Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Penghinaan Terkini Mahathir Terhadap Hudud Dan Jawapan Pemimpin Pas

Raja Bomoh Mengaku Penyokong Umno BN


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 10 Julai 2009

Saudara dua negara,dekat tapi jauh.

Hj Harun bersama isteri,saudara kami dari Pattani Selatan Thailand
Meraikan saudara yang jauh tapi dekat di hati kami
Menceritakan perjalanan hidup masing2 setelah hampir 11 tahun tidak berjumpa


Hari ini merupakan hari yang agak ceria bagi ambo sekeluarga terutama mertua ambo kerana dikunjungi saudara kami dari negara jiran,Thailand.Mereka tinggal di Kg Hutan Berangan Wilayah Pattani Selatan Thailand.Kunjungan ini adalah demi memelihara perhubungan kekeluargaan yang telah sedia terjalin.Perjalanan dari rumah mereka di Selatan Thailand ke Besut lebih kurang sejam setengah.Secara logiknya mereka dipisahkan dengan kami di Besut cuma sejauh perjalanan dari Besut ke K.Terengganu.Tapi jaraknya terasa terlalu jauh bagi kami akibat dipisahkan sempadan dua negara.Inilah kesan daripada tindakan penjajah British yang memisahkan umat melayu islam di dunia melayu kepada beberapa negara.Tujuan mereka tidak lain hanya ingin melemahkan kedudukan islam di alam melayu.Tindakan ini masih terasa sampai sekarang.Kita semakin jauh dengan saudara kita di seberang sempadan sana.Setahu ambo ramai penduduk Besut,nenek moyangnya berasal dari Pattani atau wilayah lainnya di Selatan Thailand tapi hubungan kekeluargaan terputus akibat sempadan dua negara.Moyang ambo sendiri menurut To'ki ambo juga berasal dari Pattani berhijrah dan berkahwin di Kelantan kemudian merantau dan tinggal di Besut.Tapi nasib keluarga ambo tidak sebaik mertua ambo yang mana hubungan kami dengan keluarga di sebelah sana terputus terus.

Berbalik kepada cerita keluarga mertua ambo,sudah sebelas tahun mereka tidak berjumpa.Kali terakhir mereka berjumpa,ketika mertua ambo berkunjung ke sana sempena perkahwinan salah seorang anggota keluarganya.Mereka mungkin generasi terakhir di kalangan keluarga mertua ambo yang masih meneruskan hubungan kekeluargaan dua negara.Jika suatu tindakan tidak di ambil,apabila mereka tiada nanti ambo rasa hubungan ini kemungkinan besar akan terputus terus.Menurut Hj Harun(2 pupu mretua ambo dari Pattani) ini mungkin kunjungan terakhirnya ke Malaysia akibat masaalah kesihatan dan pergolakan politik disana akhir2 ini.

Ya, kita makin melupakan saudara sebangsa dan seagama kita diseberang sana.Tercapailah cita2 musuh2 islam yang mahu melihat umat islam di nusantara ini terus lemah dan berpecah.Kita tidak lagi prihatin dengan nasib mereka,masing2 hanya menjaga kepentingan negara masing2 tanpa menghiraukan nasib saudara seagama disekeliling kita.Peristiwa di Takbai dan terbaru pembunuhan jemaah dimasjid Selatan Thailand seolah olah tidak mendatangkan apa2 kesan kepada kita,apakah tindakan kita? tepuk dada tanya selera.

SEKIAN DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT.

SURAT TERBUKA TOK GURU KEPADA NAJIB,beranikah Najib?


(S)16/7/(21) 9 Rejab 1430 / 2 Julai 2009

Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

Assalamualaikum WM WB.

Semoga YAB. Dato’ Seri sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan beroleh petunjuk yang berpanjangan dari Allah SWT dalam memimpin Negara.

