Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 5 Ogos 2011

Isu Ku Li-Anwar : Lagi Penjelasan Tok Guru Nik Aziz

KOTA BARU, 5 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah bagi membincangkan idea melantiknya sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nik Aziz berkata, sejarah membuktikan beliau tidak pernah berahsia dalam urusan kehidupan sehariannya.

Malah tegas beliau, jika benar pertemuan itu diadakan, tiada sebab ia perlu dirahsiakn daripada pengetahuan umum.

“Saya tidak tahu cerita jumpa Ku Li (timbul) dari mana, tak ada (pertemuan). Kalau ada, buat apa saya rahsia, dalam sejarah hidup saya, tidak ada rahsia, tuan-tuan tahu sendiri, tiada yang rahsia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Konsep Negara Berkebajikan tulisan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini hari ini.

Kenyataan terbabit sekali gus menjawab cabaran yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang mahukan Nik Aziz (gambar) membuat kenyataan terbuka dan bukannya melalui Facebook mengenai dakwaan pertemuan rahsia tersebut.

Selasa lalu, dalam laman Facebook rasminya, Nik Aziz menyifatkan khabar angin yang mengaitkan beliau terlibat dalam pertemuan rahsia dengan Tengku Razaleigh sebagai satu “lawak jenaka.”

Ditanya adakah dakwaan itu dibuat kerana mahu menjatuhkan PAS, Nik Aziz berkata, jawapan tersebut hanya boleh diberikan oleh individu yang membuat tuduhan tersebut.

“Apa yang jelas ini perkara mengarut, saya nasihat mereka yang sebarkan berita ini, jaga akhlak. Ini bulan Ramadan, jangan sebarkan berita yang tidak benar,” katanya.

Menyentuh mengenai kesihatannya, Nik Aziz mengakui faktor usia kadangkala menyebabkan beliau beberapa kali menerima rawatan hospital, namun ia tidak menjejaskan urusan pentadbiran kerajaan negeri dan parti.

“Saya umur sudah (sekitar) 80, kalau sakit pun munasabahlah, (tetapi) kalau sakit menyebabkan kerja terganggu minta maaf, (sekarang) alhamdulillah, berselera makan, tetapi apabila malam berjaga lebih, timbul letih sikit,” katanya.TMI

Exco Kedah terima surat ugutan berisi peluru

KULIM: Anggota Exco Kedah Lim Soo Nee menerima kejutan hari ini apabila menemui sepucuk surat mengandungi nota ugutan dan sebutir peluru di pejabatnya, di Taman Kemuning di sini.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata anggota dewan undangan negeri (Adun) kawasan Kulim itu, menemui surat tersebut di atas tangga menuju ke pejabatnya kira-kira 9.45 pagi tadi.

“Lim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan ketika itu mahu naik ke pejabatnya di tingkat atas bangunan dua tingkat dan menemui sampul surat yang tertulis ‘kepada Adun’ di
atas tangga.

Tidak puas hati


“Beliau kemudian mengambil surat itu lalu membawanya ke pejabat sebelum membuka dan menemui nota serta peluru tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Ghuzlan berkata nota itu antara lain mengandungi rasa tidak puas hati terhadap dua pembantu Lim yang menerima anugerah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kedah baru-baru ini.

Pihak terbabit juga mengugut Lim agar tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang, kata Ghuzlan.

Beliau berkata polis kini mengesan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam penghantaran surat ugutan tersebut.

Kedua-dua lelaki berkenaan dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di pejabat Adun berkenaan, katanya.FMT

Jais Serbu Gereja : Kenyataan Penuh Datuk Dr Hassan Ali

KENYATAAN AKHBAR DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima. Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir 1 jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.

Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan ‘pray’.

Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Pegawai penguatkuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan dikalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang oleh penguatkuasa JAIS.

Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan. Mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terlibat boleh didakwa dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Selain daripada itu terdapat bukti-bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Siasatan lanjut bagi kedua-dua kesalahan ini akan diteruskan.

