Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 29 Disember 2009

Jangan Guna RM5 juta ‘Dana Rempit’ Untuk Kempen Umno!





KUALA TERENGGANU – Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu diberi ingatan supaya tidak menggunakan peruntukan kerajaan untuk membiayai kempen parti tersebut khususnya kepada golongan remaja dan belia.

Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, beliau bimbang dana RM30 juta yang diluluskan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini disalahgunakan oleh Umno.

“Dalam Persidangan Dewan secara keseluruhannya kerajaan memperuntukkan RM30 juta untuk menyelesaikan masalah remaja termasuk masalah ‘Mat Rempit’,

”hanya kita bimbang, takut, mereka mengambil kesempatan menggunakan program itu untuk kempen Umno, sebagaimana mereka telah menyalahgunakan Program-program Bakti Remaja dengan peruntukan (kerajaan) yang besar,

“(mereka) memeras pemikiran remaja (dan belia) hanya terhadap kepartian Umno, bukan mengubah minda mereka, hati mereka dan mengubah agama mereka (menjadi lebih baik), ”katanya ketika ditemui Bultinonline.

Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung juga bimbang peruntukan dana yang besar itu hanya diberikan kepada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu.

Beliau bimbang kerana menurutnya sehingga kini kerajaan belum menyatakan secara jelas, apakah bentuk program atau projek dan modul yang akan digunakan bagi menyelesaikan masalah gejala sosial di kalangan remaja.

”Projek (atau) program belum (dinyatkan) secara jelas (dan) modul (yang akan digunakan) sepatutnya mesti dinyatakan kepada semua wakil rakyat, supaya ia dapat dilihat dan dinilai pengisiannya,”ujarnya.

Selaku yang bertanggungjawab keatas perkembangan golongan terbabit, beliau akan meneliti apa yang akan dikemukakan oleh kerajaan negeri dan bersedia untuk memberikan saranan, demi kebaikan remaja dan belia.

”Saya dah beri asas-asas (perkara yang perlu diambil perhatian) dalam Persidangan DUN untuk diambil penilaian (dan perjalanan oleh kerajaan), jadi kita tengok dulu (bagaimana ia akan dilaksanakan),”jelasnya.BO

Hassan Shukri Tokoh Maal Hijrah 2009 Selangor





Mantan Senator, Hassan Shukri, 70, nyata tidak menduga sumbangannya dalam pendidikan Islam membolehkan beliau dinobatkan sebagai Tokoh Ma'al Hijrah 1431 Hijriah peringkat negeri Selangor

Beliau yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor berkata, sumbangannnya dalam bidang pendidikan Islam bermula dari Perak hinggalah ke Selangor.

Katanya, sikap kepeduliannya kepada masyarakat membuatkan beliau mudah didekati rakyat setempat sekaligus berpeluang menjalankan usaha dakwah ke seluruh Malaysia setelah menyertai PAS pada awal 1970-an.

"Ini adalah kerana peranan saya pada waktu itu banyak menumpukan kepada nak meningkatkan pendidikan dan juga sistem pelajaran di Sekolah-sekolah Rendah dan juga Menengah Agama Rakyat di seluruh negeri Perak. Di negeri Selangor saya juga banyak memberi perhatian terhadap perkembangan-perkembangan yang ada kaitan dengan masyarakat," Hassan berkata demikian kepada Tv Selangor yang ditemui di kediamannya di Taman Melewar, Batu Caves semalam.

Katanya, anugerah itu menjadi motivasi kepadanya untuk terus memperjuangkan dakwah Islam selain memperkukuhkan PAS sebagai sebuah parti bertunjangkan Islam sebagaimana yang ditunjukkan dalam peristiwa hijrah Rasulullah.

"Saya tidaklah pernah bahawa sesungguhnya kerja-kerja saya itu akan dinilai, akan dianugerah dan sebagainya. Tetapi nampaknya saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Negeri Selangor dan juga Majlis Agama Islam Negeri Selangor serta Kerajaan Negeri Selangor yang telah memilih saya untuk dianugerahkan sebagai Tokoh Ma'al Hijrah negeri Selangor bagi tahun 1431 Hijriah," katanya.

Beliau yang memulakan kerjaya guru di Madrasah Yahyawiyyah, Perak pada 1958 ini menambah, kepercayaan yang diberikan tidak akan dipersiakan malah bersedia menyumbangkan pemikiran kepada usaha memperkukuhkan akidah dan keyakinan umat Islam di negara ini.

