Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 8 Julai 2011

Perutusan Daripada Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat Menjelang Himpunan BERSIH Esok

8hb Julai 2011 - Saya selaku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat mewakili golongan para ulama PAS menyeru kepada seluruh ahli PAS dan mereka yang menyokong BERSIH agar menjaga akhlak dan keperibadian mereka sesuai dengan tuntutan Islam yang sentiasa menganjurkan keperibadian yang mulia tanpa mengira sama ada mereka adalah kawan ataupun lawan.

Perlu diingati bahawa sesiapa pun yang mengelilingi kita , mereka adalah sebenarnya mad’u kita. Para ahli dan penyokong PAS jangan sekali-kali mengganggu ketenteraman awam apatah lagi merosakkan harta benda awam.

Ianya ditegah di dalam Islam sekalipun di dalam peperangan. Namun begitu kita tetap percaya bahawa ahli PAS tidak akan bertindak sedemikian rupa sama sekali. Sekiranya perkara sebaliknya berlaku , maka kita percaya ianya bukan daripada amalan ahli kita yang telah sekian lama dididik dan ditarbiah agar berakhlak mulia oleh pemimpin-pemimpin dan murabbi kita sejak penubuhannya lagi.

Apa sahaja bentuk provokosi oleh pihak lawan usah dilayani, anggaplah mereka golongan yang masih belum menerima mesej perjuangan kita.

Bersabarlah kerana ganjarannya adalah sangat besar di sisi Allah s.w.t. Itulah perjuangan para anbia’, sahabat dan ulamak sebelum daripada kita. Dewan Ulamak Pas Pusat juga turut mengharapkan agar pihak kerajaan khususnya pihak keselamatan memberikan kerjasama yang sewajarnya lagi adil untuk menjayakan hasrat yang mulia ini.

Kepada kakitangan keselamatan ! sekiranya anda berniat ikhlas untuk melancarkan lagi tuntutan dan hasrat mulia ini maka ketahuilah InsyaAllah anda akan berkongsi pahala bersama-sama dengan kami dalam menjayakan tuntutan ini.

Ganjaran pahala pasti akan menunggu anda di hari akhirat nanti. Siiru ‘ala barokatillah ( Teruskan perjalanan perjuangan anda dengan keberkatan Allah)

YB Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib

Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Bersih 2.0 : 46 peguam PAS mula bertugas malam ini

Lima dari 46 peguam PAS yang akan bertugas mulai malam ini



KUALA LUMPUR, 8 Julai: 46 peguam PAS akan mula bertugas jam 10 malam ini bagi memberikan khidmat kepada peserta perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara esok.

Mereka memenuhi pejabat Agung PAS bagi mengikuti taklimat tugas mereka dan menerima pakaian khas yang akan mereka gunakan sepanjang menjalankan tugas itu.
(Gambar kiri : Salah seorang peguam PAS, Mohd Fikah Sanusi dengan pakaian rasmi yang akan dipakai oleh mereka esok)


Pasukan yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS, Haji Asmuni Awi itu akan berada di semua kawasan yang dijangka akan ada orang yang berhimpun sempena perhimpunan itu.

Di samping mempunyai nombor hotline, mereka juga akan berada di stesyen-stesyen yang ditetapkan mengikut giliran tugasan mereka.

46 peguam ini tidak termasuk 120 peguam yang disediakan oleh Majlis Peguam untuk menyeliakan perhimpunan Bersih 2.0 ini.

Selain mengiringi pimpinan PAS, para peguam ini akan berada di pusat-pusat tahanan sementara yang dijangka akan dibuka oleh polis untuk menahan peserta perhimpunan kali ini.

Mereka akan bertugas dari jam 8 pagi esok hinggalah jam 2 pagi ekoran tindakan polis mengetatkan sekatan terhadap perhimpunan ini.

Antaranya mendapat perintah dari mahkamah terhadap 91 pemimpin Bersih, PAS, PKR, DAP, Pemuda Umno dan Perkasa.

Perintah larangan itu diperolehi polis Kuala Lumpur daripada majistret untuk menghalang 91 pemimpin daripada tiga kumpulan utama yang merancang untuk berhimpun pada 9 Julai.

Perintah berkenaan melarang semua individu tersebut – daripada PERKASA, BERSIH 2.0 dan PATRIOT supaya tidak hadir atau mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.

Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh (kanan, tengah) berkata, pelanggaran perintah berkenaan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan.
"Perintah larangan ini adalah untuk mengelakkan dari perbuatan yang boleh mengganggu ketenteraman awam atau mendatangkan bahaya kepada nyawa atau keselamatan manusia," katanya yang membacakan satu kenyataan.

