Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 5 Julai 2011

Himpunan Bersih 2.0 Di Stadium,Ulasan Tok Guru Nik Aziz

Kenyataan Tok Guru dalam facebook. [ Untuk besarkan klik pada imej ]


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya Himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini akan tetap mendapat sokongan rakyat walaupun terpaksa diadakan di stadium.

Menteri Besar Kelantan berkata Himpunan Bersih 2.0 akan menjadi manifestasi kepada kebangkitan rakyat yang menentang segala penyelewengan dan permainan “politik jahat” Umno-Barisan Nasional (BN).

“Walau di mana pun Himpunan Bersih 2.0 diadakan pada 9 Julai ini, saya penuh yakin bahawa ia tetap merupakan manifestasi kebangkitan rakyat yang menentang segala tipu daya dan permainan politik jahat Umno-BN.

“Saya yakin Yang di-Pertuan Agong (Tunku Mizan Zainal Abidin) selaku payung rakyat jelata tentu akan bertindak untuk kebaikan seluruh rakyat,” kata Nik Aziz dalam laman Facebook.

Tegas Nik Aziz, ekoran pendirian terbaru Yang di-Pertuan Agong dalam isu Himpunan Bersih 2.0, beliau yakin Umno-BN tidak lagi “mempunyai kuasa” untuk mempergunakan institusi diraja demi kepentingan politik.

“Umno-BN tidak usah berharap untuk mempergunakan instituti beraja untuk mempertahankan mereka.

“Segala usaha mereka untuk menudung segala penyelewengan sistem pilihan raya tidak akan berjaya kerana kebangkitan dan kesedaran rakyat sudah sampai ke kemuncaknya,” katanya.

Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih) hari ini bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu ini di stadium.

Menurut Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevanesan, keputusan itu dibuat selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berkata pihaknya bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Bersih 2.0 bagi membincangkan lokasi yang sesuai — sebuah stadium — bagi perhimpunan Sabtu ini tetapi menegaskan tawaran itu adalah bersyarat.

Kelmarin Yang di-Pertuan Agong bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.

Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”

Selain itu pemimpin Pakatan Rakyat secara sepakat menerima tawaran mengadakan Himpunan Bersih 2.0 di stadium.TMI

Akur Titah Agong,Akhirnya Najib Sedia Bertemu Bersih 2.0

PUTRAJAYA, 5 Julai — Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Bersih 2.0 bagi membincangkan lokasi yang sesuai — sebuah stadium — bagi perhimpunan Sabtu ini tetapi menegaskan tawaran itu adalah bersyarat.
“Mereka mesti pergi dengan aman dan meninggalkan (lokasi) dengan aman.
“Jika ada kejadian yang tidak diingini, penganjur akan dipertanggungjawabkan,” kata beliau (gambar).
Najib bercakap pada sidang media di pejabatnya, yang diadakan untuk menjawab perkembangan terbaru berkaitan dengan isu Himpunan Bersih.
Bagaimanapun Najib enggan menyatakan sama ada beliau ada menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini meskipun wujud spekulasi sedemikian, tetapi mengucapkan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda atas campur tangan.
“Bila saya jumpa Agong adalah hak saya dan sebagai perdana menteri, saya ketua penasihat kepada Agong,” katanya.
Najib berkata disebabkan campur tangan Agong kesemua tiga penganjur perhimpunan telah memutuskan untuk membatalkan perhimpunan jalanan mereka.
“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada kesemua pihak yang memutuskan untuk akur dengan kehendak baginda dan dengan ini tidak akan ada demonstrasi jalanan pada 9 Julai,” katanya.TMI

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Setelah ditohmah dengan berbagai tuduhan liar oleh pemimpin Umno dan media pencacai mereka akhirnya kemenangan moral berpihak kepada Bersih 2.0.
Dengan hati yang berat,muka sedikit kelat dan berbagai syarat dikenakan Najib akhirnya akur dengan tuntutan rakyat,bersetuju bertemu dengan Bersih 2.0 untuk berbincang tentang lokasi stadium tempat himpunan bakal diadakan.Mungkin beliau terlajak kata sebelum ini ( menawarkan Bersih stadium) dan perkembangan terbaru hasil pertemuan Bersih dengan Yang di-Pertuan Agung membuatkan Najib serba salah.

