Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 4 September 2012

Polis tahan pelajar pijak gambar Najib

Difahamkam Polis hari ini telah menahan pelajar kolej yang disyaki memijak gambar Najib pada malam ambang Merdeka Khamis minggu lalu.

Menurut Polis,pelajar terbabit boleh disiasat mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana menimbulkan mudarat serta Seksyen 504 Kanun Keseksaan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan,selanjuynya DISINI.Bagus,kecekapan pihak Polis memang tidak boleh dipertikaikan...
Tapi bagaimana dengan tindakan biadab keatas pemimpin Pas ini.Adakah individu terbabit pernah ditahan dan disiasat?Seharusnya mereka juga mesti disiasat berdasarkan seksyen yang sama dengan pelajar kolej terbabit.

Yang pasti Polis dilihat begitu cekap menyiasat apabila ianya membabitkan pemimpin Umno,tapi lembab apabila membabitkan pemimpin PR.

Muhyiddin Mula Tonjol Kuasa Bagi ‘Cabar’ Najib

SHAH ALAM 4 SEPT : Kontroversi berhubung pindaan Seksyen 114A, Akta Keterangan memperlihatkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mula untuk menonjolkan kuasa bagi mencabar bosnya Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata kedua-dua pemimpin itu sebenarnya sedang menyembunyikan pergeseran bagi perebutan kuasa politik tertinggi negara.

Sebelum ini, Muhyiddin memanggil dua Timbalan Menteri, Datuk Saifuddin Abdullah dan Gan Ping Sieu masing-masing dari Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Belia Dan Sukan berhubung pendirian mereka yang tidak bersetuju dengan Seksyen 114A, Akta Keterangan itu.

Mesyuarat kabinet pada 15 Ogos, dipengerusikan oleh Muhyiddin ketika Perdana Menteri berada di luar negara. Kabinet yang dipengerusikan Muhyiddin memutuskan untuk menegur dua oarang Timbalan Menteri terlibat.

Ini bertentangan dengan keputusan Najib mesyuarat kabinet yang lalu di mana membatalkan keputusan awalnya untuk menegur mereka.

Lebih hangat apabila di negeri kelahiran Muhyiddin iaitu Johor, kini terdapat poster-poster bekas Menteri Besar itu yang menuntut beliau menjadi Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang akan datang.

“Dulu dilihat Mahathir dilihat bagai bergabung dengan Najib untuk menolak Pak Lah, kini Muhyiddin menggunakan perkara yang sama untuk barangkali menjatuhkan imej Najib,” jelas Mohamad Sabu ketika dihubungi.

Mohamad Sabu berkata, peluang untuk Muhyiddin menjadi Perdana Menteri semakin tipis jika Najib mendapat mandat sepenggal lagi dalam PRU yang akan datang.

Sementara itu, Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pergeseran antara Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri berlaku sejak sekian lama.

Malahan ujarnya, ia semakin meruncing tatkala Tun Dr Mahathir Mohammad menjadi Perdana Menteri dengan menyingkirkan timbalan-timbalannya yang dilihat memberikan ancaman politik.

“Begitu juga dalam kes (Tun)Abdullah Badawi, apabila keputusan pilihan raya 2008 menyebabkan sokongan terhadap Umno-BN semakin lemah dan merosot.

“Maka terdapat tindakan-tindakan politik yang dipelopori oleh Muhyiddin sendiri untuk mengusir dan mendesak Pak Lah meletakkan jawatan.

Lelaki Bersenjata Kerambit Dikesan Cuba Dekati Anwar

Sebahagian dari kira-kira 50 orang ahli Perkasa yang hadir di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong mencetuskan keadaan huru hara

PETALING JAYA 4 SEPT: Seorang lelaki yang membawa sebilah kerambit dalam saku jaketnya dikesan cuba memasuki ke dalam satu majlis ilmu di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong yang dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika kejadian tersebut, bekalan elektrik di masjid itu diputuskan oleh kumpulan yang didakwa ahli Pertubuhan Perkasa Peribumi (Perkasa).

