Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 26 Disember 2009

Pemandu Bas Sani Express Akui Terlelap

Keadaan Bas Dua Tingkat Sani Express yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara awal pagi ini yang mengakibatkan 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera.


IPOH: "Saya terlelap."

Itu pengakuan pemandu bas dua tingkat Sani Express yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara awal pagi ini yang mengakibatkan 10 penumpang maut manakala dua lagi cedera.

Ketua Trafik Ipoh, Deputi Supritendan Mohd Rodzi Rejab berkata, siasatan awal polis mendapati pemandu berkenaan merancang untuk bertukar giliran memandu dengan pembantunya sebaik tiba di kawasan Rehat & Rawat Sungai Perak dekat sini.

"Ujian alkohol dan dadah yang dijalankan ke atas pemandu berusia 38 tahun itu didapati negatif," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu berkenaan direman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan yang dibuat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mohd Rodzi berkata, bas ekspres tersebut tidak mempunyai rekod kesalahan trafik namun beliau enggan menyatakan rekod pemandu yang ditahan itu.

Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir meminta kerajaan pusat mempertimbangkan agar tidak membenarkan lagi bas ekspres beroperasi pada waktu malam.

Beliau berkata, sekiranya langkah itu mampu melindungi nyawa pengguna perkhidmatan berkenaan maka ia amat wajar sekali dipertimbangkan.

"Nyawa orang ramai adalah yang paling utama," katanya kepada pemberita selepas menemui dan menyampaikan sumbangan peribadi kepada anggota keluarga mangsa nahas berkenaan di luar Rumah Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun disini. - BERNAMA

Hasan Ali, jangan terima memorandum itu

http://bongkarsauh.blogspot.com/

Satu memorandum mendesak PAS Selangor keluar daripada Pakatan Rakyat akan diserahkan dan bakal diterima oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Difahamkan, perhimpunan itu digerakkan oleh Umno atas nama kepentingan Melayu.

Tidak menghairankan sangat jika perhimpunan itu dianjurkan oleh Umno. Parti itu memang sawan jika PAS mampu bekerjasama erat dengan DAP dan PKR. Cuma, kalau perhimpunan itu dianjurkan oleh orang PAS sendiri, atau mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat, ini adalah masalah besar yang wajib dirungkai segera.

Katakan, memang benar Umno yang menganjurkannya, apa sikap PAS Selangor terutama Hassan Ali?

Ini adalah perangkap, mangsa mereka adalah Hassan. Silap haribulan Hasan masuk perangkap ini. Hassan mesti menunjukkan ketegasannya. Persetiaan PR wajib dipertahankan.

Jangan melakukan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan keraguan parti-parti sahabat bahawa agenda yang diriuhrendahkan sebelum ini masih belum mati sepenuhnya. Ini sangat penting.

Kepada Hassan, disarankan supaya jangan sama sekali menerima memorandum daripada penganjur perhimpunan itu. Biar siapa pun penganjur perhimpunan itu. Biarkan mereka melalak dan melalut.

Biarkan apa pun kata mereka. Lebih baik kita mengecewakan hanya beberapa orang yang bakal menyertai perhimpunan itu daripada kita mengecewakan jutaan rakyat yang meletakkan harapan kepada PR untuk mengganti BN.

Biar siapa pun penghantar memorandum itu, Hassan mesti tegas, jangan menerimanya. Kalau Hassan menerimanya, penganjur perhimpunan itu mendapat kemenangan awal.

Menerima memorandum itu dikira melanggar persetiaan PR kerana tujuan memorandum itu adalah jelas, mendesak PAS keluar daripada PR. Menerima memorandum itu boleh dikira mengkhianati persetiaan itu. Mengkhianati persetiaan tidak pernah diajar oleh agama.

Hassan tidak rugi apa-apa jika memorandum itu tidak diterimanya, bahkan itulah tindakan bijak untuk mengecewakan pengajur perhimpunan itu.

Pendirian ini adalah penting, jangan anggap remeh. Ini bukan masanya untuk melayan, menunjuk baik, melahirkan kemesraan, ‘open minded’, atau apa lagi…, terhadap mereka yang berniat jahat.

Menerima memorandum desakan untuk keluar PR sama seperti menerima memorandum desakan supaya dibenarkan orang Islam tidak solat Subuh.

