Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 1 Oktober 2009

Inkues Beng Hock:Pemilik DNA misteri akan di ketahui esok


Video Oleh: Greenboc


SHAH ALAM: Pemilik DNA lelaki misteri yang dikesan pada tali pinggang dan blazer Teoh Beng Hock akan diketahui esok berikutan adanya penemuan terbaru ahli Kimia.

Peguam Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan Malaysia memaklumkan perkara tersebut dalam inkues kematian setiausaha politik itu di Mahkamah Koroner di sini hari ini dan beliau turut memberitahu bahawa ahli kimia, Dr Seah Lay Hong akan dipanggil semula untuk memberi keterangan berkaitan perkara itu.

Katanya, seorang lagi ahli kimia akan dipanggil untuk memberi pandangan terhadap hasil siasatan Dr Seah itu dan beliau juga akan dipanggil memberi keterangan bagi melengkapkan hasil siasatan.

Laporan terbaru ini merupakan hasil siasatan kali ketiga Dr Seah berkaitan perkara sama yang mana hasil sisatan sebelum ini gagal menemui lelaki misteri yang mempunyai kesan DNA pada keduadua tempat itu.

Dalam siasatan kedua, Dr Seah telah menganalisis profil DNA bagi 157 individu untuk perbandingan, dan mereka terdiri daripada 14 pegawai dari jabatan patologi forensik di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Kuala Lumpur, 49 pegawai polis, 81 pegawai SPRM, dua tukang cuci, lapan kakitangan penyelenggaraan dan keselamatan dan tiga saksi individu.

Manakala pada siasatan pertama hanya melibatkan 102 tetapi kedua-duanya gagal menemui pemilik DNA misteri ini dan ia hanya dinamakan 'male 1'.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada anggota exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati, 16 Julai lepas di koridor tingkat lima Bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, kira-kira 10 jam selepas memberi keterangan kepada SPRM dalam siasatan dakwaan salahguna wang oleh ahli majlis exco negeri.

Sementara itu abang Teoh, Beng Kee, 33, yang dipanggil memberi keterangan sebagai saksi ke-24, memberitahu adiknya itu tidak mempunyai sebarang masalah kewangan walaupun menerima gaji bersih RM1,500 sahaja.

Malah katanya, adiknya itu juga tidak pernah mengadu mengenai sebarang masalah sebaliknya beliau adalah seorang yang penyayang serta suka membantu.

Beng Kee berkata, sekiranya Teoh mempunyai masalah beliau selalunya akan memberitahu kepada ahli keluarga.

Sebelum itu, Peguam Datuk Abdul Razak Musa yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bertanya tentang tindakan Teoh yang ingin menyegerakan perkahwianan dengan teman wanitanya Soh Cher Wei kerana wanita itu telah mengandung, Beng Kee berkata: "Setuju"

Bagaimanapun Beng Kee tidak bersetuju bahawa Teoh mempunyai masalah kewangan ekoran majlis yang tergesa-gesa itu kerana Teoh mempunyai wang simpanan.

Majlis perkahwinan Teoh sepatutnya berlansung Sabtu ini (3 Oktober) dan pada 18 Julai (dua hari selepas kejadian) Teoh dan Soh perlu mendaftarkan perkahwinan mereka serta menghadiri majlis fotografi.

Selain itu Beng Kee yang merupakan anak kedua daripada empat beradik mengakui tidak begitu rapat dengan Teoh dan jarang berhubung antara satu sama lain.

Beng Kee turut memberitahu bahawa Teoh tidak mempunyai masalah kesihatan dan tidak pernah menerima apa-apa rawatan.

Ketika ditanya peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarganya sama ada Teoh mempunyai sebab untuk membunuh diri, Beng Kee berkata: "Tiada."

Bakal pengapit di hari perkahwinan Teoh, Woo Chuan Sing, 30, yang memberi keterangan selepas Beng Kee turut memberitahu, bahawa rakannya itu tidak pernah bercerita tentang sebarang masalah kepadanya.

Katanya, Teoh yang dikenalinya ketika sama-sama belajar di universiti dahulu telah menghubunginya sehari sebelum kejadian (15 Julai), pada pukul 8.36 pagi, untuk mendapatkan jawapan mengenai undangan ke majlis perkahwinannya dan Woo berkata beliau hanya menjawab "akan hadir."