PEJABAT EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM, TINGKAT 2, BANGUNAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

Bersih 2.0 : Pas Akan Fail Ratusan Saman Keatas Ketua Polis Negara Dan Kerajaan Malaysia


KUALA LUMPUR, 5 Ogos: PAS akan mengambil tindakan undang-undang atau saman secara berperingkat-peringkat terhadap Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia, berhubung tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap para peserta himpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu.
Setelah langkah pertama dari segi perundangan dilakukan dengan tindakan saman pertama difailkan di Mahkamah Tinggi di sini sekitar jam 11.30 pagi semalam, Lajnah Undang-Undang PAS Pusat akan menyusuli dengan saman kedua minggu depan yang melibatkan tangkapan terhadap rakyat negeri Perak.
Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, Asmuni Awi menjelaskan, tindakan saman terhadap Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia yang akan difailkan oleh PAS melibatkan ratusan kes, sejajar dengan jumlah tangkapan besar yang dilakukan oleh pihak polis terhadap para peserta himpunan itu.
Menurut beliau, disebabkan jumlahnya agak banyak, Lajnah Undang-Undang PAS Pusat terpaksa mengambil langkah bijak dengan membahagikannya dengan beberapa pihak lain dalam mengendalikan kes-kes itu.
Katanya, kes yang membabitkan kepimpinan tertinggi PAS yang akan dikendalikan pihaknya melibatkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria yang juga merupakan kes pertama yang difailkan oleh pihaknya semalam.
"Selain Lajnah Undang-Undang PAS Pusat, dalam PAS turut terdapat satu lagi agensi penting melibatkan undang-undang iaitu Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) yang berada di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat.
"Untuk memudahkan penyelarasan, pengendalian dan melancarkan perjalanan urusan, kes-kes tersebut terpaksa dibahagi-bahagikan oleh Lajnah Undang-Undang PAS Pusat dan Juham untuk dikendalikan," katanya ketika ditemui Harakahdaily, di sini.
Isu tangkapan yang dilakukan oleh pihak polis terhadap para peserta himpunan aman Bersih 2.0, menurut beliau, sememangnya diberikan perhatian serius oleh pihaknya dan Juham.
Untuk melancarkan urusan, katanya, kes-kes tersebut akan difailkan secara berperingkat-peringkat, dengan kesemua kes akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sejajar dengan tangkapan pihak polis terhadap para peserta himpunan itu yang dilakukan di Kuala Lumpur.
"Setelah langkah pertama dimulakan dengan difailkan kes plaintif Razman Zakaria, pihak kami akan menyusuli pula dengan kes kedua minggu depan. Selepas itu akan disusuli pula dengan kes ketiga, keempat, kelima dan kes-kes seterusnya," katanya.
Kesemua kes berhubung tangkapan itu yang dikendalikan oleh pihaknya akan menamakan Ketua Polis Negara sebagai defendan pertama, manakala Kerajaan Malaysia sebagai defendan kedua.
Untuk memudahkan urusan, menurut beliau, pihaknya hanya akan mengendalikan kes-kes yang melibatkan tangkapan terhadap rakyat negeri Perak sahaja, manakala kes-kes melibatkan penduduk Kuala Lumpur, Selangor dan negeri-negeri lain akan dikendalikan oleh Juham.

200,000 warga Indonesia didaftar mengundi ???

MANILA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, seramai 200,000 warga Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pembangkang itu berkata demikian dalam satu wawancara eksklusif bersama sidang editorial The Phillipine Star, dalam rangka lawatannya selama tiga hari ke Filipina.

Selain Warga Indonesia, katanya, rakyat Filipina di Sabah juga dibenarkan untuk mendaftar bagi membolehkan mereka mengundi parti pemerintah itu.

“Media Malaysia dan kerajaan mungkin telah melabel saya sebagai satu ancaman kepada negara dan menuduh saya menjadi satu gadaian untuk Zionis dan Amerika Syarikat, tetapi saya percaya orang ramai tidak boleh dipermainkan,” kata Anwar.

Anwar berkata, demokrasi di Malaysia semakin merosot berikutan sistem pilihan raya yang semakin kotor berikutan kontroversi terbaru membabitkan isu Penduduk Tetap (PR) yang mendapat kewarganegaraan untuk mengundi dalam pilihan raya.

“Demokrasi kami semakin merosot. Pilihanraya tidak bebas dan media dikongkong,” kata Anwar.

Sementara itu, Anwar turut menjangkakan beliau akan dihukum dalam kes fitnah yang dihadapinya sebelum Pilihan Raya Umum ke 13, untuk menafikan haknya bertanding.

“Mereka (Umno-BN) akan menghukum saya sebelum pilihanraya untuk menafikan hak saya untuk bertanding,” ujar Anwar.

Ketua Umum KEADILAN itu tiba di Manila semalam dan turut diundang untuk menyampaikan syarahan di Universiti Filipina di Diliman, Quezon City.

Anwar juga sebelum itu mengadakan pertemuan dengan mantan Presiden Filipina, Joseph Estrada dalam satu majlis di San Juan City.

Beliau turut diiringi Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Khalid Jaafar.Keadilandaily

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....