Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Khamis, 6 Februari 2014

TS Khalid Dedah Kenapa Kakitangan PKNS Dipecat

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakan memecat 22 kakitangan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bagi menjimatkan perbelanjaan operasi sebanyak RM7 juta.

Menteri besar Selangor itu berkata, pemecatan tersebut adalah mengikut prosedur yang dibuat dalam perjanjian dengan kakitangan PKNS tersebut.

"Prosedur penamatan kontrak mematuhi terma dan syarat mengikut perjanjian yang dibuat sebelum ini.

"Penamatan kontrak ini akan menjimatkan kos operasi PKNS sebanyak RM7 juta setahun," katanya yang juga pengerusi PKNS pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam, selangor hari ini.

Selasa lalu, anak syarikat PKNS, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor Holdings Sdn Bhd (PHSB) dilapor memecat kakitangannya tanpa sebarang sebab munasabah dengan notis 24 jam berkuatkuasa serta-merta.

Kontroversi pemecatan tersebut berlaku ketika kemelut politik dalaman PKR Selangor masih bergolak antara kem Abdul Khalid dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Surat penamatan khidmat 22 kakitangan tersebut ditandatangani Pengerusi PHSB, Datin Paduka Norazlina Zakaria.

Sementara itu, Abdul Khalid berkata, pemecatan tersebut dibuat selaras dengan ikrar integriti yang ditandatangani kerajaan negeri Selangor dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Transparency International Malaysia (TIM).

"Penamatan kontrak 22 kakitangan PHSB adalah hasil polisi ikrar integriti yang dilaksanakan dalam PKNS bagi mematuhi urus tadbir korporat yang baik.

"Mengikut saluran ikrar integriti, terdapat kakitangan PKNS memberi maklumat bahawa peluang kenaikan pangkat kakitangan tetap dalam PKNS terbantut apabila organisasi dan jabatan baru diwujudkan diketuai orang luar dengan gaji tinggi," katanya.

Beliau berkata, pengambilan kakitangan kontrak juga dilakukan tidak mengikut prosedur, tanpa menerusi pengiklanan secara terbuka, malah menyebabkan timbulnya masalah pertindihan tugas dengan kakitangan lama.

Calon BN PRK Kajang ???

 Ketua Pemuda MCA dijulang ketika beliau menang pemilihan parti tahun lalu.gambar fail

MCA akan menamakan pemuda parti itu sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi melawan calon Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac akan datang.

Akhbar Berita Harian melaporkan parti itu sudah menyenarai pendek tiga nama potensi calon termasuk Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon dan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Bagaimanapun, sumber memberitahu akhbar tersebut Chong merupakan calon pilihan parti itu berdasarkan sokongan politik dan kehendak pengundi di kawasan berkenaan.

"Calon yang akan menjadi taruhan daripada Pemuda MCA, namun tidak dapat dipastikan sama ada ketua pemuda MCA sudah mula menggerakkan jentera untuk bertemu pengundi kawasan itu," kata sumber itu dipetik daripada akhbar berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan tarikh PRK DUN Kajang pada 23 Mac 2014, manakala hari penamaan calon akan diadakan pada 11 Mac 2014.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata PRK DUN Kajang dijangka menelan belanja RM1.6 juta.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....