Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 24 Januari 2011

Fitnah !!! PAS Beri Tempoh 24 Jam Kepada Ahli Parlimen Labis

Normala Sudirman dengan gaya sendiri menjawab soalan pemberita pada sidang media sempena kempen hari ketiga hari ini. — Foto oleh Choo Choy May

PAS Johor mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Labis Chua Tee Yong( gambar kiri ) kerana didawka telah memfitnah calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman ketika kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Laporan akhbar harian China Press hari ini memetik Chua, anak Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, sebagai berkata Normala ada bertanya kepada seorang peniaga Cina “kenapa jual minuman arak” ketika berkempen.
Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad, pihaknya akan menyaman Chua kerana telah membuat tuduhan yang tidak berasas.
Selain itu, Dzulkefly memberi tempoh 24 jam kepada Chua untuk membuktikan tuduhan tersebut.
“Tuduhan itu adalah satu pembohongan, dalam masa 24 jam kita minta Tee Yong untuk buktikan nombor kedai, tempat dan masa kejadian itu berlaku.
“Kalau gagal kita akan hantar surat peguam dan memfailkan saman fitnah di mahkamah.
“Calon kita tidak lakukan perkara itu, jadi kita minta Chua Tee Yong buktikan kepada kita,” katanya.
Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua menggesa Chua supaya meminta maaf kepada Normala kerana telah membuat tuduhan palsu.
“Chua Tee Yong kata Normala pergi ke sebuah kedai kopi dan jumpa dengan bos kedai itu kenapa jual arak?

Pindaan Perlembagaan Selangor,Walau Usul Ditolak Serlah Keikhlasan Pakatan Rakyat

SHAH ALAM 24 JAN : Sidang Khas Dewan Negeri Selangor hari ini menyerlahkan keikhlasan dan ketelusan kerajaan negeri Pakatan Rakyat setelah mengusulkan Pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang bertujuan memberi penjelasan berkenaan tatacara perlantikan pegawai kanan kerajaan negeri yang menjadi kontroversi sebelum ini.
Tindakan ini sekaligus meleraikan amalan kerajaan Umno silam yang mengongkong Raja-Raja Melayu bagi meneruskan kelangsungan hayat politik parti itu.
Bagaimanapun ia tidak mendapat kelulusan dewan untuk dibahaskan untuk kali yang ke dua kerana 20 wakil rakyat Barisan Nasional bertindak menolak usul berkenaan dengan hujah-hujah yang kurang matang. Dengan 34 Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat menyokong.
Walaupun ditolak, hasrat Menteri Besar,Tan Sri Khalid Ibrahim mudah difahami rakyat kerana melalui hujah dan pembentangan hari ini menampakkan kematangan Pakatan Rakyat yang mahu meleraikan kekalutan berkenaan.
Terdahulu dalam ucapan pagi tadi menyatakan cadangan pindaan hari ini akan mengembalikan semula peruntukan asal yang termaktub dalam perlembagaan negeri. Antara lain bertujuan mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam urusan berkenaan.
Khalid berkata, sidang DUN hari ini dilakukan berasaskan Peraturan 10 (3) bagi meminda Perkara 51 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor.
"Selaku Menteri Besar, saya berasa bertanggungjawab untuk memperbetul amalan sumbang yang selama ini dilakukan pentadbiran Umno sejak pindaan Perlembagaan 1993. Pindaan tersebut ternyata mengakibatkan peranan Negeri dan Sultan bercelaru dan kabur.
"Justeru itu, hari ini kita hendak meletakkan duduk perkara dengan sejelas-jelasnya. Pentadbiran sebelum ini gagal dan tidak mampu membetulkannya kerana walaupun mereka mentadbir negeri, namun pemikiran mereka terpasung dan hati mereka berkiblatkan Putrajaya. Dalam perkataan lain mereka tidak mempunyai kekuatan diri untuk bangun mempertahankan hak rakyat negeri ini hatta hak Duli Yang Maha Mulia Sultan," katanya.

Terkini : Kerajaan Selangor Gagal Pinda Perlembagaan Negeri



SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor gagal mendapatkan majoriti hasil undian belah bahagi pada pukul 6.25 petang Isnin bagi meminda Perkara 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.
Dengan undi 34 bersetuju dan 20 menentang, kerajaan negeri tidak mempunyai majoriti dua pertiga untuk meneruskan bacaan kali kedua dan ketiga.
Kerajaan negeri memerlukan undi sebanyak 38 bagi meluluskan Rang Undang-undang berkenaan.
Jumlah kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ialah 56 dengan Pakatan Rakyat mempunyai 35 kerusi manakala Barisan Nasional (BN) ialah 20.