Tetapi sebelum itu Woo berkata Teoh telah menghantar sistem khidmat pesanan ringkas (SMS)pada pukul 7 pagi untuk memaklumkan mengenai perkahwinan itu dan meminta beliau menjadi pengapitnya tetapi SMS itu tidak dibalas kerana masih tidur.

Selain perbualan itu, Woo berkata tiada lagi sebarang perbualan lain.

Prosiding di hadapan Koroner Azmil Muntapha Abas disambung esok. BERNAMA

Speaker Dun Kedah saman SPR

KUALA LUMPUR, 1 Okt: Speaker Dewan Negeri Kedah memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menolak permohonannya agar diadakan pilihan raya kecil di Dun Kota Seputeh.
Permohonan itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan KuasaKuasa Khas) di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini melalui firma guaman Tetuan Chooi & Company.

Speaker, Datuk Dr Abdul Isa Ismail, 61, menamakan Adun Kota Seputeh, Datuk Abu Hasan Sharif dan SPR sebagai responden.

Pada 1 Sept lepas, SPR memutuskan bahawa tiada kekosongan pada kerusi DUN Kota Siputeh dan kerusi itu masih disandang oleh Abu Hassan yang memenanginya pada pilihan raya umum ke12 tahun lepas.

Keputusan itu dibuat berikutan pemakluman yang diterima SPR pada 17 Ogos lepas daripada Abdul Isa berhubung kekosongan luar jangka yang dikatakan berlaku bagi kerusi DUN Kota Siputeh.

SPR dalam membuat keputusan itu mendapati Abu Hassan tidak menghadiri dua mesyuarat berturutturut di dalam dua penggal yang berbeza, bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama.

Sementara surat cuti sakit Abu Hasan sebagai penjelasan kepada ketidak hadirannya pada sidang DUN negeri Kedah yang diadakan pada 9 Ogos lalu, dan mendapati kelewatannya untuk menghantar surat cuti sakit itu kepada Abd Isa selewat-lewatnya pada 9 Ogos lalu tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal.

ImageDalam permohonannya, Abdul Isa mahu mahkamah mengeluarkan perintah untuk mengistiharkan Abu Hasan dari Barisan Nasional (BN) bukan lagi ADUN kawasan berkenaan berikutan kegagalan beliau menghadiri dua sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Berikutan itu, Abdul Isa, memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi DUN bagi kawasan Kota Siputeh adalah kosong dan seterusnya mahu SPR mengadakan pilihan raya kecil.

Speaker itu juga mahu satu perintah injunksi dikeluarkan oleh mahkamah untuk menghalang Abu Hasan atau ejenejennya daripada menjalankan tugas sebagai ADUN kawasan itu.

Selain itu, Abdul Isa juga menuntut ganti rugi, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Dalam permohonannya, Abdul Isa mendakwa keputusan SPR untuk mengekalkan Abu Hasan sebagai ADUN Kota Siputeh serta tindakan Abu Hasan yang tidak hadir pada sidang dewan akan mengganggu tugas dan kewajipan Abdul Isa sebagai Seaker DUN Kedah untuk memastikan pentadbiran dijalankan dengan lancar.

"Keputusan SPR dan tindakan Abu Hasan telah membawa kehinaan kepada DUN Kedah, dan mungkin akan mengakibatkan kekecohan kepada prosidingprosidingnya, apabila ADUN yang telahpun hilang kelayakan sebagai ADUN masih dapat kononnya menonjolkan diri mereka sebagai seorang ADUN," katanya. _harakahdaily

Video dan Gambar Gempabumi Di Sumatera Dan Tsunami Di Samoa








gambar2 Tsunami di Samoa



Sekurang-kurangnya 118 maut akibat tsunami yang melanda kepulauan Samoa semalam dan pihak berkuasa percaya angka korban terus bertambah, termasuk mereka yang hilang.
gambar2 gempa di Sumatera

A man sits on a motorcycle outside a collapsed shopping mall after an earthquake hit Padang, on Indonesia's Sumatra island September 30, 2009. A 7.6 magnitude earthquake struck off the city of Padang on Indonesia's Sumatra island on Wednesday, killing at least 75 people and trapping thousands under rubble, officials said.
Students walk out from a collapsed building after an earthquake hit Padang, on Indonesia's Sumatra island September 30, 2009. A 7.6 magnitude earthquake struck off the city of Padang on Indonesia's Sumatra island on Wednesday, killing at least 75 people and trapping thousands under rubble, officials said.

