Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Isnin, 13 Februari 2012

Israel : Tok Guru Nik Aziz Gesa DS Anwar Tarik Balik Kenyataan Atau Saman WSJ

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya mengenai Israel seperti dilaporkan di Wall Street Journal (WSJ) atau menyaman majalah itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan membuat gesaan itu dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS.

“Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau,” ujarnya dalam kenyataan media yang dikeluarkan malam ini.

Berikut kenyataan penuh beliau:

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia. Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya. Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.

Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman ini.

Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal. Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.

Datuk Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433H

Video : DS Anwar Sindir BN,Menyanyi Lagu Madu Lagi




Ceramah DS Anwar di Paya Rumput Rempia, Melaka 12/02/2012

Video & Gambar : Bantah Rampas Tanah SRIDB,ADUN Umno Sembunyi Di Resort ??

Kira-kira 1500 orang telah menyertai bantahan aman rampasan tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB) oleh Jawatankuasa Keselamatandan Kemajuan Kampung (JKKK) yang bermula di hadapan sekolah itu pada jam 12.30 tengahari, Ahad 12 Februari.
Sebahagian dari yang hadir
Penasihat SRIDB, Ustaz Saiful Bahri Mamat sedang menyampaikan ucapan

PRU13 : Presiden Pas sedia akur keputusan parti

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia akur dengan apa juga keputusan parti sama ada beliau akan dicalonkan semula atau tidak pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya ikut keputusan parti, tengoklah apa parti akan putuskan nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat di sini, hari ini.

Abdul Hadi berkata demikian ketika ditanya sama ada mesyuarat hari ini turut membincangkan isu kenyataannya sebelum ini bahawa beliau bersedia untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Alasannya adalah untuk memberi peluang kepada muka baru selain membolehkannya memberi sepenuh tumpuan kepada tanggungjawab mentadbir parti.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang membuat kenyataan itu dalam temu bual dengan Sinar Harian bulan lalu.

Hasrat beliau untuk mengundur diri bagaimanapun ditolak oleh pemimpin Pas yang lain termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Lajnah Politik yang menyatakan kepimpinan Abdul Hadi masih diperlukan.

Mengenai pilihan raya, Abdul Hadi menyatakan parti itu sudah bersiap sedia dan yakin dengan kemampuan Pakatan Rakyat (PR) untuk menghadapi PRU13.

Ditanya mengenai kedudukan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan akan 'dihantar' pulang bertanding di negeri kelahirannya, Johor, Abdul Hadi berkata, perkara itu masih belum diputuskan."Belum ada keputusan lagi hal itu," katanya.SH

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....