"Insya Allah saya akan memberikan sumbangan setakat mana yang boleh untuk meningkatkan lagi pemikiran ataupun pandangan umat Islam dan juga memperkukuhkan akidah dan keyakinan umat Islam di negara kita ini supaya mereka sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam dan berusaha untuk melaksanakan syariat Islam itu dalam semua aspek kehidupan," katanya.Greenboc

Setiausaha Akhbar Dan Setiausaha Politik Nik Aziz Letak Jawatan

Annual Bakhri Haron


KOTA BAHARU: Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengesahkan setiausaha politiknya, Annual Bakhri Haron dan setiausaha akhbar beliau, Mohd Saiba Yaakub, telah meletakkan jawatan kerana masing-masing tamat tempoh kontrak dan bukannya kerana diberhentikanatas sebab tertentu ekoran kemelut politik dalaman Pas sejak kebelakangan ini.

Menurutnya kedua-dua jawatan itu adalah jawatan politik dan boleh diganti bila-bila masa dengan orang lain apabila sampai tempohnya.

"Saya boleh mengesahkan Annual Bakhri sudahpun menyerahkan surat peletakan jawatannya dan saya baru menerima pagi ini, begitu juga dengan Saiba," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz juga berkata Pas Kelantan akan meneruskan amalan mengambil calon luar Kelantan untuk bertanding pada pilihan akan datang.

"Pas Kelantan masih memerlukan khidmat calon luar Kelantan bagi mengisi keperluan di negeri di samping mereka yang tiada tempat di negeri mereka," katanya.

Nik Aziz berkata kenyataannya sebelum ini bahawa Pas Kelantan akan mengkaji keperluan mengambil calon luar untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang adalah sebagai mengambil "jalan tengah" untuk menghormati kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi.

Dalam sidang akhbar yang sama, Mohamad Daud menafikan beliau pernah menyarankan supaya calon Pas bagi pilihan kecil akan datang terdiri daripada anak tempatan.

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu kepada mana-mana wartawan, sama ada secara telefon atau menemui saya," katanya. -BERNAMA

Pemandu Bas Sani Express Dituduh Memandu Secara Semberono


IPOH: Pemandu bas Sani Express, Mohd. Kamil Mohd. Rashid, 37, hari ini dituduh memandu secara berbahaya di Mahkamah Majistret di sini sehingga mengakibatkan kematian 10 penumpang dalam kemalangan ngeri dekat sini Jumaat lepas.

Terdahulu pagi tadi, polis melanjutkan tempoh raman pemandu itu sehingga lusa.

Bas dua tingkat itu dikatakan terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Projek Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara tidak jauh dari Plaza Tol Ipoh Selatan dekat sini.

Kesemua mangsa merupakan penumpang yang duduk di bahagian bawah yang bertolak dari Klang menuju Kangar pada 9 malam Jumaat lalu.

Ketua Trafik Ipoh, Timbalan Supritendan Mohd Rodzi Rajab memberitahu pada Sabtu lalu bahawa Mohd Kamil mengaku terlelap sejurus sebelum kemalangan berkenaan.

”Pemandu terbabit telah berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah dan merancang menukar giliran dengan rakannya di R&R Sungai Perak,” katanya sambil memberitahu bahawa ujian dadah dan alkohol pemandu tersebut negatif.Mstar

Wanita dakwa sudah 2 tahun jadi Isteri kedua Sultan Kelantan




PETALING JAYA (Dec 28, 2009) :
Berita membabitkan Kerabat Raja Kelantan sekali lagi dicatat dalam dairi 2009.Kalau sebelum ini kes Monohara & Tengku Temenggung, tetapi kali ini seorang wanita mendakwa menjadi madu Sultan Sultan Kelantan itu Ismail Petra dikatakan yang dia telah dicegah daripada melawat suaminya yang telah dimasukkan wad di Mount Elizabeth Hospital di Singapura sejak 14 Mei.

Dalam kenyataan bertandatangan difakskan untuk Pemberita, Elia Suhana Ahmad berkata dia dan Sultan itu telah berkahwin pada 23 Dis 2007 dalam kehadiran keluarga itu dan pegawai-pegawai istana, tetapi benda-benda telah disimpan dirahsiakan untuk sebab-sebab peribadi.

Gambar foto perkahwinannya, e nikah kad dan dokumen-dokumen daripada jabatan agama diemel kepada theSun bagi membuktikan perkahwinan mereka.

Panggilan telefon untuk ke satu nombor telefon bimbit diberi dalam kenyataan telah dijawab oleh seorang lelaki yang mendakwa menjadi jurucakapnya tetapi yang enggan untuk mendedahkan namanya. Katanya Elia Suhana sekarang berada diluar negara dan akan kembali dalam satu atau dua harilagi.