YAB Dato Seri,

Cadangan Mengadakan Debat Ilmiah Isu UMNO Parti Menolak Islam

Dengan segala hormatnya, di maklumkan bahawa saya ada menerima khabar tentang laporan polis yang dibuat oleh anak buah di Kelantan Dato’ Seri berhubung dengan perkara di atas. Pada dasarnya, saya lebih banyak berlapang dada.

Mengikut laporan, kononnya saya telah menghasut dengan mengatakan bahawa UMNO sebuah parti yang sesat. Di sini, izinkan saya tegaskan sekali lagi bahawa “mana-mana faham yang menolak Islam (termasuk UMNO) – sememangnya kita panggil ajaran sesat”. (lihat Utusan Malaysia muka surat 6, 27 Jun 2009).

Sebagai penjelasan, mari kita mulakan begini. Pertama, dunia ini bukan dibuat oleh manusia atau terjadi sendiri. Ia ada penciptanya dan tuannya yakni Allah. Oleh sebab itulah kita tidak boleh buat pandai-pandai, melebihi dari apa yang menjadi kehendak “Tuan Punya” yang menjadi tuan rumah kepada seluruh alam ini.

Kedua, al-Quran menetapkan bahawa manusia, tanpa mengira bangsa , bahasa dan keturunan adalah menjadi khalifah-Nya. Kepada manusia pertama iaitu Adam ‘alaihissalam, Allah SWT telah menetapkan bahawa sebarang perbalahan yang berlaku di antara anak buah kamu (lihat sebahagian surah al-Baqarah Ayat 36) akan menjadi reda dan tenang (lihat pula sebahagian Surah al-Baqarah Ayat 38)sekiranya kamu menuruti hidayah-Ku. Atau, maksud kedua-dua perkara ini ada dirangkumkan dengan penuh didalam surah Thoha yang bermaksud, “Allah berfirman:turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama , sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka, jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk dari-Ku, ia tidak akan sesat dan celaka.”(Lihat surah Thoha Ayat 123). Ini adalah benda yang menjadi tugas utama yang amat penting para Nabi sejak daripada zaman berzaman termasuk Nabi Muhammad SAW.


Nabi SAW mewajibkan kita membaca Fatihah dalam sembahyang. Di dalam Fatihah, telah ditetapkan tiga perkara pokok. Satu laluan yang betul dan dua yang salah. Ayat “si ro thollazi na an ‘am ta ‘alai him” yang menuntut jalan yang lurus adalah betul manakala ayat “ghoiril maghdhu bi ‘alaihim waladdhol liin” adalah yang salah seperti yang di maksudkan. Aneh, bahkan silapnya Umno ialah Umno tolak yang betul iaitu “siro thollazi na an ‘am ta ” yang menjadi jalan Nabi-Nabi iaitu menolak Islam dan mengambil sistem sekular barat yang tidak pasal-pasal menimbulkan pecah-belah teruk di kalangan seluruh orang Melayu dan orang Islam bukan Melayu di Malaysia. Ini termasuk jugalah perpecahan antara orang Islam dan Non –Islam di negara kita.

Lebih buruk apabila semuanya ini menjadikan orang-orang yang belum Islam terkapai-kapai; yang mana yang sebenar samaada Islam atau sekular. Hasil daripada inilah saya rasa sudah sampai masanya untuk mengajak Presiden Umno yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini bersemuka dengan saya di atas dasar “waja dil hum billati hiya ahsan” yang bermaksud, “serulah manusia pada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik “(Sebahagian dari maksud surah an-Nahl Ayat 125).

Persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah kenapa Umno tolak Islam sedangkan Islam adalah jalan yang bersifat “siro thol mustaqiim”? Bahkan, sikap Umno melawan PAS sedangkan PAS yang ditubuhkan sejak 1951 meletakkan Islam sebagai dasar adalah sebuah kekeliruan yang cukup dahsyat. Pegangan Umno yang menolak jalan yang lurus inilah yang saya ertikan sebagai boleh membawa kepada perpecahan dan kesesatan.

