Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Selasa, 12 April 2011

Layari Malaysiakini Melalui Blog Tinta Hijau DKB

Memandangkan portal berita Malaysiakini masih tidak dapat diakses,pihak Malaysiakini mewujudkan beberapa laman alternatif untuk pengunjung.Anda masih boleh mendapatkan berita dari Malaysiakini dengan meng ' KLIK ' pada gambar dibawah :


Free Malaysiakini
Malaysiakini Office
Facebook Malaysiakini

Disamping itu beberapa lagi laman alternatif turut diwujudkan,antaranya:


Video : Elak Dari Bayar Bonus,Pekerja Saman Utusan Melayu



KUALA LUMPUR 12 APRIL : Sekumpulan pekerja Utusan Melayu hari ini menyaman Utusan Malaysia, menuduh syarikat itu "menyembunyikan" keuntungan syarikat untuk mengelak daripada membayar bonus kepada pekerja sejak tahun 2009.

Utusan didakwa memindahkan lebih RM76 juta kepada beberapa anak syarikatnya semata-mata untuk melaporkan kerugian dalam laporan tahunan syarikat dan laporan audit serta penyata kewangan lembaga pengarah pada tahun yang sama.

Menurut laporan audit tersebut, pada 2009, Utusan mengalami kerugian sebanyak RM 26.1 juta, namun anak syarikat akhbar kawalan Umno itu mencatatkan keuntungan.

Lapan kakitangan mewakili warga kerja Utusan menfailkan tuntutan terhadap Utusan di Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur, berserta dokumen-dokumen untuk menyokong pertuduhan mereka.

"Para pekerja menyatakan Utusan Melayu sebenarnya mendapat keuntungan yang tinggi, bagaimanapun Utusan menyatakan 'Kumpulan Utusan memang mendapat keuntungan, tetapi Utusan tidak. Tetapi bila kami meneliti akaun, kami dapati berjuta-juta ringgit dipinjamkan kepada anak syarikat," kata peguam pekerja terbabit, M.Ravindran.

"Hal ini ibarat ibubapa membenarkan anak tiri mereka berparti dan berhibur sedangkan anak kandung mereka dibiarkan tanpa dibela. NUJ merasakan hal ini tidak adil dan bertindak ke mahkamah," kata beliau kepada para wartawan di mahkamah.

Tuntutan didengar oleh Pengerusi Mahkamah Industri Malaysia Susila Sithamparam di Mahkamah Perusahaan Kuala Lumpur hari ini.

Laporan audit tersebut menyatakan sebanyak RM 37.5 juta diberi kepada 'Utusan Media Sales' (UMES), RM 17.1 juta kepada 'Utusan Printcorp Sdn Bhd', RM 3.4 juta kepada Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd, RM 5.5 juta kepada Utusan Sight & Sound manakala RM 5.4 juta lagi kepada PT. Sinar.

Utusan Melayu adalah antara syarikat akhbar terbesar di Malaysia dengan edaran lebih 250 ribu naskah sehari pada 2004 dan menerbitkan akhbar aliran utama negara ini seperti Utusan Malaysia dan Kosmo.

Namun jumlah edaran akhbar Utusan Malaysia merudum daripada 213,000 kepada 169,000 (-21%) dalam tempoh 2005-2009.

Presiden Kesatun Wartawan Kebangsaan Hata Wahari yang juga wartawan kanan Utusan Melayu berkata kejatuhan itu adalah natijah kecenderungan akhbar itu melaporkan berita berat sebelah.

Menurut seorang wakil pekerja yang tidak dinamakan, pekerja Utusan Malaysia sepatutnya menerima bonus dua bulan setengah setiap tahun jika Utusan mendapat keuntungan.

Beliau berpendapat 'pihak atasan' menyembunyikan hal tersebut dan membolot sendiri keuntungan itu tanpa memikirkan nasib pekerja khususnya wartawan.

"Apa yang ditulis (dalam laporan audit) itu hanya alasan saja. Mereka yang ambil duit itu," katanya kepada TV Selangor.

Seorang lagi wakil Utusan menyatakan perkara ini berlaku selepas pertukaran jawatan tertinggi Kumpulan Utusan pada November 2008.

Beliau menyatakan sanggup menghadapi risiko ini bagi membela nasib mereka yang ibarat di'anaktiri'kan syarikat sendiri.

"Tak logik anak syarikat dapat bonus, kita tak dapat bonus," kata beliau.TVS

Video : PRN Sarawak,Penduduk Iban Luah Kemarahan Depan Calon Pas




TANJONG DATU, 12 April: Kaum Iban terbukti tidak dapat menyembunyikan lagi kemarahan mereka terhadap pemimpin BN Sarawak yang sudah lebih 30 tahun menindas mereka.

Kemarahan dan rasa tidak puas hati mereka diluahkan dalam satu majlis bersama calon PAS Tanjung Datu, Nani Sahari dan beberapa pimpinan PAS pusat malam tadi di rumah salah seorang penduduk Iban di Kampung Sungai Limo, lebih kurang 20 kilometer dari pekan Lundu.