Bersih 2.0 : Panduan Ringkas,Apa Yang Perlu Anda Buat Jika Ditahan Polis


Oleh : Herman Samsudeen


1. Apa yang perlu anda buat apabila DIBERHENTIKAN polis?
o Minta beliau tunjukkan Kad Kuasa Polis
o Catit nama dan nombor anggota yang tercatat dalam Kad Kuasa Polis
o Jika beliau berpakaian seragam, catit nombor anggota pada pakaian seragam
o Jika beliau berkenderaan, catit nombor pendaftaran kenderaan

2. Apa perlu anda buat jika diminta pengenalan diri?
o Berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat sahaja
o Jangan sekali-kali menyerahkan kad pengenalan anda kepada polis; hanya tunjuk sahaja
o Jika polis paksa anda serahkan kad pengenalan, minta dikeluarkan Borang Pemeriksaan sebagai bukti kad pengenalan dirampas

3. Bilakah anda ditahan?
o Apabila anda dihalang beredar dari tempat tersebut
o Apabila anda digari

4. Apa harus anda buat apabila ditahan?
o Jangan melawan dan jangan beri alasan kepada polis untuk gunakan kekerasan
o Tanya apakah alasan anda ditahan
o Tanya ke balai mana anda akan dibawa

5. Apakah hak anda setelah ditahan?
o Anda berhak membuat panggilan telefon kepada keluarga dan/atau peguam dan maklumkan balai tempat anda dibawa, sebab tangkapan dan nama polis yang membuat tangkapan

6. Berapa lama polis boleh menahan anda?

o Polis boleh menahan anda tidak melebihi 24 jam di balai atau lokap polis
o Anda boleh ditahan melebihi 24 jam jika anda diberikan Perintah Reman oleh Mahkamah Majistret tertakluk kepada tempoh maksimum 7 (4+3) hari bagi kesalahan menghadiri perhimpunan ‘Bersih 2.0’

Terkini !! Sebenarnya Bersih Tidak Dapat Stadium Merdeka

Kenyataan pertama Bersih di Facebook rasminya
Kenyataan kedua yang mengesahkan berlaku salah faham komunikasi antara Bersih dan Polis

KUALA LUMPUR - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) sebenarnya tidak dibenarkan berhimpun di Stadium Merdeka.

Laporan yang dikeluarkan oleh pihak itu sendiri pada asalnya di Facebook dan akaun Twitter mereka adalah kesilapan komunikasi dengan pihak polis.

Dalam update rasmi terbaru, kumpulan itu memberitahu mereka bukan diberikan permit berhimpun, tetapi di arah datang ke Balai Polis Dang Wangi untuk mengambil surat penafian kebenaran berhimpun di stadium berkenaan.

“Sorry all, spoke too soon: Bersih rep asked 3 times “Is this a permit?” Police: “Yes”, but now, police say “Actually it is a letter denying permission”.

(Maaf semua, bercakap terlalu awal, wakil Bersih bertanya 3 kali “Adakah ini permit?” “Ya”, tetapi sekarang polis berkata ” Sebenarnya ia adalah surat tidak mendapat kebenaran).MNH

Patriot Pemuda Umno juga haram macam Bersih-Menteri

Patriot pemuda Umno

KUALA LUMPUR, 8 Julai — Datuk Seri Nazri Aziz (gambar kiri) mengesahkan “Patriot” yang digerakkan oleh Pemuda Umno juga sebuah pertubuhan haram seperti Bersih 2.0 dan sewajarnya tertakluk kepada tindakan ditahan polis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu The Malaysian Insider bahawa tidak akan ada pilih kasih dalam soal itu memandangkan kedua-dua kumpulan tersebut tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.

“Sudah tentu mereka (Patriot) haram. (Peruntukan) undang-undang ini mudah. Di negara ini, jika anda mahu menubuhkan sebuah pertubuhan dan diiktiraf sebagai satu pertubuhan, anda kena mendaftar dengan Pendaftar Pertubuhan,” kata beliau ketika dihubungi.

Oleh kerana Patriot bukan merupakan badan yang didaftarkan, kata beliau, ahli-ahlinya sepatutnya sudah ditahan jika mereka telah mengadakan perhimpunan atau majlis di bawah nama itu.

“Polis boleh menahan mereka, ya. Tiada pilih kasih. Patriot bukan (badan) didaftarkan dan tidak boleh melakukan apa-apa di bawah namanya,” kata beliau.

Berkuat kuasa 1 Julai lalu, kerajaan telah mengharamkan Bersih 2.0 yang merupakan gabungan dianggotai 62 pertubuhan bukan kerajaan.

Lebih 200 orang telah ditahan kerana mengadakan aktiviti atau menyertai program anjuran Bersih 2.0 di seluruh negara sejak lebih dua minggu lalu.

Patriot Pemuda Umno merupakan kempen pihaknya mengadakan perhimpunan balas menentang Himpunan Bersih 2.0 esok.

Begitu juga Perkasa yang melancarkan Gerakan Aman 9 Julai.

