Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Ahad, 2 Januari 2011

Bekas Naib Presiden PKR Keluar Parti

KUALA LUMPUR, 2 Jan — Bekas naib presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang bulan lalu mengumumkan pembentukan satu pergerakan dikenali Barisan Bersatu Borneo (UBF) telah memutuskan untuk keluar parti itu.
Beliau akan membuat pengumuman rasmi bersama sekumpulan pengikutnya pada satu sidang media di Kota Kinabalu, Khamis ini.
“Ya (saya akan keluar). Apabila saya memutuskan untuk keluar parti, saya akan membuat pengumuman rasmi... sidang akhbar Khamis, ramai lagi (akan keluar),” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Bagaimanapun Kitingan tidak menyebut bilangan dan siapa yang akan mengikut beliau.
“Ada banyak perkara yang hendak diumumkan pada Khamis ini,” kata beliau ringkas.
Beliau tidak bertanding pada pemilihan pusat PKR yang baru berlalu.
Sumber mengatakan beliau sudah pun memaklumkan presiden dan setiausaha agung PKR mengenai keputusannya.
Pertengahan bulan lalu beliau mengumumkan penubuhan UBF sebagai satu platform untuk memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak.
Katanya, agenda UBF termasuk mendapatkan kesamarataan dalam formula perkongsian dan perwakilan di peringkat persekutuan.
Dalam pada itu Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi berkata beliau menerima apa-apa maklumat mengenai keputusan pemimpin Sabah itu.
“Saya tidak dengar apa-apa lagi, saya tidak terima apa-apa lagi,” kata beliau lagi.
Ramai meramalkan beliau akan keluar PKR bulan lalu ketika memanggil sidang media untuk mengumumkan barisan tersebut.

Isu SUK: Pakatan mungkin hilang sokongan Melayu ??

KUALA LUMPUR, 2 Jan — Datuk Seri Nizar Jamaluddin(gambar) mengingatkan kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat kemungkinan berhadapan dengan risiko kehilangan populariti di kalangan orang Melayu dan akan didakwa menderhaka raja ekoran pendirian dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Nizar yang kehilangan jawatan menteri besar Perak dua tahun lalu berkata, Umno akan mendakwa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim tidak menghormati peranan Sultan ekoran pendirian enggan menerima pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai ketua pegawai perkhidmatan awam negeri, yang dilaporkan telah mendapat perkenan istana.
“Disebabkan mereka mengawal media, mereka akan menggunakan isu ini untuk mendakwa Khalid menderhaka terhadap Sultan seperti yang berlaku ke atas saya di Perak. Bagi orang Melayu ini perkara serius,” kata Nizar kepada The Malaysian Insider.
“Sebab itu, mereka terus-menerus mengatakan Sultan sudah memberi perkenan kepada pelantikan,” katanya.
Nizar kehilangan jawatan menteri besar awal 2009 selepas Sultan Perak enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri ekoran tindakan tiga wakil rakyat Pakatan Rakyat keluar parti.
Beliau kemudian didakwa menderhaka Sultan selepas meminta agar DUN dibubarkan bagi mengadakan pilihan raya negeri yang baru.
Nizar yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat berkata, di sebalik usaha sepatutnya untuk memperkukuhkan sokongn tradisi Pakatan Rakyat, kehadiran Khusrin akan menjejaskan lagi usaha-usaha pentadbiran kerajaan negeri.
“Ini akan menjadi sesuatu yang sukar bagi Khalid,” katanya.
“Khusrin dilihat sebagai calon terbaik untuk mencabar Menteri Besar,” kata beliau sambil menambah, Umno-BN akan menggunakan isu itu untuk melancarkan kempen terhadap Pakatan Rakyat Selangor kononnya menentang institusi diraja negeri itu.
Khusrin sebagai ketua Jabatan Agama Islam Negeri sebelum ini juga dilihat menentang pentadbiran kerajaan negeri dalam beberapa siri isu.
Pelantikan kontroversi Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat menuju krisis perlembagaan jika istiadat mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor, yang dijadual akan berlangsung 6 Januari ini, diteruskan.

Khairy Sah Tidak Pertahan Kerusi Rembau

PETALING JAYA: Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengesahkan spekulasi bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada pilihan raya umum akan datang.

Apabila diminta mengesahkan spekulasi mengenai keputusannya untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13, beliau menjawab 'ya' menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Terdahulu, Khairy mencetuskan kekecohan di Twitter apabila mengumumkan keputusannya untuk berehat daripada bidang politik.

"Hope to help win more youth support for BN (Barisan Nasional) in 2011 & work hard preparing for elections. Then I’m taking a break from politics. Can’t wait".

(Harap dapat bantu raih sokongan belia untuk BN pada 2011 dan bekerja keras untuk menghadapi pilihan raya. Kemudian saya hendak berehat dari politik. Tidak sabar) katanya menerusi Twitter pada Sabtu.

Kenyataan tersebut mendapat respon hebat daripada para pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada Ahli Parlimen Rembau itu tidak akan mempertahankan kedudukannya kelak.

"I would like to ‘stand down’ as they say in the UK. A couple of things I’d like to do before it gets too late".

(Saya ingin 'menarik diri' seperti perumpamaan di United Kingdom. Beberapa perkara mahu saya lakukan sebelum terlambat) jawab Khairy sebagai respon kepada seseorang yang bertanya maksud beliau tentang 'berehat'.

Bagaimanapun, apabila disoal mengenai tempoh 'rehatnya' dari politik, beliau menjawab: "Belum tahu. Tak pasti apa yang akan saya lakukan. Beberapa perkara saya mahu lakukan seperti menyambung pelajaran."

Khairy sebelum ini pernah menyebut tentang kemungkinan untuk tidak mempertahankan kerusi parlimen Rembau menerusi satu temu bual bersama portal berita pada Julai lalu.

Ketika itu, beliau memperjelaskan kenyataannya pada sehari sebelum, yang mengatakan dia hanya mempertimbangkan kemungkinan tersebut dan belum lagi membuat keputusan berhubung perkara itu.Mstar

PRK Tenang : SPR Diminta Bertindak Adil

LABIS - Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) diminta bersikap adil dan mengambil tindakan kepada parti Umno dan Barisan Nasional (BN) yang telah pun melanggar arahannya supaya tidak berkempen di luar waktu.

Ketua Penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman mendedahkan beliau telah menerima aduan daripada penduduk Felda setempat bahawa Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan telah pun masuk ke kawasan Felda untuk berkempen.

"Saya telah menerima aduan, (Datuk) Ahmad Maslan (Ketua Penerangan Umno) telah masuk berkempen dalam kawasan Felda, saya baru menerima SMS, esok beliau akan berkempen di Felda Tenang,"kata Mazlan dalam Majlis Pelancaran Gerakkerja PAS dekat sini semalam.

Program yang dianjurkan oleh Badan Perhubungan PAS Johor semalam adalah secara rasminya meruapakan acara sulung 'pemanas badan' bagi jentera PAS bagi menghadapi pilihanraya kecil N.05 Tenang.

Lebih 3,000 orang hadir dalam Majlis tersebut, yang disempurnakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Turut berucap dalam Majlis itu adalah Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa, Pengarah Jentera PAS bagi PRK Tenang yang juga Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob, Bendahari Dr Mohd Hatta Ramli serta wakil-wakil parti-parti dalam Pakatan Rakyat.BO

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....