Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 11 November 2011

Dadah : Anak Adun Didenda RM 1500

JASIN - Seorang anak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dijathui hukuman dengan RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana kesalahan memiliki satu paket dadah, Mac lalu.

Majistret Siti Suriatey Mohamed Yusoff menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Rozameer Anwar Ghazale, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah.Mengikut pertuduhan, ketika pemeriksaan, tertuduh didapati memiliki satu paket mengandungi bahan hablur jenis methamphetamine dengan berat bersih 0.17 gram di Rumah Awam Rim, di sini, pada 18 Mac lalu kira-kira jam 10.30 pagi.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12(3) akta sama.Terdahulu, dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya hukuman ke atasnya diringankan.

Bagaimanapun, Tim­balan Pendakwa Raya, Nurul Badariah Yusof memohon supaya mahkamah mengenakan hukuman setim­pal.Siti Suriatey mengarahkan tertuduh didenda RM1,500 dan sekiranya gagal membayarnya, boleh dipenjara empat bulan. SH

p/s: berita ni di Melaka.Mungkin anak ADUN Melaka...Ada Adun DAP melayu di Melaka..?

Senarai Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri Melaka (2008 – 2012)

No
Nama
Kawasan
1.
YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam
Bukit Baru
2.
YB Datuk Hj Yaakub bin Md Amin
Sungai Udang
3.
YB Datuk Kapt (B) Hj Ab Karim bin Hj Sulaiman
Tanjung Bidara
4.
YB Datuk Hj. Md Yunos bin Husin
Ayer Molek
5.
YB Datuk Hj. Abdul Ghafaar bin Atan
Gadek
6.
YB Datuk Seet Har Cheow
Kelebang
7.
YB Encik Roslan bin Ahmad
Merlimau
8.
YB Datuk Gan Tian Loo
Duyong
9.
YB Datuk R. Perumal
Asahan
10.
YB Datuk Latiff bin Tamby Chik
Telok Mas
11.
YB Datuk Hjh Norpipah binti Abdol
Rembia
12.
YB Datuk Hj. Ab Rahaman bin Hj Ab Karim
Pantai Kundor
13.
YB Datuk Hj. Idderis bin Hj. Kassim
Lendu
14.
YB Datuk Tahir bin Hj. Hassan
Paya Rumput
15.
YB Datuk Hj. Ab. Wahab bin Ab. Latip
Durian Tunggal
16.
YB Datuk Lai Meng Chong
Machap
17.
YB Datuk Hj. Ghazale bin Muhamad
Serkam
18.
YB Datuk Latipah binti Omar
Taboh Naning
19.
YB En. Mohd Yazed bin Khamis
Rim
20.
YB En. Chua Kheng Hwa
Bemban
21.
YB Datuk Hassan bin Abdul Rahman
Sungai Rambai
22.
YB AR Datuk Hj. Ismail bin Othman
Kuala Linggi
23.
YB Tuan Hj. Amiruddin bin Yusop
Ayer Limau
24.
YB Pn. Betty Chew Gek Cheng
Kota Laksamana
25.
YB En. Goh Leong San
Kesidang
26.
YB En. Lim Jak Wong
Bachang
27.
YB En. Khoo Poay Tiong
Ayer Keroh
28.
YB. En. Tey Kok Kiew
Banda Hilir

Cari ler sendiri....

PRU 13 : 1000 Tenaga Penerangan Pas Akan ' Menggempur '

KUALA TERENGGANU - Hampir seribu orang tenaga Penerangan PAS akan digerakkan bagi memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat tentang kegagalan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu mengurus tadbir negeri ini.

Menurut Pemangku Ketua Penerangannya, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, para petugas PAS itu akan dibekalkan dengan buku 'Isu-isu Semasa' yang lengkap dengan fakta dan data-data sebagai panduan.

"Kita (PAS) akan memanggil para petugas penerangan seluruh negeri sebelum melaksanakan gerakan 'gempur' pilihanraya umum (PRU) ke-13, memberitahu rakyat Terengganu bahawa Umno dan BN telah gagal,

"mereka akan dibekalkan dengan bukau Isu-isu semasa yang akan memberi panduan lengkap mengapa PAS perlu menggantikan Umno selepas PRU akan datang."ujarnya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Penerangan di pejabat PAS, Taman Seri Intan dekat sini, semalam.

Menurutnya, rakyat negeri Terengganu perlu sedar, sejak tahun 2004, apabila Umno/BN merampas kekuasaan dengan 'manipulasi' daftar pemilih, mereka telah membelanjakan lebih RM10 bilion hasil wang royalti minyak yang dinamakan sebagai 'Dana Khas'.

Namun, tidak banyak manfaat yang telah diperolehi oleh rakyat, bahkan sesetengah projek, masih tidak siap akibat penyelewengan yang dilakukan oleh pimpinan Umno.

