Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 13 Oktober 2012

Tok Guru Nik Aziz Mengulas Kenyataan Ust Nasha

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, yang Selasa lalu memberi peringatan agar tidak mengejar kuasa semata-mata, sebagai pemimpin ‘lidah panjang’ ekoran pendirian kebelakangan ini yang tidak selari dengan parti.

Kenyataan tegas Nik Aziz itu dikeluarkan ekoran tindakan Nasharudin yang juga Ahli Majlis Syura Pas mahu merencanakan perpaduan terutamanya melibatkan Umno dan Pas.

“(Rancangan perpaduan) itu mengarut, mengapa sekarang baru timbul, dia (Nasharudin) itu calon Pas di Bachok,  sikap itu seperti  'lidah panjang',” kata beliau ketika ditemui selepas Majlis Hari Keluarga Mawaddah di Pengkalan Chepa di sini hari ini.SH

Harga Masjid Bawah BN RM 10 Juta,Bawah PR RM 6.4 Juta

KUALA SELANGOR 12 OKT : Kawalan kos perbelanjaan dalam pembinaan masjid di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor telah membolehkan kerajaan negeri membina lebih banyak masjid.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata sebelum Pakatan mentadbir, kos membina masjid seperti yang baru dibina di Jeram di sini boleh mencecah sehingga RM 10 juta sebuah.Walhal masjid tersebut dibina oleh Kerajaan Selangor sekarang dengan kos M 6.4 juta.

Beliau berkata kawalan kos perbelanjaan dalam pembinaan masjid secara berhemah memberi keupayaan Kerajaan Selangor membina beberapa buah masjid lagi.Abdul Khalid berkata demikian ketika berucapan di dalam majlis penyerahan masjid Jeram kepada jawatankuasanya.

Beliau menambah, kariah perlu mengimarahkan masjid dengan program yang mendatangkan manfaat kepada masyarakat seperti program-program ceramah dan majlis ilmu.“Justeru adalah menjadi tanggungjawab pegawai masjid agar dapat menjaga kebersihan dan memelihara kawasan persekitaran masjid ini dengan penanaman pokok untuk suasana yang lebih selesa.”

Beliau juga mencadangkan agar pihak masjid dapat mengadakan kemudahan seperti internet wifi percuma dan pemeriksaan kesihatan bagi menarik lebih ramai pengunjung.Kata Abdul Khalid, masjid-masjid di negeri ini yang bersih dan selesa terutamanya tandasnya menjadi tarikan orang ramai daripada luar negeri untuk singgah berehat sebentar.

Turut hadir dalam majlis penyerahan itu MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Datuk Misri Idris.Abdul Khalid turut bersama-sama penduduk kariah menunaikan Solat Jumaat dan memberikan ‘duit raya’ kepada kira-kira 100 orang kanak-kanak sambil bermesra dengan penduduk setempat.TVS

Siapa penyumbang RM40 juta untuk Umno Sabah

KUALA LUMPUR: Jika wang RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia untuk Umno Sabah dibuat dengan cara yang betul, mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak takut mendedahkan siapa penyumbangnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Ketika ditanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional (BN) malam tadi, Najib mengelak dari mendedahkan siapa penyumbang wang RM40 juta itu.

Bagi Mahfuz, antara persoalan utama berhubung sumbangan RM40 juta itu bukan sahaja siapa penyumbangnya tetapi mengapa ia disumbangkan.

"Tidak ada siapa percaya si penyumbang memberikan sumbangan kepada parti pemerintah dengan percuma begitu sahaja.

"Kalau penyumbangnya orang berniaga, semua tindakan perniagaan dibuat berdasarkan untung dan rugi sebab ia bukan badan kebajikan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu sambil mempersoalkan keuntungan apa yang diharapkan oleh si peniaga tersebut dalam memberiikan sumbangan sebesar itu.

Sebab itulah, kata Mahfuz, isu utama berhubung sumbangan RM40 juta itu ialah kedudukan pihak yang menerima sumbangan dan pihak yang memberikan sumbangan.

"Yang menerima sumbangan ialah parti pemerintah dan tidak ada siapa pun yang percaya ia diberikan tanpa sebarang kepentingan," kata beliau.

Apa yang berlaku itu juga membuktikan penguatkuasaaan undang-undang di negara ini dibuat secara double standard dan berpilih-pilih, kata Mahfuz.

"Kalau pihak yang kerajaan Umno BN tidak suka, sudah pasti dibongkar dan diburu habis-habisan seperti yang berlaku kepada Suaram sekarang.

Najib Akhirnya Mengaku Pernah Bertemu Soros

 Perdana Menteri,  Datuk Seri Najib Razak mengakui mengadakan perjumpaan dengan asing George Soros tetapi atas dasar memenuhi permintaan yang dibuat oleh  spekulator mata wang tersebut.

Najib juga berkata pertemuan tersebut tidak menjadi suatu kesalahan malahan berkata mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad turut pernah melakukan perkara sama bertemu Soros.

“Ya, saya ada berjumpa dengan Soros. Ia hanya sekadar memenuhi permintaan beliau dan adalah satu kunjungan hormat yang biasa.“Lagipun dia (Soros) yang meminta untuk berjumpa dengan saya,” kata Najib.

Apabila ditanya mengenai perbincangan yang diadakan antara kedua-dua pihak, Najib enggan mendedahkan dan berkata ia hanya perbincangan biasa.“Ia bukan satu masalah mengadakan pertemuan dengan Soros.

Najib dilaporkan telah bertemu Soros pada hari sama dia menyampaikan ucapan sulungnya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York DISINI.

Sebelum itu mantan PM, Tun Dr Mahathir Mohamad, juga didakwa pernah bertemu dengan Soros DISINI bagi melobi untuk mendapatkan dana bagi sebuah NGO yang menentang peperangan pada 2006.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....