Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 2 April 2014

Rumah bapa penumpang MH370 dipecah masuk

 Selamat Umar bapa kepada salah seorang penumpang MH370 Mohd Khairul Amri Selamat, 29 Jurutera Penerbangan menceritakan layanan MAS terhadap semua keluarga penumpang MH370. - Foto: Sharifudin Abdul Rahim

BERA - Belum reda dengan kesedihan berikutan kehilangan anaknya Mohd Khairul Amri dalam tragedi MH370, Selamat Omar, sekali lagi diuji apabila rumahnya di Felda Bukit Mendi, di sini dipecah masuk dua lelaki bersenjatakan parang awal pagi ini.
  
Bagaimanapun semasa kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, Selamat, 60  tidak ada di rumah kerana menginap di sebuah hotel ibu negara bagi menunggu perkembangan misi mencari pesawat itu yang hilang sejak 8 Ogos lepas.
  
Hanya isterinya Rosila Abu Samah, 50, dan anaknya Kaiyisah Adibah, 8, yang baru pulang dari ibu negara petang Ahad lepas berada di rumah ketika kejadian.
  
Menurut Rosila, semasa kejadian dia dan anaknya sedang tidur di salah sebuah bilik dan tersedar apabila lampu tiba-tiba terpasang.
  
"Saya tersedar dan terpandang dua lelaki bertopeng berdiri di sebelah katil meminta saya supaya jangan berbuat bising dan mengikut apa yang diarahkan sambil mengacukan parang ke arah saya.
  
"Mereka meminta saya menanggalkan barangan kemas saya seperti gelang dan subang selain bertanyakan di mana saya menyimpan wang. Disebabkan khuatir diapa-apakan, saya hanya menyerahkan barangan kemas saya serta menunjukkan di mana saya menyimpan wang dan alhamdulillah saya serta anak tidak diapa-apakan," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
  
Menurutnya dua lelaki berkenaan yang turut bersenjatakan pemotong besi dipercayai warga Indonesia berdasarkan pertuturannya.

Enam Kemungkinan Punca Kehilangan Pesawat MH370

 Gambar hiasan

Selepas lebih tiga minggu, kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 terus membingungkan penyiasat, dan panel pakar yang bermesyuarat semalam masih tidak dapat jawapan pasti walaupun membayangkan enam kemungkinan menjelaskan apa yang berlaku dalam pesawat itu, lapor Sky News.

Dalam satu majlis anjuran Royal Aeronautical Society (RAeS), pakar terdiri daripada juruterbang, syarikat penerbangan, pengilang dan pengawal selia bertemu di London dan mengemukakan analisis berdasarkan teori berikut - hilang tekanan rendah dalam kabin, asap toksik, kebakaran, rampasan, juruterbang membunuh diri atau kegagalan simulator.

1. Tekanan rendah dalam pesawat tetapi masih meneruskan penerbangan

Apabila berlaku tekanan rendah, pesawat akan terbang secara automatik sehingga kehabisan minyak.
Perkara ini menjelaskan perubahan awal dalam altitud dan laluan pesawat serta terputus komunikasi. Bagaimanapun ia tidak menjelaskan mengapa Sistem Komunikasi dan Laporan Pesawat (ACARS) serta transponder dalam pesawat tersebut dipadamkan, lapor Sky News.

Untuk memadamkan kedua-dua isyarat ini, hanya seseorang yang mahir dalam penerbangan sahaja tahu mematikannya.

Kesan ke atas penumpang akan berbeza-beza bergantung kepada ketinggian. Jika pesawat itu di atas 35,000 kaki, ia akan mengambil masa kira-kira seminit sebelum semua orang tidak sedarkan diri.

Topeng oksigen sepatutnya turun secara automatik yang boleh bertahan selama 15 minit.Anak kapal boleh menggunakan topeng oksigen paling lama, bergantung sama ada mereka menggunakan oksigen tulen atau oksigen campuran.

Ikhwanul Muslimin Mesir Sifatkan PAS Sahabat Sejati

KUALA LUMPUR: Ikhwanul Muslimin Mesir menyifatkan PAS sebagai sahabat sejati di waktu suka dan menghargai sokongan dan dokongan tidak berbelah bahagi PAS kepada Ikhwan selama ini, ujar Timbalan Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin Mesir, Sheikh Jumaah Amin.

Dalam satu pertemuan dengan Pengerusi lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, beliau mengharapkan ahli PAS mendoakan kesabaran kepada anggota Ikhwanul Muslimin yang sedang menghadapi ujian.

"Kepimpinan PAS di bawah Ustaz Abdul Hadi dan Ustaz Nik Abdul Aziz ialah sahabat sejati kami di waktu senang dan susah. Kami amat menghargai sokongan dan dokongan yang tidak berbelah-bahagi dari PAS kepada Ikhwan."Doakan kesabaran kami dalam menghadapi ujian ini," ujar beliau.

Menurut Sheikh Jumaah, ramai kalangan pemimpin Ikhwan yang dibunuh dan gugur di jalan Allah dan ribuan kini ditahan di penjara seluruh Mesir sebaik selepas rampasan kuasa (kudeta) tentera yang mengguling presidan Mohamad Morsi.

Kudeta yang didokong Barat dan beberapa negara Teluk itu, jelasnya telah menumbangkan kerajaan demokratik pimpinan Morsi yang dipilih rakyat dalam proses pilihan raya yang telus dan adil.

"Kami sudah biasa di penjara. Malah saya sendiri sentiasa keluar masuk penjara sejak zaman pemerintahan bekas presiden Sadat dan Mubarak lagi. Hanya kesabaran dan keyakinan kepada janji-janji Allah SWT menjadi senjata kami," tegas beliau.

Sheikh Jumaah menambah, ketidakadilan, penindasan dan dendam kesumat pihak junta hanya akan menguatkan keazaman di hati anggota Ikhwan dan menggandakan tekad mereka untuk menewaskan junta tentera pengkhianat dan mengembalikan kebebasan, maruah dan kedaulatan rakyat.

"Kami yakin dgn janji-janji Allah SWT dan detik-detik kemenangan akan pasti datang dengan kesabaran dalam ujian yang amat mencabar ini," ujarnya.Sheikh Jumaah turut mengirimkan salam buat seluruh pejuang kebenaran dan rakyat Malaysia.Hrkh

Transkrip Penuh Perbualan Antara MH370 Dan Kawalan Trafik Udara

Berikut transkrip penuh dalam bahasa Inggeris komunikasi antara Malaysia Airlines MH370 dan Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan :




Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....