Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 14 Februari 2012

Lagenda Bolasepak Negara Sertai Pas

Abdullah Ali menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU, 14 Feb: Lagenda bola sepak negara, Abdullah Ali, 57, hari ini menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada majlis ringkas di sini sebentar tadi.

Anak kelahiran Bukit Payong, Kuala Terengganu itu hari ini mengisytiharkan secara rasmi untuk menyertai PAS memandangkan parti itu satu-satunya yang memperjuangkan Islam.

Hadir pada majlis itu, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Timbalan Setiausaha Agung PAS Pusat, Datuk Takiyuddin Hassan di JKR 10. Pemimpin PAS Terengganu yang turut hadir meraikan penyertaan Abdullah itu ialah timbalan-timbalan pesuruhjaya, Muhyiddin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak, bendahari dan ketua penerangan, M Shukrimun Shamsudin dan Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Selain Abdullah, turut menyerahkan borang keahlian lagenda bola sepak Kelantan yang juga pemain Olimpik 1972, Salleh Ibrahim dan Kamarudin Abdullah yang juga pemain kebangsaan.Abdullah yang juga bekas Pewngurus Petronas (Dagangan), berkata dengan rasuah, ketidakdilan yang berlaku dan kerajaan yang dipimpin Umno dan BN tidak ada sebab untuknya menyertai parti itu.

Rumah Ketua AMK Rembau Diserbu

SHAH ALAM, 14 FEB : Ketua AMK Rembau, Sani Md Shah menggesa pihak yang menyamar di sebalik akaun twitter AMK Rembau yang selama ini sudah menimbulkan pelbagai masalah kepada pimpinan AMK Rembau agar tampil segera berhubung dengan beliau.

Gesaan ini dilakukan Sani berikutan serbuan yang dilakukan pihak polis ke rumah beliau di Senawang selain merampas komputer riba miliknya semalam.

Serbuan polis itu dipercayai berhubunng siasatan kes akaun twitter @AMK_Rembau yang didakwa menghina institusi raja.

"Boleh hubungi saya melalui email atau telefon. Jika tidak saya 'terpaksa' menyerahkan semua bukti dan maklumat berkaitan kamu kepada polis dengan membuat laporan polis 'semula' mengenai kes ini.

"Ketika kita perlu fokus berdepan Umno-BN dalam PRU yang semakin dekat kenapa perlu ada perangai busuk seperti ini?" soal Sani kembali.

Selain itu, Sani turut mempersoalkan tindakan pihak polis yang disifatkan tidak tahu menjalankan tugas.

"Saya terangkan mengenai twitter tersebut dan sedia tunjukkan beberapa bukti yang kaitkan beberapa suspek, malangnya ASP tersebut seperti tidak tahu langsung bagaimana twitter beroperasi.

"Polis dalam hal ini menunjukkan sikap berat sebelah, rasanya terlalu banyak laporan juga dibuat ke atas blogger - blogger atau 'cybertroopers' Umno namun semuanya kelihatan kebal dari tindakan," ujar Sani kecewa.TVS

Beberapa orang bekas PEGAWAI KANAN kerajaan SERTAI PAS di MELAKA


Beberapa orang bekas pegawai kanan kerajaan akan menyertai PAS secara rasmi pada 18 Februari nanti sempena lawatan Tuan Guru Presiden PAS dan Ketua Penerangan PAS Pusat ke Melaka. Mereka akan menyerahkan borang menyertai PAS pada sebelah malam iaitu pada majlis ceramah perdana Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man di Permatang Pasir, Dun Telok Mas.

Setakat ini mereka telah mengesahkan akan menyerahkan sendiri borang tersebut kepada Tuan Guru. Kemasukan bekas-bekas Pegawai Kanan Kerajaan ini memberikan tamparan hebat kepada BN Melaka yang selama ini mendakwa bahawa pegawai-pegawai kerajaan dan bekas-bekas pegawai kerajaan terus setia bersama mereka.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari dalam salah satu posting di Facebook beliau mengesahkan perkara ini. Kita tunggu 18 Feb nanti siapa agaknya bekas Pegawai Kanan Kerajaan tersebut. .....Apakah Umno Melaka akan menyerang mereka dengan pelbagai tuduhan.

Israel: Dewan Ulamak sokong pendirian Mursyidul Am

KUALA LUMPUR, 14 Feb: Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh kenyataan yang dikeluarkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel seperti mana yang dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ) atau bertindak menyaman majalah itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan membuat gesaan itu dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Dr. Khairuddin Razali menyatakan pendirian itu ketika mengulas kenyataan Tuan Guru Mursyidul Am yang dikeluarkan semalam.

“Kenyataan ini adalah bukti yang jelas bahawa PAS tetap akan menyuarakan pandangannya dan tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak apabila membicarakan tentang isu-isu prinsip Islam.

“PAS tidak akan menjual prinsipnya dalam memperjuangkan Islam,” ujar beliau ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Mohd Zawawi Salleh turut menyatakan sokongan tegas yang sama kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz itu.

Menurutnya, Dewan Ulamak akan terus bertegas mempertahankan isu Palestin sebagai prinsip utama perjuangan membela rakyat negara itu.

Semalam, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dipetik berkata, “Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.

“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.”Hrkh

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....