Sahabat Ambo

Pengunjung Yang Di Hargai,Untuk Membantu Mohon "KLIK" Iklan Di Atas.Terima Kasih

Dedikasi Buat Tuan Guru Presiden Pas

Penghinaan Mahathir Terhadap Hudud


LAGI VIDEO TINTA HIJAU-DKB KLIK DI SINI

Translate

Jumaat, 12 November 2010

Gambar : Pemain billiard terkenal dunia peluk Islam






Video : Isu Zaid,Ulasan Terkini Anwar





SKUDAI 12 NOV: Para ahli dan rakyat perlulah memahami intipati perjuangan PKR bukan kerana pengaruh pemimpinnya tetapi hasil perjuangan 12 tahun lalu oleh ahli-ahlinya.

Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sesi dialog bersama rakyat di Pulai Springs Resort semalam,

Katanya para pemimpin sentiasa silih berganti tetapi kesinambungan PKR adalah kerana PKR didirikan di atas keringat, darah dan airmata para ahlinya.

"Bukan soal Anwar seorang, saudara ingat Anwar seorang kena pukul? Anwar seorang kena penjara? yang menentang ISA kerana Anwar kena ISA? Ribuan, para pejuang, ulama, dan guru agama, dosa mereka apa? mempertahankan prinsip perjuangan," tegas beliau kepada kira-kira 300 peserta dialog.

Menjelaskan berkenaan pendirian beliau terhadap kenyataan dan dakwaan bekas calon Timbalan Presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang baru-baru ini mendesak Anwar dan calon Timbalan Presiden Mohamad Azmin Ali untuk berundur dari PKR, Anwar berkata parti sudah memberikan peluang yang lebih dari mencukupi kepada Zaid.

"Saya terima dia (Zaid) masuk, baru masuk dua minggu hantar dia jadi Biro Politik. Baru masuk beberapa bulan jadi calon (pilihanraya kecil) Hulu Selangor. Apa ini, tak beri ruang? tak beri kesempatan? Di mana forum besar, (kita) tonjolkan (Zaid)," jelas beliau.

Kata beliau lagi, pembentukan insan seorang pemimpin dan ahli yang baik sudah pasti mengambil masa dengan memberikan contoh, walaupun Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kelihatan lemah dan mudah disakiti tetapi Azizah merupakan seorang yang tegas dalam pendiriannya dan tidak goyah, maka amat sesuai menyandang jawatan Presiden parti.

"Kita melalui liku-liku yang susah, daya tahan itu kena ada. Nak jadi utama, tak mudah," katanya lagi.

Anwar menjelaskan, tindakan Zaid itu dilihat sebagai satu bentuk desakan dari pihak tertentu untuk mengugurkan beliau dari arena politik tempatan kerana sebelum ini beliau sudah beberapa kali ditangkap, diugut serta dihina semata-mata untuk menghalang perkembangan perjuangan beliau dan PKR.

"Saya nak ulang, satu-satunya cara anda fikir anda boleh, persulitkan kedudukan kita ini hanya dengan serang gunakan orang dalam. Orang kata, tengok, siapa duduk dengan Anwar tak boleh lama?


"Tapi saudara, kekuatan saya ini tidak daripada Tan Sri dan Datuk-Datuk Seri yang kaya. Kekuatan saya selama ini yang memajukan dan mempertahankan saya ialah sokongan dari akar umbi rakyat," jelas beliau.TVS

Pas Berjaya Ambil Semula Bangunan Yang Dirampas Umno

Berjaya merampas semula Markaz dari UMNO
Pertahankan Markas PAS
Solat hajat yang dihadiri kira-kira 100 orang
Bendera UMNO yang telah diturunkan

PAS Kawasan Bukit Katil semalam 'menawan' Pejabat PAS Bukit Baru Dalam setelah diceroboh Umno beberapa hari. Pejabat itu yang disewa sejak beberapa tahun lalu diceroboh oleh Umno dengan membuang semua papantanda, banner dan bendera PAS yang dipasang pada bangunan pejabat tersebut.

Hudud : Kenyataan Najib VS Kenyataan Tok Guru Nik Aziz

Terdapat ralat dalam alat ini
Bermula 31/7/2009

Pengunjung Ambo dari....