A man carries an injured person in front of a collapsed university building during an evacuation after an earthquake hit Padang, on Indonesia's Sumatra island September 30, 2009. A 7.6 magnitude earthquake struck off the city of Padang on Indonesia's Sumatra island on Wednesday, killing at least 75 people and trapping thousands under rubble, officials said.
People stand near a collapsed shopping mall after an earthquake hit Padang, on Indonesia's Sumatra island September 30, 2009. A 7.6 magnitude earthquake struck off the city of Padang on Indonesia's Sumatra island on Wednesday, killing at least 75 people and trapping thousands under rubble, officials said.
A man comforts a relative after an earthquake hit Padang, on Indonesia's Sumatra island September 30, 2009. A 7.6 magnitude earthquake struck off the city of Padang on Indonesia's Sumatra island on Wednesday, killing at least 75 people and trapping thousands under rubble, officials said.
A video grab shows a foot among the wreckage of a building following an earthquake in Padang on Indonesia's Sumatra island September 30, 2009. A 7.6 magnitude earthquake struck off the city of Padang on the coast of Indonesia's Sumatra island on Wednesday, damaging houses, toppling bridges and starting fires.
This Wendesday, Sept. 30, 2009 image made from video shows burning wreckage on the street in Padang, Indonesia after a powerful earthquake off Sumatra island.
Kira-kira 500 bangunan kediaman di bandar dengan penduduk seramai 900,000 itu runtuh, memerangkap ribuan mangsa.

bandar Padang di Sumatera semalam sudah meragut 200 nyawa dengan ribuan lagi mangsa tertimbus di bawah runtuhan.

SPR tak iktiraf Pakatan Rakyat-Tim. Pengerusi SPR




PORT DICKSON – Suruhanjaya Pili:han Raya (SPR) tidak membenarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP memasang bahan kempen mereka bersama Pas sepanjang tempoh berkempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

:Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, hanya parti yang bertanding pada pilihan raya kecil itu saja yang dibenarkan untuk mengibarkan bendera, logo serta gambar pemimpin mereka.

Menurutnya, SPR hanya mengiktiraf parti yang bertanding iaitu Pas dan Barisan Nasional (BN) serta Bebas sekiranya ada, dan bukannya gabungan Pakatan Rakyat (PR) kerana ia tidak didaftarkan.

“BN mempunyai 14 parti gabungan dan mereka berdaftar. Tetapi pakatan pembangkang ini tidak berdaftar. Jadi ini bermakna, parti DAP dan PKR tidak boleh memasang bahan kempen bersama Pas.

“Dalam istilah SPR, kita hanya mengiktiraf parti atau gabungan yang berdaftar. Bagi pakatan pembangkang ini, mereka tidak berdaftar. Saya pun hairan mengapa mereka tidak berdaftar,” katanya.

Katanya, kalau media hendak sebut nama pakatan rakyat, itu hak media tetapi ‘legally speaking’ ia tidak wujud kerana yang wujud hanya pakatan pembangkang, bukan PR.

Wan Ahmad memberi amaran kepada mana-mana parti politik yang tidak bertanding supaya tidak mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang tempoh berkempen.

“Kita mahu parti yang tidak bertanding janganlah menyusahkan SPR dan pihak keselamatan. Jangan cuba melanggar undang-undang” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada Pegawai Pengurus, Penolong Pegawai Pengurus dan petugas SPR di Hotel Corus Paradise, dekat sini, semalam.

Menurutnya, SPR telah menubuhkan tiga pasukan penguat kuasa kempen yang akan menasihatkan wakil parti supaya memberi kerjasama dalam aspek berkenaan.

“Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, petugas SPR sendiri akan mengambil tindakan,” katanya.

Dalam pada itu, SPR semalam mengumumkan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Abdul Wahab Shamsuddin sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang.

Katanya, seramai 277 petugas SPR akan terlibat sepanjang pilihan raya kecil itu.