Meninggalkan solat Subuh dan mencabuli persetiaan tidak pernah diajar oleh agama. Menerima memorandum mengenai perkara itu dikira mengiktiraf bahawa desakan meninggalkan solat Subuh dan mencabul perjanjian adalah boleh atau dibenarkan untuk dibuat.

Meninggalkan solat Subuh tidak boleh, mengemukakan memorandum untuk membenarkan tidak solat pun tidak boleh, dan menerima memorandum itu pun tidak boleh.

Hal ini sama sahaja kedudukannya dengan memorandum mendesak PAS keluar daripada PR.

Hassan, jangan terima memorandum itu.

Debat Royalti Minyak Anjuran GEGAR Pertemukan Salahudin Dan Nazri

Peta kedudukan Pelantar Minyak di luar pantai Kelantan
Ahli Parlimen Kubang Kerian,YB Salahudin Ayub.Beliau mencabar Nazri berdebat Isu Royalti semasa Sidang Parlimen yang lalu
Menteri Di JPM,Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pernah menyahut cabaran debat Salahudin di Parlimen


KUALA TERENGGANU, Dis 26 — Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz antara dua tokoh politik berbeza parti akan ditemukan dalam debat royalti.

Debat anjuran Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) itu dijangka diadakan akhir bulan depan.

“Mengikut perancangan kita selewat-lewatnya akhir Januari depan,” kata pengerusi Gegar, Dr Abdul Halim Yusof di sini.

Katanya, dua tokoh tersebut dipilih memandangkan penyaksian hangat mereka ketika menegakkan hujah masing-masing berhubung perkara berkenaan sebelum ini.

Pada sidang Dewan Rakyat baru-baru ini isu berkenaan menjadi perbahasan hangat apabila Nazri menafikan tuntutan tersebut mendorong Salahuddin mempelawa Nazri berdebat bagi mencari titik pertemuan.

Nazri menyahut cabaran Salahuddin dengan berkata “pada bila-bila masa dan di mana sahaja.”

“Bagaimanapun itu bukan fokus utama kita, sebaliknya kita lihat dari aspek kemampuan,” katanya.

Ketika menjawab keyakinan sesi debat dapat membantu merungkai masalah terbabit Abdul Halim berkata pendedahan hujah bersama fakta adalah objektif utama peringkat awal usaha ke arah tersebut.

“Sekurang-kurangnya minda rakyat lebih terbuka dalam menilai antara hak dan batil,” ujarnya sambil menyatakan debat tersebut mungkin akan diadakan di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Baru.

Gegar adalah badan NGO dilancarkan awal bulan ini untuk mencetuskan kesedaran rakyat dan menuntut kerajaan mengembalikan royalti minyak kepada rakyat yang berhak.

Sementara itu pengerusi bersama Gegar, Mohd Fauzi Abu Samah menegaskan wang royalti wajar dibayar berasaskan komitmen Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak pada 12 Dis 1975 di Parlimen

yang menyebut bahawa kerajaan bersetuju untuk membayar wang tersebut kepada negeri yang berhak mengikut perjanjian 1975.

Pengeluaran minyak adalah dalam perairan Kelantan berdasarkan pada takrifan kawasan perairan negeri seperti mana perjanjian UNCLOS 3 yang menetapkan negeri mempunyai hak zon eksklusif ekonomi menjangkau jarak 200 batu nautika.

Fauzi menyangkal kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya Kelantan dan Terengganu tidak layak untuk mendapat royalti petroleum kerana melebihi jarak ukuran tiga batu nautika.

Kenyataan Najib merujuk kepada Akta Pelantar Benua 1966 “ukuran melebihi tiga batu nautika seperti dalam Akta Pelantar Benua 1966 adalah tidak relevan malah mengelirukan dalam konteks pengeluaran minyak dan pembayaran royalti.

“Itu akta darurat yang digubal pada tahun 1969 adalah khusus dan ketika itu Akta Kemajuan Petroleum belum wujud,” tegas Fauzi.

Dari segi sejarah, pembayaran royalti minyak kepada kerajaan Terengganu telah dibuat walaupun pelantar cari gali minyaknya berada di luar jarak tiga batu nautika.

