin.

Turut dikongsi kepada Nik Aziz katanya pendirian pemimpin Hamas Khaled Mashal yang menerima penjelasan beliau sebelum ini."Dalam perbincangan dengan Khaled Mashal dia sebut "I know the word contingent".

"Akhirnya saya bagi tahu (Nik Aziz), saya tunduk dengan apa yang dikehendaki Hamas dan Fatah dan apa yang dirunding di Doha dua minggu lalu," katanya.

Dalam pada itu, Anwar juga mendakwa pendiriannya dengan PAS bukan perbezaan ketara namun yang berbeza sebenarnya adalah dengan Umno.

Menurutnya, Umno hipokrit dalam isu Israel ini apabila mendabik dada kononnya mereka tidak mengiktiraf Israel sedangkan kata Anwar pada masa sama Umno juga mengadakan hubungan perdagangan dengan negara itu.

Malah perdana menteri, menteri dalam negeri dan menteri pertahanan sendiri masing masing mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari negara itu, kata Anwar.Hrkh

Pakatan Rakyat sandar undi Melayu rampas Negeri Sembilan

SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) Negeri Sembilan akan memberi tumpuan untuk memenangi hati pengundi Melayu bagi memastikan usaha mereka mengambil alih pemerintahan negeri menjadi kenyataan.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) Negeri Sembilan, Anthony Loke berkata, bagi mencapai matlamat itu, pihaknya menjadikan tiga kawasan Parlimen majoriti Melayu iaitu Jelebu, Kuala Pilah dan Tampin sebagai sasaran.

“Kita jadikan tiga kawasan ini sebagai sasaran kerana di kawasan bandar seperti Seremban, Rasah dan Port Dickson, tiada masalah besar bagi PR untuk mendapat sokongan,” katanya ketika mengunjungi pejabat Sinar Harian di sini, semalam.

Turut serta dalam kunjungan itu, Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Datuk Kamarul Bahrin Abbas; Pesuruhjaya Pas Negeri, Mohd Taufek Abdul Ghani; Timbalan Pesuruhjaya I Pas negeri, Dr Rosli Yaakop dan Adun Ampangan, Rashid Latiff.

Anthony yang juga Ketua Pemuda DAP dan Adun Lobak berkata, sokongan pengundi di tiga kawasan majoriti Melayu itu akan menjadi penentu sama ada PR mampu menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

“Memang kita perlukan sokongan semua kaum tetapi sokongan pengundi Melayu sangat penting bagi kita kerana 60 peratus rakyat Negeri Sembilan adalah orang Melayu,” katanya yang juga Ahli Parlimen Rasah.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....