(Gambar: Calon PAS Tanjong Datu, Nani Sahari bercakap kepada pengundi Iban di Sungai Limo malam tadi)

AJK Bahagian Iban PKR bagi Dun itu, Hamden Ak Sedi dalam ucapannya dengan penuh semangat menyeru penduduk Iban agar tidak lagi memberi peluang kepada BN pada pilihan raya kali ini.

Beliau sebaliknya meminta mereka memberi undi kepada Pakatan Rakyat yang disifatkan sebagai ikhlas membela nasib mereka khususnya mengenai masalah pemilikan tanah adat yang sudah bertahun-tahun membelenggu mereka.

Beliau yang berucap dalam Bahasa Iban meluahkan kemarahannya kepada kepimpinan BN yang penuh dengan salah guna kuasa dan rasuah.

"Sudah lama kita undi mereka, tapi apa yang kita dapat? Masalah kita tidak pernah selesai."Mereka terus senang lenang,kita masih begini juga," katanya.

Sementara itu, wakil ketua kaum Iban, Goh Kine Chong meminta ahli Parlimen Pakatan Rakyat membawa masalah tanah adat ini ke Parlimen kerana katanya mereka tidak mampu lagi berbuat apa-apa.

"Penduduk sini terima sahaja sesiapa yang masuk tapi harapan kami menggunung agar calon yang menang ini dapat mendengar luahan hati kami.

"Kami sangat berharap ahli Parlimen yang ada ini dapat membawa masalah kami ke Parlimen dan membela nasib orang Iban," katanya sambil memandang ke arah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli yang merupakan ahli Parlimen Kubang Kerian dan Kuala Krai.

Goh turut mendakwa kaum Iban dan Dayak sudah lama dianak tiri BN apabila membiarkan seorang sahaja penghulu mentadbir hampir 5000 penduduk kaum itu.

"Seorang penghulu sahaja tidak mampu mentadbir penduduk yang ramai."Sebab itu masalah tanah tidak dapat dipertahankan.

"Dulu saya memang orang BN tapi bila melihat BN tidak bersungguh membantu kami, saya berfikir untuk menukar undi saya," katanya yang merupakan bekas kaunselor di sebuah sekolah di Sarawak.Hampir 100 penduduk Iban memenuhi rumah dan perkarangan rumah malam tadi.

Mereka menunjukkan riak wajah gembira menyambut kehadiran PAS dan mendengar ucapan Salahuddin dan Dr Hatta dengan penuh semangat.

Nani turut berucap dengan meminta mereka memberi undi kepadanya agar beliau dapat membawa masalah mereka ke sidang Dun Sarawak.

"Nanti conteng (pangkah) bulan, jangan conteng BN. Berilah kepercayaan kepada saya, jangan terpedaya dengan janji kosong BN," katanya disambut tepukan daripada penduduk.Hrkh

Video : "Taib Mahmud akan letak jawatan" hanya gimik politik Najib




Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat Sarawak supaya tidak termakan dengan gimik "Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan letak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak" sekiranya Barisan Nasional terus diberi mandat pada 16 April ini.

Gimik terbaru Barisan Nasional itu katanya hanya suatu pembohongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Justeru, Anwar minta Najib yang juga Presiden Umno mengumumkan pula tarikh persaraan Taib serta menamakan pengganti Taib.

"Persoalannya, apakah ini suatu lagi gimik politik murahan Datuk Seri Najib untuk mengaburi mata rakyat.Imbang Penuh"Kalau benar telahan beliau bahawa Taib perlu berhenti, soalnya tahun bila, (pada tahun) 2015 atau (tahun)2020.

"Keduanya, siapakah pengganti (Taib)...adakah adik beliau setelah gagal menonjolkan anak beliau," soal Anwar sambil menganggap Najib cuba memperbodoh rakyat pribumi di sini.


Jelas Anwar, adik Taib bernama Datuk Sri Mohd Ali Mahmud yang juga calon BN di DUN Muara Tuang. Manakala, anak Taib bernama Sulaiman Abdul Taib yang juga Ahli Parlimen Samarahan.

Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri era Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, hakikatnya Najib dalam konteks sekarang tidak mampu mengetepikan Taib begitu sahaja kerana sebelum ini Dr Mahathir ketika menjadi perdana menteri juga gagal mengetepikan Taib.

Katanya lagi, kekuasaan Taib boleh dilihat pada satu kenyataan di akhbar News Strait Times (NST) pada 7 November 2005 di mana Taib pernah berjanji untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, adalah mustahil untuk mengetepikan Taib di saat ini kerana pentadbiran Najib bukan sahaja tidak mendapat mandat daripada Barisan Nasional bahkan tidak pernah direstui Barisan Nasional Sarawak.

Video : Rupanya Anak Taib Mahmud Sudah 6 Bulan ' Ponteng ' Parlimen



Wahid gesa pengundi tolak suku-sakat kroni 'Taib Mahmud'

KOTA SAMAR
AHAN - Negeri Sarawak senasib dengan Terengganu dan Sabah, memiliki Imbang Penuhkekayaan dari hasil bumi yang banyak tetapi merupakan negeri-negeri yang termiskin di Malaysia.