Beberapa jurugambar pergi untuk alamat itu diberi dalam laporan tetapi gagal untuk bertemu dia.

Kenyataannya dikeluarkan sebagai jawapan kepada laporan dalam Malay Mail pada 21 Disember bertajuk "Police Ruckus In Royal Ward" yang mana berkata polis istana telah membantu mendapat aksesnya untuk Sultan.

Elia Suhana mendakwa yang isteri Sultan, Pengawal-pengawal peribadi Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid telah mencegah dia daripada melawat Sultan.

Laporan berita itu berkata pengawal-pengawal diraja menlaporankan dua wanita yang tidak dikenali" cuba mencerobohi wd diraja padam awal pagi 8 Okt lalu.

Menjelaskan apa yang telah terjadi, Elia Suhana menyatakan: “Pembantu peribadi saya dan saya pergi ke melawat Sultan pada awal pagi itu ditemani oleh pegawai polis istana.

“Laporan polis itu dikemukakan oleh pengawal peribadi Sultanah atas arahan Tengku Temenggong Tengku Muhammad Fakhry menyatakan yang polis itu telah membawa masuk dua orang yang tidak dikenali wanita ke dalam wad betul-betul tidak benar,” beliau berkata.

“Sultan Kelantan umumnya mengetahui kewujudan saya, yang saya tidak mempunyai niat jahat menentang Sultan dan bahawa saya juga belum pernah tidak mematuhi arahan pegawai istana,” Elia berkata.SUMBER

Umno Yang Perlu Keluar BN-Tok Guru Nik Aziz


KUALA LUMPUR, 29 Dis: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kelmarin meminta Umno keluar dari BN dan bersama-sama PAS dalam Pakatan Rakyat sekiranya jujur dan benar-benar mahu memperjuangkan hak rakyat.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian sebagai mengulas aksi sekumpulan pemuda mendesak PAS Selangor supaya keluar dari Pakatan Rakyat negeri Ahad lalu.

Jelasnya, mereka yang terbabit dipercayai sebagai ahli atau penyokong Umno.

"Kalau Umno boleh minta PAS keluar daripada Pakatan (Rakyat), maka saya minta daripada Umno (supaya) keluar dari BN untuk bersama dengan PAS," jelas Nik Aziz seperti yang dilaporkan suatu akhbar tempatan.

Beliau berkta, teknik menjadi dalang mengganggu PAS tersebut merupakan amalan kebiasaan Umno sejak PAS mula memerintah Kelantan dua dekad lalu lagi.

"Didalangi itu, perkara biasa bagi golongan sekular ini (Umno)," jelasnya.

"Sebenarnya orang PAS ini dah masak dah (menjadi dalang Umno)...sejak tahun 1991 lagi, macam-macam perkara dibuat."

Ujarnya, Umno diminta menggugurkan dasar kebangsaan dan bersedia menerima Islam sebagai dasar parti, sekiranya jujur mahu bersama-sama perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Tambahnya lagi, Umno juga seharusnya bersedia menerima parti-parti komponen Pakatan Rakyat yang lain kerana PAS sekarang komited bersama-sama Pakatan Rakyat demi menumbangkan kerajaan yang zalim secara demokratik.

Beliau yang sebelum ini disebut-sebut sebagai 'Pemimpin Spiritual' dalam Pakatan Rakyat turut berpandangan Pakatan Rakyat lebih memenuhi semangat 1Malaysia, berbanding BN.

"Ia (Pakatan Rakyat) lebih bersemangat 1Malaysia daripada apa yang ada (BN) sekarang ini," sinisnya.Hrkh

Husam ‘bangkit’, mahu PAS utamakan kerajaan dari keluarga?

Husam (kiri) mengingatkan kepada zaman PAS digelar “Parti Asri Sekeluarga”.

KUALA LUMPUR, Dis 29 — Di tengah-tengah kontroversi yang melanda keluarga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, salah seorang Exco kanan beliau muncul dengan kenyataan “pedas” bahawa konsep berkerajaan yang baik ialah pengasingan antara urusan keluarga dan urusan negara.

Husam berkata pengasingan itu mestilah dilaksanakan bukan sahaja dari segi undang-undang, tetapi juga dari segi moral.

