Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Penghinaan Terkini Mahathir Terhadap Hudud Dan Jawapan Pemimpin Pas

Raja Bomoh Mengaku Penyokong Umno BN


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 2 Julai 2009

USRAH MINGGUAN PAS BERIS PAK ABU...

Perbincangan isu semasa

Persaudaraan dalam perjuangan
Yang ni tak payah cerita he..he..he..

Salam sejahtera.Malam ini USRAH kami diteruskan seperti biasa.Walaupun naqib kami menguzurkan diri kerana ada program di peringkat kawasan tapi kami tetap meneruskan usrah,kerana bagi kami jika ianya ditangguhkan akan mencacatkan perjalanan yang kami tempohi selama bertahun tahun.Program USRAH ini adalah nadi perjalanan cawangan kami,disinilah kami berjumpa sekurang kurangnya seminggu sekali bagi mengeratkan persaudaraan dalam perjuangan kami.Disini juga kami berbincang tentang permasaalahan cawangan dan kampung kami.Kami telah sepakat walaupun hujan ribut,terpaksa merangkak sekalipun program ini akan kami teruskan tanpa mencicirkan walau seminggupun sehingga akhir hayat kami seperti kata pujangga alah bisa tegal biasa.Semoga citacita kami ini dimakbulkan ALLAH.Ini sajalah antara kamampuan kami, insan kerdil dibumi ALLAH , dalam mentarbiah ahli2 kami supaya terus komited dengan perjuangan PARTI ISLAM SEMALAYSIA.TAKBIRRR!!!!!.

Perbincangan malam ini lebih tertumpu kepada menambahkan tabung cawangan kami.Bermula esok kami sepakat bergotong royong menghasilkan batu bata untuk dijual.Menurut Ketua Cawangan sudah ada lebih kurang 2500 biji batu bata yang ditempah pelanggan. Segala peralatan sudah disediakan.Nampaknya kami terpaksa bekerja keras memenuhi tuntutan pelanggan.Kami juga bersetuju mengadakan majlis jamuan bulanan cawangan kami di Madrasah Hj Husin pada minggu hadapan. sepatutnya program diadakan pada minggu ini,tapi atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan ianya terpaksa ditunda.Antara tujuan utama program ini adalah untuk menggalakkan anak anak dan remaja kami menghadirkan diri berjemaah di madrasah.Disamping itu ianya juga dapat mengeratkan tali persaudaraan antara kami ahli2 PARTI ISLAM SEMALAYSIA.
SEKIAN SALAM DARI AMBO DAN WARGA UNIT USRAH PAS BERIS PAK ABU,jumpa lagi minggu depan.
P/S~Minggu depan usrah diadakan di Madrasah Hj Husin sempena Majlis Jamuan Bulanan PAS Cawangan Beris Pak Abu.

Ulasan terkini DAP Kedah keluar PAKATAN..

APA yang berlaku di Kedah kelmarin, iaitu tindakan DAP mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat meskipun tidak merubah status quo kerajaan Kedah, namun ia menjadi pencetus kepada kemelut dan polemik berlarutan. Tidak dapat tidak, kes itu menyerabutkan kepala pemimpin Pakatan Rakyat.

Semalam Pengerusi DAP Kedah/Perlis, Thomas Su telah mengumumkan parti itu keluar dari Pakatan di Kedah. Pengumuman itu walaupun bersifat peribadi DAP Kedah namun ia semacama mendapat restu daripada DAP pusat. Hubungan kurang mesra DAP dengan kerajaan Kedah sudah terdengar lama sebelum ini.

Dengan keluarnya DAP ini bermakna kerusi Pakatan di Kedah berkurangan satu menjadi 21 kerusi. Dengan kedudukan itu kerajaan Kedah mengatasi UBN dengan enam kerusi. Kerusi UBN ialah 14.

