Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 25 Jun 2010

Dr Asri Tak Muncul Serah Borang Umno

KUALA LUMPUR: Gembar-gembur bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin akan menyertai Umno tidak menjadi kenyataan apabila beliau tidak muncul pada majlis penyerahan borang keahlian malam ini.
Sebaliknya yang muncul pada majlis berkenaan, seramai 40 ulama muda menyerahkanborang keahlian kepada Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Dalam pada itu Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, Mohd Asri akan menyertai Umno pada fasa keduasedikit masa lagi.
"Penyertaan golongan ulama muda ini adalah secara berperingkat...insyaAllah Dr Asri akan termasuk dalam peringkat kedua tidak lama lagi.
"Kita harus ingat, dalam Umno ada dua kategori, yang pertama adalah ahli Umno seperti saya dan yang kedua ialah penyokong Umno... buat masa ini Dr Asri ada dalam kumpulan itu (penyokong)," katanya padasidang media di lobi Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.
Kesemua ulama muda itu akan didaftarkan menjadi ahli Umno Cawangan Dataran Merdeka.Selain itu, mengulas lanjut mengenai penyertaan golongan ulama itu, Shahidan berkata, kemasukan mereka ke dalam Umno bukan untuk mengancam mana-mana pihak.
"Kita beri peluang yang besar kepada mereka untuk sebarkan Islam sama ada kepada umat Islam sendiri mahupun kepada yang bukan Islam... mereka bukan untuk mengancam mana-mana pihak.
"Penyertaan mereka akan memberi impak yang besar kepada kepada umatIslam," katanya.

Mohd. Asri Dijangka Serah Borang Umno Kepada Najib malam ini ?

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang disebut-sebut akan menyertai Umno dijangka menyerahkan borang keahlian kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini.

Satu majlis ringkas penyerahan borang keahlian berkenaan akan diadakan sebelum bermulanya mesyuarat Majlis Tertinggi parti.

Spekulasi kemasukan Mohd. Asri ke dalam parti mendapat perhatian banyak pihak selepas Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abd. Rauf Yusof mengumumkan khabar gembira itu semasa merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Bukit Bintang Sabtu lalu.

Ramai percaya ulama muda itu tidak akan menyertai Umno kerana beliau seorang yang terkenal dengan sikapnya yang berpendirian tegas.

Memetik laman web rasmi parti, Umno Online, Ab Rauf yang juga Naib Ketua Bahagian Umno Bukit Bintang berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan Umno lebih segar, “dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia.”

Sejak itu, bekas mufti berkenaan mengambil sikap berdiam diri dan memberitahu akan mengadakan pertemuan dengan Abdul Raof.

Sebelum ini, timbul desas-desus bekas Mufti Perlis itu akan menyertai parti politik dalam masa terdekat.

Beliau telah beberapa kali dilihat menghadiri majlis rasmi Umno dan PAS bagaimanapun sehingga kini tokoh agama itu tidak pernah mengulas mengenai penyertaan beliau dalam mana-mana parti politik.Mstar

Khairy Tuduh Ibrahim Ali Jaguh Kampung



Pengecilan penawaran biasiswaKUALA LUMPUR, 25 Jun — Khairy Jamaluddin menyerang balas dengan menyifatkan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sebagai “ahli politik jaguh kampung” yang tiada hak sama sekali untuk mendesaknya berhenti sebagai wakil rakyat hanya kerana membela Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong.

“Dia (Ibrahim) ahli politik jaguh kampung dalam dunia globalisasi.

“Dia berada di era mana? Beliau menjadi halangan kepada (konsep) 1 Malaysia,” kata Ketua Pemuda Umno ini dalam mesej Twitter hari ini.

Menurut Khairy (gambar) mesej itu sebahagian daripada ulasan yang beliau berikan ketika ditemui pemberita di Kuala Kedah.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) berkata, Ibrahim tidak layak memintanya berhenti sebagai wakil rakyat kerana “beliau bukan merupakan pengundi kawasan Rembau atau (sekurang-kurangnya) ahli Umno.”

“Dia tiada hak untuk meminta saya berhenti,” kata Khairy yang merupakan Ahli Parlimen Rembau.