PAS bangga DAP, PKR jawab isu bersalam

Umno yang memperdagangkan Islam dan memperkudakan mereka yang arif dalam agama untuk menghalalkan apa sahaja tindakan pemimpinnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyatakan demikian sebagai mengulas ucapan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menuduh PAS memperdagangkan agama kerana telah melanggar fatwa dengan mencalonkan wanita menjadi calon di pilihan raya kecil Tenang.

“Nampaknya fikiran menteri yang jaga urusan agama sama seperti Tun Dr Mahathir yang membangkitkan isu yang sama.

“PAS tidak hairanlah dengan Tun yang sudah berada di hujung senja, jika dibandingkan dengan Datuk Jamil Khir yang masih muda dan arif berkenaan agama,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Katanya, mungkin Jamil buat-buat lupa, kerana PAS pernah melantik Khatijah Sidik di Parlimen Dungun pada tahun 1959.

“Sila buka balik sejarah, baru boleh beri komen dan keluar hukum,” ujarnya.

Katanya, kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan diikuti pula oleh Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang memainkan isu Cikgu Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki adalah lambang orang agama dalam Umno gagal menerapkan Islam dalam BN.

PAS, ujarnya boleh memaafkan dua pemimpin daripada parti komponen BN yang tidak memahami situasi itu.

“Persoalannya apa yang tokoh-tokoh agama buat sepanjang 53 tahun berkawan dengan MCA dan Gerakan untuk menerangkan masalah hukum asas. Mungkin mulut orang agama dalam Umno sudah penuh dengan sagon,” katanya.

Justeru, tegasnya PAS merasa bangga isu bersalam itu dijawab oleh rakan-rakan DAP dan PKR yang bukan Islam.Hrkh

Umno yang biadap rampas kuasa istana, bukannya Pakatan [bukti disertakan]



Bukti !!! sejarah tidak pernah berbohong,salinan keratan akhbar kenyataan pemimpin Umno berkaitan raja2 melayu ketika krisis perlembagaan berkaitan kekebalan raja2 1993

SHAH ALAM, 24 Jan — Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat hari ini secara terbuka menuduh kerajaan pusat dan negeri pimpinan Umno-BN yang telah melakukan pindaan secara senyap-senyap dan “bersikap biadap” kira-kira 18 tahun lalu tanpa mendapatkan perkenan istana terlebih dahulu.
Oleh itu kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar kiri, berdiri) tuduhan Umno bahawa Pakatan Rakyat membelakangi Sultan dalam pindaan perlembagaan hari ini tidak masuk akal dan tidak munasabah sama sekali.
“Saya ingin bertanya: adakah Umno meminta perkenan Sultan sebelum meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pada Mac 1993? Bukankah ia dilakukan secara senyap-senyap?” kata beliau pada sidang khas Dewan Undangan Negeri hari ini.
Justeru kata beliau, adalah sangat lucu dan tidak masuk akal apabila mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa perkenan Sultan adalah perlu untuk kelulusan Rang Undang-Undang sedangkan beliau sendiri yang meminda peruntukan berkenaan dan memadam kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja.
“Begitu juga dengan kenyataan Timbalan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar pada 7 Januari yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan tidak mungkin berjaya melakukan pindaan kerana tiada perkenan istana.
“Kepemimpinan Umno Selangor agak berdolak dalik umpama lalang; mula-mula mengugut mahu memboikot, selepas itu mahu hadir dengan bersyarat pula,” katanya sambil berkata, “apa-apapun, kita menerima kehadiran mereka sama ada yang jahil mahupun yang ada sedikit ilmu.”
Sejak mengambil alih kerajaan negeri pada Mac 2008, ini kali pertama DUN membahaskan usul pindaan perlembagaan negeri untuk kembali ke kedudukan sebelum 1993.