Bersih 2.0 : MB Selangor tawar Stadium Shah Alam

SHAH ALAM 5 JULAI : Kerajaan Selangor menawarkan kemudahan stadium di negeri ini untuk perhimpunan aman Bersih 2.0 kerana usaha untuk memupuk pilihan raya yang adil dan telus akan memanfaatkan rakyat, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata sekirannya penganjur Bersih 2.0 memohon untuk menggunakan stadium- stadium di Shah Alam, beliau akan meluluskannya tertakluk kepada syarat- syarat biasa yang dikenakan kepada pihak yang mahu menggunakan premis sebegitu.

"Sekiranya NGO Bersih meminta kebenaran untuk menggunakan Stadium Shah Alam, saya akan setuju. Bagaimanapun perhimpunan itu perlulah dilakukan dengan penuh tatatertib serta berdisiplin," ujar Khalid.

Khalid berkata, perhimpunan Bersih harus disokong oleh rakyat kerana ia bertujuan memastikan pengundi berpeluang memilih kerajaan yang terbaik menerusi pemilihan yang bebas daripada penipuan dan pembohongan.

"Secara peribadinya saya berpendapat, usaha Bersih adalah untuk memastikan pilihan raya di negara ini diadakan dengan adil dan bersih.

"Perhimpunan ini diadakan bukan untuk diri saya, tetapi untuk anak cucu saya pada masa akan datang. Golongan muda juga pastinya mahu tuntutan seperti itu dilaksanakan," kata beliau.

Tengah hari tadi penganjur Bersih 2.0 menghadap Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan akur dengan nasihat baginda supaya perarakan aman pada 9 Julai dibatalkan dan sebaliknya perhimpunan itu di adakan di stadium.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenavasan berkata pihaknya akan berkerjasama dengan kerajaan untuk memilih stadium yang sesuai bagi mengadakan perhimpunan itu yang dijangka membabitkan lebih 100 ribu peserta.

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini mengecam hebat hasrat Bersih untuk berarak dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyampaikan memorandum kepada Istana Negara bagi menuntut pilihanraya umum adil dan telus.

Lebih 150 orang ditangkap hanya kerana memakai baju dengan logo Bersih. Kerajaan dan polis juga dikecam kerana menahan enam orang di bawah Ordinan Darurat yang menentapkan penahanan tanpa perbicaraan. TVS

Mesti Lihat !!! Video Penuh Ceramah Muhammad Sabu Di Terengganu






Dalam ceramahnya yang dihadiri puluhan ribu,Tim.Presiden Pas ini mengupas perjalanan Pas dalam politik Malaysia.

Disamping itu beliau juga turut menyentuh perjalanan pilihanraya di Malaysia yang penuh dengan ketidakadilan dan penipuan.

Mat Sabu juga turut menghurai 8 tuntutan Bersih secara panjang lebar.Saksikan video diatas...