Menyamakan atau membandingkan ajaran Ayah Pin atau komunis dengan UMNO yang menolak Islam adalah sekadar mematuhi kaedah al-balaaghah. Ini penggunaan perumpamaan atau kiasan semata-mata. Jauh dari segi maudhu’, ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana aliran asal sekularisme yang menolak agama khususnya Islam dari pemerintahan. Ini punca sebenar atau ibu kepada segala kesesatan. Apabila sekularisme itu adalah faham yang sesat, maka tidakkah faham kebangsaan yang merupakan cabang dari ajaran sekular bawaan Parti Kebangsaaan Melayu Bersatu (UMNO) itu juga turut sesat?

Seperti yang kita sedia maklum, perdebatan diterima oleh Islam dan diterima oleh demokrasi. Ia perkara fitrah dan perkara sedunia. Contoh terdekat ialah perdebatan antara Obama dengan saingan beliau dari parti Republikan. Begitu juga dengan debat antara calun-calun Presiden Indonesia terkini yang sedang berlangsung di Jakarta yakni antara regu Susilo Bambang Yudhono/Boediono, Megawati Soekarnoputri/Prabowo Subianto dan Jusuf Kalla/Wiranto.

Jika di Eropah dan negara negara demokrasi yang lain, debat lebih ditumpukan kepada perkara-perkara cabang yang bersifat keduniaan semata-mata maka apa salahnya jika kali ini kita perbahaskan perkara pokok yang menyentuh aqidah? Masalah yang saya bawa ini adalah perkara aqidah yakni persoalan tunjang yang menyentuh kedua-dua kepentingan secara bersekali, dunia dan akhirat.Jika tidak betul aqidah, sembahyangpun tidak diterima. Dunia demokrasi yang sekular; mana ada pedulikan masalah aqidah dan


persoalan “sesat tak sesat”? Soal sesat atau tidak, ini istilah ugama. Ini bukan isu perlembagaan dan undang-undang.

Sesat seperti yang terdapat di hujung surah al-Fatihah (adho- Lliin) bererti dholalah yakni tidak bertemu atau berjumpa jalan.Kita perlu sama-sama sedar bahawa jalan yang boleh diharap hanyalah jalan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ini persoalan “huda llil muttaqiin” yakni jalan yang menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (lihat sebahagian maksud al-Baqarah Ayat 2). Tak turut jalan inilah apa yang dipanggil sesat.
Tidak timbul sama sekali soal menghasut atau mencetuskan keresahan. Ini isu ugama sepenuhnya. Ini persoalan teguran dan dakwah.

Demi mencari kejernihan dan menghentikan polemik, saya mohon mencadangkan sebuah debat ilmiyyah dianjurkan dalam tempoh terdekat kearah menjelas dan merungkai segala kemusykilan dari kedua-dua perspektif parti bertajuk “kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS”; tidak lebih daripada itu. Insya Allah, saya bersedia untuk bersama Dato’ Seri Perdana Menteri dalam majlis berkenaan tanpa meletakkan sebarang syarat. Lantiklah mana-mana mufti atau salah seorang sarjana yang faqih lagi amanah, baik dari dalam mahupun luar Negara untuk menjadi pemudah cara yang adil bagi tujuan ini. Tempat yang sesuai boleh ditetapkan oleh pihak Dato’ Seri, baik di Kuala Lumpur atau di mana-mana. Hari dan masa juga adalah mengikut kelapangan dan keselesaan YAB. Saya boleh mematuhi kepada apa jua ketetapan asalkan Dato’ Seri bersedia untuk bersama dalam sebuah rapat ilmiyyah untuk dibuat siaran langsung demi manfaat Negara.

Seluruh rakyat akan menjadi hakim di atas pelbagai sandaran yang saya maksudkan ketika mengatakan apa yang telah saya sebut mengenai fenomena UMNO dengan persoalan kesesatan ini.

