Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 3 Disember 2009

Usaha Menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor, JAIS Pula Jadi Alat UMNO





Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa Umno-BN memperalatkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menggugat kerajaan negeri.

Khalid mendakwa kes tauliah agamanya yang ditarik balik oleh pihak Jais adalah salah-satu dari percaturan Umno untuk membedung pergerakan penceramah sepertinya.

“Hubungan yang begitu rapat dengan UMNO, dia menyalahgunakan kedudukan dia bertindak untuk menyekat pemimpin-pemimpin politik dan pemimpin masyarakat dari PAS, mengadakan program dalam masjidnya,maka tindakan yang seperti itu tidak boleh diterima kerana matlamat di sebalik tauliah adalah menentukan mengenai ajaran sesat” ujarnya.

“Sebenarnya memberikan gambaran bahawa Pengarah JAIS, bertindak atas desakan kepentingan politik, kerana kita tahu bahawa dia sebelum ini adalah pembantu kepada Tan Sri Mat Taib yang merupakan pimpinan UMNO” tambahnya lagi.

Tauliah sementara Khalid yang diperoleh pada 10 Julai 2008 ditarik balik pada 8 Oktober 2008 atas alasan beliau mempunyai rekod jenayah tetapi kemudiannya JAIS mendakwa khutbah yang disampaikan oleh Khalid tidak mantap.

Malah menurut Khalid, JAIS menghantar surat amaran tidak kurang dari lima kali kepada nazir-nazir masjid di Shah Alam untuk tidak menjemput penceramah yang tidak mempunyai tauliah termasuk dirinya.

“Saya meminta supaya mereka menerima hakikat negeri Selangor telah berubah, kerajaan negeri Selangor telah berubah dan seharusnya mereka menghayati dan menjiwai dasar keterbukaan dan budaya ilmu yang ingin dibawa oleh pentadbiran yang baru”.TVS

BTN sudah lama terpesong- Bekas Pengarah





KOTA BHARU, 3 Dis:
Biro Tata Negara (BTN) yang diwujudkan kini bukan lagi untuk menjaga semangat bangsa dan cintakan negara, sebaliknya untuk menjaga kekuatan parti Umno.

Bekas Pengarah BTN Terengganu, Rosli Abdullah memberitahu modul kursus yang diajar dalam BTN khususnya selepas tahun 1998, lebih menekankan pengukuhan peserta kursus kepada pada parti pemerintah itu.

“Pada masa yang sama, peserta kursus juga turut diajar memusuhi pemimpin parti-parti pembangkang, khususnya ulama dalam PAS, lebih bersifat perkauman dan berbagai lagi,”ujarnya lagi.

Katanya, tindakan pemimpin kerajaan Selangor yang menghalang kakitangannya menghadiri kursus dalam BTN sebenarnya satu langkah yang baik memandangkan setiap peserta akan diasak sedemikian rupa untuk memenuhi impinan kerajaan Umno dan BN.

Beliau yang pernah diamanahkan sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan BTN Pusat, itu seterusnya memberitahu, propaganda termasuk tuntutan Hindaf juga turut dicanang kepada peserta kursus berkenaan.

“Modul kursus BTN khususnya diawal era 90-an, berbeza khususnya sewaktu dibawah seliawan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut ditekankan soal pendidikan Islam.

“Sekarang ni khususnya selepas tahun 1998, kursus berkenaan bukan sahaja tidak ditekankan soal pendidikan Islam, sebaliknya lebih menjurus pada propaganda Umno, perkauman dan memburukkan ulama’ khususnya dalam PAS,”ujarnya lagi.

Sambungnya lagi, masyarakat begitu mengagumi BTN sehingga antara tahun 1991 hingga 1998 merupakan zaman kegemilangan BTN kerana modul kursus yang diperkenalkan termasuk pendidikan Islam.

Namun tambahnya, kini ianya menjadi hambar kerana lebih bersifat politik demi untuk kepentingan parti pemerintah.

Beliau yang kini Timbalan Pengarah Tabung Amanah Tok Kenali juga memberitahu, keberkesanan kursus BTN sekitar tahun berkenaan juga menyebabkan rakyat turun ke bawah akibat kesan dari reformasi yang disuntik dari semangat kursus BTN, khususnya selepas penyingkiran Anwar.