Ibrahim merupakan bekas ahli Umno.

Dalam kenyataannya semalam, Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas membidas Khairy dengan menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat atas alasan kepimpinannya telah “menggadaikan maruah bangsa” semata-mata kerana mempertahankan Ketua Pemuda MCA kelmarin.

Ibrahim mendakwa Ketua Pemuda Umno itu buat tidak faham maksud yang tersirat dalam kenyataan Wee minggu lalu ketika mempersoalkan “adakah biasiswa Mara akan dilakukan sepertimana biasiswa JPA.”

“Apalah Ahli Parlimen macam Khairy tak faham bila Ka Siong cakap berlapik. Mana dia faham makna yang tersurat dan tersirat’. Kalau macam itu baik berhenti jadi Ahli Parlimen, sama macam Ka Siong,” kata Ibrahim.

Ibrahim mendakwa tindakan Khairy yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) sanggup menggadaikan bangsa sendiri dalam isu tersebut.

Ibrahim mendakwa ini kali pertama Pergerakan Pemuda Umno menggadai maruah orang Melayu dan parti.

Malah semalam, Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan kenyataan Ibrahim sebagai tidak wajar.

Sambil turut menyifatkan desakan berkenaan tidak munasabah sama sekali, Reezal berkata, soal “menjual bangsa sendiri tidak timbul.”

“Ia kerana Khairy selaku Ketua Pemuda Umno merupakan antara Ahli Parlimen pertama membantah cadangan pengecilan penawaran biasiswa JPA untuk pelajar-pelajar Malaysia yang cemerlang melanjutkan pengajian mereka ke luar negara. ke luar negara tajaan JPA akan memberikan impak besar terhadap peluang pelajar Melayu dan Bumiputera terutamanya mereka yang benar-benar cemerlang bagi mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.TMI

Kalau Presiden PAS pengganas, sudah lama negara huru-hara

KUALA LUMPUR, 25 Jun: Kalau Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang seorang pengganas, maka sudah lama negara ini menjadi huru-hara, tegas Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi (gambar).
Baginya, jika Tuan Guru Abdul Hadi pengganas, sudah pasti ada kejadian membakar dan mengebom bangunan seperti yang berlaku di Indonesia dan Thailand.
Katanya, pengikut PAS dan penyokong Tuan Guru Abdul Hadi ada di mana-mana di Malaysia ini.
“Boleh dikatakan bukan setakat umat Islam, bahkan bukan Islam pun ramai yang menjadi penyokong beliau. Populariti beliau lebih daripada Perdana Menteri sendiri.
“Beliau dikenali di dunia Islam antarabangsa, walaupun beliau bukan Perdana Menteri. Ucapan dan tulisan beliau disukai oleh setiap lapisan masyarakat, ujarnya dalam satu kenyataan.
Jelasnya lagi, semua tulisan dan ucapan beliau tidak pernah menjuruskan ke arah keganasan.
Tegasnya, beliau tidak pernah meminta umat Islam Malaysia berperang dengan kerajaan Malaysia.

Doktrin keras Asri ‘pengaruhi’ aktiviti pelampau-Zamihan

Zamihan mempertahankan kewujudan amalan wahabi dengan pengaruh aktiviti kumpulan pengganas termasuk Jemaah Islamiah (JI). — Gambar Jack Ooi

KUALA LUMPUR, 25 Jun — Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Zamihan Mat Zin mempertahankan pendiriannya dengan berkata beliau tidak pernah mengaitkan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI), isu yang kembali diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Sehubungan itu, pegawai Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) ini berkata, beliau hanya menekankan bahawa pemikiran-pemikiran Asri boleh menjurus ke arah akiviti kumpulan pelampau dan keganasan jika tidak dikawal.
“Orang dalam tahanan sel (di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri) pernah memberitahu saya dia berminat sangat dengan pemikiran Dr Asri... bila dia ditangkap oleh polis, dia (suspek) ada CD, buku-buku Dr Asri, jadi barang kes.
“(Jika anda) tak percaya rujuk Bukit Aman... ada tangkapan, saya tak pasti yang mana satu, nak bukti boleh rujuk Bukit Aman.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....