Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Rabu, 19 Mei 2010

Tengku Muhammad Faris Bakal Dimasyhur Sebagai Sultan Kelantan?


PETALING JAYA: Desas-desus kuat mengatakan kemelut Istana Kelantan akan berakhir dalam masa terdekat dengan pertabalan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai sultan.
Bagaimanapun pihak Istana Kelantan sehingga kini mengambil pendekatan berdiam diri serta enggan mengulas lanjut berhubung khabar angin berkenaan.
Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, beliau tidak mengetahui mengenai desas-desus berkenaan.
Malah beliau turut menyatakan tidak layak untuk menjelaskan mengenai perkara berkenaan kerana hanya bertugas sebagai pegawai kerajaan.
"Saya tidak tahu (pertabalan sultan), saya tak layak komen tentang perkara ini... saya hanya pegawai sahaja," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mahkamah Tangguh Hukuman Penjara Bung Mokhtar


Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini membenarkan permohonan ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan ke atas dirinya.

Menurut hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad, penangguhan itu diluluskan sehingga rayuan didengar di Mahkamah Tinggi Syariah.Hakim juga memerintahkan ahli parlimen itu dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM1,000.

Mengikut Malaysiakini, Bung Moktar diarahkan memfailkan notis rayuan itu dalam masa 14 hari.

Peguamnya sebelum itu mengemukakan permohonan penangguhan memandangkan Bung Moktar berdepan dengan kemungkinan kehilangan kerja sekiranya dipenjarakan.TVS

Pengawal Istana Kelantan Ditembak Meninggal Dunia

Ahli keluarga Allahyarham Ramli Mohamad, 50, yang ditembak mati pada 1 Mei lepas, menunggu jenazahnya dibawa keluar dari Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Baharu, Kelantan, hari ini.Foto Bernama
KOTA BHARU 19 Mei - Pengawal Istana Kelantan Ramli Mohamad, 50, meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di Kota Bharu hari ini, 19 hari selepas menerima rawatan akibat ditembak oleh individu tidak dikenali.
Menurut seorang anggota keluarganya, Ramli meninggal dunia kira-kira pukul 3.30 pagi ini selepas berada dalam keadaan kritikal sejak semalam apabila organ utamanya dijangkiti kuman. "Arwah kini dibawa ke bilik mayat untuk urusan jenazah," katanya kepada Bernama.
Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berada di Hospital awal pagi ini bersama beberapa pegawai Istana untuk menziarahi jenazah Allahyarham.

Poligami: Bung dipenjara 1 bulan, Zizie didenda


KUALA LUMPUR, 19 Mei — Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini menjatuhkan hukuman penjara sebulan ke atas Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin kerana berkahwin tanpa kebenaran mahkamah, hujung tahun lepas.
Dalam pada itu, isterinya Zizie Izette Abdul Samad pula didenda RM1,000 atau penjara sebulan atas kesalahan yang sama.
Selain itu aktres tersebut juga dikenakan denda RM1,000 atau penjara enam bulan kerana bersubahat dalam kes Bung Moktar berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.
Hukuman ke atas mereka sepatutnya diumumkan semalam, tetapi ditangguhkan sehingga ke hari ini.
Semalam, Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad membuat keputusan itu setelah mendengar rayuan dan hujahan akhir pihak pendakwaan dan pembelaan.
Wan Mahyuddin juga menetapkan hari ini untuk keputusan kes dua abang dan adik Zizie Izette serta dua yang lain yang didakwa atas pertuduhan bersubahat dalam kes berpoligami itu.

Gambar : Tok Guru Nik Aziz Sembahyang Dalam Pondok Tepi Sawah


Sebagai seorang islam mana2 pun boleh sembahyang,tentunya bukan hanya di masjid.Janji solat 5 waktu yang menjadi kewajipan umat islam perlu ditunaikan tanpa mengira dimana kita Jajarkan ke Tengahberada.Contoh yang baik dan mungkin satu dakwah oleh Tok Guru Nik Aziz,beliau menunaikan solat dalam pondok tepi sawah apabila sampai waktunya.
Mungkin beliau tidak mahu melengah lengahkan solat sebagaimana dituntut agama islam. Terharu gak tengok walaupun dah 20 tahun jadi MB tapi sanggup lagi sembahyang kat pondok tepi sawah. Satu contoh kesederhanaan yang masih di kekalkan Tok Guru.Bagaimana dengan kita? tentunya akan cari Masjid yang agak selesa siap ngan kipas lagi,lewat pun takpe janji waktu belum habis lagi. Betul tak ? entahlah,tepuk dada tanya iman..salam

SALAM DARI AMBO TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....