Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 18 Ogos 2010

Utusan Berhadapan Saman Malu RM50 Juta Dari Anwar


PETALING JAYA 18 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan surat tuntutan kepada akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan yang dianggap berniat jahat yang mendakwa beliau membayar agensi berita luar negara, Cable News Network (CNN) untuk liputan berita.

Peguam Latheefa Koya berkata surat tuntutan itu diserahkan oleh Tetuan Edwin, Lim & Suren yang bertindak bagi pihak Anwar.

"Kita meminta pihak Utusan dengan segera menarik balik dan meminta maaf kepada Anwar. Permohonan maaf itu harus dipaparkan sebesar artikel yang disiarkan itu dan berjanji tidak akan mengeluarkan apa-apa artikel seperti itu lagi.

"Sekiranya pihak defendan gagal berbuat demikian dalam masa 7 hari yang diserahkan hari ini, pihak peguam akan membawa kes ini ke mahkamah untuk saman fitnah RM50 juta," ujar Latheefa yang juga Ketua Penerangan KEADILAN.

Menurut Latheefa, jumlah tersebut adalah munasabah memandangkan fitnah tersebut mempunyai impak global terhadap imej dan maruah Ketua Umum KEADILAN.

Pada 10 Julai lalu Utusan menyiarkan artikel bertajuk "Anwar Didakwa Bayar CNN" yang menjadi asas kepada tindakan undang-undang yang diambil Anwar terhadap akhbar tersebut.SK

Dr. Pornthip Tetap Tegaskan Beng Hock Mati Dibunuh

Pakar forensik dari Thailand Dr Pornthip Rojanasunand hadir di pekarangan mahkamah untuk menyambung keterangan inkues Teoh Beng Hock pagi tadi. – Gambar oleh Jack Ooi
SHAH ALAM: Pakar Forensik Thailand, Dr Pornthip Rojasunan tegas mempertahankan pendapatnya bahawa kematian pembantu politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock adalah akibat oleh kejadian bunuh dan bukannya disebabkan oleh bunuh diri.
Pornthip yang memberi keterangannya di Mahkamah Koroner di sini Rabu, selaku saksi inkues ke-30, membuat kesimpulan itu berdasarkan penglibatannya dalam bedah siasat kali kedua yang dilakukan terhadap Teoh.
“Saya juga masih mengekalkan pendapat saya bahawa terdapat kesan kecederaan sebelum jatuh pada Teoh. Saya juga tidak dapat mengesahkan sama ada Teoh sedar ataupun tidak semasa jatuh,” tambah beliau.
Bagaimanapun, pakar yang terkenal dengan fesyen rambut yang berwarna-warni itu tidak dapat memberikan peratusan kemungkinan Teoh dibunuh, seperti yang dilakukan semasa memberi keterangan pada kali pertama Oktober lalu.
Semasa itu, Pornthip mendedahkan bahawa 80 peratus kematian adalah disebabkan bunuh dan hanya 20 peratus diakibatkan bunuh diri.
“Saya bagaimanapun yakin ia bukan bunuh diri,” katanya lagi yang mengakui peratusan yang diberikan pada kali pertama adalah bertujuan untuk menyakinkan Koroner Azmil Muntapha Abas supaya membenarkan mayat Teoh yang ditanam digali semula untuk tujuan bedah siasat.
Dalam keterangan lain, Pornthip juga menolak dakwaan bahawa Teoh yang merupakan pembantu politik Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dicekik kerana berpendapat kesan calar pada leher mendiang disebabkan oleh daya dan tekanan yang lebih kuat.
“Kemungkinan ia (kesan calar) disebabkan oleh benda tumpul seperti keadaan di mana seseorang meletakkan sesuatu di leher ataupun kepala Teoh ditekan pada sesuatu objek,” tambahnya yang mendapat jolokan ‘Dr Kematian’.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....