Bersih 2.0 meskipun sudah diharamkan dan telah dilarang mengadakan perhimpunan aman di Stadium Merdeka, mereka bertekad meneruskan usaha mereka esok.TMI

ULASAN TINTA HIJAU DKB

Hairan aku,kenapa baru sekarang keluar kenyataan Patriot ni haram.Kenapa tak istihar ketika Bersih di istiharkan haram tempohari.

Ini semua permainan haram jadah puak2 Umporno,aku tau la.Dah berapa orang puak2 Patriot ni kena tangkap,dah berapa helai baju haram Patriot ni kena rampas ?? Takde satu pun bohh !!!. Usahkan nak tangkap pakai baju Patriot,ketika mereka kepung bangunan PKR itu hari pun takde apa2 tindakan oleh pihak Polis.Ada permit ke himpunan mereka hari tu.

Kenyataan ini hanya sekadar mahu menunjukkan bahawa mereka tidak berat sebelah,sedangkan tindakan yang diambil sebaliknya.Dasar lidah pembelit ni memang tak boleh di percayai..uwekkk kharkkk ptuhiiii.....

Bersih 2.0 : Titah nasihat Yang Di-Pertuan Agong kejutkan pemimpin Umno

KUALA LUMPUR, 8 Julai — “Kebebasan” Yang di-Pertuan Agong dalam isu berkaitan Bersih 2.0 dan perkenan menerima pertemuan wakil gabungan itu awal minggu ini telah mencetuskan kebingungan di kalangan ahli politik Umno termasuk beberapa menteri pentadbiran Najib, kata sumber.
The Malaysian Insider difahamkan, mereka kecewa dengan keputusan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin (gambar) perkenan menerima rombongan diketuai Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan menghadap atas alasan ia berlaku di luar kuasa perlembagaan.
Pegawai-pegawai kerajaan juga mengesahkan wujud siri “tarik tali” dalam urusan menyediakan titah kenyataan antara istana dan pentadbiran Najib sebelum Istana Negara mengeluarkan pendiriannya lewat Ahad lalu.
“Beberapa ahli politik merasakan bahawa kenyataan Agong seharusnya telah menggunakan perkataan-perkataan yang sangat tegas terhadap Bersih 2.0. Dan, beberapa menteri juga kecewa apabila Agong menerima (kehadiran) Ambiga,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider.
Seorang menteri Kabinet mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa perbezaan pandangan wujud ketika mesyuarat Kabinet mingguan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Mereka merasakan Agong bukan merupakan sayap eksekutif dan Agong tertakluk kepada sistem raja berperlembagaan di mana beliau bertindak atas nasihat perdana menteri.
“Jadi, kebanyakan menteri merasakan bahawa ini dilakukan tanpa pengetahuan perdana menteri. Tetapi perdana menteri tahu, jadi sebenarnya, ia satu tanggapan salah,” kata menteri berkenaan.
Menteri itu menambah mereka merasakan sedemikian memandangkan sehari sebelum itu Putrajaya telah memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.
Malah menteri itu menambah, persetujuan Agong untuk bertemu dengan Ambiga seolah-olah memberi gambaran bahawa baginda tidak mengiktiaf kedudukan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram.
“Tetapi jika anda melihat dari sudut lain, Agong tidak bertemu dengan Bersih 2.0. Baginda membenarkan Ambiga sebagai seorang individu untuk bertemu . . . bukan sebagai wakil Bersih, sebab ia satu pertubuhan haram.
“Jadi, pertemuan Agong dengan Ambiga tidak menjadi Bersih 2.0 sebagai pertubuhan yang sah . . . ia tidak bermakna Bersih 2.0 kini sebuah pertubuhan yang sah. Tiada mekanismes sedemikian, anda masih perlu mendaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu,” katanya.
Menteri itu mengesahkan kerajaan sebenarnya telah menyediakan titah campur tangan minggu lalu tetapi tidak bersetuju bahawa baginda telah meminda dan mengeluarkannya tanpa memberi notis kepada pentadbiran Najib.
“Tidak benar. Ia telah diteliti dan perdana menteri sedar (tentang teks titah),” kata menteri itu.

Senarai Penuh Nama 91 Individu Yang Dilarang Masuk KL Sabtu Ini

Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini:














Perkasa

Datuk Ibrahim Ali

 Datuk Ab Rahman Abu Bakar

 Syed Hassan Syed Ali

Irawah Fahmi Ideris

Roslan Kassim

Sharifuddin Abd Hamid

Dr Zubir Harun

Ameir Hassan

Datuk Ahmad Saad

Ahmad Zaini Ismail

Muhammad Zaid Md Arip

Abdullah Mansor

Zaira Jaafar

Norkhaila Jamaludin














Pemuda Umno

Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Datuk Megat Firdouz Megat Junid

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Megat Zulkarnaian Omardin

Rizalman Mokhtar

Tengku Azman Tengku Zainol Abidin

Lokman Noor Adam

Datuk Abdul Azeez Rahim

Ungku Saleh Ungku Jamal

Arman Azha Abu Hanifa

Tun Faisal Ismail Aziz

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....