Skandal mata wang: The Age dakwa firma Australia sogok Pak Lah

KUALA LUMPUR, 5 Julai — Firma-firma pengeluar mata wang Reserve Bank of Australia disyaki cuba menyogok bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi mendapatkan bantuan beliau memperoleh kontrak bernilai sekitar RM100 juta (A$31 juta).
Abdullah (gambar) merupakan salah seorang daripada beberapa personaliti politik Malaysia berpengaruh, yang pihak berkuasa antirasuah percaya Securency dan Note Printing Australia— firma yang masing-masing separa dan milik penuh bank pusat Australia — didakwa cuba untuk memberi sogokan menggunakan sebahagian daripada komisyen sekitar RM13 juta ($4.2 juta) yang dibayar kepada dua orang tengah kira-kira enam tahun lalu.
Menurut laporan akhbar The Age, sumber-sumber mengesahkan Polis Persekutuan Australia sedang mendapatkan maklumat tentang percubaan memberi sogokan kepada Abdullah oleh Securency dan Note Printing Australia Limited yang mana kedua-duanya turut diselia oleh Reserve Bank of Australia.
The Age berkata ia cuba mendapatkon komen daripada Abdullah.
Ditanya pendekatan yang digunakan terhadap Abdullah, jurucakap Polis Persekutuan Australia berkata "memandangkan hal ini ada kaitan dengan penyiasatan yang melibatkan Securency dan Note Printing Australia, ia tidak akan membuat apa-apa ulasan untuk dibuat."
Difahamkan cubaan untuk menyogok Abdullah mempunyai kaitan dengan rundingan kontrak yang berlaku sekitar 2003, tahun beliau menjadi perdana menteri dan menteri kewangan, beliau berkhidmat sehingga 2009.
Sebelum menjadi perdana menteri, Abdullah adalah timbalan perdana menteri di bawah pemimpin paling lama berkhidmat Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tuduhan rasuah terhadap Abdullah, yang masih menjadi Ahli Parlimen akan menambah senarai ahli-ahli politik Asia yang berprofil tinggi yang menjadi sasaran firma Reserve Bank of Australia.
Polis Persekutuan Australia pada minggu lalu mengatakan Securency memberi rasuah kepada bekas gabenor bank Vietnam dengan membiayai biasiswa anaknya.
Selain itu, pihak berkuasa Malaysia pada Jumaat lalu mendakwa bekas penolong gabenor Bank Negara kerana menerima dua suapan daripada Note Printing Australia.
Pendedahan percubaan rasuah terhadap Abdullah akan membongkarkan lebih banyak skandal sogokan kontrak mencetak mata wang polimer daripada Australia, dengan semalam The Age melaporkan tentang penglibatan pegawai kanan dari agensi perdagangan Austrade dalam tuduhan rasuah yang melibatkan Securency dan Vietnam.
Pasukan bertindak antarabangsa Polis Persekutuan Australia meneruskan siasatan untuk melakukan tangkapan seterusnya setelah tujuh bekas pegawai kanan Securency dan Note Printing Australia ditahan kerana kesalahan itu.
Abdullah dipercayai terlibat apabila meluluskan kontrak kepada firma Reserve Bank of Australia untuk mencetak mata wang polimer bernilai RM5 pada 2004.
Ejen Securency dan Note Printing Australia pada 2004, bekas ahli Parlimen dan pemimpin utama Umno Datuk Abdullah Hasnan Kamaruddin dan ahli perniagaan Abdul Kayum Syed Ahmad, ditahan dan didakwa Jumaat lalu kerana terlibat dalam dua kesalahan rasuah.
Abdul Kayum mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan, iaitu menjadi orang tengah Note Printing Australia dan Securency di Malaysia, dikatakan memberi jaminan kepada kedua-dua firma itu dia mampu meyakinkan pegawai Malaysia untuk membeli teknologi wang polimer.
Beberapa pegawai kanan Securency dan bekas eksekutif dipercayai Note Printing Australia membuat bayaran kepada Abdul Kayum berkemungkinan digunakan untuk membayar rasuah. Dia menjadi ejen antara 2000 hingga 2007 sebelum dibuang kerja.
Dia diterima bekerja dan beberapa juta dolar dari Reserve Bank of Australia meningkatkan persoalan-persoalan tentang penyediaan selia yang disediakan Reserve Bank of Australia — yang melantik pengarah Securency dan Note Printing Australia.
Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia semalam enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

PAS Sokong Apa Saja Keputusan Penganjur BERSIH 2.0

SHAH ALAM 5 JULAI : Penganjur himpunan BERSIH 2.0 diberikan mandat untuk menilai tawaran Perdana Menteri Najib Razak agar himpunan rakyat itu diadakan didalam stadium, Sabtu ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata apa sahaja keputusan penganjur Gabungan Pilihan raya Bersih & Adil (BERSIH) bersabit tawaran itu akan dituruti, malah PAS tetap akan memberi sokongan di mana sahaja perhimpunan itu diadakan.

"Itu terserah kepada jawatankuasa Bersih untuk menentukan saranan Perdana Menteri itu."

Najib semalam dilaporkan membuat tawaran tersebut tatkala Yang di- Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengeluarkan titah agar himpunan aman itu harus dipertimbangkan semula agar tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Baginda juga bertitah agar kabinet Najib melaksanakan tugas yang diamanahkan rakyat dengan baik dan adil disamping mengelakkan kerajaan daripada terus dimusuhi rakyat negara ini.

Titah baginda disambut baik Mohamad Sabu. Beliau berkata kematangan berhujah baginda yang menegur kedua- dua belah pihak meredakan kemarahan rakyat terhadap jentera kerajaan pemerintah.

