Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Sabtu, 13 April 2013

Senarai Penuh Calon Pas Yang Bertanding Di Johor

Antara calon Pas di Johor

JOHOR BAHRU: PAS hari ini mengumumkan akan bertanding di lapan parlimen dan 30 Dewan Undangan Negeri (Dun) di negeri Johor.

Parlimen-parlimen tersebut adalah Ayer Hitam, Pagoh, Parit Sulong, Kota Tinggi, Pulai, Simpang Renggam, Tenggara dan Mersing.

Pengumuman itu dibuat oleh Naib Presiden PAS Salahudin Ayub pada satu sidang akhbar di sebuah hotel di sini hari ini.

Turut serta pada sidang media itu, Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Jadi dengan rasminya saya mengumumkan bahawa PAS akan bertanding 8 kerusi parlimen di Johor kali ini.

"Kita (PAS) telah banyak lakukan perubahan dan anjakan paradigma di Johor dan kita juga telah banyak menghasilkan produk-produk baru yang terbaik untuk kita tampilkan," jelas beliau.

Pada sidang media sama Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw diisytihar sebagai calon PAS bagi kerusi Ayer Hitam .

Pengisytiharan itu menjadikan beliau calon pertama dari DHPP yang diumum bertanding atas tiket PAS.
PAS sebelum ini membayangkan sekurang-kurangnya lima kerusi diperuntukkan untuk wakil DHPP bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

"Kalau dulu 2008, kita telah kemukakan Kumutha a/p Raman mewakili PAS, pada kali ini sekali lagi kita kemukakan calon (bukan melayu) iaitu daripada kaum Tionghua untuk mewakili PAS," jelas beliau lagi.

Gambar : Sekitar Konvoi Anak Muda ' Tolak Umno/BN ' Di Terengganu


 Anak muda TOLAK Umno/BN di Stadium runtuh Gong Badak Kuala Terengganu

Kempen anak muda TOLAK Umno/BNTetap bersemangat,datang dengan aman,menyebarkan risalah kenapa mesti tolak UBN pada Pru13,walaupun di depan Markas UBN.Semangat anak muda jangan di cabar
 Revolusi Anak Muda !!

Ni Dia Calon Bukan Islam Pertama Bertanding Atas Tiket Pas

Ketua Kongres Penyokong PAS (PSC), Hu Pang Chow hari ini diumumkan sebagai calon PAS bagi kerusi Ayer Hitam - dan merupakan orang bukan Islam yang pertama pernah calon bertanding di bawah tiket parti Islam itu.
 
Pengumuman tersebut dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Johor Bahru pagi ini.

Hu yang dijangka berdepan dengan Ketua Pemuda MCA, Datuk Wee Ka Siong, adalah antara lapan calon PAS yang akan bertanding kerusi Parlimen di Johor.

Pada tahun 2008, PAS meletakkan calon bukan Islam Kumutha Rahman yang juga dari Kelab Penyokong PAS  tetapi di bawah tiket PKR.

PAS telah meminda perlembagaan parti itu  untuk menaikkan taraf kelab penyokong kepada sayap parti, sekaligus membolehkan ahli bukan Islam bertanding secara langsung di bawah tiket PAS.M'kini

Foto Terbaik : Kreativiti Penyokong Pas Menjelang PRU 13 Part 2




Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....