Mengenai undi pos yang membabitkan 4,604 undi, Wan Ahmad berkata, lapan kem akan digunakan untuk tujuan pembuangan undi dan antaranya ialah Kem Sunggala, Kem Si Rusa dan Kem Kampung Sawah.SH

Besut:250 buah rumah ranap di landa ribu.

BESUT – Ribut kencang yang melanda 67 buah kampung di sekitar daerah ini, kira-kira jam 4 petang semalam, menyebabkan kira-kira 250 buah rumah rosak teruk termasuk sebahagiannya tinggal dinding sahaja apabila bumbung dan atap rumah tercabut diterbangkan ribut.

Sehingga jam 9.30 malam tadi, angka tidak rasmi mangsa yang terbabit dalam kejadian luar jangkaan dan dikatakan paling teruk itu adalah seramai 300 keluarga.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan berlaku meskipun ketika kejadian kebanyakan penghuni berada dalam rumah masing-masing.

Dalam kejadian itu, kesemua 35 kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut membabitkan 100 buah rumah dilanda ribut dan antara paling teruk adalah yang terletak berhampiran Pekan Kuala Besut seperti Alor Pisang, Teluk Bayu, Alor Teratai, Seri Kemunting, Taman Tasik, Tok Saboh, Beris Pak Abu termasuk Pulau Perhentian.

Turut dilanda ribut adalah 32 kampung yang terletak di kawasan DUN Kota Putera termasuk pusat pentadbiran, iaitu Kampung Raja.

Salah seorang mangsa ribut di Kampung Seri Kemunting dekat Kuala Besut, Che Rahmad Che Mood, 51, berkata, ketika kejadian dia sedang berada di ruang tamu rumahnya bersama dua cucu yang berusia lima tahun.

“Secara tiba-tiba rumah saya berasa seperti bergoyang apabila dilanda ribut agak kencang. Saya terdengar bunyi sesuatu sebelum sebatang pokok mempelam berhampiran rumah menimpa bahagian ruang tamu rumah saya hingga hampir ranap.

“Saya tergamam seketika sambil memeluk kedua-dua cucu saya yang berada tidak jauh daripada runtuhan itu, sebelum terus menyelamatkan diri. Saya bersyukur kerana kami sekeluarga tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Ketika itu, suami saya berada di bahagian luar dapur rumah,” katanya ketika menerima lawatan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut.

Sementara itu, Dr A Rahman ketika ditemui di tempat kejadian berkata, beliau akan melawat semua mangsa terlibat dan meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mentaksir jumlah kerugian sebenar untuk disalurkan kepada mangsa terbabit.

“Kita juga akan menyediakan sebuah dewan untuk menempatkan sementara penduduk sekiranya ada yang tidak mempunyai tempat tinggal, selain menyediakan makanan,” katanya.

Sehubungan itu, Dr A Rahman turut meminta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mendapatkan maklumat semua penduduk yang terlibat.SH

PRK Bagan Pinang:Ucapan pertama Zulkifli selepas di istihar sebagai Calon Pas/Pakatan




TELUK KEMANG – Calon PAS mewakili Pakatan Rakyat ialah Zukefli Mohamad Omar berasal dari Lenggeng Negeri Sembilan.

Beliau Dilahirkan pada 19 Mei, 1964, mempunyai seorang isteri dan enam orang anak.

Beliau mempunyai latarbelakang pendidikan yang tinggi, iaitu memiliki Sarja Sains (Masters in Science) dari Universiti Putra Malaysia serta Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM.

Manakala latarbelakang politik bermula daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, kemudia sebagai Exco Pemuda PAS Pusat dan kini adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

Latarbelakang Kerjaya, beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Perhubungan Koperasi Celcom, Eksekutif Pengurusan Koporat Pusat Zakat Selangor, Ketua Bahagian Marketing Planning Telekom Malaysia Pengurus Kanan IS Teknologi Sdn Bhd dan sekarang memiliki syarikat sendiri R & R Sdn Bhd.

Kejayaan paling besar beliau adalah mengetuai usaha menghalang pelupusan sampah di Broga. Beliau alah Pengerusi ’No Incenarator Broga’. Kerajaan mahu membina pusat pelupusan sampah terbesar di Asia yang menyebabkan pencemaran pusat takungan air di Semenyih, namun dengan usaha beliau kerajaan telah membatalkan pojek itu.BO

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....