Pelantar minyak negeri Terengganu terletak 220 kilometer di Perairan Laut China Selatan berbanding Kelantan 170 kilometer di Zon Ekonomi Eksklusif yang diusahakan antara Petronas dengan kerajaan Thailand.

Fauzi turut bertegas Kerajaan Persekutuan hendaklah menegakkan konsep federalisme yang menekankan kepentingan hubungan harmoni antara kerajaan pusat dan negeri setelah bidang kuasanya ditetapkan dalam perlembagaan negara.

Katanya, amalan federalisme negeri yang berada dalam persekutuan diberikan kuasa autonomi untuk membolehkan mereka mentadbir urus di bawah bidang kuasa mereka dengan berkesan.

TMI

Berbeza Pendapat Dalam Pakatan Rakyat Mematangkan - Presiden PAS, Ustaz Abdul Hadi




KUALA TERENGGANU
- PAS menyifatkan perbezaan pendapat yang berlaku dalam parti merupakan perkara biasa dalam sistem yang mengamalkan demokrasi di negara ini.

Bahkan, perbezaan perdapat yang berlaku dalam PAS dan Pakatan Rakyat boleh mematangkan kerjasama serta tidak membawa kepada perpecahan.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata demikian ketika diminta mengulas isu perbezaan pendapat di kalangan pemimpin-pemimpin PAS ataupun parti-parti dalam Pakatan Rakyat.


Namun begitu, beliau enggan mengulas tentang perbezaan pendapat di kalangan pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang disifatkan parti itu sedang mengalami perpecahan.

“Kita (rakyat) perlu satu anjakan paradigma supaya mematangkan demokrasi kerana pandangan berbeza bukan mesti satu bangkangan tetapi satu nasihat.

“Sekiranya hujah tidak kuat kerajaan boleh tolak dan itu perkara biasa dalam proses demokrasi.

“Saya tidak mahu sebut hal parti (Umno) lain. Apa yang boleh saya sentuh ialah sekarang zaman teknologi maklumat dan zaman orang terpelajar,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan sepatutnya perbezaan pendapat tersebut tidak menyebabkan berlaku perpecahan.

Katanya, dalam Islam dibolehkan berbeza pendapat kerana termasuk dalam lingkaran akhlak dan moral.

“Sebab itu berlaku pandangan yang berbeza. Tetapi, sepatutnya pandangan yang berbeza itu tidak menyebabkan perpecahan.

“Kita (Islam) boleh berbeza pendapat tetapi tidak boleh berpecah. Itu satu akhlak dan moral dalam berbeza pendapat kecuali dalam perkara prinsip yang tidak boleh dielakkan,” jelasnya ketika ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) ke-12 (Bajet 2010) di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.BO

Pas Kelantan tidak akan kecundang


SHAH ALAM – Pas Kelantan tidak akan kecundang jika mereka memberi keutamaan kepada anak tempatan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Penganalisis politik, Asri Salleh berkata, istilah ‘kecundang’ tidak ada dalam diari Pas Kelantan.

"Pengundi negeri itu akan tetap memilih calon Pas, tidak kira mereka anak tempatan atau orang luar," katanya, semalam.

“Politik Pas Kelantan sangat berbeza dengan politik Pas di negeri lain. Rakyat Kelantan terlalu taksub dengan parti itu dan Mursyidul Am Pas (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat).

“Mereka tidak kisah sama ada calon itu berasal dari Kelantan atau tidak. Paling penting, mereka bertanding atas nama Pas dan mampu menggalas tugas yang diamanahkan sebaik mungkin,” katanya yang juga pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara, kampus Dungun, Terengganu.

Beliau mengulas mengenai cadangan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud supaya anak Kelantan diberi keutamaan menjadi calon di negeri itu pada PRU-13.

Berikutan itu, Nik Aziz berkata Pas Kelantan akan menimbangkan perkara itu.

Pada pilihan raya umum lalu, Kelantan membuka ruang kepada pemimpin Pas dari luar Kelantan untuk menjadi calon Parlimen di negeri itu.

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa (Bachok) dan Bendahari Pas Pusat Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), di samping Saifuddin Nasution (Machang) yang bertanding atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga orang luar Kelantan.

“Yang menjadi persoalan, apakah Pas Pusat berani melaksanakan cadangan itu, memandangkan calon import adalah nama-nama besar dan berpengaruh?" katanya.