“Dihimpit antara kritikalnya kedudukan negara dan sedikit sebanyak gangguan dalaman yang wujud, peliharalah integriti pemimpin-pemimpin kita dengan anggota keluarga tidak merasa diri mereka adalah ‘stakeholder’ yang lebih penting dari pihak yang dipilih oleh rakyat secara yang sah,” kata beliau dalam blognya.

Pandangan itu tidak merujuk keluarga Nik Aziz secara langsung tetapi disiarkan ketika Nik Aziz dikatakan sedang membuat rombakan pentadbiran Pejabat Menteri, yang dipercayai akan diumumkan hari ini.

Pandangan itu juga diluahkan ketika dua anak Nik Aziz iaitu Nik Amalina dan Nik Abduh menulis dalam blog masing-masing baru-baru ini mendakwa ada pihak dalam parti dan kerajaan yang memberikan nasihat tidak betul kepada Mursyidul Am PAS itu sehingga menyebabkannya membuat beberapa keputusan salah.

Salah satu isu yang dihadapi oleh Nik Aziz ialah kedudukan menantu Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Beliau yang merupakan suami Nik Amalina akan meninggalkan agensi ini Mac depan.

Dengan mengemukakan sejarah Nabi Muhammad, Husam mengakui wujudnya keadaan-keadaan di mana anggota keluarga memberikan pandangan atau diminta pandangan dalam pelbagai isu.

“Namun, keputusan akhir adalah di tangan Rasulullah dan isu-isu itu pula bukan berbentuk keuntungan kewangan atau percaturan politik keluarga tetapi lebih kepada kepentingan umum,” kata beliau yang juga ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan ini menjelaskan, apabila sampai kepada isu keuntungan kewangan, kedaulatan undang-undang dan isu pemerintahan yang lain, Rasulullah mengambil sikap menjunjung prinsip pemisahan itu mengatasi hubungan kekeluargaan.

“Baginda sampai berkata, kalau anaknya sendiri didapai melakukan jenayah, hukuman sepatutnya akan dikenakan dan ia akan dilakukukan oleh baginda sendiri,” kata anak didikan Nik Aziz ini.

Husam menambah batas sedemikian perlu dipelihara ketika masyarakat sedang menanti kebangkitan yang padu tanpa kecelaruan sedangkan kecelaruan tersebut boleh dielakkan.

Husam juga mengingatkan tentang keperitan yang pernah diharungi oleh PAS akibat tuduhan kronisme ketika parti itu diterajui oleh Allahyarham Tan Sri Mohd Asri Muda.

“Satu masa dulu pernah digelar Parti Asri Sekeluarga — kerana pemegang beberapa jawatan tinggi ada kaitan keluarga dengan Presiden PAS waktu itu, Datuk Asri.

“Serangan sedemikian ketika PAS berdepan dengan krisis politik pada waktu itu, merugikan PAS dan menjadi modal lawan yang berkesan sekali,” katanya.

Beliau juga mengemukakan kemelut yang dihadapi oleh dua bekas Perdana Menteri akibat tuduhan kronisme.

“Antara isu yang sukar ditepis oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) ialah penglibatan anak-anaknya dalam perniagaan. Isu ‘bailout’ syarikat kapal Mirzan oleh Petronas kekal dibangkitkan sampai ke hari ini.

“Anaknya yang lain, Mokhzani akhirnya membuat pengumuman berundur dari dunia korporat apabila menjadi sasaran serangan dan digunakan sebagai bukti amalan kronisme Mahathir sekitar awal 1990an,” katanya.

Tun Abdullah Ahmad Badawi juga sangat popular sebelum isu anak dan menantunya muncul dalam kehidupan politik beliau, kata Husam.

“Beliau berjaya membawa Umno dan Barisan Nasional (BN) menang paling besar dalam sejarah politik negara pada tahun 2004.

“Selepas riak dan alpa dengan kemenangan besar itulah, isu penglibatan perniagaan syarikat anaknya, Scomi mula menikam politik beliau.

“Ditambah dengan penglibatan ekonomi dan politik (menantunya) Khairy Jamaluddin, Abdullah akhirnya kecundang dalam masa yang sangat singkat,” kata beliau sambil mengingatkan bahawa politik Malaysia memandang serong politik keluarga sedemikian.TMI

Bajet Besar, Rakyat Terengganu Masih Miskin





Batu Enam, KUALA NERUS
– Bajet besar yang dibentangkan oleh kerajaan negeri Terengganu baru-baru ini membimbangkan,
kerana jumlah hampir sama dibentangkan pada tahun lalu gagal membawa sebarang perubahan yang ketara kepada kehidupan rakyat.