Adalah terlalu awal untuk mengatakan akan berlaku huru hara politik di Kedah seperti mana menimpa Perak yang akhirnya menyebabkan kerajaan Pakatan Perak tumbang. Walaupun lama sebelum ini pihak tertentu dalam UBN berusaha untuk mengugat ddan menyerang kerajaan Kedah dengan nawaitu ianya bubar sebagai kerajaan di Perak, tetapi ia tidak semudah itu.

Satu hakikat UBN kena ketahui kedudukan kerajaan Pakatan di Kedah berlainan dengan situasi di Perak. Kerajaan di Kedah dipimpin oleh Pas yang ternyata memperolehi kerusi terbanyak dalam pilihan raya lalu jika dibanding dengan PKR dan DAP. Pas menang 16 kerusi, PKR 5 manakala DAP hanya satu kerusi sahaja.

Berlainan di Perak DAP menang 18 kerusi, PKR tujuh dan Pas enam kerusi. Bila mana Adun Pas, Nizar Jamaluddin dipilih menjadi MB ia menyebabkan timbul rasa tidak adil dari kalangan masyarakat Cina yang rata-rata menyokong DAP. Orang Cina merasakan mereka sepatutnya dipilih jadi MB. Setengahnya tidak peduli dan tidak tahu perlembagaan Perak menghalang bukan Melayu menjadi MB.

Pun begitu apa-apa saja boleh berlaku dengan pemulaan dan cetusan yang dibuat oleh DAP itu. Hari ini pemimpin UBN telah mengambil kesempatan atas isu yang dicetuskan DAP itu. Pandangan negatif terus dilemparkan kepada kerajaan Pakatan di Kedah. Malahan sudah ada cadangan ditubuhkan kerajaan campuran UBN dengan PKR dan DAP. Jelas cadangan ini menunjukkan betapa bencinya pihak yang mencadang itu kepada kerajaan pimpinan Azizan Razak.

Jika dilihat kepada maksud atau tujuan tindakan DAP itu menyebabkan orang Melayu tidak senang hati dengan tindakan itu. Memang jika diperhatikan DAP mencetuskan keadaan tidak elok dalam politik Pakatan sejak lama dulu. Lepas satu demi satu isu yang ditimbulkan di mana semua isu menyebabkan keadaan Pakatan sering kali berombak. Jika diperhatikan, DAPlah yang banyak membuat onar dalam hal ini. Sikap DAP dalam hal ini seolah-olah gelombang politik yang berlaku kini disebabkan mereka apabila berlaku perpindahan sokongan Cina kepada Pas dan PKR.

Sebelum ini Pengerusinya, Karpal Singh pernah meminta penasihat PKR Anwar Ibrahim supaya letak jawatan. Gesaan itu sangat keras dan tidak menggambarkan sebagai rakan dalam sebuah gabungan. Sebelum ini juga Karpal pernah mengeluarkan kenyataan agar Pas melangkah mayatnya dulu kalau Pas ingin menubuhkan negara Islam. Jelas kenyataan dan gesaan itu menunjukkan kesombongan DAP.

Melihat telatah DAP ini ia jelas menggambar sikap individualistik parti berkenaan. DAP hanya mementingkan komunitinya saja tanpa mengira pengorbanan Pas dan juga PKR untuk mengukuhkan pakatan. Jika dilihat kepada telatah dan sejarahnya sebelum ini pun DAP memberi gambaran yang ianya parti yang mementingkan diri. DAP tidak akan berfikir panjang untuk melakukan sesutau tindakan jika ia dikira tidak banyak menguntungkan.

Misalnya DAP pernah menarik dari dari bersekongkol dengan Pas setelah kalah teruk dalam pilihan raya 1995.

Ternyata tindakan DAP Kedah itu menjadi isu utama dan perbualan hangat hari ini. Isu itu juga turut sama memeningkan kepala para pemimpin Pakatan Rakyat terutama penasihatnya, Anwar Ibrahim yang kini sedang bersiap sedia untuk menghadapi perbicaraan kes liwat di Mahkamah Tinggi. Sekiranya DAP memahmi masalah dihadapi Anwar mereka tidak akan mencetuskan isu seperti berlaku di Kedah itu.