“Kini mereka ingin melakukan perkara yang sama namun lebih sistemetik demi untuk kemenangan mereka dalam pilihan raya umum akan datang,”ujarnya lagi.

Jelasnya, kursus BTN dalam tempoh lima hari amat berkesan kepada peserta kursus dengan asakan serta cara mereka menyampaikan ceramah melalui modul yang telah disediakan kepada peserta.

Jelasnya, BTN kini juga telah terpesong dari matlamat asal penubuhan iaitu untuk menguatkan bangsa Melayu itu sendiri, yang mana kini tidak menumpukan soal bangsa apa lagi agama, sebaliknya menanam semangat perjuangan Umno pada jiwa peserta kursus.

Pada masa yang sama beliau turut menyokong langkah kerajaan Selangor menghalang kakitangannya mengikuti kursus BTN bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri itu perlu mengadakan satu medan kursus khas untuk kakitangannya memandangkan setiap kakitangan awam perlu mengikuti kursus untuk kenaikan pangkat mereka.

Menurutnya lagi, kursus khas di bawah Menteri Besar perlu ditubuhkan sebagai alternatif baru untuk kakitangannya mengikuti kursus.

Pada masa yang sama, sambungnya masyarakat perlu didedahkan tentang intipati yang terdapat dalam kursus BTN agar mereka selamanya tidak diperbodohkan oleh kerajaan khususnya yang mengaitkan hanya Umno mampu memerintah negara.

“Fahaman atau ajaran sesat ini sewajarnya dibuang dari minda rakyat kerana Pakatan Rakyat juga mampu memerintah,”ujarnya.Hrkh

Kes Anwar Saman Kerajaan Malaysia Ditangguh






Keputusan keatas rayuan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim terhadap pemecatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 1998 ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Hakim Tan Sri Datuk Seri Alauddin Datuk Mohd Sheriff membuat keputusan itu setelah mendengar penghujahan daripada peguam Anwar, Karpal Singh dan peguam Kerajaan Malaysia, Datuk Kamaluddin Md Said di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya hari ini.

Karpal dalam penghujahannya menyorot perhatian mahkamah bahawa pemecatan Anwar dibuat secara sewenangnya.

“Kita dengar tadi keterangan dari peguam dan juga jawapan dari pendakwa raya pandangan kita ialah bahawa mengikut Perlembagaan 43 (5) kuasa melantik dan memecat Menteri adalah Perdana Menteri yang beri nasihat tapi mesti diperkenan Yang Di Pertuan Agong”, jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui di luar Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.

Anwar menambah kenyataan Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sekitar isu pemecatannya juga mengundang keraguan.

“Dalam kes ini, sepertimana yang dibuktikan dalam hansad parlimen, Perdana Menteri mengatakan Agong dimaklumkan, kemudian ditanya lagi YB Karpal Singh Agong tidak membantah, jadi ternyata tidak ada satu bukti menunjukkan Agong mengesahkan atau memperkenan pada 2 September”, tambah Anwar lagi.

Permohonan Anwar kali ini bukan untuk mengembalikan haknya kepada jawatan terdahulu sebaliknya mahu masyarakat umum jelas tentang bidang kuasa Perdana Menteri dan Yang Di Pertuan Agong.

“Saya tidak berniat untuk dipertimbangkan kembali kepada jawatan tersebut, tapi hanya menunjukkan kuasa Perdana Menteri biar jelas, dan kuasa Agong juga jelas, supaya kita faham semangat Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen”, katanya.

Panel tiga hakim hari ini antaranya Tan Sri Datuk Seri Alauddin Datuk Mohd Sheriff, Datuk Hashim Datuk Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Turut kelihatan, Datuk Seri Wan Azizah. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN

Langgar akta Petronas, Najib yang patut letak jawatan





KOTA BHARU, 3 Dis:
Mungkin agak melucukan apabila seorang ulama yang mahu mendoakan supaya dibuka pintu hati pemimpin tertentu, didesak supaya meletakkan jawatan, sedangkan ketua kerajaan yang jelas melanggarkan Akta Petronas dipertahan habis habisan.

Ekoran itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan kerana cuba melanggar akta dan perjanjian yang ditandatangani pada 1974.

