Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 9 Jun 2011

Kes Rasuah : Khir Toyo Bayar Artis Landskap Lebih RM6 Juta

SHAH ALAM, 9 Jun — Seorang artis landskap memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau telah dibayar RM6 juta untuk kerja-kerja mereka bentuk rumah ala Bali milik bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo.

Nasir Ismail, saksi ketiga pihak pendakwa dalam kes Dr Khir berkata bayaran itu dibuat dalam beberapa ansuran — lima daripada Shamsuddin Hayroni, dan lapan daripada menteri besar itu.

“Saya menerima RM500,000 tunai daripada Datuk Shamsuddin empat hingga lima kali,” kata Nasir di mahkamah hari ini.

“Saya berkata saya perlukan bayaran dan beliau berkata akan melaporkan kepada Datuk Seri (Khir),” katanya.

Artis landskap itu berkata Dr Khir telah melantik Shamsuddin, yang merupakan pengarah Ditamas Sdn Bhd, untuk mengendalikan kesemua isu berkaitan dengan aspek renovasi rumahnya kerana bekas menteri besar itu tiada masa untuk mengendalikannya.

“Saya pergi jumpa Datuk Seri (Dr Khir) di kediaman rasminya untuk mendapatkan baki fi,” kata Nasir.

“Saya pernah menerima RM500,000 dalam tujuh, lapan ansuran,” katanya.

Nasir berkata beliau menerima bayaran dalam bentuk tunai sebab diisytihar muflis pada 1998 dan tiada resit untuk bayaran memandangkan Dr Khir mahukan cara sebegitu.

Dr Khir didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada Ditamas.

Bekas menteri besar Selangor itu didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L daripada Ditamas melalui Shamsuddin.

Hartanah tersebut diperoleh dengan harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta daripada Saiful.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasminya sebagai menteri besar Selangor pada ketika itu.

Shamsuddin pula didakwa bersuhabat dengan beliau untuk melakukan kesalahan tersebut di tempat dan masa yang sama.

Bagaimanapun, Isnin lalu pihak pendakwa telah menggugurkan tuduhan ke atas Shamsuddin.

Dr Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi menteri besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Dr Khir yang menjawat jawatan menteri besar dari Ogos 2000 hingga Februari 2008, didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika disabit kesalahan.TMI

Terima kasih Khairy kerana sahkan pertunangan anak Najib

Kenyataan Khairy semalam BACA DISINI yang kononnya ingin mempertahankan Najib secara tidak langsung mengesahkan Najib sememang mengadakan majlis urusan pertunangan anaknya dengan anak pembesar kerajaan Kazakhstan.Untuk besarkan klik pada imej

KUALA LUMPUR, 9 Jun: Anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar kiri) mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kerana mengesahkan Perdana Menteri ke Kazakhstan untuk menguruskan pertunangan anaknya.
Sehubungan itu beliau mendesak Datuk Seri Najib Razak membuat penjelasan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku.
“Terima kasih kepada Khairy Jamaluddin (KJ) mengesahkan dakwaan saya (kami) bahawa benar Najib sememang mengadakan majlis urusan pertunangan anaknya dengan anak pembesar kerajaan Kazakhstan,” katanya.
Tambahnya, ini tepat seperti mana yang beliau terima daripada sumber-sumber yang dipercayai.
Malangnya, kata beliau media tidak langsung menyebutkan perkara itu.
“Bagaimana KJ boleh menuduh saya membuat pembohongan ketika beliau sendiri mengesahkan wujudnya urusan pertunangan tersebut,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Beliau yang juga AJK PAS Pusat menambah, sumber-sumber yang beliau terima juga mengesahkan meski pun WIEF telah ditetapkan lebih awal, namun Najib telah mengarah dan menyusun urusan pertunangan itu dijadualkan semasa lawatan beliau ke sana mengikut sumber yang boleh dipercayai.
Justeru, tegasnya rakyat berhak diberikan penjelasan (deserves an explanation) atas semua perkara ini termasuk seramai manakah bilangan ahli keluarga dan kenalan yang turut serta dalam lawatan dan majlis pertunangan tersebut, sekaligus perbelanjaan yang dibiayai oleh rakyat untuk urusan pertunangan sekali gus yang rasmi, contohnya perjanjian persefahaman.
Soalnya, apakah ini teladan yang boleh dijadikan contoh kepada rakyat.
Jelasnya, Khalifah Umar bin Abdul Aziz mempunyai dua batang lilin di mana sebatang lilin yang diperuntukan oleh Baitulmal itu digunakan untuk perbincangan perkara rasmi kerajaan, manakala sebatang lagi yang dibelinya sendiri akan digunakan hanya untuk kegunaan perbicangan hal peribadi dan keluarga (private matters).
“Najib sepatutnya menjadi contoh sebenar, bukan sekadar retorik semata dalam ucaptama WIEF,” ujarnya.
Katanya, formula untuk Najib kira dan jelaskan kepada rakyat ialah waktu untuk urusan pertunangan (A) /jumlah seluruh urusan rasmi (B) x jumlah kos seluruh trip (C).Hrkh

Mahkamah Halang Lelong Ibu Pejabat PKR


PETALING JAYA: Proses lelongan ibu pejabat Parti keadilan Rakyat (PKR) yang dijadual pada Khamis dibatalkan ekoran satu perintah mahkamah bagi menghalang proses berkenaan diteruskan.

Bendahari PKR, William Leong berkata, beliau menerima maklumat pembatalan proses berkenaan awal pagi ini daripada pihak bank.

"Saya dimaklumkan oleh pihak bank bahawa proses lelongan dibatalkan.

"Apa yang diberitahu ialah mahkamah telah mengeluarkan satu injunksi bagi menghalang bangunan tersebut dilelong," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Menurut sumber, injunksi tersebut dipohon oleh pihak ketiga iaitu pemiutang lain kepada pemilik bangunan berkenaan.

"Difahamkan pemilik bangunan itu juga gagal melangsaikan hutang dengan pihak lain. Jadi mungkin pemiutang tersebut mahu mendapatkan hak pemilikan bangunan itu sebagai ganti hutang yang tak dapat dijelaskan," kata sumber berkenaan.

Sebelum ini William yang juga Ahli Parlimen Selayang berkata PKR mungkin mempertimbangkan bagi membeli bangunan itu namun ia bergantung kepada harga yang ditawarkan.

Ibu pejabat PKR yang terletak di Merchant Square akan dilelong kerana pemilik bangunan yang disewa parti tersebut gagal membayar balik pinjaman bank.

PKR menyewa dua lot bangunan di mana setiap satu lot setinggi lima tingkat dengan sewa bulanan di antara RM10,000 ke RM20,000 sebulan kepada sebuah syarikat.Mstar

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....