Mohamad Sabu juga berkata, melalui pemahamannya, titah Baginda Sultan lebih menjurus kepada golongan yang mahu menimbulkan kekacauan semasa perhimpunan itu berlangsung, seperti Perkasa dan Pemuda UMNO yang diwakili oleh Patriot.

Beliau turut mengulas mengenai keputusan PAS yang berhasrat mahu menghadap YDPA bagi memanjangkan aduan mengenai kezaliman polis terhadap beberapa tangkapan yang dilakukan berikutan menyokong perhimpunan ini.

"PAS akan menghadap Yang Dipertuan Agong, terutamanya untuk membuat aduan tentang kekejaman polis yang bekerja tidak mengikut undang-undang," katanya.

Untuk rekod, sejak majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu, lebih daripada 150 orang yang dikaitkan dengan Himpunan BERSIH 2.0 telah ditahan antaranya Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Micheal Jayakumar ditahan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969.TVS

Bersih 2.0 : Kehikporitan Umno Terselah Dalam isu titah DYMM Tuanku Mizan

Oleh periapahit

"Semalam, TV 3 suku sekali lagi memainkan berkaitan isu Perhimpunan BERSIH. Seperti biasa puak TV 3 suku akan mengambil bahagian yang memberi keuntungan kepada pihak kerajaan sahaja dari titah DYMM Tuanku Mirzan. Titah DYMM Tuanku Mirzan yang menyeru kerajaan agar melaksanakan segala amanah secara adil dan bijaksana kepada rakyat tidak ditekankan oleh TV 3 suku. Dengan muka selamba, IZWAN AZIR dan PANG CHIN PEI mengupas berita tersebut dengan penuh intonasi yang memualkan tekak.
Kemudian keluarlah puak-puak hipokrit membuat ulasan dimulai dengan PATRIOT yang kononnya mendukung kedaulatan raja-raja .
TPM “Mat Sembab” pula berkata bahawa mana-mana pihak yang tidak akur dengan titah baginda adalah menderhaka kepada baginda dan sesungguhnya kerajaan Malaysia dibawah pimpinan BN yang menderhaka kepada baginda kerana tidak berlaku secara adil dan bijaksana kepada rakyat seperti titah baginda.
Selepas itu, Dekan dari UKM pula bercakap hal ekonomi dan membuat perbandingan dengan Negara jiran seperti Indonesia dan Thailand. Demostrasi jalanan yang dilakukan di Indonesia dan Thailand menyebabkan Negara itu sukar untuk bangun dan menghadapi kerugian US3.5 billion. Tetapi pokok persoalannya, adakah Perhimpunan Bersih pada 9hb. Nanti merupakan demostrasi jalanan? Apakah jika perhimpunan selama 3 jam itu jika dapat dikawal selia oleh pasukan keselamatan boleh menyebabkan kerugian kepada Negara? Apakah tanpa demostrasi jalanan, Negara kita tiada kerugian berbilion-bilion ringgit? Apakah nilai Thai Bhat sekarang jauh lebih rendah dari Ringgit Malaysia hasil dari demostrasi jalanan? Adakah pengusaha-pengusaha minyak di Indonesia berebut-rebut menaikkan harga minyak atau menurunkan harga minyak dikala Negara Malaysia berebut-rebut menaikkan harga minyak dan barangan lain?
Hasil dari demostrasi jalananlah maka kerajaan Indonesia dan Thailand berlumba-lumba untuk memberi manfaat kepada rakyat. Hasil dari demostrasi jalananlah, Suruhanjaya Pilihanraya Thailand dan Indonesia lebih berani bertindak adil kepada semua parti.
Tetapi Perhimpunan Bersih bukanlah demostrasi jalanan. Seperti juga perhimpunan-perhimpunan lain, jika dikawal selia dengan baik berserta kerjasama dari pihak berkuasa, ianya akan berlangsung secara aman. Ini akan lebih memberi kebaikkan kepada semua pihak. Himpunan Bersih yang pada mulanya menyasar 300,000 penyertaan mungkin akan hanya mencapai angka 100,000 sahaja jika diizinkan oleh kerajaan. Tetapi dengan provokasi oleh pihak berkuasa dan kerajaan, mungkin lebih satu juta orang akan menghadirinya.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....