Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 10 April 2014

Penculik tuntut tebusan RM36.4 juta dari pelancong China

  Gao Hua Yuan

Penculik menuntut wang tebusan sebanyak ₱500 juta atau RM36.4 juta untuk membebaskan pelancong China yang diculik dari sebuah resort di Semporna minggu lalu, The Star melaporkan hari ini.Memetik kata Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Akhbar itu melaporkan Malaysia menghantar satu pasukan untuk berbincang perkembangan terkini dengan “orang tengah” yang terlibat dalam perundingan membebaskan tawanan ini."Kami menerima nota penculik menuntut ₱500 juta atau RM36.4 juta wang tebusan.

"Kami menghantar satu pasukan untuk berunding dengan mereka yang dinamakan sebagai orang tengah," kata Ahmad Zahid, sambil menambah tidak ada tuntutan untuk tebusan Filipina.
Pada 2 April lepas, pelancong China, Gao Hua Yuan, 29, dan pekerja Filipina Marcy Darawan, 40, diculik dari Singgahmata Reef Resort dekat Semporna oleh tujuh ahli kumpulan bersenjata yang dikaitkan dengan kumpulan militan Abu Sayaf.TMI

Sidang Parlimen : Azmin Dan Hanipa Diarah Keluar Dewan

 Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali diperintahkan keluar dewan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika sidang Dewan Rakyat pagi ini.

Azmin diperintah keluar dewan setelah berulang kali meminta penjelasan Pandikar mengapa usul mencela tiga Hakim Mahkamah Rayuan dalam kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak disegerakan untuk dibahas.

Azmin, ketika memohon penjelasan berhubung keputusan speaker berkaitan usul tersebut, berkata biarpun mengakui usul berkaitan urusan kerajaan perlu disegerakan, usul beliau sewajarnya diberikan keutamaan selepas setiap usul kerajaan selesai dibahaskan.

"Jika dilihat pada Aturan Urusan Mesyuarat, usul berkaitan kerajaan berakhir pada nombor enam. Mengapa usul saya yang disokong 63 anggota parlimen lain tidak diletakkan di nombor tujuh agar ia boleh disegerakan?

“Mengapa usul dari Putatan yang bersendirian boleh diletakkan pada nombor itu?" soal beliau berulang-kali sehingga menimbulkan ketegangan ke atas speaker dan ahli dewan yang lain.

Sementara itu, Pandikar menyarankan Azmin agar berunding dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim untuk membolehkan usul yang dibawanya dapat disegerakan dan dibahaskan.

Bagaimanapun, Azmin meminta penjelasan Pandikar sama ada Shahidan mempunyai kuasa untuk membolehkan usul tersebut dibahaskan dengan segera, namun Pandikar kemudiannya mengeluarkan arahan untuk Azmin keluar dewan.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....