Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 6 Disember 2010

Penarikan Balik Pingat Oleh Istana Kelantan,Ulasan Ku Li

Tengku Razaleigh Hamzah semasa sidang akhbar mengenai penarikan dua darjah kebesaran beliau di kediamannya di Kuala Lumpur hari ini. – Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 6 Dis – Tengku Razaleigh Hamzah mendakwa Tuanku Ismail Petra masih Sultan Kelantan yang sah sambil menegaskan, pelantikan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan September lalu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, Tengku Razaleigh mahu Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Kelantan supaya campur tangan untuk menangani masalah tersebut.
“Saya setia kepada Sultan Ismail. Kalau ikut Perlembagaan ada tiga sebab yang boleh menyebabkan Pemangku Sultan ditabalkan jadi Sultan, yang pertama Sultan sedia ada mangkat, Sultan turun takhta dan ketiga Sultan meninggalkan negeri selama 12 bulan tanpa sebab munasabah,” kata beliau ketika sidang media di sini.
Ia sidang akhbar pertama selepas Sultan Kelantan Sultan Muhammad V melucutkan dua pingat yang dikurniakan kepada Tengku Razaleih berkuat kuasa 2 Disember lalu.
Sejak dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra menggunakan gelaran Sultan Muhammad V.
“Kalau ikut Perlembagaan ada, memang begitu tapi saya tidak tahu sekiranya ada pindaan baru yang dibuat.
“Kalau ada sesiapa yang boleh pinda Perlembagaan saya rasa tiada Sultan yang akan kekal,” tambah Tengku Razaleigh lagi.
Ahli Parlimen Gua Musang itu juga menegaskan bahawa Tuanku Ismail Petra adalah Sultan Kelantan yang sah selepas Sultan Yahya Perta mangkat.
“Sultan Ismail adalah Sultan yang sah yang ditabalkan selepas Sultan Yahya Petra mangkat ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong.
“Sultan Ismail sudah beransur pulih dan doktor juga mengatakan baginda boleh buat keputusan.
“Sultan Ismail adalah Sultan yang masih ada,” katanya.
Tengku Razaleigh berkata kini Kelantan seolah-olah mempunyai dua Sultan sehingga menyebakan rakyat keliru.
“Sekarang Kelantan ada dua Sultan, rakyat jadi bingung, saya sendiri pun keliru.
“Rakyat masih lagi berkelakuan baik dan sabar tapi timbul kegelisahan tentang apa yang berlaku,” katanya.
Menurut Tengku Razaleigh, sekiranya krisis yang berlaku tidak dapat diselesaikan kemungkinan besar ia akan memberikan kepada terhadap institusi diraja di negeri-negeri lain.
“Kalau situasi di Kelantan berterusan dan berlaku di mana-mana, ia boleh menimbulkan huru-hara, kalau Sultan boleh dibuang dengan senang inikan pula dibuang oleh pemangku.
“Ia kemungkinan boleh terjadi di negeri-negeri lain juga, kestabilan boleh tergugat.
“Jadi Majlis Raja-raja, kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri (Kelantan) perlu campur tangan dalam perkara ini. Ini sesuatu yang serius,” katanya.

Perutusan Ma'al Hijrah 1432 YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat



Firman Allah SWT:


Maksudnya: “Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui. (Iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal..
Surah an-Nahl 16: 41-42.
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumi-Nya ini. Kini kita menyambut tahun baru 1432 Hijrah maka setahun lagi usia kehidupan kita bertambah. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.
Sesuai dengan kedatangan tahun baru Hijrah ini, maka ada baiknya kita memperingati Peristiwa Hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan ia selari dengan perintah al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua. Firman Allah SWT :

Maksudnya: “Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
- Surah Yusoff 12:111.

Rasuah : Khir Toyo Didakwa Di Mahkamah

Kawasan rumah peribadi Dr Khir Toyo yang menjadi kontroversi dan punca beliau didakwa SPRM di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini. — Gambar ihsan The Star

Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo hari ini dituduh di Mahkamah Sesyen berhubung kesalahan membeli dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini – yang berkaitan dengan isu ‘istana gaya Bali’ – untuk kepentingan diri dengan menggunakan kedudukan sebagai ketua kerajaan negeri tiga tahun lalu.
Dr Khir, 45, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azhaniz Teh Azman Teh.
Beliau merupakan pemimpin tertinggi kedua daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) dihadapkan di mahkamah sejak Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno.
Bekas presiden MCA dan bekas menteri pengangkuatan Tun Dr Ling Liong Sik dibawa ke mahkamah berhubung isu projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sebelum ini.Dr Khir dihadapkan ke mahkamah sehari selepas BN mengadakan konvensyennya.
Beliau didakwa telah mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Seri Zahrah Kechik, 45, suatu barang berharga dengan suatu balasan yang beliau ketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat no. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1 L, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarah Ditamas, Shamsuddin Hayroni, dengan harga RM3.5 juta, sedangkan hartanah itu telah dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta.

Masjid Al Aqsa Didakwa Akan Runtuh

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2010/1206/Kosmo/Dunia/du_01.1.jpg

GAMBAR menunjukkan lokasi Masjid Al-Aqsa dan Masjid Kubah Emas.

BAITULMUQADDIS - Ketua Angkatan Pertahanan Daerah Baitumuqaddis, Yoram Lev-Ran memberi amaran bahawa satu bencana akan meruntuhkan Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita Ahlu Bayt News pada Jumaat lalu.

Menurutnya, masjid itu akan runtuh namun bila ia akan berlaku setakat ini masih belum diketahui.

Lev-Ran menyatakan satu pelan kecemasan telah disediakan setiap kali solat diadakan di masjid itu pada bulan Ramadan.

Menurutnya, pihaknya dan polis sentiasa berada dalam keada berjaga-jaga bagi menghadapi segala kemungkinan.

Namun, para pemerhati percaya kenyataan Lev-Ran itu merupakan satu ujian bagi mendapatkan reaksi penduduk Arab.

Rancangan untuk memusnahkan masjid itu sudah dilakukan oleh pembuat-pembuat keputusan Israel.

Bagaimanapun, masa yang sesuai sedang dicari untuk melaksanakannnya.

Kenyataan runtuhan masjid itu dibuat selepas kerja-kerja penggalian dilakukan di bawah tapak masjid berkenaan oleh pihak berkuasa dan arkeologi Israel. - Agensi

Istana Kelantan Sahkan Lucut Pingat Ku Li


SETIAUSAHA KERAJAAN KELANTAN

KENYATAAN AKHBAR

Menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V, al-Sultan Kelantan, saya memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V, al-Sultan Kelantan, telah mengampuni perkenan perkara berikut:

1. Menarik balik Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K.) (Al-Yunusi) serta Tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.) (Al-Muhammadi I) yang telah dianugerahkan kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah, No. K/P: 370413-03-5083, sebelum ini, mulai pada 2 Disember 2010.

2. Menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.) (Al-Ismaili II) serta Pelantikan Jaksa Pendamai (J.P.) yang telah dianugerahkan kepada Dr Haji Yaacob Hussain Merican, No. K/P: 380920-03-5597, sebelum ini, mulai pada 2 Disember 2010.

Kedua mereka yang terbabit dalam penarikan di atas telah dimaklumkan melalui surat pada tarikh-tarikh tersebut.

Adapun penarikan balik ini adalah hak Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V, al-Sultan Kelantan, yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara Baginda jua.

(DATO’ SERI SETIA RAJA DATO’ HAJI MOHD AISERI ALIAS)
Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan

ARTIKEL BERKAITAN DISINI

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....