Timbalannnya, Ahmad Baihaqi Atiqullah berkata, perdana menteri perlu meletakkan jawatan kerana kenyataannya mahu menukar royalti minyak kepada wang ihsan jelas bertentangan dengan perjanjian sebelum ini.

“Kenyataannya mahu membayar wang ihsan bercanggah dengan kebenaran dan fakta.

“Kami beranggapan jawapan itu bertujuan memperbodoh rakyat Kelantan dan menafikan perjanjian di antara kerajaan negeri dengan Petronas pada 1974,” ujarnya di sini.

Najib melanggar Akta Petroleum Negara 1974 dengan hanya mengumumkan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan sedangkan perkataan 'wang ihsan' tidak langsung dinyatakan dalam akta tersebut.

Sebaliknya yang ada adalah 'bayaran tunai' atau disebut sebagai cash payment.

Oleh itu Ahmad Baihaqi berkata apabila seorang pemimpin tidak mampu lagi memegang amanah rakyat maka wajarlah beliau berundur secara terhormat.

Baru-baru ini kira-kira 100 ahli dan penyokong Umno yang berselindung di sebaliknya Jemaah Rakyat Prihatin Kelantan mengadakan perhimpunan di hadapan Kota Darulnaim bagi mendesak Tuan Guru Nik Abdul Aziz meletak jawatan.

Dalam perkembangan berkaitan katanya, Pemuda PAS Kelantan menyatakan pendirian menyokong penuh kepemimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

“Dewan Pemuda PAS juga sentiasa mendoakan kesejahteraan Tok Guru supaya dapat menerajui kerajaan negeri dan parti dengan berkesan biar pun berdepan dengan pelbagai desakan dilakukan pihak lawan.

“Kami menganggap apa yang dilakukan pihak tertentu sebelum ini tidak mampu menggugat kestabilan politik di negeri ini,” ujarnya.

Malah kata beliau dengan isu begitu kecil dipandang negetif pemimpin Umno sehingga menganjurkan demontrasi.Hrkh

Kerajaan Kelantan Mohon Sultan Dirawat Dalam Negara




Kerajaan negeri memohon Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra supaya memindahkan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra mendapatkan rawatan dalam negara.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata cadangan itu mendapat kelulusan exco dalam mesyuaratnya Rabu.

Sultan Kelantan kini dirawat di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.

"Memandangkan keadaan kesihatan Sultan Kelantan sekarang ini dan di atas hasrat dan kepentingan rakyat, kita mencadangkan supaya Pemangku Raja membawa Sultan Ismail Petra yang sedang gering mendapatkan rawatan di mana-mana hospital dalam negara," katanya kepada pemberita.

Bagaimanapun Nik Abdul Aziz enggan menjelaskan kenapa kerajaan negeri membuat cadangan itu.

Sultan Ismail Petra dirawat di Hospital Mount Elizabeth sejak 24 Mei lepas dan masih menerima rawatan doktor pakar di situ. - BERNAMA

Banjir Gelombang Ketiga Di Beris Pak Abu




Lautan Di Daratan,Sawah Di Kg Beris Pak Abu Yang Di Tenggelami Air
Banjir Di Kg Dengir
Banjir Di Pusu Tinggi

Banjir gelombang ketiga mula melanda negeri2 di Pantai Timur.Kampung ambo tidak terkecuali di landa bah.Sehari dua ini hujan tidak berhenti dan kadangkala lebat melanda Kg ambo.Hari ini(Rabu) hujan tidak berhenti hingga ke petang. Nak buat apa pun tak boleh,terperap kat rumahlah nampaknya.Bila hujan dah reda sedikit merayaplah ambo dan orang rumah meninjau keadaan banjir. Ni boleh buat bahan update blog ni he..he..hasilnya apa yang anda saksikan di catatan ini.Tapi sebenarnya Kg ambo terletak di kawasan yang agak tinggi,jadi banjir yang teruk jarang melanda Kg ini.Seingat ambo tak pernah penduduk Kg ini di pindahkan,ooops nanti jap!!ye ye adalah sekali dua banjir besar melanda Kg ini.Itupun tak sampai 20 orang di pindahkan.Sampai setakat ini sahaja catatan ambo,dah tak ada apa untuk di nukilkan.Jumpa di lain kelapangan.

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....