Timbalan Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS, Haji Mohd Abdul Wahid Endut berkata demikian dalam kempen pilihanraya negeri (PRN) Sarawak di Taman Samarinda dekat sini Isnin 11 April

"Sarawak senasib dengan (negeri) Terengganu dan dan Sabah. Negeri Sarawak, (ketiga-tiganya) semua kaya ada minyak, ada balak,

"tetapi negeri orang miskin paling ramai (juga) adalah Terengganu Sanbah dan Sarwak,"katanya

Oleh itu, menurutnya PRN Sarawak kali ini adalah masa yang paling baik untuk membuat perubahan, menjatuhkan keranaan Barisan Nasional (BN).

Katanya, sekiranya tidak ditumbangkan, kerajaan BN akan terus mengambil kesempatan mengaut kekayaan negeri yang menjadi milik rakyat.

Haji Wahid yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu mendedahkan, anak Taib Mahmud, Sulaiman Abdul Rahman Taib, yang dipilih m,enjadi Ahli Parlimen Kota Samarahan telah enam bulan tidak menghadiri sidang Parlimen.

"Anak Taib Mahmud (Sulaiman) yang jadi ahli parlimen tuan-tuan Kota Samarahan, sekarang sudah enam bulan tidak pergi (hadir sidang) Parlimen, mana dia pergi?

"dia sudah lari pergi Kanada, dia sudah lari, dia sudah kaya, kita susah-susah (ke)mana mahu lari?,"jelasnya

Wahid juga menyeru supaya pengundi membuat perubahan menolak Taib, adik beradik dan anak beranaknya, yang bertanding kerana keluarga Taib Mahmud membolot harta harta rakyatuntuk kepentingan peribadi.

Di kawasan N15 DUN Muara Tuang, adil Taib, Ali Mahmud bertanding menentang calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Noraini Hamzah

Turut hadir adalah Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji hanafiah Mat dan Timbalan Ketua Pemuda Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.BO

Video : PRN Sarawak,Lawatan Najib Disambut Dengan Laungan Reformasi Penyokong PKR




Lawatan Pak Najib ke Kg.Spaoh tidak begitu dialu alukan oleh ramai dari penduduknya. Beberapa orang anak buah Tko dihubungi oleh geng geng Keadilan tempatan untuk ke kg itu,untuk mendapatkan gambaran ia kerana ada majlis pm bersama rakyat bagi Dun Saribas, layar dan
Bkt.Saban, dewan di spaoh memang besar, rakyat yang datang memang penuh, tetapi 70% adalah orang luar yang dibawa untuk meriahkan majlis itu, tetapi penduduk di spaoh tidak mahu kehadiran pm ke kampung mereka, akibat nya berlaku tunjuk perasaan menentang kehadiran pm..

Turut berlaku pertengkaran kecil antara penyokong bn dari luar dengan penyokong keadilan spaoh..
Dengar khabarnya Pak Najib tidak berucap dengan lebih panjang, apalagi para penyokong Keadilan begitu ramai mengelilingi dewan.

[ Video ] Al Fatihah : Juruterbang Helikopter Terhempas Yang Membawa Rombongan Muhyiddin Meninggal Dunia




Helikopter yang membawa rombongan TPM terhempas di Sibu petang tadi yang mengorbankan juruterbangnya

SIBU, 11 April — Juruterbang helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri yang terhempas petang tadi, Sahimi Ghazali( gambar kiri ), meninggal dunia di Hospital Sibu, malam ini.

Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 8.30 malam, tujuh jam selepas nahas.

Dalam pada itu, laporan Bernama Online memetik Ketua Polis Daerah Sibu Shafie Ismail sebagai berkata jenazah Sahimi, 38, akan diuruskan keluarganya yang akan datang ke Sibu dari Kuala Lumpur malam ini.

Sahimi cedera parah apabila helikopter jenis Bell 206 milik Sabah Air yang dipandunya terhempas sejurus berlepas dari Dataran Sibu di sini pada pukul 1.50 tengah hari setelah menurunkan tiga penumpang termasuk pembantu khas kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang mengalami kecederaan parah di bahagian rusuk terus digegaskan ke Hospital Sibu oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).

Shafie berkata helikopter yang baru tiba dari Bintangor, Sarikei merupakan sebuah daripada tiga buah helikopter, yang membawa rombongan Muhyiddin melakukan tinjauan mesra di sana.

Beliau berkata sebaik sahaja menurunkan semua penumpang, helikopter berkenaan mahu meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Sibu.

“Tiba-tiba helikopter yang berada pada ketinggian kira-kira tiga meter itu dipercayai hilang kawalan dan terhuyung-hayang sebelum jatuh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shafie berkata juruterbang, yang bersendirian dalam helikopter itu, tersepit sebelum orang ramai membantu untuk mengeluarkannya.

Kata beliau, empat orang awam menarik juruterbang keluar dari pesawat dan digegaskan ke Hospital Sibu.

“Punca kejadian masih disiasat. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar sebuah pasukan untuk membuat siasatan esok,” katanya.TMI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....