”Kerajaan negeri telah membentangkan bajet tahun 2010 yang begitu besar, hampir RM2000 juta iaitu RM1.881 bilion, suatu penambahan dari bajet tahun lepas,


”tapi sebenarnya kalau di campurkan dengan bajet tambahan pada tahun 2009, ia melebihi RM2 bilion,

“dan saya menjangkakan kemungkinan tahun hadapan akan dibentangkan bajet tambahan juga”kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal Dr. Alias Razak.

Namun begitu, menurutnya, hanya 8% yang berjumlah RM162 juta sahaja dari keseluruhan bajet itu adalah hasil yang dapat dikutip oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional.

Manakala bakinya, kata beliau, adalah datang dari Dana Khas Kerajaan Persekutuan, daripada duit royalti petroleum.

Oleh itu, katanya, sekiranya tiada Dana Khas, kerajaan Umno/BN tidak akan mampu walaupun untuk membayar gaji Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

”RM162 juta sahaja yang dia (Umno/BN) dapat cari, kita (kerajaan PAS Terengganu) RM300 juta, siapa yang pandai memerintah? Siapa pandai cari duit?,

”Kalau (Perdana Menteri Dato’ Seri ) Najib tak bagi duit, (Menteri Besar Dato’) Ahmad Said tak boleh buat apa, nak bayar gaji JKKK pun tak boleh,”jelasnya ketika berucap dalam Majlis Penerangan disini semalam.

Beliau yang juga Naib Yang DiPertua PAS Kuala Nerus berkata, disebalik pembentangan bajet yang besar pada tahun lalu, negeri Terengganu masih merupakan negeri termiskin di Semenanjung dan ketiga termiskin di Malaysia.

Menurutnya, fakta tersebut adalah berdasarkan program E-Kasih yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan dan senarai bantuan hari raya yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.BO

Tok Guru Nik Aziz umum rombakan Pejabat MB esok?


PETALING JAYA, Dis 28 – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangaka mengumumkan rombakan Pejabat Mentri Besar Kelantan esok membabitkan dua pegawai kanannya.

The Malaysian Insider difahamkan notis menggugurkan setiausaha akhbar dan setiausaha politik beliau sudah dikeluarkan hari ini. Ia dijangka akan diketahui secara rasmi apabila Dewan Harian Perhubungan PAS, yang akan dipengerusikan oleh Nik Aziz, mengadakan mesyuaratnya esok.

Semalam, setiausaha politik Nik Aziz, Anual Bakhri Haron dan setiausaha akhbar Mohd Saiba Yaakub ketika dihubungi The Malaysian Insider menafikan pihaknya ada menerima makluman berkaitan perubahan kedudukan mereka.

Laporan-laporan blog semalam menyebut mereka akan digantikan mulai Jumaat ini. Bagaimanapun notis penggantian mereka akan berkuat kuasa awal Februari, kata sumber.

Dalam pada itu, Setiausaha PAS Kelantan Mohd Zaki Ibrahim ketika dihubungi memberitahu beliau ada mendengar perkara tersebut tetapi tidak “melihatnya secara hitam putih.”

“Kalau benar, kemungkinan Tok Guru akan mengumumkan apabila diadakan mesyuarat Dewan Harian, yang kita adakan setiap Selasa,” katanya.

Bagaimanapun Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Kelaboran ini menambah, jika tindakan itu menjadi kenyataan ia merupakan perkara biasa.

“Bukan sesuatu yang luar biasa. Selaku Mentri Besar, Tok Guru ada bidang kuasa untuk menukar dan menggantikan pegawai-pegawainya... bukan sesuatu yang pelik,” kata beliau lagi.

Mentri Besar Kelantan disebut-sebut akan membuat rombakan pentadbiran kerajaan negeri untuk mengharungi cabaran tahun 2010 ekoran beberapa isu kontroversi sejak kebelakangan ini.

Keputusan menggugurkan beliau dikaitkan dengan perkembangan pentadbiran negeri itu termasuk isu menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang didesak melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Mentri Besar Kelantan (PMBK).

Ariffahmi akan meninggalkan PMBK Mac depan.

Laporan blog juga mendakwa keputusan menggantikan Anual berkait dengan hubungan beliau dengan Exco Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa.

Bagaimanapun kebenaran itu menjadi tanda tanya memandangkan Husam juga mempunyai hubungan rapat dengan Nik Aziz.

Anual pernah didakwa oleh anak Nik Aziz sebagai antara pegawai yang memberikan nasihat yang salah kepada Mursyidul Am PAS itu dan cuba melaga-lagakan beliau dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....