Jadi, sekali lagi saya dengan ikhlas mengangkat cadangan ini agar sudilah apa kiranya YAB. Dato Seri menerima pelawaan ini mengikut kesesuaian tarikh Dato” Seri demi kebaikan bersama. Semoga diizinkan Allah. Terima kasih, Wasalam.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Tok Guru Nik Aziz

Hei Mat Najib,beranikah kamu berdebat dengan Tok Guru kami.Tentu kamu tak berani kan.Nanti akan terlondeh segala keburukan parti kamu di mata rakyat, Malaysia akan terbongkarlah segala galanya.Inikah sifat seorang negarawan yang hanya berani bercakap di belakang,bila diajak berdepan bertempiaran lari tok cukuk tanoh kato ore Klate.Syabas Tok Guru,syabas Ambo tabik spring ko Tok Guru.Langkah Tok Guru ini adalah langkah yang tepat dalam mencari kebenaran siapa yang benar2 berjuang untuk islam dibumi Malaysia ini.Dan tentunya PAS,sebab itulah mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri umpama tsunami melanda Putra Jaya.Macam macam alasan dicari bahkan mungkin pemansuhanPPSMI adalah untuk mengalihkan perhatian rakyat.Syabas Tok Guru syabas.Allayarham Khomeini pernah mengutus surat kepada Mikhail Gorbachev presiden Soviet Union ketika itu menyeru kepada keislamannya,tapi ditolak oleh presiden itu tak lama kemudian jatuhlah Soviet Union kerajaan paling kuat didunia ketika itu.Renungkanlah....

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

UMNO kecewa,kecewa, kecewa dan lagi kecewa he..he..he..




Oleh: Mohd Sabri Said

Umno sekali lagi 'gigit jari' kalah dalam pertarungan merebut perhatian rakyat dalam beberapa isu terbaru membabitkan kemelut di Pulau Pinang dan Kedah.

Di Kedah nyata apa yang dihasratkan oleh kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) menemui jalan buntu apabila Menteri Besarnya, Dato' Seri Azizan Abdul Razak dengan senang hati bertemu Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Kuala Lumpur semata-mata mencari jalan penyelesaian demi kesejahteraan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang sedang merangka agenda yang lebih besar untuk kepentingan dan kebaikan rakyat jelata.

Padahal kes membabitkan pengusaha ternakan khinzir itu bukan besar mana tetapi sengaja diapi-apikan oleh golongan tertentu yang tidak sangka diperkudakan oleh musuh Pakatan Rakyat bagi memecah belahkan ikatan kemaufakatan yang terjalin erat.

Macam biasa sebagai kerajaan di Kedah pastinya mereka tidak mahukan berbagai isu timbul tetapi apa boleh buat itulah resam yang harus ditanggung untuk memantap dan melatih bagaimana untuk menyelesaikan masalah dalaman 'kelambu Pakatan Rakyat' sebelum lebih dahsyat lagi menangung karenah rakyat pada masa depan.

Jesteru, syabas diucapkan kepada Kerajaan Kedah yang senang saja menguraikan tali yang tersimpul akibat permainan musuh politik yang sememangnya tidak senang dengan kemenangan Pakatan Rakyat selepas 8 Mac 2008.

Penubuhan Majlis Pakatan Rakyat d Kedah seperti yang diumumkan oleh Lim Kit Siang itu serta berjanji akan turun ke Kedah sebulan sekali sebagai ramuan berbisa untuk BN bertapak semula di negeri Jelapang Padi itu.

Semua tahu bukan Kedah sahaja cuba diterkam oleh Umno dan BN bahkan Perak yang telah diratah secara haram manakala Selangor pula terlalu sukar ekoran kemantapan ekonomi, permisahan ketara kerusi Dun antara kerajaan dan pembangkang serta permaufakatan yang erat menjadikan mereka terpaksa lupakan sementara untuk mencipta kes-kes baru yang boleh menggugat kestabilan kerajaan yang ada.

Di Pulau Pinang siapa tidak tahu isu peristiwa boikot hari angkat sumpah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) oleh beberapa oleh Ahli Majlis daripada Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) yang diketuai oleh Johari Kasim.

