Laporan muka hadapan Mingguan Malaysia yang membawa tajuk "Air
Kelantan Terkotor?". Tanpa fakta, tanpa data, sebarang tajuk bebas
diletakkan dengan tanda "?". Jangan lupa, akhbar yang sama pernah
membawa tajuk yang kemudiannya disahkan bohong iaitu "Kristian Agama
Rasmi?" Jika akhbar ini boleh berbohong pada satu kali, apa halangannya
untuk berbohong untuk kali kedua? Ingat Utusan, ingat bohong. Ingat
Utusan, ingat fitnah..
Respon Terhadap Laporan Mingguan Malaysia Pada 20 November 2011
"Air Kelantan Terkotor?"
- Saya telah ditanya pagi tadi selepas Mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 yang membawa tajuk “Air Kelantan Terkotor?”. Saya pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan respon terhadap laporan akhbar Utusan Malaysia (Keluaran hari Ahad : Mingguan Malaysia) yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika kewartawanan. Saya kira masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu “Kristian Agama Rasmi Negara” satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata.