Pada ketika itu, keadaan di perkarangan masjid itu agak huru-hara dengan kehadiran sekumpulan kira-kira 50 orang ahli Perkasa dengan mencetuskan keadaan huru-hara di kawasan rumah ibadat umat Islam itu.

Menurut saksi kejadian, Penyelaras Politik di Pejabat Ketua Umum PKR, Abd Rahman Yusof gerak-geri lelaki itu seolah-olah cuba mara ke dalam masjid untuk mendekati Anwar apabila bekalan elektrik masjid itu diputuskan oleh ahli pertubuhan ektrimis Melayu itu.

Bagaimanapun lelaki tersebut dipercayai tidak meneruskan niatnya untuk mendekati Anwar apabila lampu kecemasan di Masjid itu menyala secara automatik sebaik sahaja bekalan elektrik terputus.

“Saya perasan lelaki yang berdiri bersama ahli Perkasa lain di pintu masjid dengan membawa kerambit apabila hulu kerambit tersebut terkeluar dengan jelas dari poket sebelah atas jaket yang dipakainya.

“Lelaki itu juga sekali-sekala meletakkan tangannya di bahagian poket seolah-oleh bersedia untuk mengeluarkan kerambit itu dari poket bajunya,” kata beliau.

Video : PR jangka PRU13 pada November



KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat (PR) menjangkakan bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan November ini, kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali hari ini.

"Akhir-akhir ini semacam ada indikasi PRU akan diadakan pada tahun ini iaitu November," kata beliau.

Beliau yang mengambil kira angka 11 sebagai nombor 'pilihan' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pandangan ramai tentang nombor magik boleh diterima pakai tapi belum tentu dia bernasib baik ke tidak, angka 11 dia..." ujar Mustafa.

Beliau berkata demikian apabila merujuk kembali kepada pilihan raya umum pada November 1999.

"Kita pernah adakan pilihan raya pada November tapi Umno kalah teruk," kata Mustafa lagi.Namun demikian, beliau turut menjangkakan pilihan raya paling lewat pada tahun hadapan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat.SH

Antara Pijak Gambar Najib Dan Kencing Gambar Tok Guru Nik Aziz



Satu Malaysia kecoh. Semua menteri termasuk Prof UMNO komen cakap pembangkang pijak gambar DS Najib. Kalau orang BN buat takpa pula ye. Agak-agak keluar tak gambar 2 tu kat dalam TV.Yang pasti :

1) Aku mengutuk sesiapa yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

2) Aku juga mengutuk mereka yang telah kencing gambar Tuan Guru Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz.

Aku mengutuk semua lambang-lambang perbuatan rendah akhlak ini. Anda pula bagaimana? Adakah anda bersetuju akan perkara nombor 1 dan buat-buat tak tahu akan hal nombor 2 tersebut?

PKR persoal tindakan Perkasa


Wan Salleh (depan, tengah) tunjuk bukti penglibatan Perkasa dalam kekacauan itu, semalam

ALOR SETAR - PKR Kedah mempertikaikan peranan Perkasa, yang didakwa sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bebas politik berikutan pertubuhan itu sering mengganggu program anjuran Pakatan Rakyat (PR).

Pengerusinya, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, pihaknya mempersoal fungsi Perkasa ditubuhkan kerana sering membuat kekecohan pada majlis anjuran PKR.

“Sebelum ini, Perkasa mengganggu program Datuk Seri Anwar Ibrahim di Jalan Sentosa, kali ini di kawasan Masjid di Seberang Pumpong. Mereka perlu hentikan provokasi seperti itu,” katanya.

Menurutnya, serangan demi serangan yang disifatkan tidak wajar berlaku di negeri bawah pemerintahan PR, oleh Perkasa yang berselindung di sebalik sebuah NGO wajar diperjelaskan.

“PKR bersedia mengadakan dialog dengan Perkasa untuk masing-masing memahami perjuangan dan prinsip yang dibawa,” katanya.

Wan Salleh kesal kerana NGO itu hanya ‘menyerang’ PR, sebaliknya menyokong Barisan Nasional (BN) dan bimbang jika pertubuhan itu menjadi alat propaganda BN.SH

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....