Lantaran itu barangkali seharusnya orang Melayu khasnya dari Pas memahami akan telatah rakan mereka ini. Meraka boleh menghitungkan apakah DAP ikhlas atau menjadi duri dalam daging dalam pakatan berkenaaan? Apa yang terjadi di Kedah itu menjelaskan apa yang diragui sebelum ini sudah hampir menjadi kenyataan. Mungkin melampau kalau dikatkan tuduhan pemimpin UBN bahawa pakatan itu longgar ataupun rapuh, tetapi tampaknya itulah hakikatnya.
Pas sendiri kena faham risikonya atau atas kekhilafan mencari rakan politik. Kalau kerjasama dengan Umno sesama Melayu sendiri pun akhirnya relai dan tidak dipercayai Pas, inikah pula dengan rakan berlainan bangsa dan agama dan mempunyai ideologi politik berbeza.

Justeru itulah mengenangkan pembaharuan ini kita bingung memikirkan bagaimana Pas boleh percaya kepada DAP daripada Umno parti yang dianggap serumpun dengannya.

Semoga dengan meletusnya isu di Kedah itu dan kita percaya akan menjadi polemik selepas ini orang Melayun amnya dan Pas khsusunya yang dianggap parti harapan Melayu akan memikir balik polisi, pendekatan dan keyakinan politik mereka yang ada pada masa ini. Adalah tepat kalau Pas membuat perhitungan semula dengan DAP. [d'kota kl 6:10 pm 02/07/09]MSOMELAYU

DAP Kedah keluar PAKATAN, apa kata Guan Eng.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata DAP Kedah menarik balik sokongannya terhadap kerajaan PAS Kedah kerana hilangnya rasa kepercayaan antara kedua belah pihak.

Beliau juga menyifatkan tindakan keluar dari gabungan Pakatan Rakyat sebagai sesuati yang serius yang memberi implikasi yang besar.

"Apabila DAP Kedah bertindak keluar dari kerajaan negeri Kedah, ia menunjukkan tidak ada komunikasi dan rasa hormat dari kerajaan PAS Kedah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata, DAP Kedah tidak pernah meminta sebarang anugerah atau gelaran gDatuk tetapi ia tidak senang dengan kurangnya rasa hormat PAS terhadap DAP di Kedah, tidak sepertimana penghormatan yang diberikan kepada PAS di Pulau Pinang.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa keputusan yang dibuat oleh DAP Kedah itu bukan muktamad kerana ia perlu dipersetuju oleh jawatankuasa kerja pusat (CEC) terlebih dahulu.

Bagaimanapun, kata Lim, belum ada tarikh yang ditetapkan oleh CEC untuk bermesyuarat bagi membincangkan perkara tersebut.

"Hanya selepas menerima surat rasmi yang mengesahkan keputusan jawatankuasa DAP Kedah itu, maka baru saya akan memanggil mesyuarat CEC untuk membuat keputusan muktamad mengenai perkara itu," kata Lim yang ketua menteri Pulau Pinang.

Semalam, pengerusi DAP Kedah, Thomas Su berkata, jawatankuasa DAP Kedah memutuskan keluar dari gabungan Pakatan Rakyat di Kedah.

Katanya, keputusan itu buat ekoran kegagalan kerajaan PAS Kedah memberi layanan saksama kepada semua rakyat negeri itu.

Dua punca utama menyebabkan keputusan itu dibuat ialah tindakan merobohkan pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya dan 50 peratus kuota perumahan bumiputera di negeri itu.MALAYSIAKINI.

Tok tahu lah Ambo apa yang akan terjadi. Nampaknya bertepuk tangan lagilah puok2 UMNO,lepas satu satu isu yang memberi peluang kepada musuh untuk menyerang PAKATAN.Setahu Ambo PAS Pulau Pinang pun ibarat melukut di tepi gantang dlm kerajaan P.Pinang,tapi tidaklah sampai ingin keluar PAKATAN. Apakah puak2 DAP tak sedar akan hal ini.
Tapi itulah yang terjadi faham2 sendiri.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....