Adun Pelabuhan Kelang Dilarang Masuki Sidang DUN Selangor,Akan Cabar Keputusan Speaker Di Mahkamah

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah ketika bertemu media selepas dilarang dari memasuki Sidang DUN Selangor di Shah Alam, Isnin. - Foto The Star

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dihalang daripada memasuki Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Isnin.
Beliau ditahan ketika memasuki pintu DUN oleh pengawal pada pukul 10.02 pagi tadi.
Menurut Badrul Hisham, pihak pengawal memaklumkan mereka menerima arahan daripada Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim supaya tidak membenarkannya memasuki dewan kira-kira pukul 10 pagi.
"Saya tak dibenarkan masuk...pengawal dapat arahan daripada speaker pukul 10 pagi tadi," katanya.
Bagaimanapun Badrul Hisham memaklumkan beliau menerima surat jemputan menghadiri persidangan DUN minggu lalu sebelum speaker mengisytiharkan kekosongan kerusinya.
Badrul Hisham bagaimanapun tetap mengikuti persidangan DUN yang antara lainnya untuk meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959.
Bagaimanapun beliau hanya mengikuti sidang khas berkenaan melalui bilik media.Mstar

Akhirnya Harussani Bersuara,Tuntut Soi Lek Mohon Maaf !!!


Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang menyentuh soal wanita Islam bersalam — calon PAS-Pakatan kerusi DUN Tenang, sebagai satu pendirian menghina agama Islam yang merupakan agama rasmi negara ini.
Justeru, Harussani (gambar) menggesa Dr Chua yang juga Presiden MCA supaya meminta maaf kepada orang Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam seorang wanita Islam.
Kempen Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Tenang dilihat memberikan tumpuan kepada cara bersalam calon PAS-Pakatan Rakyat Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki.
Kontroversi itu terlebih dahulu ditimbulkan Dr Chua dan ia diikuti beberapa pemimpin MCA yang turut mempertikaikan pendekatan Normala itu.
Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menyokong tindakan Dr Chua yang membangkitkan agenda PAS untuk menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi “mengingatkan” masyarakat Cina di DUN Tenang.
“Beliau (Dr Chua) perlu tahu, kalau tahu beliau kena hormati pendirian agama masing-masing, kalau tidak tahu itu adalah kejahilan.

PRK Tenang : Cikgu Mala Dihina Kerana Mengamalkan Suruhan Allah !!!


Tenang terus tertumpu pada tangan Cikgu Mala

Mata pemimpin BN nampaknya terus tertumpu seputar isu sama ada calon PAS Normala Sudirman bersalam atau tidak dengan lelaki, khususnya bangsa Cina.

Pagi ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe hari ini terus menyelar pendirian muslimat PAS itu.

"Ini perkara paling asas... Bukan hanya lelaki, tetapi bila dia (Normala) bersalam dengan wanita, dia juga pakai sarung tangan. Ini tidak mesra. Adakah dia fikir tangan kita kotor,"kata pemimpin GERAKAN itu.

"Saya harap pengundi Cina berhati-hati. Kita amat bimbang berhubung isu negara Islam. Mereka mahu mengamalkan negara Islam yang ekstrim."

Isu itu mulai timbul apabila Presiden MCA Chua Soi Lek sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan Normala enggan bersalam dengan lelaki tidak diterima oleh masyarakat Cina.

Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) pula menyatakan kegusarannya terhadap permainan politik yang didakwa tidak mengira sensitiviti agama dan adab tatasusila masyarakat.
"Isu tidak bersalam antara lelaki dan wanita bukan mahram tidak patut dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak," katanya sambil menambah perkara itu adalah tuntutan agama.

"Saya sendiri tidak akan menghulurkan tangan bersalam dengan wanita bukan mahram. Malah saya juga akan menggunakan lapik untuk bersalam dengan isteri saya ketika berwuduk."

Dalam kenyataannya hari ini, Zainul Rijal (kiri) menasihat semua pihak agar menghormati pegangan agama seseorang kerana ia bukanlah "kecacatan" malah menggambarkan prinsip utuh yang dipegangnya.

Katanya, dalam Islam sendiri perkara itu sudah maklum dan "hanya orang yang mengambil Islam secara terpilih sahaja yang tidak mengamalkannya."

Zainul Rijal juga menggesa Chua memohon memohon maaf kerana "memperlekehkan ajaran Islam" ini dengan "cuba menggambarkan pengamal ajaran Islam adalah anti sosial dan tidak boleh berkhidmat kepada masyarakat". - MK

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....