Antaranya, kata beliau, penganjuran sukan perahu layar 'Monsun Cup' yang telah diakui oleh sendiri leh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Said, tidak membawa keuntungan kepada negeri Terengganu.

"Ahmad Said sendiri mengakui, Monsun Cup tidak membawa keuntungan, tetapi 'kononnya' memperkenalkan Terengganu kepada dunia luar, namun,

"setelah lebih 5 tahun ia dijalankan, berbilion ringgit dibelanjakan, tidak banyak manfaat yang diterima oleh rakyat,"jelasnya.

Katanya, rakyat masih tidak lupa, pemimpin Umno berkata, penganjuran Monsun Cup akan memberikan peluang pekerjaan dan faedah kepada para nelayan di musim Tengkujuh, namun sehingga kini, nelayan sekitar Pulau Duyong sendiri, masih hidup di takuk lama.

Yang nyata kedengaran, yang dilihat oleh rakyat, katanya, sejak Umno/BN memerintah sejak enam tahun yang lalu, pemimpin dan wakil-wakil rakyat Umno mengumpul kekayaan peribadi.

"Rakyat semakin susah, walaupun bajet lebih RM 1 bilion setahun dibelanjakan, projek berjuta-juta ringgit, konon untuk rakyat,

"namun yang rakyat dengar dan lihat, di sana pemimpin Umno membina mahligai-mahligai, disini wakil-wakil rakyat membina rumah-rumah ratusan ribu malah jutaan ringgit,"tegasnya.BO

Fakta : 11 Sebab Mengapa PRU13 Tidak Akan Diadakan Tahun Ini

KUALA LUMPUR: Khabar angin yang mengatakan pilihan raya umum (PRU) akan diadakan pada tahun ini telah kedengaran sejak beberapa bulan yang lalu walaupun tempoh memerintah kerajaan sedia ada masih lagi berbaki 17 bulan.

Namun terdapat 11 sebab mengapa PRU13 tidak akan diadakan pada tahun ini:

1) Barisan Nasional (BN) akan mengadakan mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu bagi membincangkan mengenai pembahagian kerusi dikalangan 14 parti komponennya. Pemilihan calon yang dikemukakan akan dipersembahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam mesyuarat yang akan diadakan pada petang Jumaat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

2)Peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) akan hanya berakhir pada pertengahan bulan Disember. Ini kerana kebanyakan dewan serta bilik darjah sering digunakan sebagai pusat membuang dan mengira undi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPM akan hanya berakhir pada 14 Disember sementara STPM pula akan berakhir pada lewat sehari kemudian.

3)Kumpulan terakhir jemaah Haji Malaysia akan hanya berlepas pulang ke tanah air selepas 11 Disember dan kira-kira 30,000 rakyat Malaysia pergi ke Mekah untuk menunaikan haji pada tahun ini. Adakah satu tindakan yang tidak popular mengadakan pilihan raya ketika mereka (jemaah haji) masih belum pulang ke tanah air. Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan hujan pada musim monsun kali ini adalah lebih buruk daripada tahun lalu.

4)Berdasarkan kejadian banjir yang berlaku di Thailand, pakar melaporkan taburan hujan yang diterima di Malaysia akan meningkat lebih 40 peratus daripada musim monsun sedia ada. Adalah sukar untuk mengadakan pilihan raya ketika musim banjir kerana ia mungkin terpaksa ditangguhkan kerana banjir yang teruk.

5)Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengesahkan bahawa mereka akan pergi bercuti pada bulan Disember.

6)Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember dan agak mustahil untuk parti itu mengambil bahagian dalam pilihan raya kerana mereka perlu mengadakan mesyuarat beberapa minggu untuk merancang tindakan serta starategi untuk menghadapi pilihan raya.

7)SPR memerlukan notis sekurang-kurangnya 60 hari untuk membuat persediaan dalam menghadapi pilihan raya umum sekiranya Parlimen dibubarkan dalam tempoh beberapa minggu. Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata walaupun Parlimen mungkin akan dibubarkan dalam bulan ini atau Disember. Namun suruhanjaya berkenaan mempunyai masa untuk mengadakan PRU pada bulan Januari tahun hadapan.

8)Najib juga mahu memastikan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing serta turut mengadakan PRU pada tarikh yang sama. Beliau tidak mahu mengadakan pilihan raya sebanyak dua kali dalam tempoh yang singkat. Setakat ini hanya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang bersetuju sementara, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang enggan mengambil tindakan yang serupa. Menurut sumber, Najib telah dimaklumkan bahawa tiga negeri berkenaan tidak akan membubar DUN masing-masing sekiranya PRU13 diadakan pada tahun ini.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....