Beliau tidak pasti Pas Pusat akan menerima cadangan mengutamakan anak Kelantan menjadi calon di negeri itu. Ada kemungkinan ditolak.

“Pas Pusat pernah menolak cadangan Nik Aziz supaya mesyuarat agung luar biasa diadakan untuk menimbang kedudukan beberapa pemimpin Pas yang disifatkan bermasalah dan yang pro-UMNO," katanya.

Ditanya sama ada isu keutamaan kepada calon tempatan ini boleh menimbulkan masalah dan memerlukan campur tangan parti komponen Pakatan Rakyat lain, iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, Asri berkata, perkara itu bergantung kepada tindakan pemimpin masing-masing.

“Pandangan saya cukup mudah. Bagi menyelesaikan isu calon ini dan memperkuatkan kerjasama antara mereka, PKR dan DAP perlu campur tangan,” katanya.SH

SPIES vs BTN - Selangor



Klik4Malaysia

Kenali S.P.I.E.S.: http://spies.selangor.gov.my/

Suruhanjaya Diraja siasat kehilangan enjin jet - Anwar




Kehilangan enjin pesawat tempur F-5E Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) memerlukan siasatan satu badan yang benar-benar bebas dan diyakini ketelusannya.

Hal ini ditegaskan oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas mengenai isu tersebut di majlis jamuan Hi-Tea sempena Krismas anjuran The Mar Thoma Syrian Church of Malaysia di Kuala Lumpur petang ini.

Menurut Anwar skandal kehilangan enjin pesawat merupakan suatu perkara yang sangat serius dan tidak sepatutnya dipandang ringan.

Sehubungan itu beliau dan parti-perti pembangkang menuntut penubuhan satu Suruhanjaya diRaja untuk menanganinya.

"Kita menuntut satu suruhanjaya diraja ditubuhkan segera untuk menyiasat skandal ini," tegasnya ketika ditanya wartawan.

Penyiasatan skandal kehilangan enjin jet itu sehingga kini masih kurang diyakini rakyat kerana tidak dilakukan secara terbuka dan tidak mendedahkan nama individu yang disiasat. Rakyat juga menuntut satu penjelasan yang kukuh bagaimana kehilangan enjin pada 2007 itu tidak berjaya dikesan melalui dua laporan Ketua Audit Negara pada 2007 dan 2008. erapakatan

Pelajar cemerlang dirasuah Ahmad Said

KUALA TERENGGANU, 25 Dis: "Dari semua bantuan dan sumbangan yang kerajaan buat ini, saya tidak minta perkara besar dari tuan-tuan, hanya ada satu permintaan kecil sahaja iaitu bagilah undi tuan puan untuk BN dalam pilihan raya akan datang."

Ungkapan di atas dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di Dewan Besar, Wisma Darul Iman semalam.

Ia dibuat di hadapan ibu bapa dan para pelajar seluruh Terengganu yang menerima hadiah kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu.

Inilah kemuncak bagi 'segala kerja baik' dari kerajaan negeri kepada rakyat iaitu 'satu undi untuk BN'. Namun kali ini ia tidak diminta secara 'berlapik' lagi tetapi secara terus terang.

Seorang bapa kepada seorang pelajar yang menerima hadiah itu terkejut besar dengan ungkapan itu.

Ini kerana, sepanjang kerier beliau sebagai seorang pegawai kerajaan negeri tidak pernah Menteri Besar sebelum ini mengeluarkan ungkapan seterang itu.

"Kalau dia nak minta kita sokong BN pun, dia berlapik sikit...berkias-kias...tetapi MB yang ini terus kepada undilah BN," kata beliau kepada Harakahdaily.

Melalui program ini, Yayasan Terengganu telah membelanjakan lebih RM10 juta untuk memberikan hadiah kepada pelajar cemerlang ini yang bermula sejak tahun 1980 lagi.

Tahun ini, 6,740 pelajar menerima sumbangan ini yang melibatkan peruntukan sebanyak hampir RM1 juta.

Kerajaan negeri tidak meminta perkara besar dari semua sumbangan yang sangat banyak ini cuma 'satu undi untuk BN' bagi setiap rakyatnya yang layak mengundi sahaja.

"Kalau begitu, ini rasuahlah," kata bapa kepada pelajar berkenaan.Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....