Semalam isu itu dianggap selesai apabila Johari Kasim secara terbuka memohon maaf kepada Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri ekoran kenyataan dan serangannya yang mempertikaikan keputusan exco mengenai perlantikan Mokhtar Jait sebagai YDP MPSP yang baru mengantikan Farizan Darus yang dilantik ke jawatan Pegawai Kewangan Negeri.

Sekali lagi Umno dan BN yang cuba mengaitkan perpecahan dalaman Pakatan Rakyat berputih mata apabila semua yang berselisih faham bukan kerana dendam atau marah tetapi salah faham serta tafsiran boleh duduk semeja berbincang untuk melihat lebih ke hadapan isu sebenar iaitu menjatuhkan BN dalam pilihan raya ke-13 nanti.

Tanpa menjatuhkan BN disemua Dun di Pulau Pinang dan Parlimen sukar untuk Pakatan Rakyat bertapak dan memperkukuhkan jalinan bersama kerana cuba dihalang oleh saki baki Umno dan BN yang ada.

Isu Kampung Buah Pala dalam Dewan Undangan Negeri Sri Delima di bawah penguasaan parti DAP, Sanisvara Nethaji Rayer a/l Rajaji dan Parlimen Bukit Glugor, Karpal Singh tiba-tiba hangat diperkatakan dalam media kononnya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Lim Guan Eng gagal mentadbir dengan baik setelah mengambil alih daripada BN.

Padahal, isu tersebut ibarat 'nasi sudah jadi bubur' di bawah pentadbiran BN yang menjual tanah yang diperolehi dari Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Pejabat Tanah dan Galian.

Tanah seluas 6.5 ekar itu telah dijual kepada Syarikat Pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd untuk memberi laluan kepada syarikat berkenaan melaksanakan projek pembangunan mewah.

Semalam rombongan penduduk datang berjumpa Lim di Pejabatnya di Komplek Tun Abdul Razak walaupun ada yang tidak puas hati namun dalam sidang media pada sebelah tengah hari semua kemelut telah dibongkar dengan mengemukakan surat daripada Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang kepada Koperasi Pegawai Kerajaan bertarikh 9 Januari 2006 yang ditandatangani oleh Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang, Haji Arifin Awang.

Isi surat berkenaan ialah pemberian milikan tanah kerajaan di antara Jalan Kaki Bukit dan Jalan Bunga Raya yang bersebelahan dengan Lot 3517, Bandar Gelugor, Daerah Timur Laut (seluas 6.5 ekar) untuk tujuan pembangunan perumahan kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang.

Adanya surat tersebut sekaligus mendedahkan penyelewengan fakta yang dihalakan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat selama ini untuk melemahkan usaha memajukan negeri yang terkenal dengan Pulau Mutiara.

Lim Guan Eng secara tegasnya berkata, Kerajaan Pakatan Rakyat tiada kaitan dalam hal ini apatah lagi menandatangani perjanjian dengan pemaju sebagaimana yang didakwa oleh segelintir masyarakat India di kampung terbabit.

"Saya secara tegasnya memberitahu kami daripada Kerajaan Negeri tiada hubung kait dengan pemaju yang ingin melaksanakan projek besar di situ sebaliknya ia ada kaitan dengan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sr Koh Tsu Koon, Exconya serta Koperasi Pegawai Kerajaan Bhd, " ujar beliau.

Lim juga menaruh harapan kepada Koh Tsu Koon supaya membantu menyelesaikan masalah yang berbangkit dengan menyuarakan kepada Kerajaan Pusat untuk memperuntukan pampasan kepada pemaju yang mendakwa kerugian besar kerana tidak dapat menjalankan projek.

Tambahan lagi beliau juga adalah Menteri di Pusat yang boleh bersuara di kabinet bagi menyelesaikan masalah yang dicipta oleh BN sendiri.

Justeru, Lim yang juga Adun Air Putih menyifatkan langkah Koh Tsu Koon menyalahkan kerajaan sekarang tidak bermoral kerana mereka yang membuang najis kita pula yang mencucinya.

Harakahdaily

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....